Ahad, 29 Mei 2011

25 Hari Lagi

Menghitung hari.. habis 25 hari dihitung maka genaplah usia Nur Iman 12 bulan.
Bukan... bukan usia yang ingin dikongsi bersama, tetapi pengalaman menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya sehingga kini yang membuatkan lagi 25 hari itu teruja!

Saya melahirkan anak secara pembedahan. Tiga jam selepas bayi selamat keluar, saya masih berada di dalam bilik pembedahan. Terlepas peluang untuk menyusukan anak 1 jam terawal selepas bersalin.

Bila ditempatkan bersama bayi selepas itu, cik misi yang baik hati tak sempat nak letak bayi di pangkuan. Baru je hulur bayi nak tolong tunjuk cara menyusukan, khidmat cik misi diperlukan di bilik bersalin.

Penangan bius semasa pembedahan, saya mamai semalaman hingga keesokan harinya. Masih belum mampu menyusukan anak. Keesokannya pula, saya jangka kesan bius juga menyebabkan Nur Iman mamai seharian. Kejut macam manapun, tak bangun tidur. Cik misi veteren usap-usap air di kepala Nur Iman. Tapi, dia buka mata kejap je.. Masih belum dapat menyusukan anak.

Masuk hari ke tiga, Nur Iman dah nak menyusu badan. Tapi lekapan tak betul. Puas tukar kedudukan, puas betulkan, masih juga salah. Satu lagi, tak bengkak susu pun. Masih lagi di wad bersalin, doktor masih monitor tekanan darah.

Keesokannya, petang saya minta keluar wad dari doktor. Bagi saya, tekanan darah boleh turun dengan cepat kalau berehat di rumah berbanding di hospital. Ini adalah kerana di rumah, saya dikelilingi oleh insan-insan tersayang. Lagipun, memang tertekan tinggal lama-lama dalam wad. Dah dua minggu lebih pun.

Di rumah, usaha lagi untuk betulkan lekapan mulut Nur Iman. Air susu tak juga keluar menitik-nitik. Macam belum bersalin pula. Jadi, ambil keputusan untuk pam. Sambil berusaha menyusukan Nur Iman dengan betul, sambil pam. Nur Iman pula asyik menangis. Agaknya meradang sebab air susu tak ada. Akhirnya keluar air susu warna kuning setitik dua. Bukan main seronok lagi. Cepat-cepat pangku Nur Iman bagi hisap. Tetapi setakat itu saja. Bila pam tak dapat banyak. Tak sampai 1 oz pun.

hasil pam untuk kedua belah B. 
(gambar ini suami ambil. Dia kata, hasil yang pertama)

 
Bila Nur Iman asyik menangis tak puas menyusu, saya pam simpan stok. Tak kira siang atau malam, bagi yang dipam dulu sambil meneruskan membetulkan lekapan hisapan Nur Iman. Feed by spoon.
Dalam minggu pertama keluar dari hospital, puting susu sebelah kiri dah melecet. Akibat lekapan yang tak betul. Mula-mula tak perasan. Bila pam, nampak warna darah dalam botol. Terpaksa buang pula yang dah dipam.

Dua minggu selepas bersalin, barulah Nur Iman boleh menyusu dengan lekapan yang betul. Air susu pun bertambah. Bertambahlah tu, bila pam dari setengah oz ke 1 oz. Bila Nur Iman makin cekap, dah tak pam pula. Simulasi hisapan bayi je. 

Seminggu sebelum bekerja, dah simpan stok susu. Jumlah sekali pam. dari 1 oz ke 2 oz. Dan selepas mula bekerja, jumlah sekali pam juga pernah dari setengah oz ke 3 oz. Paling banyak hampir-hampir 4 oz. Waktu bekerja, cuma dua kali pam. Kalau sibuk, sekali pam saja pada waktu rehat.

Saya termasuk dalam golongan ibu yang di mana air susunya tak meriah. Ramai veteren menasihati saya agar memberi Nur Iman susu formula. Antara sebab yang diberi oleh mereka ialah, bila bekerja air susu akan menjadi semakin kurang, anak jadi manja tak mahu lepas, nak bekerja pun leceh asyik nak pam, dan ada juga mengatakan ianya menyusahkan. Apa yang menyusahkan pun saya tak tahu sebab tak diberitahu pun apa yang susah. Setakat ini saya tidak pernah rasa susah, baik menyusukan anak ataupun mengepam susu.

Alhamdullilah, setakat ini saya menyusukan Nur Iman hanya dengan air susu badan. Alhamdullilah, saya disokong kuat oleh suami. Dari waktu saya mengandung lagi kami sering berbincang mengenai air susu badan. Dan saya selalu berkata kepada suami, dia akan menjadi benteng dalam mempertahankan penyusuan susu ibu untuk zuriatnya. Ini adalah kerana, saya melihat di sekeliling saya belum ada yang melakukan sedemikian. Saya dikelilingi dengan masyarakat yang bermain dengan botol dan tin susu.

InsyaALLAH, Nur Iman akan menyusu susu badan sehingga 13 bulan akan datang. Saya merebut pahala dalam memberi susu kepada anak. InsyaALLAH..

4 ulasan:

  1. tahniah kak..insya allah vill doakan akak dapat sepenuhnyer menyusukan bdan utk nur iman.. harapnyer vill pun dpt lalui saat indah itu dan sepenuhnya ingin memberi susu utk anak sndri kelak..

    BalasPadam
  2. salam vill..
    wah.. dapat ucapan tahniah pula dari vill. sonok.. hehe.. insyaALLAH, ada rezeki untuk vill. akak doakan yang terbaik untuk vill

    BalasPadam
  3. tahniah yang. tak ramai org yang kuat semangat cam kamu.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...