Saya ada kesemua koleksi ceritera epik thriller ini. Kecuali yang terbaru tu. dari Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, dan juga Hijab Sang Pencinta ini. Tapi buat masa ini kita selongkar dulu ceritera Hijab Sang Pencinta.
Jika nukilan pertama, Haryani kembali ke zaman silam. Kali ini, giliran Saifudin pula dibukakan hijab untuk ke zaman moden Haryani. Semuanya bermula bila Saifudin bersembunyi di sebuah gua, lari dari kemurkaan Sultan kerana dendam terhadapnya. Kepulangan Saifudin ke Punggor, Tanah Melayu untuk berbakti kepada orang tua terbantut.
Berada di zaman yang melangkaui arus kebiasaan amat janggal bagi Saifudin namun sebagai seorang pahlawan yang terlatih, dia tidak menunjukkannya malah berusaha untuk menyesuaikan diri. Tetapi, takdir telah tertulis baginya. Rentetan kuasa jahat sentiasa ada untuk dibanterasi. Ianya mengakibatkan perpisahan untuk kesekian kalinya bagi Haryani dan juga keponakannya, Dani. Saifudin kembali ke zamannya.
Penamat ceritera kali ini sememangnya menimbulkan persoalan bagi kita. Seolah-olah ianya tidak akan tamat di situ saja. ya, amat tepat. ada lagi sambungan untuk epik thriller ini. Cari, beli dan bacalah ya..
p/s buku Bagaikan Puteri dipinjam kawan bertahun-tahun tak bagi balik. Kali terakhir berhubung, saya kata "ko ambik je buku tu, aku kasi hadiah." hehe... buku Cinta Sang Ratu pula entah sapa ambil tak bagi balik pula tu. senang, kena curi la tu. huhu
lepas hijab pencinta.. ada lagi satu kan.. Cinta Sufi... tak kesampaian lagi nak g beli..
BalasPadamha ah... tu yang ke empat kan.. pun tak kesampaian lagi nak beli. huhu
BalasPadam