Memaparkan catatan dengan label coret-coret makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label coret-coret makan. Papar semua catatan

Isnin, 10 September 2012

Resepi Kek Hati Parek

Salam... 
Okay.. nak berkongsi resepi.
Saya cuma guna setengah adunan dan ada bahan yang diubah suai daripada resepi asal ya..

bahan A: 
5 biji telur
3 gelas gula

bahan B:
226g mentega
500g kismis hitam kisar
1/2 tin susu pekat 
4 1/2 cup tepung gandum
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
4 sudu kecil gula hitam (den ganti dengan browning sugar)

tips: 1/2 cup drpd tepung gandum yg digunakan gaul terlebih dahulu dgn kismis supaya kismis tak turun bila dikukus. 

cara:
1. pukul bahan A hingga kembang
2. pukul mentega dan susu dlm bekas lain.
3. gaul kedua2 bahan hingga sebati. 
4. masukkan tepung, soda, kismis, gula hitam. gaul rata & sebati.
5. kukus 4 jam


Jumaat, 8 Jun 2012

CET....CET...

Salam semua..
Teringat-ingat kampung halaman pula dah.
Err, teringat makanan sebenarnya. hahahaha
Selalunya bila balik Limbang, jika berkesempatan memang akan "menggagau" nak makan
mee sup berubut. haaa...

Berubut atau biasa orang panggil perut atau babat.
Berubut sapi aaaaa...
Suka rasa kuahnya yang pedas, slightly masam.
Menghirup sampai kering isi mangkuk.

Bilalah dapat balik lagi ni?
Eh, kalau balik bukan kena sejam dua perjalanan tau.. 
Dari sini ke Miri, dah makan seharian perjalanan.
Sampai Miri, kena bermalam selalunya {kes dak Iman tak ada pasport}.
Jadi kena ambik flight.
Menggunakan pengangkutan udara, dalam bahasa Melayu.
Perjalanan udara dalam 35 minit lagi. Baru sampai.

Kalau ada pasport boleh je teruskan perjalanan  *janji si driver is a very healthy in body and mind je. kehkehkeh...
Dan juga asalkan imigresen sempadan Malaysia[Sarawak]/Brunei masih dibuka.
Kena masuk Brunei dulu, keluar Brunei baru sampai tau...

Fuhhh......
Jauh gitu perjalanan tidak mungkin ingin melepaskan peluang untuk ngap
mee sup berubut. kuikuikui..

Ini gambar lama... tak la lama sangat.
Awal tahun 2011.. balik Limbang, adik perempuan melangsungkan perkahwinan. 
See it yourself la.. hahaha


p/s nak letak apa pula tajuk catatan ini.. BALIK KAMPUNG ke MEE SUP BERUBUT. cet..cet..

Isnin, 31 Oktober 2011

Nescafe Panas dan Roti Pizza Paling Mudah

Dalam risau melihat perut makin naik, bertambah-tambah pula menambah lemak di malam hari kan...
Makan malam tadi bos yang masak.
Masak kari ayam, masuk sekali terung dengan bendi.
Nur Iman seleranya makan masakan abanya.

Dalam sejam lebih kemudian bos keluar minum dengan kawan.
Saya tanya Nur Iman, "kita dua nak buat apa eh?"
"buat pizzalah!"
Of couse bukan Nur Iman yang jawab. hahahaha

Oh, tidak.. saya tak pandai buat pizza. 
Apalagi membuat doh dan menguli.
Sedangkan istilah "menumbuk" doh itu saya agak sukar untuk membayangkannya.

Tetapi dalam usha resepi pizza, terjumpa satu resepi paling mudah.
Resepi asal dari sini ya...

Ini pula versi saya

Bahan-bahan:
1. 2 keping roti bantal
2. suku tomato potong kecil
3. suku lada benggala potong kecil
4. suku lobak merah hiris kecil
4. sedikit sos lada hitam
5. sedikit puri tomato
6. sekeping keju *potong kecil
7. sekeping daging burger *cincangkan
8. sedikit serbuk oregano

Cara-cara:
1. sapukan sos lada hitam di atas roti.
2. sapukan juga puri tomato di atas roti.
3. taburkan secara rata inti
4. taburkan juga serbuk oregano
5. bakar dalam 15 minit, 190 darjah.

