Sabtu, 16 April 2011

Cinta Sang Ratu

credit to google

Salam.
Catatan novel lagi.. dan lagi.. Masih lagi karya Ramlee Awang Murshid. Sebelum kemunculan ceritera Saifudin a.k.a Laksamana Sunan, memang agak lambat sikit nak ringan tangan belek-belek karya Ramlee Awang Murshid.
Okay, memang ada baca sebahagian karya beliau yang lain tetapi bukan kegemaran. Sehinggalah terbitnya karya Bagaikan Puteri dan susulannya.
Kali ini nak cerita mengenai karya kedua trilogi Bagaikan Puteri. Emm, bukan trilogi lagi kerana karya ke empat watak Saifudin sudah pun di pasaran. Cinta Sang Ratu mengetengahkan watak baru, Ratna sebagai Ratu. Anak angkat kepada Maharani musuh utama Saifudin. Dan tentu saja segala ilmu gelap juga diperturunkan kepada Ratna si Ratu. Dididik dari kecil mengamalkan ilmu bercanggah dengan kejadian alam, tentu saja tiada peluang bagi Ratna untuk mengimbangi akal dalam membuat perbandingan yang mana jahat yang mana pula baiknya.
Permusuhan Maharani dengan Saifudin, membawa juga persengketaan antara Ratna dengan Saifudin yang dilihat sebagai halangan serta ancaman dalam usaha memperluaskan jajahan Maharani.
Namun, di sebalik perbuatan Ratna yang telah mencederakan Saifudin membawa rahmat kepada si Ratu. Putaran takdir yang sekian lama tidak pernah difahami oleh akal manusia, akhirnya Saifudin dan Ratna membina hidup bersama.
Kebahagiaan tidak kekal bila Maharani melarikan Ratna dan Saifudin pula menjejak isteri ratu di hati yang tercinta. Perjalanan yang dikelilingi oleh anasir jahat dan gelap tidak memudarkan semangat laksamana ini. Tambahan pula hijab yang terbuka membawa Dani, keponakan Saifduin dari zaman masa depan ke zaman Saifudin. Bertambah dugaan bagi laksamana bila Dani juga disihir dan menjadi hamba Maharani yang taat.
 Pertemuan kembali yang dijangka membawa bahagia rupanya disebaliknya. Jiwa, mata hati Ratna telah dikaburi dengan ilmu gelap Maharani membuatkan si Ratu bukan saja lupa kepada suami malah membencinya juga.
Penamat cerita ini walaupun penuh dengan emosi bila si Ratu meninggal dalam mempertahankan suami dan juga akidah, ianya satu kepuasan bagi saya. Sungguh ia terkesan di hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...