Selasa, 25 September 2012

Macam Tahu Saja..

Salam..

Maklumkan hari ini bagi kakitangan kerajaan.. hari terima duit hasil lelah titis peluh bekerja.

Alkisahnya, nak bersihkan kanta cermin mata.. tup-tup.... alahai cermin mata.
Macam tahu saja.. pandai pilih hari nak patah.

Namun, tak berkesempatan, pakai dululah yang patah ini. Tapi tak boleh nak tunggu lama juga.
Tak centre, mata rasa naik juling kepala pun dah nak pening.

Macam biasa ja kan.. Pakai sajalah..

Isnin, 24 September 2012

Si Putih Bekerja Keras

Salam...
;D macam tajuk karangan budak sekolah rendah saja.

Saja-saja kemaskini blog.
Tak ada yang istimewa pun.
Belek-belek gambar, eh... ada gambar tengah menjahit.

Waktu itu menjahit langsir rumah mak.
Lebar dan panjang.
Mak pula nak balik lusa.
Pulun jahit. Melepek ja bila langsir siap dijahit.

And I said to my cute sewing machine.. 'good job, Putih.'

Sekarang, si Putih berehat panjang. Bagi peluang untuk ia.
*alasan!! ;D

Layan gambar....

Khamis, 20 September 2012

Anak Lelaki Atau Anak Perempuan Menjadi Idaman?

Salam..


usah diandai saya menginginkan anak spesifik lelaki/perempuan.
saya tidak mengira jantina.

semua perempuan juga saya tak kisah.
tidak semestinya lelaki. tidak semestinya perempuan.

usah dikata saya mengidam anak lelaki/perempuan.

usah juga dikata anak lelaki penting untuk jaga ibu bapa di waktu tua.
bukan itu prioriti saya untuk mempunyai anak. bukan itu niat saya untuk mempunyai anak.
anak lelaki/perempuan bila2 mereka mampu menjaga saya di waktu tidak berdaya, itu adalah satu bonus untuk saya.

usah dikata, anak perempuan bila berkahwin bukan lagi milik kita.
anak lelaki/perempuan memang bukan milik kita. mereka adalah amanah untuk kita.

usah juga dikata, anak perempuan susah hendak memberi duit kepada kita nanti.
anak lelaki/perempuan, saya tidak mengharapkan duit daripada mereka.
bilamasa mereka mampu dan ingin memberi hadiah, itu satu bonus untuk saya.

usah juga dikata, anak perempuan bila berkahwin tidak akan tinggal bersama kita.
anak lelaki/perempuan asal soleh/solehah saya tidak kisah berjauhan.
biarlah mereka menebarkan dakwah di muka bumi.

material, harta, perhatian, bukan prioriti saya untuk mempunyai anak.
saya mempunyai matlamat tersendiri.

usah samakan dengan orang lain.

lain orang lain niatnya.

Isnin, 17 September 2012

Cucur Pusuk (Cucur Ikan Bilis)

Salam..

Dulu semasa saya masih bersekolah dan tinggal bersama keluarga, antara aktiviti petang kami adalah mencari apa saja bahan untuk dimasak dan dimakan. Di petang hari lazimnya.

Paling mudah dan resepi paling cepat bagi kami beradik ialah cucur. Tidak kisah cucur apa. Cucur bawang, cucur pusuk atau kedua-duanya.

Satu kepuasan bagi kami untuk masak sesuatu yang mudah, makan beramai-ramai, dan err.. berebut-rebut.

Nikmat makan walau hanya makanan yang sebegitu.

Untuk tengah hari ini, saya hanya sediakan cucur pusuk atau cucur ikan bilis untuk keluarga. Alhamdullilah..

Resepi saya ini main campak saja. :)

Bahan:
Tepung gandum
Ikam bilis secukupnya
Setengah biji bawang besar (potong kasar)
Serbuk lada hitam
Italian herbs
Sedikit garam
Sebiji telur (saya guna telur ayam yang kami bela. telurnya kecil saja tapi kuning telurnya besar).