Ting! Ketuhar berbunyi.
Keluarkan pizza comel tadi, bancuh nescafe, kemaskini blog sambil mengunyah.. yeehaaa!!
Perut boolat kena fikir kemudian.

*tak ada gambar ya.. telefon bimbit berkamera sudah matiikkk..

Sabtu, 1 Oktober 2011

Menu Kita!!

Ya, saya akui dengan sejujurnya.
Kemahiran memasak yang ada pada saya tidak pernah di upgrade sejak sekian lama. *sangat lama..
Jadi, jika memasak selain daripada ayam goreng, ikan goreng.. saya akan buka internet dan cari resepi.
Selepas itu lazimnya saya akan study resepi tersebut. hahaha.. 
Sound very serious, but yes.. i am serious.

Tapi, bermula bulan lepas saya mula menyenaraikan menu-menu mingguan.
Saya menyalin resepi, dan juga mencatatkan kesimpulan pada menu tersebut. 

Jom tengok menu saya.. haha :)
1. ikan goreng sambal 
*gelaklah... saya baru tahu macam mana orang masak ikan stail ini.
2. baked pasta
3. mihun sup
4. sayur campur
5. Sup ayam
*Yang ini khusus mencari resepi stail baru
6. sotong masak kicap
7. thai green curry

menu tak terjangka pula.
*menu ini adalah menu yang dibuat tanpa ada dalam senarai. tetiba je ada. haha
1. burger
2. mihun bandung

Keputusannya... jeng..jeng..jeng...
1. Sup ayam - ok, tapi tak teruja.
2. baked pasta - gagal
3. mihun sup - gagal
4. sayur campur - first class
5. ikan goreng sambal - ok, juga tak teruja
6. sotong masak kicap - berjaya dan sangat teruja
7. burger - wallah
8. mihun bandung - sedap

ini berdasarkan penilaian dari juri utama
yang lain-lain tu tak buat lagi. 

Its been a great effort for me since im not really good i mean really not good in cooking. huhu..
kalau bos puji, kembang setaman dah...
kalau yang gagal tu, boleh bikin rosak mood jugalah. hahaha
walaupun ralat juga kerana kekurangan dari skill memasak ni, saya tetap ingin mencuba dan buat.
niat utama saya, nak jaga perut bos. theehehe.. 
walau masakan saya selalunya amat mencabar selera bos.
dan lagi, saya tidak ingin makan di kedai makanan dengan kerap.
sekarang walaupun amat jarang, tetap juga sesekali dilabel selalu makan di kedai. huhu..
agak kuciwa jugalah kan.. hehe


Rabu, 10 Ogos 2011

Manok Panggang

Kalau tak silap dari hujung minggu sebelum bulan Ramadhan dah tercari bontot manok panggang.
Belum lagi rezeki, tidak ketemu yang menyelerakan..*aaa.. yang bersih.
Bila berturut hari mengungkit, incik bos cadang beli manok seekor bahagi dua, perap dan panggang sendiri guna ketuhar.
Resepinya mudah saja. Guna versi incik bos. Dia kata jimat masa, saya pun tak penat sangat masak sesudah balik dari kerja.

Bahan-bahan:
Setengah manok
Pes kari *ampun... lupa jenama apa
Gula apong
Kentang
Bawang besar

Cara-cara:
Rebus manok sehingga lembut.
Gaul dan perap dengan pes kari selama setengah hari.
Panaskan ketuhar 200c dengan api atas bawah.
Lapikkan dulang dengan kertas aluminium, bakar manok dalam 20 minit. 
Keluarkan sekejap, ambil sesudu gula apong campur dengan sedikit air, simbah ke atas manok.
Letak sekali kentang dan juga bawang besar.
Bakar sehingga masak.
Tunggu azan maghrib, dan buka puasa dengan manok panggang. 
Bontot manok saya cop awal-awal.. muehehehehe

Gambar? eh, ada.........


boleh dikatakan sengaja membesarkan saiz gambar.. kahkahkahkah

Isnin, 1 Ogos 2011

Kek Belang Mini

Kek lagi!!
Juga dari resepi kak Sue Aleen

Layan gambar...


1 gambar je pun.. hehehehe..
ok, rupanya tak serupa dengan kak Sue punya. 
Kek belang mini saya permukaan atasnya ada warna berlingkar.
Lagi, kek saya berwarna merah jambu. muehehehe...

