Salam..
Sekarang, banyak butik-butik tudung di Malaysia kan..
Bagaikan cendawan yang tumbuh di pohon sawit selepas hujan. :)
Alhamdullilah... ramai diberi hidayah dan petunjuk untuk menutup rambut dari dilihat oleh yang bukan mahram.
Perkataan hijab dan jilbab sering menjadi buah mulut bagi wanita muslimah.
Namun, segelintir masih kurang jelas dengan maksud kedua-duanya termasuklah perkataan khimar.
Bertudung (alhamdullilah..) sahaja tidak bermaksud seseorang muslimah itu berhijab.
Tudung atau juga dikenali sebagai khimar adalah sesuatu yang muslimah gunakan untuk menutup bahagian kepala terutamanya rambut.
Ia selalunya merangkumi leher, dan lagi elok menutupi bahagian dada, lengan dan belakang.
Manakala jilbab adalah pakaian. Pakaian yang menutupi seluruh tubuh. Ia juga seeloknya longgar dan tidak menampakkan bentuk tubuh badan seorang wanita.
Hijab pula adalah bila seorang muslimah menutup tubuh dan perhiasannya kecuali yang biasa dari dilihat atau ditonton oleh yang bukan mahram.
Di sini ia bermaksud, bila wanita muslimah itu berhijab.. secara ringkas kita boleh lihat wanita muslimah tersebut memakai khimar yang menjulur ke dada dan belakang, menggunakan pakaian yang berlengan panjang bahkan mengenakan sarung lengan untuk memastikan bahagian lengan tidak ternampak dan juga berstoking.
Semoga sama-sama beroleh manfaat.. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan