Memaparkan catatan dengan label coret-coret Nur Iman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label coret-coret Nur Iman. Papar semua catatan

Ahad, 2 September 2012

Di Kala Anak Berusia 2 Tahun

Salam...
Alhamdullilah, aktiviti seharian berjalan seperti biasa.
Walaupun hampir setengah hari bekalan elektrik terputus, dan sekarang bekalan air pula warna milo cair. 

Nur Iman pula seperti biasa.
Dalam usia 2 tahun lebih, dia dah pandai buat permintaan.
Nak layan youtube, dia kata "kuinkel kuinkel" (twinkle twinkle).
Nak makan, dia kata "mam mam".
Nak ikat rambut, dia ambil getah rambut bagi kat saya.

Namun paling ketara ialah, dia suka meniru perkataan dan perbuatan ibu dan bapa (yang tepat, paling rapat dengan dia).
Mak pak asyik lekat depan pc, dia pun sama. hahahaha..

Lebih tepat, dia mula meniru perlakuan sejak berumur setahun lebih.
Never underestimate your child.

Banyak perlakuan ibu bapa, anak-anak mampu buat tanpa dia sedari ianya sesuatu yang elok atau kurang elok.
Bab inilah yang paling saya risaukan.
Ibu bapa adalah model paling dekat dengan anak-anak.
Baik kita, baiklah dia.. Begitu juga sebaliknya.

Yang mampu buat hati saya rasa syahdu ialah bila Nur Iman meniru gerakan solat bila saya bersolat.
Mudahan Nur Iman menjadi anak yang solehah ya.. 
Yang mendoakan ibu bapanya di masa akan datang.


Tudung saya, cukup-cukup saja dijadikan telekung Nur Iman.

Doa anak yang soleh dan solehah:
"Ya Allah, ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil."

Sabtu, 23 Jun 2012

Perjalanan Masih Jauh Buatmu

23 Jun 2012
alhamdullilah..
masih lagi dipinjam Allah sehingga ke hari ini..
masyaAllah..
anak umi, semoga terus membesar dengan sihat.

umi doakan semoga Nur Iman dikasihi Allah, diberi kebijaksanaan, seimbang dengan iman yang teguh.

semoga Nur Iman menjadi insan yang diredhai Allah di dunia dan akhirat.

semoga umi jua diberi kesabaran dan kebijaksanaan dalam mendidikmu.

anak umi sayang..
sentiasalah menjadi anak yang beriman
biarlah keperibadianmu menyerlah seperti mana namamu..

semoga anak umi dilindungi Allah dari mata dan perbuatan yang dengki dan jahat,

semoga anak umi menjadi inspirasi yang solehah buat adik-adiknya,

semoga anak umi bertemu jodoh dengan hamba Allah yang soleh..

semoga anak umi membesar seperti putik bunga yang bermula dari bijinya yang kecil.
membesar mekar mewangi memberi ketenangan kepada yang memandang.
yang sentiasa berzikir pada penciptanya.
hanya luruh bila tiba masanya dan diizinkan Allah.
 

Isnin, 2 April 2012

Blessed Monday

salam..
 Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday, Saturday, Sunday..
Monday again..
 Syukran..
It's a blessed Monday.


She is 21 months already..
And Alhamdullilah, still on breastfeeding.
You go girl..

Rabu, 15 Februari 2012

Maid From Borneo

Siapa sepah, dia kemas.
Siapa tidur, dia kemaskan bantal, selimut, katil.
Siapa makan, dia basuh pinggan.
Siapa buang sampah merata, dia kutip balik sampah.
etc..etc..etc... bla..bla..bla...
Macam itulah rutin saya yang mempunyai 3 orang adik dulu.
Saya anak perempuan, sulung pula.. bila meningkat remaja [muda sikit dari remaja] kerja-kerja rumah memang dipertanggungjawabkan ke atas saya.. err.. kecuali memasak.. [my aba.. kalau saya masak, dia tak mau makan]
Jadi, bila adik-adik mula pandai arahan, faham.. saya didik dia orang untuk bertanggungjawab di atas perlakuan masing-masing. 
alaaa... yang biasa-biasa je.. kalau kotorkan lantai, silalah ambil penyapu ya...
Dan, ya.. saya sangat stress dengan keadaan yang sebaliknya.
Contoh, lepas makan buat-buat lupa cuci pinggan
  dahsyat lagi kalau buat-buat tak nampak pinggan lauk dah kosong atas meja makan tapi biarkan juga atas meja nun..
Contoh saja bah...
Panjang pula mukadimah.. belum sampai isi cerita tau...
Yang sebenarnya, nak habaq... tanpa sedar saya juga mempraktikkannya juga ke atas Nur Iman.
Dan.. surprisingly........


