Assalam..
ada apa pada isu nama bagi yang revert islam?
mengekalkan nama lama juga tiada mudarat.
jika ingin menggunakan nama arab juga tiada masalah.
ramai juga melayu lahir muslim tidak menggunakan nama arab.
Melati, Bujang, Suri, Udin, haslina. dan sebagainya.
namun ramai juga keliru dengan nama arab & nama melayu.
jadi di situ mungkin antara penyumbang, bila seseorang memeluk islam dia dikatakan masuk melayu? mungkin saja..
ironinya, isu nama ini hangat hanya di Malaysia.
pada zaman Rasulullah SAW, ramai kaum Quraisy revert Islam & mengekalkan nama asal.
Rasulullah SAW cuma menyuruh menukar nama sekiranya maksud nama asal itu tidak baik.
sabda Rasulullah SAW
"daripada Aisyah berkata, 'Nabi Muhammad menukar nama yang buruk kepada yang baik.'"
(Tarmidzi)
*sekadar santai:
ustazah pernah bercerita kepada saya, beliau tidak sampai hati
menyebut/memanggil nama kepada seorang pelajar itu. namanya dalam bahasa
arab dan kedengaran indah disebut. namun, maksudnya ialah; 'tiang
katil'.
Memaparkan catatan dengan label Islam Itu Indah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Islam Itu Indah. Papar semua catatan
Isnin, 24 Disember 2012
Khamis, 9 Ogos 2012
Ramadhan Kita Ramadhan Mereka
credit to page fb I ♥ Muhammad
Here is Syria... A father gives a last kiss to his killed son....
I don't want you to "Like" this post
I want you to "Share" this post!!! SHARE!! Let the world know what's happening in Syria
Ya Allah..
Maha Suci Allah..
Berikanlah mereka ketabahan serta kesabaran dalam menghadapi ujian dariMu.
Tingkatkanlah darjat mereka di sisiMu.
Berikanlah kemenangan untuk mereka.
Ya Allah..
Yang mengizinkan segalanya terjadi dan yang mengetahui hikmahnya..
Berikanlah kami kekuatan jiwa kekentalan iman sebagaimana yang mereka ada..
Semoga dengan ini, kasih sayang Mu pada kami bertambah dan tidak putus.
amin...
Sabtu, 4 Ogos 2012
Hidayah Itu Perlu Dicari; Hijrah Itu Perlu Digesa
Salam..
Hidayah dan hijrah.
Dua perkataan yang sering kita dengar, sebut, bahkan mengalaminya sendiri.
Hidayah adalah petunjuk dari Allah.
Jika orang yang kufur mencari hidayah, insyaAllah dia berubah menjadi orang yang beriman.
Suatu masa dulu, saya menyesal kerana menunggu dan menunggu. Saya katakan pada diri sendiri, tak apa.. tunggu waktu yang sesuai.
Seusai diploma pun boleh. Bila dah masuk bekerja pun boleh.
Sehinggalah pada satu hari, hati saya dijentik oleh Allah.
Apa yang perlu saya tunggu?
Andai kata saya ditakdirkan meninggal sebentar lagi bagaimana? Matilah saya dalam kekufuran..
Astaghfirullahalazim..
Mengingati kemungkinan itu terjadi membuatkan saya meremang bulu roma sehingga sekarang.
Resah dan gelisah.. saya menunggu hari Isnin tiba untuk bertemu dengan ustazah.
Sebaik saja menjelmanya hari ditunggu, dengan hati yang berdebar-debar saya menemui ustazah selepas kelas Tamadun Islam.
"Ustazah, ada masa tak nanti? Saya ingin berbicara secara peribadi."
Serta merta wajah ustazah itu berubah. Bagaikan dapat menangkap apa yang tersirat di hati. Menyebabkan saya semakin gelisah.
Ustazah terus menyarankan saya masuk ke bilik beliau.
Kedengaran suara saya yang tenang. Tidak selari dengan gelora dalam jiwa ketika itu.
"Ustazah, saya ingin memeluk Islam. Tetapi bukan sekarang. Saya ingin mendalaminya terlebih dahulu."
