Jumaat, 29 April 2011

Puding Karamel Lapis Coklat

Salam Jumaat yang berkat.
Buat malam tadi, sarapan pagi ini. :)





Resepi asal dari sini
Bahan-bahan:

A
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla

B
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
4 biji telur
4 sudu besar serbuk koko+1 sudu kecil serbuk nescafe+1 sudu pes coklat

C
2 sudu besar gula-hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas

*Saya buat setengah adunan semua. Serbuk koko pula saya ganti dengan serbuk coklat. Dan pes coklat, saya ganti dengan chip coklat.

Cara-cara:
1. Kacau bahan A dan bahan B dalam bekas yang berlainan.
2. Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus ke dalam loyang.
3. Saya masukkan 3 senduk sup kecil bahan A ke dalam loyang dan kukus sehingga masak.
4. Lepas tu masukkan adunan bahan B dengan sukatan yang sama.
5. Ulang berselang seli sehingga bahan habis.
6. Sejukkan dan terbalikkan dalam pinggan.
7. Tada!!! Potong dan ngap terus. hehehe....

5 ulasan:

  1. sedapnya jiha...
    akak suka puding karamel ni, tapi selalu buat yg biasa je. nanti nak try resepi ni la jugak. selera tgk.

    BalasPadam
  2. suka*hehe..mmg giler coklat dan karamel =p nanti try gak ar bila kelapangan

    BalasPadam
  3. buat je ash.. najihah buat setengah adunan je. tapi dah 3kali buat. hehe.. rasa tak puas lagi makan nih.

    BalasPadam
  4. wah sdapnyer...nyum..nyum..post skit

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...