Menghitung hari.. habis 25 hari dihitung maka genaplah usia Nur Iman 12 bulan.
Bukan... bukan usia yang ingin dikongsi bersama, tetapi pengalaman menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya sehingga kini yang membuatkan lagi 25 hari itu teruja!
Ahad, 29 Mei 2011
Sabtu, 28 Mei 2011
Jangan Bersedih, Sesungguhnya ALLAH Bersama Kita!
Apabila kita asyik termenung memikirkan nasib diri di sini...
Merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan...
Namun, kita masih tak sedar tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenar-benarnya...
Ramai orang tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidupnya
Selalu orang mengaitkan ketenangan itu... mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta...
Dengan faktor kekayaan
Walaupun itu boleh menjadi penyumbang tetapi itu bukan segala-galanya
Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar
Tidur di atas katil yang empuk
Tetapi dia tidak lebih enak ataupun lenanya tidak nyenyak
Bahkan ada orang tidur di pondok buruk
Kadang-kadang dia lebih lena daripada kita
Ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat
Lauk pauk yang bagus
Tetapi lidahnya tidak enak
Lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan satu dua mata lauk
Tapi dia lebih sedap dan selesa makannya
Kata Hamka, lihatlah bagaimana ALLAH membahagi-bahagikan nikmat
Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar ada makanan yang sedap tentulah hidupnya bahagia dan tenang
Belum tentu!
Tiada siapa mampu menghalang ketetapan ALLAH SWT
Jika ALLAH hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang...
Dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun
Jika ALLAH menghalang kebahagiaan kepada seseorang...
Dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun
Jika ALLAH uruskan urusan kita... dan ALLAH tidak serahkan diri kita kepada kita...
Walaupun sekelip mata... dunia boleh berbuat apa-apa...
Tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran ALLAH
Jika ALLAH mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas...
Kita akan melihat kemenangan dari sisi ALLAH
Apa yang orang rasa rugi... ALLAH akan memberikan keuntungan yang mana jalan-jalan manusia tak sangka
Tetapi ALLAH boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan
Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah..
Tuan-tuan tengoklah dunia ini... kadang-kadang tuan-tuan... manusia dia hilang satu benda ini daripada dunia
Kadang-kadang macam dia hilang segala-galanya
Saya nak sebut tuan-tuan.. berapa banyak dalam hidup tuan-tuan telah melalui keperitan hidup?
Cuba ingat!
Ketika kita kena keperitan, kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya
Tapi hari ini ALLAH telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik
Ketika kita ditimpa musibah tertentu...kita kata, "Habislah aku kali ni,"
Tapi usia kita telah berjalan kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan hidupan ini
Ketika kita kata,"Ya ALLAH tolonglah aku, ya ALLAH tolonglah aku, aku susah ya ALLAH,"
Hari ini kita pun telah lupa akan perkataan itu
Dan kita pun lupa kadang-kadang untuk bersyukur di atas pelbagai ranjang hidup yang telah ALLAH keluarkan kita daripadanya
Orang-orang yang diberitahu kepada mereka,
"Nun orang ramai sedang berkumpul untuk ambil tindakan kepada kau,"
"Nun orang nak ambil tindakan kepada hang,"
"Nun orang nak ambil tindakan kepada kau,"
"Nun ada orang nak bertindak kepada kau,"
Kata ALLAH iman dia tambah
Bukan kita kta, "Pasal apalah ALLAH benci aku? Apalah dosa aku?"
Tidak! Tidak!
Kata quran, iman mereka bertambah, mereka kata, "Cukuplah bagi kami ALLAH, dialah sebaik-baiknya tempat diserahkan urusan,"
Pengalaman sering mematangkan kita
Siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya
Orang-orang yang pernah hidup dan bertawakal... dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakal
Bila hati insan bulat kepada ya rabb.. "Ya ALLAH aku serahkan urusan ini kepadaMu ya ALLAH"
Kita sering lupa kita masih punya kehidupan di akhirat
Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat.. dia akan merasakan dunia ini sangat kecil
Kehidupan ini sangat luas
Nabi sebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim,
ALLAH bawa pada hari akhirat manusia yang paling derita dalam dunia ini
Saya tak tahu siapa manusia paling derita di dalam dunia ini
ALLAH ambil dia, ALLAH masukkan dia ke dalam syurga, dia dimasukkan dicelupkan dalam syurga
Kemudian dia dikeluarkan.. lalu ditanyanya,"Wahai fulan, apakah kau pernah rasa derita di dalam hidup?"