Cara:
Gaul semua bahan bersama air.
Agak-agak likat. Banyak air akan menyebabkan adunan cair pula.
Panaskan minyak dalam kuali.
Selalu, saya tunggu kuali keluar asap sikit. Baru saya masukkan adunan.
Goreng hingga agak kekuningan.

Sedap dicicah dengan sos cili.


Selasa, 11 September 2012

Kuih Bulan Empun Cerita

Salam...

Alkisahnya berpusing-pusing di pasaraya. 2 3 kali melintas tempat kuih bulan ya..

Ujungnya nang sik tahan. Tangga-tangga, haaa ada halal dari sidak Jakim.

Memula, meli nok kecik. Empat igek dalam sigek bungkus. Lotus mooncake.

Selang beberapa hari termengidam coffee mooncake gik. aih....
Gi la meli teq. Meli nok besar sikit. Pun empat igek dalam sigek bungkus. Nang..... kan...

Isnin, 10 September 2012

Resepi Kek Hati Parek

Salam... 
Okay.. nak berkongsi resepi.
Saya cuma guna setengah adunan dan ada bahan yang diubah suai daripada resepi asal ya..

bahan A: 
5 biji telur
3 gelas gula

bahan B:
226g mentega
500g kismis hitam kisar
1/2 tin susu pekat 
4 1/2 cup tepung gandum
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
4 sudu kecil gula hitam (den ganti dengan browning sugar)

tips: 1/2 cup drpd tepung gandum yg digunakan gaul terlebih dahulu dgn kismis supaya kismis tak turun bila dikukus. 

cara:
1. pukul bahan A hingga kembang
2. pukul mentega dan susu dlm bekas lain.
3. gaul kedua2 bahan hingga sebati. 
4. masukkan tepung, soda, kismis, gula hitam. gaul rata & sebati.
5. kukus 4 jam


Sabtu, 8 September 2012

Yeay! Dah Pandai Buat!

Salam...
Bermula dengan tidak tahu hendak makan apa, tidak ada idea hendak masak apa.

Saya tanya encik bos, hendak makan apa? Jom pergi beli apa yang patut. Encik bos kata tidak tahu pula.
Encik bos kata lagi, tidak apa... kita pusing-pusing saja di pasaraya.

Pusing-pusing di pasaraya buat macam taman permainan. Lagi-lagi Iman... yang sangat suka berada di pasaraya.

Tiba-tiba encik bos belek-belek paket 'lamb shoulder'.
'Masak lamb chop, nak?'
Saya.... errrrrr.... oookkaayyyy..
Hakikatnya pandai makan saja selama ini.
Bahan-bahan selebihnya, encik bos yang pilih.
sos lada hitam, 'baked beans', dan kiub daging.

Sampai-sampai rumah, terus mengadap komputer. Cari resepi.... huhuhu
Jumpa satu dalam laman Myresepi.

Okay, kekurangan saderi, sos tiram , susu segar dan kentang.
Encik bos keluar lagi untuk cukupkan bahan.

Saya sedia untuk memasak. huhu..
Bismillah...

Kepingan daging kambing diperap dengan mentega, sos lada hitam dan sedikut garam.
Selepas itu, panggang dalam ketuhar. Suhu dalam 170, 20 minit. Terbalikkan, panggang lagi 20minit. (encik bos kata, kalau kurangkan sikit waktu memanggang lagi elok).

Untuk sos pula, cincang sebatang saderi dan bawang besar.
Rebus dengan 3cawan air. (bergantung dengan berapa keping daging kambing ya).
Selepas mendidih, toskan. Saya tinggalkan sikit saderi dan bawang besar dalam periuk.
Masukkan air, sos lada hitam, sos tiram, kicap, tepung gandum dan kiub daging. Letak garam sikit.
Masak sehingga pekat.

Untuk kentang putar pula..
Rebus kentang hingga lembut, tos dan lenyekkan.
Tambah susu segar, lada hitam dan garam. Gaul sebati.

Siap...

Rabu, 5 September 2012

Our Lil Muhammad In Heaven (18weeks)

Salam.. :)
Tajuk catatan itu.... sebenarnya tulisan yang tercatat pada sticker lilipie di sebelah kiri blog saya.
Itu kenangan saya bersama arwah anak pertama.

