Salam.. :)
Tajuk catatan itu.... sebenarnya tulisan yang tercatat pada sticker lilipie di sebelah kiri blog saya.
Itu kenangan saya bersama arwah anak pertama.
Saya disahkan hamil selepas pernikahan.
Orang tua kata bunting pelanduk.
Pada mulanya, saya tidak tahu bahawa saya hamil.
Ini kerana, dalam menanti cik p tiba saya didatangi tompok darah segar.
Ia cuma sikit-sikit dan berlarutan sehingga 2 minggu.
Pada minggu pertama, saya buat ujian kehamilan di rumah.
Hasilnya, negatif. Tidak hamil.
Jadi saya anggap itu adalah darah period.
Namun bila berlanjutan lebih seminggu, perasaan syak mula timbul.
Perasaan itu simpan diri sendiri saja dulu.
Tambahan pakai jean, ketat pula bahagian punggung. errrr...
Jadi, saya mengambil keputusan untuk ke klinik.
Nak cek air kencing dan darah sekali, atas sebab hormon tak stabil.
Cuma, tak sempat nak buat ujian darah,
saya disahkan hamil melalui ujian air kencing.
Selang berhari, saya mendaftar di KKIA.
Everything sailing smoothly..
Baby sihat, ibu sihat gumbira.
Sehinggalah beberapa hari selepas bayi dalam kandungan berusia 18 minggu.
Saya mengalami sakit-sakit belakang, bahagian pinggang seolah-olah senggugut.
Dalam 3 hari jugalah mengalaminya.
Pada hari pemeriksaan, saya maklumkan kepada jururawat bertugas.
Dia agak hairan, katanya masih awal sangat. Baru 18 minggu.
Dia nasihatkan saya untuk berehat dan tidak bekerja kuat.
Malamnya, saya mengalami 'senggugut' yang amat kuat.
Sehinggakan sukar untuk saya berdiri tegak dan berjalan.
Saya pujuk diri untuk tidur. Itupun cuma tidur-tidur ayam saja.
Keesokannya, ada pendarahan.
Saya ajak suami ke hospital.
Kami ke bahagian kecemasan selepas diarahkan oleh jururawat yang bertugas di KKIA.
Di situ, saya menunggu doktor datang dan scan.
Doktor scan, dia kata.. baby okay.. pergerakan okay.. semua okay..
Okay, saya dinasihatkan untuk berehat.
Jadi, kami kembali ke rumah.
Bermula petang itu, saya memang asyik rasa nak terkucil.
Tidak sampai sepuluh minit, ke tandas.. selang lagi beberapa minit, ke tandas.
Diselangi juga sakit-sakit senggugut.
Sehinggalah dalam jam 10 lebih kurang, saya ke tandas lagi.
Rasa macam nak kencing, tapi air kencing tak keluar.
Bila raba sikit, ada benda.. Nak terkeluar.
Kami ke hospital lagi malam itu.
Tiba sana, saya sudah mengalami 'senggugut' yang agak kuat dan makin kerap.
Rupa-rupanya itu adalah kontraksi.
Bila doktor scan, dia kata tidak dapat nak diselamatkan lagi.
Kaki bayi sudah sangat di bawah.
Laluan sudah terbuka.
Dari jam 10 itu sehinggalah ke jam 1 pagi, saya mengalami kontraksi.
Dalam pukul 1 pagi itu, saya mengalami sesuatu yang dikatakan sakit bersalin..
Sangat sakit... Tapi, kerana tindakan refleks saya menahan bayi daripada keluar.
Bila jururawat tengok, dia suruh saya meneran.
Sekali teran, bayi pun lahir.
Rasa sakit serta merta hilang.
Jururawat-jururawat yang bertugas tunjukkan bayi itu kepada saya..
Masih lagi dalam kantung. Nampak jelas mukanya.
Salah seorang jururawat itu memohon izin untuk membuka kantung dan membersihkan bayi.
Saya cuma mengangguk.
Selepas itu, saya tidur dengan amat lena sehingga ke subuh.
Paginya, saya dikunjungi saudara mara, aunt (juga jururawat yang bertugas di situ) nasihatkan saya dan suami supaya menamakan bayi tersebut.
Saya kata, tidak tahu nak bagi nama apa. Tidak tahu jantina.
Aunt pun bagitahu, bayi saya adalah bayi lelaki.
Serta merta saya menamakan arwah Muhammad.
Selepas itu, aunt tunjukkan bayi saya yang sudah dibersihkan..
Ohh.. muka arwah masih terbayang-bayang..
Saya masih ingat lagi iras wajahnya, jari jemarinya yang mengenggam, kakinya dan juga alat kelaminnya..
Naifnya kami, tidak tahu bagaimana hendak menguruskan arwah.
Keluarga suami pula jauh. Hanya keluarga saya yang ada.
Sehinggakan suami membawa arwah, letak dalam bakul motorsikal berjumpa dengan imam masjid besar bertanyakan hal itu.
Imam itu kata, hanya tanam dalam supaya tidak digali oleh binatang.
Sehinggalah satu detik, kebetulan rakan sepupu ada disitu.
Keluarganya menyanggupi untuk menguruskan arwah bersama suami.
Jadi, suami membeli keperluan apa yang perlu.
Kain kafan, kapur barus dan lain-lain.
Kisah dari sebelah suami:
Arwah dibersihkan, dimandikan..
Dengan berbekalkan cangkul yang hampir patah cangkuknya, suami mula mengali liang lahat untuk arwah dan seterusnya dikuburkan.
Arwah dikuburkan di perkuburan Islam perkampungan berdekatan.
Kebetulan pula, selepas itu saya berpindah ke daerah lain (asal muasal suami) kerana mengikut suami.
Bila sesekali balik ke tempat saya, walaupun saya tahu jawapannya..
saya sering bertanya kepada suami, dimana kubur arwah..
Dimana jasad arwah ditempatkan..
Suami pula dengan sabar, bercerita dengan saya..
Itu kisah 3 tahun lebih yang lepas..
sedihnya baca cerita akak....teringat saat sedih 3 bulan lepas...3 thn TTC...gembira kerana berjaya hamil...ttp keguguran..detik2 cerita miza lebih kurang sama dgn cerita akak...ttp baby miza kecil usia nye.
BalasPadaminsyaAllah.. mudahan ada rezeki miza nanti
Padamsronok bc pengalaman cm nie.. ngk org len cm senang je nk mengandung.. rezki allah kn.. saya masih menanti setelah 2 thn lebih kawen..
BalasPadam