Khamis, 14 April 2011

Ayam Goreng Aku Masak Aku Rasa Sedap

Asyik buat catatan makan, gamaknya lapar. Kali ini resepi ayam goreng. Yang saya masak. Dan saya rasa sedap. Siapa rasa tak sedap, bolehlah ubah suai sendiri ya.

Bahan-bahan:
Potongan-potongan ayam (selalu potongan ayam saya dapat kritikan hebat sebab memang kurang hebat potongannya).
Halia*
Serai*
Bawang putih*(saya suka letak banyak)
Bawang merah*(suka letak sikit)
1 Cili merah besar*
Serbuk kunyit secukupnya
Serbuk kari (letak sikit je)
Garam secukupnya
1 biji telur
Tepung gandum secukupnya
Tepung beras secukupnya

cara-cara:
Kisar bahan bertanda *
Gaulkan dan perapkan dengan potongan ayam
Letak serbuk kunyit dan serbuk kari. Gaulkan.
Letak telur, juga gaulkan.
Lepas tu letak tepung gandum dan tepung beras serta garam. Gaulkan hingga sebati.
Panaskan minyak dan goreng. tada!!!

maaf, ini gambar anak2 ayam yang belum akil baligh lagi. cis, dari mana datangnya..

4 ulasan:

  1. iye incik bos?? kamek makey gambar jak eh.. muaah. haha..

    BalasPadam
  2. ai malu ler ngan lady nih.. ayam lady lagi sedap. dok terbayang ayam pandan lady.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...