Saya disahkan hamil selepas pernikahan.
Orang tua kata bunting pelanduk.
Pada mulanya, saya tidak tahu bahawa saya hamil.
Ini kerana, dalam menanti cik p tiba saya didatangi tompok darah segar.
Ia cuma sikit-sikit dan berlarutan sehingga 2 minggu.

Pada minggu pertama, saya buat ujian kehamilan di rumah.
Hasilnya, negatif. Tidak hamil.
Jadi saya anggap itu adalah darah period.
Namun bila berlanjutan lebih seminggu, perasaan syak mula timbul.
Perasaan itu simpan diri sendiri saja dulu.
Tambahan pakai jean, ketat pula bahagian punggung. errrr...

Jadi, saya mengambil keputusan untuk ke klinik.
Nak cek air kencing dan darah sekali, atas sebab hormon tak stabil.
Cuma, tak sempat nak buat ujian darah,
saya disahkan hamil melalui ujian air kencing.

Selang berhari, saya mendaftar di KKIA.
Everything sailing smoothly.. 
Baby sihat, ibu sihat gumbira.

Sehinggalah beberapa hari selepas bayi dalam kandungan berusia 18 minggu.
Saya mengalami sakit-sakit belakang, bahagian pinggang seolah-olah senggugut.
Dalam 3 hari jugalah mengalaminya.

Pada hari pemeriksaan, saya maklumkan kepada jururawat bertugas.
Dia agak hairan, katanya masih awal sangat. Baru 18 minggu.
Dia nasihatkan saya untuk berehat dan tidak bekerja kuat.

Malamnya, saya mengalami 'senggugut' yang amat kuat.
Sehinggakan sukar untuk saya berdiri tegak dan berjalan.
Saya pujuk diri untuk tidur. Itupun cuma tidur-tidur ayam saja.
Keesokannya, ada pendarahan.
Saya ajak suami ke hospital.

Kami ke bahagian kecemasan selepas diarahkan oleh jururawat yang bertugas di KKIA.
Di situ, saya menunggu doktor datang dan scan.
Doktor scan, dia kata.. baby okay.. pergerakan okay.. semua okay..
Okay, saya dinasihatkan untuk berehat.
Jadi, kami kembali ke rumah.

Bermula petang itu, saya memang asyik rasa nak terkucil.
Tidak sampai sepuluh minit, ke tandas.. selang lagi beberapa minit, ke tandas.
Diselangi juga sakit-sakit senggugut.
Sehinggalah dalam jam 10 lebih kurang, saya ke tandas lagi.
Rasa macam nak kencing, tapi air kencing tak keluar.
Bila raba sikit, ada benda.. Nak terkeluar.

Kami ke hospital lagi malam itu.
Tiba sana, saya sudah mengalami 'senggugut' yang agak kuat dan makin kerap.
Rupa-rupanya itu adalah kontraksi.
Bila doktor scan, dia kata tidak dapat nak diselamatkan lagi.
Kaki bayi sudah sangat di bawah. 
Laluan sudah terbuka.

Dari jam 10 itu sehinggalah ke jam 1 pagi, saya mengalami kontraksi.
Dalam pukul 1 pagi itu, saya mengalami sesuatu yang dikatakan sakit bersalin..
Sangat sakit... Tapi, kerana tindakan refleks saya menahan bayi daripada keluar.
Bila jururawat tengok, dia suruh saya meneran.
Sekali teran, bayi pun lahir. 
Rasa sakit serta merta hilang. 

Jururawat-jururawat yang bertugas tunjukkan bayi itu kepada saya..
Masih lagi dalam kantung. Nampak jelas mukanya.
Salah seorang jururawat itu memohon izin untuk membuka kantung dan membersihkan bayi. 
Saya cuma mengangguk. 
Selepas itu, saya tidur dengan amat lena sehingga ke subuh.

Paginya, saya dikunjungi saudara mara, aunt (juga jururawat yang bertugas di situ) nasihatkan saya dan suami supaya menamakan bayi tersebut.
Saya kata, tidak tahu nak bagi nama apa. Tidak tahu jantina.
Aunt pun bagitahu, bayi saya adalah bayi lelaki.
Serta merta saya menamakan arwah Muhammad.

