Rabu, 1 Jun 2011

Bayi Awak Kecil Sebab Susu Badan Awak Sikit

"Bayi awak kecil."
"Susu badan awak sikit."
Kata-kata dari seseorang. Saya cuma kenal dia sebagai seorang pekerja di klinik perancang keluarga tempatan. Bagaimana saya tahu dia bekerja di klinik perancang keluarga? Sebab saya membeli pil perancang di situ sejak Nur Iman berusia 6 bulan.


Kisahnya begini, saya disarankan agar menukar pil perancang yang saya gunakan sekarang. Dari mula lagi, saya mengambil pil perancang Microlut. Ia adalah pil perancang untuk ibu yang menyusukan anak. Selain daripada Microlut, pihak klinik tersebut tidak menyediakan pil perancang lain yang sesuai untuk ibu menyusukan anak.

Kali ke dua saya ke situ untuk membeli pil perancang, saya juga disarankan agar menukar pil perancang. Namun, saya menolak dan mengatakan masih menyusukan anak. Kali ke tiga yakni kali ini, bukan saja disaran malah didesak agar menukar pil perancang.

Bila saya mengatakan saya masih menyusukan anak, pekerja tersebut yang saya anggarkan berusia dalam 30an, bertanyakan umur Nur Iman. Saya jawab, Nur Iman sudah berusia 11bulan. Lalu dia mengatakan, anak sudah besar. Boleh tukar pil perancang yang lain. Dan saya bertanya, adakah pil perancang yang baru itu membolehkan saya menyusukan anak? Dia menjawab, boleh campur. Saya bertanya lagi soalan yang sama kerana saya tidak faham jawapan yang diberikan. Kali ini dia jawab, anak kan sudah makan, sudah besar..jadi, saya perlu tukar pil perancang sebab Microlut tidak akan berkesan lagi.

Oleh kerana saya tidak berpuas hati, maka saya tanya lagi, adakah pil yang disarankan itu sesuai untuk saya yang menyusukan anak? Dan dia jawab begini, beri susu botol untuk anak. Anak sudah besar. Lagipun, anak awak kecil, susu awak sikit. 

Saya terdiam seketika. Persoalannya sekarang, kenapa orang yang saya tidak kenal, dan sememangnya tidak mengenal saya..bukan sekampung bukan jiran malah bukan sebumbung boleh dengan yakinnya mengatakan susu badan saya sikit? Agak hairan dan sedikit kagum saya dengan keperibadian dia yang menyakinkan.

Selepas itu, saya menegaskan saya tetap ingin menyusukan anak sepenuhnya dengan susu badan sehingga Nur Iman berusia 24 bulan. Dan sekali lagi, pekerja itu mengasak saya dengan hujahnya. Anak sudah besar, bagi saja susu botol, agar saya boleh mengambil pil perancang yang lebih berkesan. Saya menjawab lagi dengan penegasan yang sama. Dan sesi jawab menjawab tamat bila saya membiarkan dia menyudahkan ayatnya agar saya memberikan susu botol untuk Nur Iman. Saya juga abaikan mukanya mula mencemik, kerana saya juga dapat rasakan urat-urat di muka saya juga ke arah jeruk asam.

Bagi saya, jika sudah begitu pendirian dia, adalah tidak perlu menjelaskan kenapa saya ingin sangat menyusukan anak dengan susu badan sepenuhnya. Dan sepatutnya, dia hormat dengan pendirian saya juga.
Saya keluar dari klinik perancang keluarga tersebut dengan pil perancang Microlut juga akhirnya.

inilah budak yang dikatakan kecil itu

10 ulasan:

  1. laaaaaaaaaaaaaaa....mana ler dia tau sikit ke banyak...ermmm nak marah pun tak guna...sah2 dia tak faham kenapa perlu menyusu kan anak hingga 2 tahun kannn...buang karen je layan org camni...

    ***tariff letrik dah naik laa ni...jgn membazir karen ye...;)

    BalasPadam
  2. tak marah pun. sebab marah kat orang yang tak faham, tak ada faedahnya pun. buang karan eh.. hehe..

    BalasPadam
  3. kecik ke? ok je tu....janji sihat kan...

    BalasPadam
  4. alhamdullilah.. sihat. yang tu orang selalu lepas pandang.

    BalasPadam
  5. yang selain microlut, noriday juga sesuai untuk ibu menyusu. kalau tidak terdapat disana, ku boleh tlg belikan untuk mu kat sini dan poskan..

    BalasPadam
  6. sebetulnya, memang haku sebut noriday memula dulu. malangnya memang takdo.

    BalasPadam
  7. la... gitu pulak. akak pun geram dgn makcik tu.
    skrg, akak tak amik pil perancang pun, sebab takut jejaskan susu. akak guna kekdah lain je jiha... cik somi yg sarankan.
    Iman kecik ke? ok je akak tgk.

    BalasPadam
  8. memang jenis gitu kak.. dia lahir pun memang kecik. bukan lahir bam2.

    BalasPadam
  9. hehe.macam2 pe'el kan orang ni..
    sabo je la..

    tapi pada saya kecik tak kecik ni bukan sbb susu badan.aleesya kurus je ikut gen saya padahal minum FM banyak je..hehe

    BalasPadam
  10. ash,
    dak Iman tu cuma tak mau makan bila tumbuh gigi. tapi tu je la. sekarang ok pula dah. nak makan macam biasa. nyusu tak pernah kurang. tapi dah dia dok gitu kan..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...