Memaparkan catatan dengan label coret-coret karya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label coret-coret karya. Papar semua catatan

Isnin, 30 Julai 2012

Semua Pun Cerita Pasal Makanan

Salam...

Seminggu lebih dah berpuasa kan..
Jenguk fb, banyaaakk gambar makanan..
Gambar makanan waktu sahur, sungkey/sungkai (berbuka), 
dan di antara waktu. hahaha..
Semua pun teruja nak bagitahu menu apa kan..
Semangat!!! Suka... 

Saya pula sekarang ini tengah buntu nak masak apa..
Tanya incik bos, nak makan apa sungkey nanti ah?
Dia tanya balik, nak masak apa nanti?
oh.......

Tapi, menu paling mudah pun sedap jugakan..
Sahur pagi tadi, saya cuma goreng ikan bilis dan sosej lembu je. Makan dengan nasi. *boleh terlupa beli telur pula semalam.
Kalau tak, tambah telur mata kerbau.
pergh... 

Ini tengah tercari-cari menu untuk petang nanti pula. 
Yang sebenarnya, kebuntuan menu ini bukan saja berlaku di bulan Ramadhan.. bagi saya..
Bukan bulan Ramadhan pun hari-hari fikir nak masak apa.

Nak masak apa ya??

p/s yang sebenarnya juga, saya tak sabar nak mengulas buku "Bukan Sekadar Resepi" oleh Puan Roza Roslan.
Membaca pengantarnya saja buat saya teruja!! :) 

Ahad, 29 Julai 2012

Tudung atau Kerudung atau Khimar?

Salam..
Sebut tudung ramai tahu apa itu.
Kerudung juga boleh tahan ramai yang tahu apanya itu.
Khimar sesetengah yang tahu.
Jangan risau, semuanya memberi maksud yang sama.
Iaitu sesuatu atau material yang digunakan untuk menutup kepala.
Khasnya untuk menutup aurat wanita di bahagian kepala, dan yang seeloknya turut melindungi dan menyembunyikan bahagian dada wanita.

Sekarang ini banyak stail dan fesyen khimar kan..
Yang warna warni, satu warna, warna bertone, panjang, pendek, tebal nipis.
Cantik je.. 

Dulu saya menggunakan tudung bawal.
Mula bertudung pada awal tahun 2000-an.. kehekeh.. ada ke perkataan sebegitu?
Waktu itu, saya baru masuk universiti tempatan.
Fesyen tudung bersilang dan pin ke bahu yang paling mendapat tempat di hati para muslimah.
Dan tak lain tak bukan ianya tudung bawal. 
Pada waktu itu, tudung bawal yang sering saya pakai jenis nipis dan bidang yang kecil je.
Kalau tak disilangkan, tutuplah dada.
Kalau disilangkan nampaklah bahagian dada.
Dan pada masa itu memang nak melawa je.. Menyilangkan tudung bawal itu dah rasa lawa sangat dah. hahahaha..

Bertahun-tahun pakai tudung bawal, saya beralih ke selendang/shawl.
Tapi kali ini segan pula saya nak guna material yang nipis dan pendek. 
Jadi, selalu beli jenis pashima. Panjang dan lebar.
Lilit sana lilit sini.. Sekali lagi rasa lawa. ahaks..

Penat berlilit, ditambah pula agak makan masa bagi saya.. beralih pula ke tudung berawning.
Kebetulan waktu itu tudung ada awning tengah naik nama.
Yang ini senang, masuk sarung saja ke kepala. 
Tapi masalah bagi saya pula, majoriti semua kedai yang jual tudung di sini jual tudung jenis pendek pula. 
Dan nipis. huhuhuhuhu.. 
Saya lama dah rasa segan guna tudung macam ini.
Apalagi kalau pakai baju kurung, tersipu tersegan termalu dengan bahagian dada yang tak ditutup dengan tudung.

Namun, sekarang semua di hujung jari kan.. apalagi.. shopping lah online.. hahaha.. 
Siap boleh tempah saiz, warna lagi.. 
Selalu saya gunakan saiz xxl untuk jenis pusing, dan xl untuk jenis labuh biasa. 
Tutup depan belakang sekali. 
Apalagi, jumpa pula khimar syria labuh.. wah.. sakan..
Alhamdullilah... memang bersyukur sangat jumpa dengan peniaga yang tidak mengenepikan golongan seperti saya.. yang ingin lawa tapi tutup depan belakang. ahakss.. lawa lagi.. 

Selasa, 3 Januari 2012

"Awak Suka Saya Tak?" Dah Nak Khatam 2 Kali Dah...

antara novel terbaru dalam koleksi ni.... huuuu teruja...

memula jumpa kat kedai popular, tak sangka buku ni tebal mak aih.......
yalah, kak Laili memula cuma berkarya dalam bentuk novelog. macam tak banyak je.. *tak pernah baca novelog ni sebenarnya.. hahaha.. yelah, asal online buka fb buka rh. sesekali baca petikan kat wall fb kak laili je.

tapi bila ia diterbitkan jadi buku, mengelepar juga nak cari. nasib baik jumpa naaa....
sungguh tak rugi beli dengan harga lebih sikit dari novel karya malaysia yang lain.
sangat-sangat berbaloi.. tak percaya, cer tanya geng kawan rh fb.
memasing pakat beli baca dan baca dan ber romantika. muahahahaha..

terkesan sungguh dengan cerita dan ayat dalam ASST.
ada bab terkena batang hidung sendiri.
kisah antara intan zulaikha dan hilman/damien yong mengajar agar meletak cinta pada yang Esa di teratas.
cinta pada diri yang kedua dan seterusnya cinta pada insan.

kalau tengok tajuk novel, macam isk.. macam cerita cinta monyet je ni. *ampunnnn... kak Laili.. hehehe
tapi, kata orang jangan nilai karya berdasarkan kulit buku kan.. jangan juga nilai dari segi tajuknya.
tentu ada sebab kenapa ia berjudul sedemikian.. err, kak laili tak nak kongsi kenapa letak tajuk tu tak??

meh baca sinopsis..
 oppss, sebelum tu saya nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada kak laili aka kak melur jelita kerana telah menghasilkan satu karya yang amat baik, mempunyai maksud yang sangat elok dan yang mampu membuatkan saya ketawa dan bergenang air mata di masa yang sama.. err, bergenang air mata je tau.. beza dengan nangis kan...


Selasa, 12 April 2011

Hijab Sang Pencinta

Karya Ramlee Awang Murshid ini memang sungguh-sungguh memikat hati. Sekali baca, tak boleh letak. Baca lagi, juga tak boleh letak. Memang asyik dan mengasyikkan. ha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...