Bahan-bahan:
 200 gm coklat putih
*saya guna coklat perisa strawberi. aaaa..Bukan salah saya. Pasaraya dah kehabisan coklat putih.

 3 biji telur

1/2 cawan air
*saya guna susu segar

1 cawan minyak

 1/2 cawan gula halus

1/2 cawan susu pekat

 2 cawan tepung gandum*

 1/2 sudu teh serbuk penaik*

 1/2 sudu teh soda bikarbonat*
*ayak bersama

Cara-cara:
1. Panaskan pengukus dengan api yang sederhana.

2. Cairkan coklat dengan menggunakan kaedah double boiler.


cara double boiler.. ihsan dari incik Google

3. Satukan telur, susu segar, minyak dan gula. Pukul hingga kembang. Masukkan susu pekat dan coklat yang telah dicairkan. Pukul dan sebatikan.

4. Masukkan bahan-bahan yang telah diayak bersama sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati. 

5. Bahagikan adunan kepada dua. 1 adunan saya letak 3 sudu teh serbuk koko. 

6. Griskan acuan dengan marjerin atau minyak. Saya menggunakan acuan apam.. hayyoohh..
Tuangkan adunan berselang seli sehingga penuh 3/4 acuan.

7. Kukus sehingga masak. (20-30 minit) *saya mengambil masa 20 minit sahaja.

8. Tunggu sejuk sebelum dikeluarkan.
*saya keluarkan panas-panas, sebab tak sabar nak cuba. hehehe...

*Tengah men ngap kek belang mini bersama kopi susu panas..




Jumaat, 29 Julai 2011

Muffin Pisang Kurma

thehehehe... asyik.. tak lama cuti oven tu.. 
Dapat je resepi ini dari Mummy Qaseh Manja, terus nak buat. Nampak senang, dan menjadi walau kali pertama buat muffin. 

Bahan-bahan:
1. pisang (saiz sederhana) 3 biji 
* saya guna 5 biji pisang sebab saiznya kecil

2. tepung gandum 1 1/2 cawan

3. bijirin oat 1 cawan

4. kurma 15 biji
*letak 13 biji saja

5. minyak 1/2 cawan

6. esen vanilla
*esen vanilla saya dah habis, dengan tips dari kak Sue Aleen, letak esen pisang

7. serbuk penaik 1 sudu besar

8. garam
*juga tak letak

Cara-cara :
1. Lenyek pisang hingga hancur. 

2. Masukkan tepung gandum, serbuk penaik dan bijirin oat ke dalam mangkuk aduanan. dan kacau.

3. Dalam mangkuk lain, masukkan minyak, kurma yang telah dikisar, telur, esen vanilla/pisang. Adun dengan kelajuan yang sederhana. Tak perlu diadun lama dan telur tak perlu terlalu kembang.
*bahan-bahan ini semua saya masuk dalam pengisar dan kisar. harharharhar

4. Masukkan pisang lenyek ke dalam aduanan kering dan curahkan adunan basah. Gaul sebati.

5. Panaskan ketuhar 200c dalam 10 minit.

6. Griskan acuan

7. Tuang aduanan ke dalam acuan.
*sebab tak pernah tengok adunan muffin macam mana, pada ketika ini saya agak kejakunan. muahahaha..

8. Bakar dengan suhu 200c selama 20minit.
*Entah kenapa saya bakar tambah lagi 5minit dengan api atas dan bawah.

9. Apabila masak, segera keluarkan daripada ketuhar. 

tadaaaaa....




Selasa, 12 Julai 2011

Misi Menghabiskan Kurma

Kerana bosan dan juga kerana obses. Jadi, dua malam berturut saya membuat kek. Kek malam semalam, kek coklat. Hasilnya hangit. harharhar.. Cari-cari resepi, terjumpa satu resepi yang sesuai. Bukan kek coklat, saya dah muak. Bukan juga kek keju. Sebab kalau saya nak buat kek keju, ia akan menjadi kek keju jepun. Kerana dua kali percubaan kek keju itu masih lagi jauh dari piawaian. Jadi, saya mencuba KEK KURMA. Dan ia membantu saya menghabiskan kurma di dalam peti sejuk.

