Rabu, 13 April 2011

Apam Coklat Syedap!

Ini bukan buat hari ini atau semalam. Lama dah, dalam sebulan kut. Tapi nak letak juga. haha.. 
Resepi dari RatuHati. Mudah sangat. 

Kek Kukus Coklat (resepi k.ani)
Bahan A (ayak sekali)
tepung 2 cawan, koko 1 cawan, baking powder 2 sudu kecil, soda 1 sudu kecil.
Bahan B (pukul/blend sampai kembang)
telur 4 biji
gula 1 cawan (kalau nak manis blh tambah gula)
minyak 1 cawan (masuk selepas kembang)

Cara:
1. Masuk A ke dlm B, kacau, tambah susu pekat 1 cawan. tambah garam secubit.
2. Kacau selang selikan dgn air panas mendidih 1 cawan.
3. Kukus 45 min-1 jam

untuk toping:
coklat masakan (yang sedia manis tak perlu letak susu pekat lagi)
tabur-tabur manik coklat yang warna warni. 

Memang sedap makan malam-malam tengok cerita dalam gelap. muahaha

2 ulasan:

  1. ermmm sedap je tengok...hehehe makan malam-malam tu la yang bahaya...lagi2 dalam gelap...ada pulak yang tercekik kang..:p

    BalasPadam
  2. kehkehkeh... sah gelojoh kalo tercekik dalam golap tuh.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...