Maha Suci Allah yang memudahkan perjalanan saya.
Walau pada mulanya saya cuma ingin belajar menjadi seorang muslimah terlebih dahulu tanpa memeluk agama Islam, tetaplah perancangan Allah jualah yang terbaik tanpa bandingan.
Tidak lama.. hanya beberapa kali saya ke kelas agama secara peribadi bersama ustazah tersebut, hati saya dijentik sekali lagi oleh Allah.
Saya memeluk agama Islam juga akhirnya.
Saya tidak menunggu lagi.. menunggu untuk menghabiskan diploma, menunggu untuk bekerja terlebih dahulu, menunggu ustazah mencari dan bertanya kepada saya.
Segala Puji Hanya Bagi Allah semata-mata.
Hijrah...
Pengertian hijrah itu luas.
Hijrah pertama adalah melibatkan fizikal.
Hijrah kedua adalah mengenai hati.
Hijrah fizikal pula adalah perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain, jika diancam oleh orang-orang kafir.
Hijrah hati adalah beralihnya cinta, tawakal, takut terhadap selain Allah kepada cinta, tawakal dan takut kepada Allah.
Hijrah bagi muslim pada masa kini mudah untuk kita lihat.
Umumnya yang sering dikaitkan ialah khimar dan wanita.
Daripada tidak menutup aurat kepada menutup aurat.
Daripada berbuat maksiat kepada meninggalkan maksiat.
Banyak lagi yang boleh kita lihat bagi yang ingin memerhati.
Antara hijrah saya mudah saja.
Daripada tidak menutup rambut kepada bertudung.
Daripada bertudung tanpa melabuhkan kainnya di dada, kepada melabuhkan tudungnya.
Daripada tidak berstoking kepada berstoking.
Tidak mudah bagi saya.. bertudung labuh, bersarung lengan, dan juga berstoking.
Ia mengambil masa hampir 11 tahun untuk berketrampilan begini.
Ia mengambil masa begitu lama bagi saya untuk berhijrah.
Dan yang paling sukar, jika tiada kekuatan hati dan juga sokongan.
Kekuatan hati itu dulu kurang kerana persekitaran dan pergaulan. Juga kerana latar belakang keluarga yang bukan muslim.
Waktu itu saya masih memikirkan "apa kata orang?".
Ya Allah... ampunilah saya atas kejahilan itu..
Sokongan?
Bukan sokongan berbentuk "you can do it. I'll be behind you."
Bukan itu... tapi yang penting, ialah sama-sama menjaga aurat.
Sehingga kini saya perlu memperkukuhkan benteng aurat bila menyentuh bab sokongan.
Tidak semua orang di sekeliling saya mampu menyokong dalam menjaga aurat.
Antara orang-orang kampung, saudara mara bahkan yang kurang mengetahui batas-batas aurat antara saya dan lelaki ajnabi.
Bila saya tidak menutup aurat kerana berada di dalam rumah, lelaki ajnabi (saudara mara sebelah suami) di luar rumah pula menerjah masuk rumah secara tiba-tiba,
Astaghfirullahalazim... ampunilah dosa-dosa kami ya Allah..
Ya, itulah bentuk sokongan yang perlu ada..
Iman itu boleh turun boleh naik.
Sehinggakan ada yang mengambil ia sebagai alasan untuk melakukan kemungkaran, tidak membayar zakat, tidak solat, tidak berpuasa dan sebagainya..
Tidak terkecuali dengan saya...
Ampunilah kami ya Allah...
Dengan mencari hidayah, dengan melakukan hijrah.. insyaAllah iman kita naik dan naik. Mudahan tidak menurun pula.
Caranya mudah saja.. Segala Puji Bagi Allah yang sentiasa memberi petunjuk...
Perbanyakkanlah ibadat dan bertasbih kepada Allah.
Semoga bermanfaat..
nota kecil: apa yang saya tulis hanyalah untuk berkongsi pengalaman dan ilmu. Jika ada yang khilaf, jangan segan menegurnya. semoga Allah sentiasa mendatangkan kebaikan dunia akhirat kepada kita atas segala yang dilakukan. insyaAllah
Khamis, 2 Ogos 2012
Mujahadah Itu Pahit
Salam..