Selepas itu, aunt tunjukkan bayi saya yang sudah dibersihkan..
Ohh.. muka arwah masih terbayang-bayang..
Saya masih ingat lagi iras wajahnya, jari jemarinya yang mengenggam, kakinya dan juga alat kelaminnya..

Naifnya kami, tidak tahu bagaimana hendak menguruskan arwah.
Keluarga suami pula jauh. Hanya keluarga saya yang ada.
Sehinggakan suami membawa arwah, letak dalam bakul motorsikal berjumpa dengan imam masjid besar bertanyakan hal itu.
Imam itu kata, hanya tanam dalam supaya tidak digali oleh binatang.

Sehinggalah satu detik, kebetulan rakan sepupu ada disitu.
Keluarganya menyanggupi untuk menguruskan arwah bersama suami.
Jadi, suami membeli keperluan apa yang perlu.
Kain kafan, kapur barus dan lain-lain.

Kisah dari sebelah suami:
Arwah dibersihkan, dimandikan..
Dengan berbekalkan cangkul yang hampir patah cangkuknya, suami mula mengali liang lahat untuk arwah dan seterusnya dikuburkan.
Arwah dikuburkan di perkuburan Islam perkampungan berdekatan.

Kebetulan pula, selepas itu saya berpindah ke daerah lain (asal muasal suami) kerana mengikut suami.
Bila sesekali balik ke tempat saya, walaupun saya tahu jawapannya.. 
saya sering bertanya kepada suami, dimana kubur arwah..
Dimana jasad arwah ditempatkan..
Suami pula dengan sabar, bercerita dengan saya..

Itu kisah 3 tahun lebih yang lepas.. 

Manok Dan Iman

Salam...
Bersenang lenang pula pada pagi ini.
Sambil-sambil meniarap atas sofa. Terketik-ketik jari. :D

Catatan yang lepas ada menyentuh mengenai anak meniru perlakuan ibu bapa kan...

Sejak pandai berjalan, Nur Iman suka sekali menjelajah kawasan sekeliling.
Kalau keluar rumah, dia akan membontoti abanya.

Samada pagi sekali, atau petang sekali.
Ke mana? Tentu saja 'ngabas bala manok'. :D

Sekarang Iman dah pakar meniru perlakuan abanya.
Darilah mengaul makanan manok sehinggalah memberi manok makan.

Bolehlah lepas ini umi dan aba bercuti berdua. Dah ada calon tengokkan dan bagi manok makan, kan....

Ahad, 2 September 2012

Di Kala Anak Berusia 2 Tahun

Salam...
Alhamdullilah, aktiviti seharian berjalan seperti biasa.
Walaupun hampir setengah hari bekalan elektrik terputus, dan sekarang bekalan air pula warna milo cair. 

Nur Iman pula seperti biasa.
Dalam usia 2 tahun lebih, dia dah pandai buat permintaan.
Nak layan youtube, dia kata "kuinkel kuinkel" (twinkle twinkle).
Nak makan, dia kata "mam mam".
Nak ikat rambut, dia ambil getah rambut bagi kat saya.

Namun paling ketara ialah, dia suka meniru perkataan dan perbuatan ibu dan bapa (yang tepat, paling rapat dengan dia).
Mak pak asyik lekat depan pc, dia pun sama. hahahaha..

Lebih tepat, dia mula meniru perlakuan sejak berumur setahun lebih.
Never underestimate your child.

Banyak perlakuan ibu bapa, anak-anak mampu buat tanpa dia sedari ianya sesuatu yang elok atau kurang elok.
Bab inilah yang paling saya risaukan.
Ibu bapa adalah model paling dekat dengan anak-anak.
Baik kita, baiklah dia.. Begitu juga sebaliknya.

Yang mampu buat hati saya rasa syahdu ialah bila Nur Iman meniru gerakan solat bila saya bersolat.
Mudahan Nur Iman menjadi anak yang solehah ya.. 
Yang mendoakan ibu bapanya di masa akan datang.


Tudung saya, cukup-cukup saja dijadikan telekung Nur Iman.

Doa anak yang soleh dan solehah:
"Ya Allah, ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...