Agak seronok membuat kek ini. Adunan tidak sampai 15 minit dah siap untuk dibakar. Main kisar je. muahahaha.. ok, ini resepinya..

Bahan-bahan

  • 1 cawan kurma - buang biji
  • 1 cawan gula pasir
  • 4 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan minyak masak
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara

  1.   kisar telur dan gula sehingga kembang, kemudian masukkan esen vanila dan seterusnya masukkan kurma.
  2. didalam bekas yg lain, ayakkan tepung bersama soda bikarbonat dan baking powder
  3. masukkan bahan yang di blender ke dalam bekas tepung yg di ayak tadi.
  4. masukkan minyak...dan kacau hingga sebati.
  5. bakar pada suhu 150 darjah 50 minit.
* saya rebus dulu kurma sampai empuk.
*saya kisar telur, gula sekali dengan kurma yang direbus.
* saya tengah makan sepotong ni.. memang sedap. Cuma saya tak tahu rasa yang sebenar kalau mengikut resepi asal kerana saya terlupa masukkan minyak ke dalam adunan. hayyoooiii... hahahaha..





psttt.. otai-otai, tolong jawab. Apa ya fungsi minyak di dalam adunan kek? menggebukan? melembutkan? JAWAB.....

Ahad, 10 Julai 2011

Sumpahan Kek Keju Jepun

Layan gambar dulu okeh...........








Ada yang tak sempurna kan? Ya.. kek keju jepun percubaan kedua ini telah menjadi bingka. Lebih dari separuh ia membentuk sebagai makanan yang bernama bingka. Ini bermakna menrigue saya tidak sebati dengan adunan. Emmm, begitulah rasanya. hehehe...

Kali pertama saya mencuba kek ini, sukatan salah dan hasilnya hangit. Langsung tidak dapat dimakan. Kali kedua, ia menjadi bingka. Mungkinkah saya sudah terkena sumpahan kek keju jepun? Kerana ia menjadi satu obsesi kepada saya. Jika kantin di depan rumah itu tidak tutup pada hari ini, memang pantas saja kaki ini melangkah ke sana untuk membeli telur. Cuma itu bahan yang tidak ada dalam simpanan saya buat masa sekarang.

Alkisahnya telur pula. Kerana saya cuma menggunakan "whisk" (lupa pula dalam bahasa melayu apa), maka memukul putih telur sering membuatkan urat lengan kanan saya berdenyut-denyut. Tanda-tanda pembesaran otot yang tidak seimbang.  Pada malam tadi, saya mengorbankan empat biji telur dan korbankan lagi empat biji. Ini adalah kerana putih telur pada pukulan pertama tidak menjadi. Lebih dari setengah jam memukul pun masih cair. Buang, buat yang baru. Cuma mengambil masa 15 minit pula. hmmmm....

Bersabarlah duhai hati.. selepas ini kita cuba lagi okeh... 

Jumaat, 8 Julai 2011

Kek Pisang Lembik Di Tengah

Ya.... Begitulah nama kek pisang saya yang dibuat malam tadi. Gara-gara ianya masih tak masak-masak bahagian tengah walaupun dah bakar hampir sejam. Ikut resepi boleh masak dalam 18minit je. hooooooo......

Selalunya saya kukus, tapi hati gatal nak guna oven. Mula-mula bakar 18 minit, tak masak, tambah lagi masa 15 minit. Tak masak juga, saya tukar guna api atas bawah, tambah 10 minit lagi.

Bila peeping inside, warna kek dah coklat perang. habis 10 minit, ambil kek tengok.. bahagian luar tu kalau bakar lagi memang hangit. Jadi, saya potong je kek tu.

Bahagian tepi keliling tu memang dah masak. Gebu... sedap lagi. Tapi bahagian tengah di dalam memang masih mentah-mentah aduanan asal. hmmmm.... Boleh tak saya salahkan oven?? kehkehkeh


Ini bahagian yang masak.Tak kuasa ai nak ambil gambar yang belum masak. Kuciwa malam tadi. hahahaha

Selasa, 5 Julai 2011

Akhirnya..... Ku Punya errr.. Brownies Lapis Cheese??