Sudah masuk minggu kedua Ramadhan..
Alamak, sedih pula.. dua minggu lagi masuk bulan Syawal.
Masih bernafaskah kita di bulan Ramadhan yang akan datang??
Dari tahun ke tahun, terasa nikmat di bulan Ramadhan.
Ibadahnya saja berganda-ganda.
Rugi tak kumpul pahala di bulan Ramadhan.
Bagi saya, berpuasa tidak menjadi masalah.
Cuma terkebil-kebil sekejaplah mata bila bangun untuk masak sahur.
Ramai juga yang bertanya kepada saya, puasa tak? Boleh ke?
Sehingga kini, ada saja yang buat sport check. Puasa tak hari ini?
Alhamdullilah, ada juga yang ambil berat kan...
Alah bisa tegal biasa. Sudah menjadi kelalian bagi saya menerima pelbagai soalan, menghadapi pelbagai reaksi dan juga ragam.
Seribu satu rasa.. Bahagia, kecewa, sedih, bahkan mendatangkan amarah.
Terdapat percanggahan yang tidak dapat nak dielakkan di antara saya dan juga sebahagian masyarakat.
Antara yang mempelajari ilmu agama Islam dan juga yang mewarisi agama semenjak lahir.
Dan ianya nampak sangat selepas saya berkahwin. Ini kerana selepas berkahwin, secara keseluruhan kehidupan saya tumpah sepenuhnya bersama masyarakat Melayu Islam.
Pelbagai rencah pelbagai rasa bagi saya yang berlainan keturunan, bangsa dan latar belakang keluarga.
Dan yang harus saya terima ialah, lontaran perkataan mualaf tetap kekal sehingga akhir hayat bila hidup dalam masyarakat ini.
Sungguh, saya terpaksa bergelut sedikit untuk menerima ragam dan reaksi masing-masing.
Bagi saya, ilmu agama yang ada amatlah sedikit. Saya masih belajar, dan percaya proses pembelajaran itu akan berlaku selagi saya menyedut udara di muka bumi ini.
Namun, dek kerana iman yang kurang.. kadang-kadang saya rasa sangat kecewa dan sedih bila ilmu yang saya kongsikan tidak diambil endah.
Ironinya, sikap saya pula suka berkongsi ilmu. Suka bertanya, suka menegur.
Ia menyebabkan percanggahan demi percanggahan boleh berlaku.
Sensitifnya saya bila ada yang mempersoalkan ilmu agama di dada.
Bahkan ada yang tidak ragu-ragu malah dengan keras melontarkan kata-kata yang kurang enak untuk saya dengari.
"Saya yang lahir Islam lagi kurang ilmu agama, apatah lagi kamu yang mualaf!"
MasyaAllah... berhari-hari saya menangis.
Bagaikan belati menyusuk ke hati dan merobek-robek tanpa belas kasihan.
Ada juga yang meragui iman yang saya miliki.
Itu juga sudah menjadi agak lali bagi saya.
Apa yang menyedihkan, mereka yakin apa yang saya buat adalah salah dan boleh menyebabkan sesat sehingga boleh menyebabkan murtad menganut agama asal.
Apa yang sudah saya lakukan?
Salah satunya, saya cuma menziarahi dan bermalam di rumah ibu dan bapa kandung di musim cuti perayaan.
MasyaAllah... selepas ini, saya perlu bertindak dengan sangat berhati-hati.
Ada banyak hati yang perlu saya jaga.
Allah telah memberikan itu sebagai jalan untuk saya bermujahadah.
Jika dulu, bila terkenang teringat kata-kata yang menyesakkan, saya akan sedih, kecewa dan marah.
Saya tidak melihat ia selain daripada kekasaran nada dan kata, sikap yang angkuh dan sombong.
Di kala itu pula syaitan mengambil kesempatan mencucuk, menyimbah minyak ke api yang membara di dada.
Astagfirullahalazim.......
Betapa saya seorang insan yang hina di waktu itu.
Lihat, ianya mujahadah untuk diri saya sendiri. Bukan untuk orang lain..