Nur Iman kini faham bila saya pujuk dia untuk kemas/simpan barang-barang yang dia sepahkan..
Bahkan usai solat, dia juga boleh mengemas sejadah sendiri. 
Walaupun kengkadang dia buang gitu je tudung atas lantai.
Alhamdullilah... semoga istiqamah ya anak umi....
Bukan kerana Nur Iman anak perempuan... biarlah saya menjadi pemecah tradisi keluarga..
Tak kiralah, anak perempuan atau anak lelaki biar sama-sama tahu dan mengerti erti tanggungjawab..

p/s alamak... tak ada kaitan dengan tajuk daaaaa.....

Jumaat, 10 Februari 2012

oh... speechless..

Mula-mula, perasan dak Iman suka main kat sejadah waktu uminya solat.
Kadang-kadang umi terpaksa tolak Iman ke tepi waktu rukuk dan sujud.
Lagi satu, Iman suka duduk kat pangkuan semasa baca tahiyat dan selepas bagi salam.
Sesekali terpaksa letak Iman dalam buaian bila solat.
Tapi, difikir-fikir biarlah.. apa salahnya.
Until one day, i've decided to put on a little cute hijab on her head.
Sekali dengan sejadah yang tecik tu. haha..
Waktu uminya masih siap-siap pakai telekung, Iman dah buat rukuk, sujud bagai.. baca doa lagi.
Yes, i am speechless...
True enough our little one able to learn far beyond than we realise.
They will scan, copy and paste.
And true enough, the parents are the nearest model for the kids.

Rabu, 18 Januari 2012

Cucuk-cucuk Mata

Memula Nur Iman lahir dulu kan, rambutnya agak tebal dan lebat. Mengerbang pula tu. muahahaha
Lepas tu kena cukur botak.
Lambat sungguh pula rambutnya tumbuh.
Bila tumbuh pula, bertompok ikut pusaran. Bermula dari tengah-tengah kepala.
Sekarang, dak Iman dah setahun 6 bulan.
Rambut depan yang cepat panjang. Cucuk mata udah....
Sekarang samada ikat rambut atau pakaikan klip je.
Tapi klip rambut tak tahan. Asyik dibuang je. Yang mahal yang murah, mana tah hilang.
Jadi, lagi elok guna pengikat rambut. Tangan kecik tu tak pandai buka lagi.

see..see... the rambut.. sebutir dua nasi perhiasan semata2..


hat ini pakai klip


lagi suka ikat begini. hat depan.


hat belakang

Sabtu, 1 Oktober 2011

Manja Atau Mengada-ngada??

Atau saja buat havoc. hahahaha...
Perangai Nur Iman yang semakin hari semakin cerdik.
Muncung mulut mongel menyanyi.
Geleng-geleng kepala ikut lagu.
Tepuk tangan bila bermain.

Sekarang, Nur Iman manja sangat.
Terutamanya bila tidur malam.
Kalau diletak dalam buai, mesti buaikan.
Jika tak, terjaga dan menangis.
Bila seringkali terjadi, isk.... ini tak boleh diamalkan.
Jadi, saya biarkan saja dia menangis dulu.
Cuma dengarkan saja bunyi tangisan.
Kalau bunyi dah macam kena gigit, kena pujuk juga.

Selepas dalam 5 minit, dia diam.
Jenguk, rupa-rupanya tidur.
isk..isk..isk...
Saja tak mahu berenggang ya malam hari. 

gambar  yang tiada kaitan dengan catatan. 
hahahahaha

Jumaat, 19 Ogos 2011

Bersalut Debu dan Kotor

Sejak kaki comel itu dah pandai melangkah, dia rajin ikut abanya di luar rumah setiap pagi dan petang.
Sesi memberi manoks sekalian makan.
Dia juga ikut sibuk bersama. 
Terduduk, terlentang, terguling itu biasa.
Namun dia tidak menangis. Sesaat dua dia dalam keadaan begitu, selepas itu gigih untuk berdiri semula dan mengejar anak-anak manok.
Jika dia terduduk sikit pun di dalam rumah, beria-ia menangis.
Berbeza dengan bila bermain di kawasan luar rumah.
Sekarang ini, kasut dia macam kasut orang yang bekerja di lombong.
Kotor, berdebu.. begitu juga setiap kali selepas sesi bersama manok.
Dia akan bersalut debu dan kotor.
Muka, kepala, tangan kaki dan juga bontot (seluar ler) memang kotor.
Namun, saya lebih senang anak saya dibesarkan begitu. 
Lagipun, dia sentiasa di dalam pengawasan.
Kadang-kadang jika sudah letih, dia sendiri akan ke pintu rumah dan membuka kasut sendiri. 
Semoga dipermudahkan tumbesaran Nur Iman.




