Jumaat, 1 April 2011

Bubur Kacang Hijau Jagung

      Ini untuk sarapan pagi kelmarin. haha... manis-manis lemak berkrim gitu.


 
 
      Bahan-bahannya:

a. 2 cawan kacang hijau. bersihkan dulu ya.
b. 5 sudu besar jagung dalam tin
c. 3 sudu besar biji sagu. biji sagu saya warna merah jambu. he.. tapi bila dah masak, memang jadi warna lutsinar pula.
d. Gula secukup rasa
3. Santan.  saya guna santan segera. buat pekat-pekat.

    Cara-caranya:
1. Masak kacang hijau sehingga agak-agak empuk.
2. Masukkan biji sagu.
3. Agak-agak biji sagu dah kembang, masukkan santan.
4. Sesudah seketika, masukkan jagung.
5. Masak, tutup api. bila nak makan, boleh gaul dengan gula.

Manis-manis jagung gitu.

ALL RIGHTS RESERVED

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...