Dimana hendak mendapat kemanisan iman tanpa pahitnya mujahadah.
Sesaknya dada kerana percanggahan, pertelingkahan satu demi satu.. saya bermuhasabah diri..
MasyaAllah.. Maha Suci Allah yang menciptakan bumi dan langit..
Kenapa? Kenapa saya tidak terlihat dengan lebih awal?
Setiap ragam, setiap karenah, setiap sikap yang saya hadapi adalah langsung dari Allah!!
Allah menegur saya!
Allah mengingatkan saya!
Allah ingin saya sedar dari lalai dan leka!
Kini, setiap kali terngiang-ngiang kata-kata itu, saya memohon keampunan dari Allah.
Saya mendekatkan diri dengan Allah.
Betapa.. ia berpunca dari saya sendiri.
Maha Suci Allah....
Maha Suci Allah...
Allah mendatangkan orang-orang yang pelbagai karenah kepada saya.
Allah juga mendatangkan sahabat-sahabat dunia akhirat kepada saya.
Sahabat-sahabat yang amat baik akhlaknya, yang amat mencintai ilmu, yang tunduk dengan pengetahuan..
Segala puji kepada Allah yang mendatangkan meraka kepada saya.
Betapa Allah itu adil dengan saya.
Lalu, mana nikmat Allah yang ingin saya dustai??
Selasa, 31 Julai 2012
Pengertian Muslimah Terhadap Hijab, Jilbab dan Khimar
Salam..
Sekarang, banyak butik-butik tudung di Malaysia kan..
Bagaikan cendawan yang tumbuh di pohon sawit selepas hujan. :)
Alhamdullilah... ramai diberi hidayah dan petunjuk untuk menutup rambut dari dilihat oleh yang bukan mahram.
Perkataan hijab dan jilbab sering menjadi buah mulut bagi wanita muslimah.
Namun, segelintir masih kurang jelas dengan maksud kedua-duanya termasuklah perkataan khimar.
Bertudung (alhamdullilah..) sahaja tidak bermaksud seseorang muslimah itu berhijab.
Tudung atau juga dikenali sebagai khimar adalah sesuatu yang muslimah gunakan untuk menutup bahagian kepala terutamanya rambut.
Ia selalunya merangkumi leher, dan lagi elok menutupi bahagian dada, lengan dan belakang.
Manakala jilbab adalah pakaian. Pakaian yang menutupi seluruh tubuh. Ia juga seeloknya longgar dan tidak menampakkan bentuk tubuh badan seorang wanita.
Hijab pula adalah bila seorang muslimah menutup tubuh dan perhiasannya kecuali yang biasa dari dilihat atau ditonton oleh yang bukan mahram.
Di sini ia bermaksud, bila wanita muslimah itu berhijab.. secara ringkas kita boleh lihat wanita muslimah tersebut memakai khimar yang menjulur ke dada dan belakang, menggunakan pakaian yang berlengan panjang bahkan mengenakan sarung lengan untuk memastikan bahagian lengan tidak ternampak dan juga berstoking.
Semoga sama-sama beroleh manfaat.. :)
Jumaat, 15 Jun 2012
Streaming..........
Salam Jumaat yang berkat..
Sekarang ini, suka sangat streaming..
Paling suka tengok dokumentari-dokumentari..
Yang terbaru, dokumentari dari karya Harun Yahya.
Mudah dan jelas, saya tengok yang sudah dialih bahasa ke bahasa Indonesia.
Menarik sungguh bagi saya.
Setengah jam, sejam.. tak terasa menontonnya.
Cuma ada selang-selang iklan. hahaha..
Dak Iman nak menyusulah. Agak sukar nak streaming sekarang bila Iman menyusu.
Macam-macam aksi macam-macam gaya.. kaki siap kuis-kuis tangan, tangan pula merayap-rayap kat tangan kaki umi. isk..isk...
Bagi yang sama-sama ingin menonton, saya tepek salah satu video kat sini ya..
'Bangsa-bangsa Yang Dimusnahkan'
Google di youtube pun boleh je..
