Selasa, 12 April 2011

Berdiam Diri

     Ini adalah catatan Berdiam Diri. Mudah? Tidak bukan? Atau ya, memang mudah. Apa dia? Inilah dia, BERDIAM DIRI. Ragam manusia itu sendiri pelbagai. Kuuuaaat sabar, sabar siiikit, kurrraaanng sabar.. Tak sabar-sabar? Ya, juga ada.

    Berdiam diri itu juga pelbagai. Berdiam kerana kelu, kerana makan di dalam, kerana malu, kerana marah... dan pelbagai lagi. Sebagaimana berdiam diri itu pelbagai, begitu juga tidak berdiam diri. Tidak berdiam diri kerana bertindak balas itu biasa. Kena marah, kita marah balik. Kena maki, kita maki balik. haha... banyak menjurus ke arah aura negatif pulakan... yalah, kalau beraura positif pula orang kata skema. "Baik sangat la tu.." kata orang. Itu kata orang.
    Sebelum makin melalut tak tentu pasal, ini sebenarnya nak berkongsi pengetahuan. Dapat dari sini, yang bersumber dari sini. Jom baca.. Untuk ketenangan sepanjang hari dan malam dan esoknya.


Sa’eed bin Musayyeb berkata: Pada suatu ketika, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam duduk-duduk bersama dengan para Sahabat. Muncul seorang lelaki lalu dia mencela dan memaki hamun Abu Bakr radhiyallahu ‘anhu hingga menyebabkan Abu Bakr ‘sakit’ mendengarnya. Tetapi Abu Bakr terus mendiamkan diri. Lelaki itu meneruskan lagi celaan dengan bahasa yang lebih kasar terhadap Abu Bakr, namun beliau masih terus mendiamkan diri. Masuk kali ketiga, apabila lelaki itu terus menyakiti Abu Bakr dengan lisannya, Abu Bakr bingkas mahu menjawab balik.
Lalu Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bangun. Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu bertanya: apakah engkau marah denganku wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Tidak. Cuma semasa kamu mendiamkan diri, Malaikat turun dari Langit bertindak terhadap kata-kata lelaki itu. Tetapi sebaik sahaja kamu mula membalas cacian lelaki itu, Malaikat melarikan diri lalu Syaitan datang dan duduk. Aku tidak boleh duduk di tempat yang Syaitan duduk di situ.” [ Hadith riwayat Abu Dawud]

4 ulasan:

  1. kalau kita tak diam asyik nak balas membalas sampai bila kan...makin bertambah dosa ada la...

    BalasPadam
  2. betul tu kak.. hati kurang sakit jadi bertambah sakit. sampai bilalah nak gitu kan..

    BalasPadam
  3. Diam itu lebih indah dan damai...

    BalasPadam
  4. tak suka berbantah-bantah tak kira puasa ke tak, kan kak...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...