Selepas kehancuran kek keju jepun, dengan penuh rendah hati saya membuat sandwich keju telur. Satu untuk saya dan Nur Iman. Satu lagi untuk incik bos. Makan dengan penuh rasa gembiranya. haha..


keju di tengah-tengah

Selepas itu, saya ingin mencuba membuat brownies pula. Brownies lapis cheese. Bukan main lagi. Tapi, kerana tepung brownies tak juga dijumpai, saya guna resepi cik adik  ini.

Bahan-bahan:
Lapisan brownies
200gm marjerin (3/4 cawan + 1 sudu besar penuh)
200gm dark chocolate/choc masakan (3/4 cawan choc yang disagat atau dihiris halus)
170gm tepung gandum (1 1/2 cawan rata)-ayak
30gm serbuk koko (1/4 cawan rata)-ayak
170gm gula halus (1/2 cawan + 3 sudu besar rata)
4 biji telur

*saya guna gula kasar saja. kes agak kelemauan mengisar gula di malam hari. hehe.. sukatan saya kurangkan.

Lapisan cheese
250gm cream cheese
60gm gula castor
25 ml air
1 biji telur gred A

*Tak ada telur gred A. Jadi guna 2 biji telur. Memandai saja..

Cara-cara:
1. Panaskan kukusan. Buat lapisan brownies terlebih dahulu.
2.  Cairkan marjerin dan coklat masakan. Ketepikan.
3. Pukul gula dan telur sehingga kembang.
4. Masukkan tepung dan serbuk koko sedikit demi sedikit sehingga habis. Kacau sebati. *waktu ini, saya mengacau, memasukkan tepung dan kacau lagi sambil mendukung Nur Iman. Tetiba nak bermanja.
5. Masukkan pula marjerin dan coklat masakan cair tadi.
6. Griskan loyang dengan marjerin dan alas dengan kertas minyak.
7. Masukkan setengah ke dalam loyang, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
8. Sementara, mari buat lapisan cheese pula. Pukul semua bahan kecuali telur.
9. Masukkan telur, pukul sekejap bagi rata.
10. Tuang adunan cheese ke atas brownies yang dah masak tadi.
11. Kukus selama 20 minit. Selepas itu tuang baki brownies dan kukus lagi selama 20 minit.
* untuk lapisan terakhir, saya kukus hampir 1 jam. Jenuh aih.. Tak percaya, tengok sini.

Untuk topping, saya cuma guna 175gm coklat diary milk dan sesudu marjerin.

Hasilnya..................


Dan saya agak ragu-ragu menjudulkan catatan brownies ini adalah brownies lapis cheese. Ini sebabnya...


Ia telah menjadi kek coklat lapis keju kukus kak sue! Cuma saya punya corak tak berapa nak mengancam.

Apa-apapun, sepotong telah selamat dalam perut pada pukul 1.55 pagi.  Alhamdullilah..










.








Ahad, 3 Julai 2011

Gagal Dalam Perkiraan

Hmmm.. patutlah semacam je kek saya. Salah perkiraan sungguh. Bagi saya yang tangan bangku maha lembap dalam masak-memasak dan bakar-membakar, satu kesilapan besar tak belajar bab ini terlebih dahulu.

Dapat dari sini Jadual Pertukaran Cawan-Gram-Cawan

Tepung serbaguna ,gula aising dan gula dalam bentuk serbuk

1/8 cawan =15 gram
1/4 cawan =30 gram
1/3 cawan =40 gram
3/8 cawan =45 gram
1/2 cawan =60 gram
5/8 cawan =70 gram
2/3 cawan =75 gram
3/4 cawan =85 gram
7/8 cawan =100 gram
1 cawan =110 gram

Gula pasir, gula halus atau gula kastor

1/8 cawan =30 gram
1/4 cawan =55 gram
1/3 cawan =75 gram
3/8 cawan =85 gram
1/2 cawan =115 gram
5/8 cawan =140 gram
2/3 cawan =150 gram
3/4 cawan =170 gram
7/8 cawan =200 gram
1 cawan =225 gram

Mentega atau marjerin

1/8 cawan =30 gram
1/4 cawan =55 gram
1/3 cawan =75 gram
3/8 cawan =85 gram
1/2 cawan =115 gram
5/8 cawan =140 gram
2/3 cawan =150 gram
3/4 cawan =170 gram
7/8 cawan =200 gram
1 cup=225 gram

