Isnin, 23 Mei 2011

Perubahan Bagi Wanita

Wanita.. bermula dari usia kanak-kanak sehinggalah ke usia emas pasti mengalami pelbagai perubahan baik dari segi mental, emosi, dan tingkah laku. Perubahan itu juga mempunyai pelbagai rupa. Antaranya, sensitiviti emosi, kematangan, juga tindak tanduk.



Ada juga kata, "aik... aku rasa aku tak berubah pun," atau berkata begini, "engkau ni, dari dulu macam ni juga. Sikit-sikit marah, sikit-sikit nangis."
Pada pandangan peribadi, ada perubahan. Tetap ada. Kalau dulu sensitif sikit, sekarang sensitif banyak. Kalau dulu, banyak mengada-ngada sekarang kurang pula. Perubahan juga, bukan??

Apalagi bagi wanita yang berkahwin, dari hidup membujang kepada berdua, dari berdua ke bertiga, berempat, berlima, berenam dan seterusnya. Pasti perubahan makin ketara. Daripada goreng bawang jadi hangit, ke goreng bawang jadi kuning-kuning. haha.. Walaupun sekali sekala pun hangus masih. Bukan mengata orang ya, mengata diri sendiri.

Tanpa disedari, bila sibuk mengurus rumahtangga, suami, anak, kerja dan banyak lagi termasuk "games" FB, blog, forum.. kehkehkeh.. emosi, mental, tindak tanduk, cara pemikiran beransur-ansur berubah. Kalau ke arah positif, alhamdullilah. Mampu menghadapi tekanan, alhamdullilah. Mampu menguruskan emosi, alhamdullilah. Tapi menakutkan bila emosi berbaur-baur, pemikiran pun jadi bukan-bukan, tekanan dilepaskan dengan cara yang boleh mendatangkan mudarat. Di samping rasa ingin memenuhi tanggungjawab terhadap yang lain, keinginan untuk kepuasan diri juga menggamit hati. Padat dan sendat jadinya jiwa.

Bila keadaan begini disedari, janganlah dibiarkan. Carilah jalan untuk menguruskan diri dengan baik. Lepaskan tekanan dengan betul. Kalau terasa nak datang perangai hantu, istighfar banyak-banyak. Beralih ke tempat lain yang menyenangkan. Palingkanlah muka ke pandangan yang menyenangkan juga.

Banyak yang boleh dilakukan untuk kestabilan emosi, mental dan tingkah laku. Antaranya:
1. Buat senaman
2. Buat perkara yang disukai bersama keluarga. Pergi berkelah ke, pergi kolam renang main air ke.. hehe..
3. Mendengar muzik atau lagu yang menenangkan jiwa. Jangan pula dok layan lagu memberatkan kepala.
4. Menonton filem/drama/sketsa lawak
Dan banyak lagi...
Jangan biarkan hidup anda diselubungi bayang-bayang hitam yang menakutkan ya.. hahaha


“Kami tidak membebani seseorang
melainkan menurut kesanggupannya, dan pada sisi Kami ada suatu kitab
yang membicarakan kebenaran, dan mereka tidak dianiaya.” (Surah
al-Mukminun: 62)

4 ulasan:

  1. mmg byk perubahan berlaku dlm diri kita sbg wanita, dari kecil, meningkat usia remaja, dah dewasa jadi isteri dan ibu....
    adakalanya, dtg stress, kena pandai2 nak tangani stress kita....
    kalau hanya mampu mengalir airmata, silakan.
    eh, cara akak kot, jiha. stress je, mengalir airmata......

    BalasPadam
  2. sekali sekala dapat gak cuci mata tu kak.. hehehe

    BalasPadam
  3. bukan mudah jadi wanita kan,tapi wanita ni hamba allah yang multitasking sifatnya..hehe.apa saja leh buat dlm masa yang sama,nak2 bila da jadi isteri dan ibu kan.

    BalasPadam
  4. ash,
    bermula dengan menjadi anak perempuan, isteri, ibu lepas ni nenek. kehkeh

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...