Sabtu, 8 September 2012

Yeay! Dah Pandai Buat!

Salam...
Bermula dengan tidak tahu hendak makan apa, tidak ada idea hendak masak apa.

Saya tanya encik bos, hendak makan apa? Jom pergi beli apa yang patut. Encik bos kata tidak tahu pula.
Encik bos kata lagi, tidak apa... kita pusing-pusing saja di pasaraya.

Pusing-pusing di pasaraya buat macam taman permainan. Lagi-lagi Iman... yang sangat suka berada di pasaraya.

Tiba-tiba encik bos belek-belek paket 'lamb shoulder'.
'Masak lamb chop, nak?'
Saya.... errrrrr.... oookkaayyyy..
Hakikatnya pandai makan saja selama ini.
Bahan-bahan selebihnya, encik bos yang pilih.
sos lada hitam, 'baked beans', dan kiub daging.

Sampai-sampai rumah, terus mengadap komputer. Cari resepi.... huhuhu
Jumpa satu dalam laman Myresepi.

Okay, kekurangan saderi, sos tiram , susu segar dan kentang.
Encik bos keluar lagi untuk cukupkan bahan.

Saya sedia untuk memasak. huhu..
Bismillah...

Kepingan daging kambing diperap dengan mentega, sos lada hitam dan sedikut garam.
Selepas itu, panggang dalam ketuhar. Suhu dalam 170, 20 minit. Terbalikkan, panggang lagi 20minit. (encik bos kata, kalau kurangkan sikit waktu memanggang lagi elok).

Untuk sos pula, cincang sebatang saderi dan bawang besar.
Rebus dengan 3cawan air. (bergantung dengan berapa keping daging kambing ya).
Selepas mendidih, toskan. Saya tinggalkan sikit saderi dan bawang besar dalam periuk.
Masukkan air, sos lada hitam, sos tiram, kicap, tepung gandum dan kiub daging. Letak garam sikit.
Masak sehingga pekat.

Untuk kentang putar pula..
Rebus kentang hingga lembut, tos dan lenyekkan.
Tambah susu segar, lada hitam dan garam. Gaul sebati.

Siap...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...