Ahad, 24 Julai 2011

5 Langkah Pertama....

Minggu lepas Nur Iman menunjukkan minat untuk melangkah. 
Jadi, abanya sering mengiring dia berjalan-jalan di dalam rumah. Bila dipinta untuk berjalan sendiri, dia ralat. Lebih suka merangkak pula. Bila diiring, laju je kaki cumil tu melangkah. 
Sehinggalah, satu petang tu... kami ke pasaraya untuk membeli barangan. Nur Iman pula diiring berjalan oleh abanya. Abanya cuba lepaskan tangan dari pegangan Nur Iman.. 
And guess.... she walked on her own. Five first steady steps. Sambil-sambil dia nak capai barang di rak dalam pasaraya. Oh... itu pemangkinnya ya... hahahaaha...
Sekarang, dia rajin berlatih. Bangun sendiri, berjalan. Terduduk, bangun sendiri dan jalan lagi. Bila saya atau suami ada kelapangan, kami akan beri semangat untuk dia teruskan dan teruskan.. 
Alhamdullilah.... 
Cuma ralat, gambar dan video Nur Iman tak dapat dimuat naik. Dalam telefon bimbit ada, cuma bila nak muat naik, tak keluar pula..  huhu....

Selasa, 12 Julai 2011

Walang Hati Melihatmu

Demi saja melihatmu 
Hatiku walang anakku
Demi saja melihatmu
Bening di pelupuk mata
Lemah jiwa ibu tak mampu dikata
Dalam walang, hati ini menangis hiba 
Demi saja melihatmu 
Moga ALLAH melindungimu
memeliharamu
Ibu tidak mampu mengikat diri
Agar sentiasa ada bersamamu
Walang hati ini.. baru ini ku rasa..
Walang bukan main
Demi saja melihatmu 









Jumaat, 8 Julai 2011

Marah Bila Kena Cium!!

Siapa?! Apa?! Tu dia...................


Bila kak Arissa komen kiss 8kali sampai rimas..
hmmm... Budak tecik ini dah pandai tak mahu dicium. Pandai marah bila kena cium... 
hooooo.... jual mahal.. tak nak bagi nen kang aaaa.. hahaha

Khamis, 23 Jun 2011

You Are 12 Months Old Today!

Ya Allah, berikanlah kebaikan dunia akhirat kepada Nur Iman



Jadikanlah dia anak yang solehah


Jadikanlah dia anak yang berbakti kepada agama, orang tuanya dan masyarakat


Ya Allah, lindungilah Nur Iman di dunia dan juga di akhirat


Berkatilah Nur Iman dengan sifat-sifat mahmudah


Semoga anakku membesar menjadi insan yang sihat dan yang berguna



Insan yang memberi semangat dan ketenangan


Kepada ibu bapanya, suaminya dan keluarganya



Ya Allah, jodohkanlah anakku dengan hambaMu yang soleh



Agar dia mampu meniti jalan yang Engkau redhai


Amin..

THANKS TO YOU ALLAH FOR THE BEAUTIFUL AND PRECIOUS GIFT





Ahad, 19 Jun 2011

Saya Suka Berenang!

Berenang yang betul-betul berenang. haha.. Letih berenang yang betul-betul baru berenang santai. Walaupun saya suka berenang, yang sebenarnya saya takut air.
Tapi kalau dah terjun dalam air, dah tak ingat daratan pula. Sekarang, saya lebih selesa berenang di kolam renang dari berenang di sungai.
Kalau berenang di sungai, takut-takut juga. Kalau sungai jernih, nampak dasar tak apa. Kalau tak nampak dasar yang buat rasa was-was. Kefobiaan sungguh!
Walaupun begitu, berenang menjadi kegemaran saya dan anak. Terapi awet muda. haha.. Bagi Nur Iman pula, sesi memanjangkan kaki. Terkotek-kotek je kaki dalam air tu. Comel!



muka kegembiraan berendam Nur Iman walaupun neck floatnya terbalik. muahahaha

Selasa, 5 April 2011

Midnight snack

       MIDNIGT SNACK!!
Dak Nur Iman suka tengok nih. 


masyaALLAH..... just love the kid's voice.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...