Dia kata,"Tak! Aku tak pernah derita pun dalam hidup ini."
Hanya kerana masuk sekelip mata di dalam syurga, lupa cerita derita
ALLAH ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia ini
Segala yang nikmat ALLAH masukkan dia secelup saja ke dalam neraka lalu dikeluarkan dia
"Pernahkah kau merasai nikmat dalam hidup ini?"
Dia kata,"Tak! Aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini."
Hanya dengan satu celupan sahaja ke dalam neraka...manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya
Masihkah kita teringat akan nikmat yang ALLAH berikan selama ini?
Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru
Dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini...suatu nikmat yang besar
Satu hamba ALLAH yang patah kakinya yang dia tidak pernah pun sebut.. dulu barangkali tak pernah teringat tentang nikmat kaki yang setiap hari dia pijak
Tapi apabila satu hari dia sakit kaki, dia kata, "Ya ALLAH bagilah balik kaki aku, sembuhkanlah balik,"
Dia tahu besarnya nikmat kaki, nikmat tangan, nikmat sihat
Kata Hamka, "Yang ada ini sudah harapan kita"
Yang kita ada ini harapan kita
Tetapi insan.... bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada tetapi jangan lupa yang telah ada!
Bersyukurlah wahai diri ini
Sebab itu sebahagian para sarjana menyebut, syukur kadangkala lebih tinggi makamnya daripada sabar
Ramai orang terpaksa sabar tetapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur
Bila dia susah, nak kata apa? "Sabar je la. Nak buat apa."
Tetapi untuk jadikan orang yang memiliki harta seperti tuan-tuan, syukur di atas nikmat
"Ya ALLAH apa sahaja aku alami daripada nikmatMu daripada kurniaan daripada sesiapa di kalangan hambaMu, tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai tuhan, bagi Engkaulah kepujian bagi Engkaulah kesyukuran"
Subhanallah
Insan jika dia nak bersyukur kepada ALLAH, tak terdaya...
Jika kamu hendak menghitung nikmat ALLAH, kamu tak mampu
Tuan-tuan, bila kita melihat hidup ini secara keseluruhan kita akan rasa Masyaallah hidup ini...apa yang ALLAH kurniakan kepada kita lebih dari harapan kita sebenarnya
Kalau tuan-tuan ingat daripada tuan-tuan dilahirkan, tempat tuan-tuan dilahirkan, rumah tuan-tuan dilahirkan sehingga tempat tuan-tuan ada pada hari ini
Masyaallah
Tak dapat nak diucapkan berapa kali nak sebut pun tak mampu
Pesanan nabi buat umatnya
"Ketika orang-orang yang kafir itu mengeluarkan dia, ketika dia salah seorang daripada dua, dia dan Abu Bakar yakni Nabi dan Abu Bakar ketika mereka berada di dalam gua, ketika dia berkata kepada sahabatnya, "Jangan bersedih, sesungguhnya ALLAH bersama kita!"
dari http://www.salafus-sholih.blogspot.com/
Isnin, 23 Mei 2011
Perubahan Bagi Wanita
Wanita.. bermula dari usia kanak-kanak sehinggalah ke usia emas pasti mengalami pelbagai perubahan baik dari segi mental, emosi, dan tingkah laku. Perubahan itu juga mempunyai pelbagai rupa. Antaranya, sensitiviti emosi, kematangan, juga tindak tanduk.
Sabtu, 21 Mei 2011
Selasa, 10 Mei 2011
Doa Amalan Bagi Ibu Menyusukan Anak
"Ya ALLAH, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan. Amin...."
Boleh juga amalkan surah Al Baqarah ayat 60. Dengan doa dan niat di hati agar dipermudahkan rezeki anak dan semoga kita mampu menyusukan sehingga anak berusia 2 tahun.
"Dan ingatlah ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air kepada kaumnya maka Kami berfirman, "pukullah batu itu dengan tongkatmu, "(ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman):"Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki ALLAH itu dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi"
Lagi amalan yang boleh diamalkan ialah zikir dengan kalimah YA MATIN (Maha sempurna kekuatannya) 70 kali setiap hari. Boleh dilakukan pada waktu malam dan subuh. juga boleh baca dan hembus ke dalam air minuman sebelum diminum.
insyaALLAH...
sumber dari sini
Langgan:
Catatan (Atom)