Gula perang

1/8 cawan =25 gram
1/4 cawan =50 gram
1/3 cawan =65 gram
3/8 cawan =75 gram
1/2 cawan =100 gram
5/8 cawan =125 gram
2/3 cawan =135 gram
3/4 cawan =150 gram
7/8 cawan =175 gram
1 cawan =200 gram

Serbuk koko

1/8 cawan =15 gram
1/4 cawan =30 gram
1/3 cawan =40 gram
3/8 cawan =45 gram
1/2 cawan =60 gram
5/8 cawan =70 gram
2/3 cawan =75 gram
3/4 cawan =85 gram
7/8 cawan =100 gram
1 cawan =125 grams

Tepung kek

1/8 cawan =10 gram
1/4 cawan =20 gram
1/3 cawan =25 gram
3/8 cawan =30 gram
1/2 cawan =50 gram
5/8 cawan =60 gram
2/3 cawan =65 gram
3/4 cawan =70 gram
7/8 cawan =85 gram
1 cawan =95 gram

Badam Hiris

1/8 cawan =10 gram
1/4 cawan =20 gram
1/3 cawan =25 gram
3/8 cawan =30 gram
1/2 cawan =40 gram
5/8 cawan =50 gram
2/3 cawan =55 gram
3/4 cawan =60 gram
7/8 cawan =70 gram
1 cawan =80 gram

Badam Serbuk

1/8 cawan =25 gram
1/4 cawan =50 gram
1/3 cawan =65 gram
3/8 cawan =75m
1/2 cawan =100 gram
5/8 cawan =125 gram
2/3 cawan =135 gram
3/4 cawan =150 gram
7/8 cawan =175 gram
1 cawan =200 gram

Kelapa Keping

1/8 cawan =10 gram
1/4 cawan =20 gram
1/3 cawan =25 gram
3/8 cawan =30 gram
1/2 cawan =40 gram
5/8 cawan =45 gram
2/3 cawan =50 gram
3/4 cawan =60 gram
7/8 cawan =65 gram
1 cawan =75 gram

Kelapa Parut (Flake Cocunut)

1/8 cawan =10 gram
1/4 cawan =25 gram
1/3 cawan =35 gram
3/8 cawan =40 gram
1/2 cawan =50 gram
5/8 cawan =60 gram
2/3 cawan =65 gram
3/4 cawan =75 gram
7/8 cawan =85 gram
1 cawan =100 gram


1 sudu teh = 5 mL
1 sudu teh atau 1/2 oz cecair = 15 mL
1 oz cecair atau 1/8 cawan = 30 mL
1/4 cawan atau 2 oz cecair = 60 mL
1/3 cawan = 80 mL
1/2 cawan atau 4 oz cecair = 120 mL
2/3 cawan = 160 mL
3/4 cawan or 6 oz cecair = 180 mL
1 cawan atau 8oz cecair/1/2 pint = 240 mL
1 1/2 cawan atau 12 oz cecair = 350 mL
2 cawan atau 1 pint/16 oz cecair = 475 mL
3 cawan atau 1 1/2 pints = 700 mL
4 cawan atau 2 pints/1 quart =950 mL
4 quarts or 1 gallon =3.8 L


TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK!! Hoooyeay! Nak cari video kaup balik pula. muahaha..

Isnin, 27 Jun 2011

Jus Susu Kurma.. atau... Jus Kurma Susu

Menu asyik kurma saja kan.. Sebab kalau tak buat macam ini, kadang-kadang sampai rosak kurma dalam peti sejuk tak dimakan. Mula-mula puding roti karamel perisa kurma, lepas tu jadi jus susu kurma.. ke nak letak nama jus kurma susu?? hehe..

Seperti biasa.... 
jeng..jeng..jeng..

dasar suka menunjuk.. hahaha.. tak kira walaupun hodoh

Resepi? Mudah sangat.

Bahan-bahan:
5 biji kurma yang telah dibuang biji
Sekotak susu segar *saya guna susu perisa kopi

Cara-cara:
1. Rebus kurma sehingga empuk
2. Masukkan kurma dan air rebusan ke dalam pengisar. Sekali dengan susu. Kisarkan.
3. Boleh tambah ais jika nak
4. Sudah boleh dihidang
5. yeay!

