Isnin, 27 Jun 2011

Puding Roti Karamel Perisa Kurma

Resepi asal adalah Puding Roti Karamel dari enakrasa.com Resepi colek dari kak fiza
Bila buka peti ais, ada lagi kurma. Sebab saya dan Nur Iman saja yang makan. Kurma pula banyak. Jadi, buat puding roti karamel tambah kurma.


ya ampun.... gambar tak lawa.. tapi nak juga tepek kat sini!

Bahan-bahan:
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
3 biji telur
Sedikit esen vanila
Roti bantal 3 keping
Setengah cawan susu pekat
1 cawan air suam
10 biji kurma yang sudah dibuang biji

Cara-cara:
1. Hanguskan gula dalam loyang, tambah air dalam 2 sudu besar. Gelek-gelekkan loyang. *tengah imagine loyang tergelek-gelek nih Kemudan ketepikan.
2. Sebelum itu, rebus kurma dengan secawan setengah air sehingga empuk.
3. Carik-carikkan roti bantal masuk dalam pengisar, masukkan secawan air suam dan juga susu pekat sekali.
4. Apabila kurma dah agak-agak empuk, sejukkan sekejap. Selepas itu tuang ke dalam pengisar bersama adunan nombor 3. Tuang sekali dengan air rebusan. Kisarkan.
5. Pukul telur dan tapis.
6. Tuangkan adunan roti dan kurma ke dalam bekas. Tuang telur yang telah ditapis, dan tambah esen vanila. Kacau perlahan. Tuang ke dalam loyang gula hangus tadi.
7. Kukus sehingga masak.
8. Tadaaa!! Siap, terbalikkan. Saya makan panas-panas. Baki baru letak dalam peti sejuk. kihkihkih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...