Isnin, 17 September 2012

Cucur Pusuk (Cucur Ikan Bilis)

Salam..

Dulu semasa saya masih bersekolah dan tinggal bersama keluarga, antara aktiviti petang kami adalah mencari apa saja bahan untuk dimasak dan dimakan. Di petang hari lazimnya.

Paling mudah dan resepi paling cepat bagi kami beradik ialah cucur. Tidak kisah cucur apa. Cucur bawang, cucur pusuk atau kedua-duanya.

Satu kepuasan bagi kami untuk masak sesuatu yang mudah, makan beramai-ramai, dan err.. berebut-rebut.

Nikmat makan walau hanya makanan yang sebegitu.

Untuk tengah hari ini, saya hanya sediakan cucur pusuk atau cucur ikan bilis untuk keluarga. Alhamdullilah..

Resepi saya ini main campak saja. :)

Bahan:
Tepung gandum
Ikam bilis secukupnya
Setengah biji bawang besar (potong kasar)
Serbuk lada hitam
Italian herbs
Sedikit garam
Sebiji telur (saya guna telur ayam yang kami bela. telurnya kecil saja tapi kuning telurnya besar).

Cara:
Gaul semua bahan bersama air.
Agak-agak likat. Banyak air akan menyebabkan adunan cair pula.
Panaskan minyak dalam kuali.
Selalu, saya tunggu kuali keluar asap sikit. Baru saya masukkan adunan.
Goreng hingga agak kekuningan.

Sedap dicicah dengan sos cili.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...