Puding Roti Karamel Perisa Kurma

Resepi asal adalah Puding Roti Karamel dari enakrasa.com Resepi colek dari kak fiza
Bila buka peti ais, ada lagi kurma. Sebab saya dan Nur Iman saja yang makan. Kurma pula banyak. Jadi, buat puding roti karamel tambah kurma.


ya ampun.... gambar tak lawa.. tapi nak juga tepek kat sini!

Bahan-bahan:
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
3 biji telur
Sedikit esen vanila
Roti bantal 3 keping
Setengah cawan susu pekat
1 cawan air suam
10 biji kurma yang sudah dibuang biji

Cara-cara:
1. Hanguskan gula dalam loyang, tambah air dalam 2 sudu besar. Gelek-gelekkan loyang. *tengah imagine loyang tergelek-gelek nih Kemudan ketepikan.
2. Sebelum itu, rebus kurma dengan secawan setengah air sehingga empuk.
3. Carik-carikkan roti bantal masuk dalam pengisar, masukkan secawan air suam dan juga susu pekat sekali.
4. Apabila kurma dah agak-agak empuk, sejukkan sekejap. Selepas itu tuang ke dalam pengisar bersama adunan nombor 3. Tuang sekali dengan air rebusan. Kisarkan.
5. Pukul telur dan tapis.
6. Tuangkan adunan roti dan kurma ke dalam bekas. Tuang telur yang telah ditapis, dan tambah esen vanila. Kacau perlahan. Tuang ke dalam loyang gula hangus tadi.
7. Kukus sehingga masak.
8. Tadaaa!! Siap, terbalikkan. Saya makan panas-panas. Baki baru letak dalam peti sejuk. kihkihkih

Sabtu, 18 Jun 2011

Apam Mentega Gula Hangus

Kegebuan yang amat mengujakan! harharhar

Resepi apam ini pula belajar dari kak Fiza
Selalu saya buat dapat dalam 8/9 biji. Tapi tak puas-puas nak makan. Memang dasarrr...

Bahan-bahan :
Untuk gula hangus:
(A) 1 cawan gula pasir
      1/2 cawan air
      125 gm mentega
(B) 1/2 cawan gula pasir
      2 biji telur
      *1 1/2 cawan tepung gandum
      *1/2 sdt soda bikarbonat
         (*diayak bersama)
        200 ml susu cair
        1/2 sdt esen vanilla

Cara-cara:
- Cara membuat gula hangus, masukkan gula dalam periuk, masak dengan api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang. Padamkan api, dan masukkan air. Nyalakan api semula dan kacau sehingga semuanya larut. Masukkan mentega, kacau rata dan ketepikan.

- Pukul gula, telur dan esen vanilla sehingga kembang dan masukkan gula hangus yang masih panas tadi.

- Kemudian, masukkan susu sambil diselang-selikan dengan tepung. Gaul sehingga sebati.

- Panaskan pengukus dan acuan kuih.

- Kukus kuih selama 10-15 minit. Sejukkan seketika, dan keluarkan....

Juga buat dalam setengah adunan.
Untuk buat gula hangus, saya serasi dengan cara yang disarankan oleh incik bos sebab saya bukan penyabar orangnya. Gunakan kuali leper, buka api dapur agak besar dan angkat kuali yang mengandungi gula tadi. Gelek-geleklah kuali atas api tu hingga gula bertukar jadi gula hangus.


Apam Beras Nyum Nyum




 Resepi ini saya belajar/dapat dari kakak yang tegar memasak. aiseh.. kak Sue Aleen


Bahan2:-
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 packet yis mauripan
2 cawan nasi
3 cawan air

Cara-cara:

1.masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air.

2.gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu.

3.blender nasi dengan air sampai betul2 hancur.

4.campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan.

5.biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu...

6.selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15minit.

7.PERINGATAN: sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan.



nota: saya tambah esen vanilla 1 sudu teh, dan selalunya saya akan buat dalam setengah adunan sahaja. Dapat baaannyyaaaakkkk.. Oleh sebab suami tak berapa nak makan, saya memang banyak untung kalau buat apam ni. kekekekek...

Jumaat, 29 April 2011

Puding Karamel Lapis Coklat

Salam Jumaat yang berkat.
Buat malam tadi, sarapan pagi ini. :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...