Sabtu, 14 Januari 2012
Ya Allah, Aku Mohon Agar Dikasihani... Part 10
Maha suci Allah, sungguh-sungguh aku mohon agar dikasihani..
Tetapkan imanku, sentiasa temukan aku dengan orang-orang yang mampu membimbingku.
Hampir 12 belas tahun aku kembali ke agama fitrah insan, betapa jauh aku ketinggalan dan kekurangan.
Aku ingin berebut dengan hamba-hambaMu yang soleh..
Berebut dalam meraih kasihMu..
Layakkah hambaMu ini, ya Allah......
HambaMu ini sering leka dan menzalimi diri..
Mudah juga tersesat tidak ketemu jalanMu..
Istiqamahkanlah hatiku ya, Allah... istiqamahkanlah...
Hanya kepadaMu ku meminta..
Tiada yang layak tempat ku meminta selain daripadaMu..
Benar, dan sungguh... aku malu tapi tidak ingin berpaling dariMu..
Dan aku pinta, usahlah berpaling dariku.. ya Allah...
Istiqamahkanlah hatiku... istiqamahkanlah peribadiku.. istiqamahkanlah ibadahku..
Selasa, 11 Oktober 2011
Terjemahan Surah Al Fatihah
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
1. Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
2. Segala pujian tertentu bagi ALLAH, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
3. Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
4. Yang menguasai hari pemerintahan hari pembalasan (hari akhirat)
5. Engkau sahajalah ya ALLAH, yang kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Khamis, 29 September 2011
Memeluk Islam Kerana Berkahwin
Seringkali mereka yang baru mengenali akan bertanya.
Soalan standard bila mendengar saya berkata-kata dalam bahasa ibunda.
"Eh, bukan melayu eh?"
Dan setiap kalinya saya akan menjawab, "bukan..."
"Tapi Islam eh?"
Saya jawab lagi, "ya.."
"Berkahwin?"
Saya layan saja, "ya.."
"Kahwin dengan Melayu eh?"
Masih berdaya untuk melayan, "ya.."
Selepas itu, samada mimik muka mencerminkan "oh... patutlah masuk Islam.."
Atau akan berkata,
"Masuk Islam kerana kahwin eh.."
Dan saya jangkakan ini akan berlanjutan sepanjang hayat.
Bagi yang mengenali diri, mereka tahu saya mengenali suami setelah 6 tahun
kembali ke fitrah agama manusia iaitu Islam.
Dan saya mengahwini suami pada tahun ke 7 saya bergelar muslimah kembali setelah 18 tahun lebih
melupai janji dengan Allah semasa di dalam rahim ibu.
Tetapi, tidaklah pula saya memandang rendah kepada sesiapa yang
kembali ke agama Islam kerana berkahwin.
Malah tidak perlu kita beranggapan serong terhadap mereka.
Asal muasal agama manusia ialah Islam, dan mereka itu kembali ke jalan Allah.
Seharusnya kita bersyukur dan sebaiknya kita melihat itu sebagai satu jalan untuk berdakwah.
Baik lelaki mahupun wanita yang mempunyai pasangan sebelumnya bukan Islam, gunakanlah peluang yang ada untuk menambah pahala berganda.
Tarbiahkanlah mereka, insyaAllah... Islam mereka ikhlas di samping memantapkan ilmu agama diri sendiri.
Jika berasa serba kekurangan, jangan jadikan itu alasan untuk mengelak dari membimbing pasangan.
Malah usahakan lagi agar sama-sama berbahagia dunia akhirat.
Di sini saya petik komen dari forum RatuHati
"seseorang yang revert Islam (kerana asal mausal manusia adalah beragama Islam) kerana berkahwin juga perlu dilihat sebagai salah satu jalan hidayah yang diberikan oleh Allah.
Bila seseorang itu melakukan hijrah ke jalan Allah walau pada mulanya mungkin niat tidak lebih untuk berkahwin tetap itu juga kerana hidayah Allah. Pelaburan akhirat itu kemudiannya bergantung kepada pasangannya samada suami/isteri, keluarga dan masyarakat.
