kredit untuk incik google
Bahaya ke tidak hasad ini? Ada kata ya, ada kata tidak, ada pula kata baca dulu sampai habis. hahaha..
Bahaya hasad bila ia melahirkan perbuatan yang memudaratkan samada kepada orang lain ataupun diri sendiri. Abul Laits Assamarqandi r.a meriwayatkan dengan sanadnya dari Alhasan berkata Nabi Muhammad SAW bersabda, "Hasad dan dengki itu keduanya akan memakan habis hasanat sebagaimana api memakan kayu."
Mengapa ya ada hasad iri hati ini?
Tidak boleh tengok orang lain lebih. Orang cantik lawa difitnah, orang bijak pandai diumpat, orang duduk diam-diam sopan santun dipulau. Aik... Belum lagi orang ada kereta 4 5 buah terus kata, ini ada makan rasuah ni.... Tengok blog orang lain banyak komen, terus bengkak hati. muahahaha.. eh, golak pulo..
Orang hidup berhasad ini, memang tidak akan hidup senang. Sentiasa suuuusssaaaaahhhh hati. Sentiasa bengkak hati, panas hati, tak senang duduk dan pelbagai lagi ragam yang membolehkan penyakit darah tinggi senang hinggap. Tapi, kenapa masih juga berhasad?
Ibrahim bin Aliyah dari Abbad bin Ishaq dari Abdurrahman bin Mu'awiyah berkata Nabi Muhammad SAW bersabda,"Tiga macam sifat yang tidak dapat selamat daripadanya seorang pun iaitu; buruk sangka, hasad, takut sial kerana sesuatu."
Jadi, bolehkah kita mengatakan bahawa itu memang sifat semulajadi yang tidak dapat dielakkan? Eh, aku dengki sebab aku manusia. Jangan kata engkau pun tak ada rasa dengki?? Tidak... bukan begitu..
Nabi Muhammad SAW juga menjawab bila ditanya bagaimana hendak selamat dari semua itu. "Jika kau hasad maka jangan engkau lanjutkan dan jika menyangka maka jangan kau buktikan (jangan kau cari-cari kenyataannya) dan jika merasa takut akan sesuatu maka hadapilah (jangan mundur)."
Boleh atau tidak kita berhasad? Saya jawab, boleh.

lagi kredit untuk incik google
Eh, betul ke boleh??
Ibn Syihab (Azzubri) dari Salim dari ayahnya (Ibn Umar) r.a berkata Nabi Muhammad SAW bersabda,"Tidak boleh seorang hasud kecuali dalam 2 macam perkara iaitu seseorang diberi ALLAH SWT kepandaian dalam Al quran maka diguna siang malam (diamalkan) dan seseorang yang diberi ALLAH SWT kekayaan maka ia bersedekah siang malam."
Ya, kita dibolehkan untuk hasad untuk dua jenis manusia ini dengan tujuan agar mencontohi mereka.
Semoga sama-sama beroleh manfaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan