Jumaat, 29 April 2011

Puding Karamel Lapis Coklat

Salam Jumaat yang berkat.
Buat malam tadi, sarapan pagi ini. :)




Rabu, 27 April 2011

Hasad Bila Iri Hati Sama Dengan Cemburu

Hasad itu dengki. Dengki itu untuk kita yang berbahasa melayu manakala hasad itu untuk yang berbahasa arab. Hasad itu lebih kurang sama dengan iri hati bukan? Cemburulah tu kan.. Masing-masing boleh menjurus ke dendam, caci, umpat keji. huuu.. seram...


kredit untuk incik google

Selasa, 26 April 2011

Doa Untuk Menghilangkan Rasa Marah

Salam semua.. Adakan catatan Kenapa Dalam Hati Ada Marah
Berkenaan dengan rasa hati dan marah. Memangkan.. siapa yang tidak pernah marah selagi nama kita insan biasa. Selain daripada perbuatan untuk mengurangkan marah, juga ada doa untuk menghilangkan rasa marah.

"Aku berlindung diri dengan ALLAH dari syaitan yang terkutuk, ya ALLAH ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku, dan lepaskanlah akan daku dari syaitan yang terkutuk."

Semoga kita sama-sama mengamalkannya dan memperoleh manfaatnya.

Jumaat, 22 April 2011

Aku Menikmati Hidup

Aku membuang pandang ke lautan. Sengaja aku menjejak hingga ke gigi air. Dingin pagi air masin terasa di kaki. Aku menoleh seketika, merenung jejak kaki yang ditinggalkan di pasir pantai. Bias cahaya mentari mula terasa di muka. Aku merenung kembali keindahan alam ciptaan ALLAH. Minda aku pula mengenang kembali kenapa aku ada di sini pada waktu ini. Pada hari ini. Hari di mana sepatutnya jari manisku disarung cincin tanda kasih dan sayang seorang insan bergelar lelaki.
.............................................................................................................................

Khamis, 21 April 2011

Yang Sempurnakanku

Aku telah merasa yang sempurna
Dalam ketidaksempurnaan
Sungguh hati ini mengatakan ia sempurna
Dalam sebuah hidup yang serba pincang
Apa lagi yang aku inginkan
Jika sudah cukup semua rasa itu
Apa lagi yang ingin aku pinta
Untuk mencukupkan yang sudah cukup namun kurang itu
Mengertikah kamu apa yang aku inginkan
Ya, tiada apa yang perlu aku tagihkan
Kerana ia sudahpun sempurna bagiku
Kerana hati ini penuh dengan kesyukuran
Segala puji bagi ALLAH
Aku sudah berasa cukup sempurna
Apa yang Engkau beri ya Rabb
Sedih, gembira, duka.. aku menadah tangan syukur
Kerana itu yang sempurnakanku

ALL RIGHTS RESERVED

Selasa, 19 April 2011

Doa Bercermin

"Segala puji bagi ALLAH, sebagaimana Engkau memperbagus penciptaanku, maka baguskanlah akhlakku"

Singkat dan mudah doanya. Doa yang memuji ALLAH atas kesempurnaan ciptaanNya yang mana mungkin mampu kita persoalkan. Juga doa yang meminta, memohon padaNya agar bagus pula akhlak kita. Bila masa setiap kali kita bercermin, kita meminta kepada ALLAH agar dikurniakan akhlak yang bagus, tanpa ragu ia mampu membentuk keperibadian kita. insyaALLAH..

Isnin, 18 April 2011

Doa Berlindung Dari Akhlak yang buruk

"Ya ALLAH, aku berlindung kepadaMu dari akhlak, amal dan hawa nafsu yang mungkar"

Doa yang mendorong kita berakhlak mulia. Mudahan terhindar dari akhlak, amal dan nafsu yang buruk dan keji serta melampaui batas.

Khamis, 14 April 2011

Ayam Goreng Aku Masak Aku Rasa Sedap

Asyik buat catatan makan, gamaknya lapar. Kali ini resepi ayam goreng. Yang saya masak. Dan saya rasa sedap. Siapa rasa tak sedap, bolehlah ubah suai sendiri ya.

Selasa, 12 April 2011

Berdiam Diri

     Ini adalah catatan Berdiam Diri. Mudah? Tidak bukan? Atau ya, memang mudah. Apa dia? Inilah dia, BERDIAM DIRI. Ragam manusia itu sendiri pelbagai. Kuuuaaat sabar, sabar siiikit, kurrraaanng sabar.. Tak sabar-sabar? Ya, juga ada.

Hijab Sang Pencinta

Karya Ramlee Awang Murshid ini memang sungguh-sungguh memikat hati. Sekali baca, tak boleh letak. Baca lagi, juga tak boleh letak. Memang asyik dan mengasyikkan. ha..

Selasa, 5 April 2011

Midnight snack

       MIDNIGT SNACK!!
Dak Nur Iman suka tengok nih. 


masyaALLAH..... just love the kid's voice.

Kenapa Dalam Hati Ada Marah??

Mudah bagi kebanyakkan kita untuk berasa marah. Kadang-kadang hanya disebabkan perkara yang kecil boleh marah, apalagi kalau perkara besar. Boleh jadi bergegar tembok besar China. Kenapa? Kenapa perlu ada marah?

Isnin, 4 April 2011

Sabtu, 2 April 2011

IBU

            Selang beberapa minit aku menjenguk ke luar rumah. Menjenguk, kembali ke dapur untuk melihat gulai ikan yang sedang dimasak. Kacau-kacau gulai ikan tanpa sebab, menjenguk lagi ke luar rumah. Pandangan mataku terlontar ke jalan utama. Aku kerling jam dinding. Hampir limabelas minit lagi akan masuk waktu Mahgrib. Hish, manalah budak dua orang ni? Siap korang nanti. Desis hatiku..

Jumaat, 1 April 2011

Bubur Kacang Hijau Jagung

      Ini untuk sarapan pagi kelmarin. haha... manis-manis lemak berkrim gitu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...