Mentarbiahkan pasangan yang revert Islam itu tiada yang mudah namun jika kena cara tidak pula sukar, Kalau pasangan tidak ingin menerima maka maklum saja keadaan rumahtangga mereka. Ganti sajalah tiang seri rumah jika begitu."
"seseorang yang revert Islam (kerana asal mausal manusia adalah beragama Islam) kerana berkahwin juga perlu dilihat sebagai salah satu jalan hidayah yang diberikan oleh Allah.
Bila seseorang itu melakukan hijrah ke jalan Allah walau pada mulanya mungkin niat tidak lebih untuk berkahwin tetap itu juga kerana hidayah Allah. Pelaburan akhirat itu kemudiannya bergantung kepada pasangannya samada suami/isteri, keluarga dan masyarakat.
Mentarbiahkan pasangan yang revert Islam itu tiada yang mudah namun jika kena cara tidak pula sukar, Kalau pasangan tidak ingin menerima maka maklum saja keadaan rumahtangga mereka. Ganti sajalah tiang seri rumah jika begitu."
Rabu, 24 Ogos 2011
Ya Allah, Aku Mohon Agar Dikasihani... Part 9
HidayahMu ya Allah.. amat aku perlukan
Tiada segan tidak silu ku meminta
Janganlah ditarik kembali hidayah ini
Yang sudah Engkau berikan kepadaku
Tidak aku ingin Allah.. tidak ingin aku terlepas dariMu
Kasihanilah diriku Allah.. kasihanilah diriku..
Usai cuti semester aku kembali ke kampus.
Blok asrama siswi ditukar ke blok baru.
Bermakna kami perlu mendaftar semula untuk mendapatkan bilik.
Dan bermakna akan ada rakan sebilik yang baru.
Aku berdiri dengan tenang di barisan pendaftaran asrama.
Ada rakan-rakan sekuliah dan sebilik yang turut serta, tidak berapa jauh dari tempatku berdiri.
Aku memutuskan untuk tidak menegur mereka terlebih dahulu.
Dan di satu sudut mereka berkumpul dan berbicara halus.
Topik yang dapat aku agak apakah dia..
Aku mengenakan tudung untuk kali pertamanya.
Dan secara tidak langsung mempamerkan kepercayaanku kepada umum.
Sehingga satu ketika waktu itu, seorang rakan sekuliah memberanikan diri menegurku.
Dia bertanya khabar berita, apa yang aku buat waktu cuti dan sebagainya.
Aku menjawab dengan tenang dan seperti biasa.
Selesai pendaftaran, rakan itu menemuiku.
Dia ingin aku ke biliknya.
Aku turuti saja.
Aku masuki bilik itu, terdapat beberapa lagi rakan-rakan yang lain.
Maka berlangsunglah sesi soal jawab.
Yang aku mampu jawab, aku jawab seadanya.
Yang tidak mampu, aku biarkan.
Kenapa? Kenapa? Dan Kenapa?
Itulah soalannya.......
Soalan yang aku tidak terjangka akan ditanya berulang kali sepanjang perjalanan di kampus.
Namun, syukur alhamdullilah...
Walaupun selepas itu perlahan-lahan kawan-kawan ada yang menjauh,
Tidak kurang juga yang mendekat.
Ramai kawan baru yang amat disenangi..
Hati walau sekali sekala terasa, tidak mengapa..
Tidak mengapa itu pun hanya tahun-tahun kebelakangan ini.
Kata orang alah bisa tegal biasa.
Syukur alhamdullilah, masih bersama segelintir dari mereka.
Aku tidak rapat dengan ibu bapa.
Sejak dari kecil, duniaku hanya bersama kawan-kawan.
Bila dijauhi, rasa terkilan yang amat sangat.
Tapi itu kisah dulu..
Kini aku boleh tersenyum dengan hati yang gembira.
Dikelilingi insan-insan hebat dan penyayang..
Alhamdullilah, Allah menggantikan dengan sahabat-sahabat yang tiada tara nilainya..
Sabtu, 20 Ogos 2011
Selasa, 16 Ogos 2011
Ya Allah, Aku Mohon Agar Dikasihani... Part 8
Ya Allah....
Tempat aku mengadu....
Hidayah ini walau bukan milikku..
Aku peluk kejap jua...
Roh ini amat memerlukannya Allah...
Aku amat mementingkan diri ya Allah...
Aku meminta dan meminta dariMu tanpa henti..
Jangan dicabut nyawaku jika tanpa hidayahMu..
Aku takut......
Cuti semester aku tetap kembali ke rumah ibuku.
Perkara pertama yang aku lakukan ialah mencari arah kiblat.
Bila tiba waktu, aku solat di dalam bilik ibu dan ku kunci.
Adik-adikku masih kecil dan tidak mengerti.
Jadi mereka sering mengganggu jika pintu bilik tidak dikunci.
Jika sebelum itu, suara azan seolah-olah angin bagi ibu.
Tetapi semenjak keislamanku, ibu amat sensitif.
Jika azan berkumandang terutama di televisyen, cepat-cepat dia menyuruhku mengecilkan bunyinya.
Luka di hati ibu belum mampu diubati.. Walaupun dia tetap menerimaku seperti biasa.
Aku ikutkan saja.. turutkan saja.. Tidak pernah pula perlakuan ibu yang dituruti bertentangan dengan syariah.
Urusan ibu juga aku serahkan kepada Allah.
Aku tiada kata-kata yang perlu diungkapkan.
Mereka tetap tidak akan faham.
Dan, itu aku faham.
Perkara pertama yang aku lakukan ialah mencari arah kiblat.
Bila tiba waktu, aku solat di dalam bilik ibu dan ku kunci.
Adik-adikku masih kecil dan tidak mengerti.
Jadi mereka sering mengganggu jika pintu bilik tidak dikunci.
Jika sebelum itu, suara azan seolah-olah angin bagi ibu.
Tetapi semenjak keislamanku, ibu amat sensitif.
Jika azan berkumandang terutama di televisyen, cepat-cepat dia menyuruhku mengecilkan bunyinya.
Luka di hati ibu belum mampu diubati.. Walaupun dia tetap menerimaku seperti biasa.
Aku ikutkan saja.. turutkan saja.. Tidak pernah pula perlakuan ibu yang dituruti bertentangan dengan syariah.
Urusan ibu juga aku serahkan kepada Allah.
Aku tiada kata-kata yang perlu diungkapkan.
Mereka tetap tidak akan faham.
Dan, itu aku faham.
Sabtu, 13 Ogos 2011
Ya Allah, Aku Mohon Agar Dikasihani... Part 7
KasihMu Allah.. tiada siapa yang mampu menandingi.
Sungguh aku merayu, biar seperti pengemis..
Agar sentiasa di dalam pelukanMu.
Jika aku alpa ya Allah, tegurlah aku.
Jangan saja aku ditinggalkan..
Sungguh-sungguh aku merayu padaMu
Selepas rasminya aku memeluk Islam, aku menguruskan pula pertukaran nama dan agama di dalam kad pengenalan.
Sungguh aku merayu, biar seperti pengemis..
Agar sentiasa di dalam pelukanMu.
Jika aku alpa ya Allah, tegurlah aku.
Jangan saja aku ditinggalkan..
Sungguh-sungguh aku merayu padaMu
Selepas rasminya aku memeluk Islam, aku menguruskan pula pertukaran nama dan agama di dalam kad pengenalan.
Tiada masalah sebenarnya untuk menggunakan nama asal.
Cuma aku ingin namaku itu menjadi doa kepadaku.
Biarlah orang memanggil-manggil namaku dengan secara tidak langsung turut mendoakan.
Antara tiga orang ustazah tersebut, ada yang mencadangkan nama Sofea.. bermaksud bersih, suci..
Aku tidak ingin.. aku katakan kepada mereka..
Aku menginginkan nama yang bermaksud kebijaksanaan.
Agar aku bijak mengimbangi hidup ini.
Pabila ustazah mengatakan bagaimana pula dengan maksud orang yang berjaya?
Tidak inginkah aku?
Aku berfikir, kenapa tidak.. mudahan aku berjaya di dunia dan akhirat.
Jadi, nama pertama adalah nama asalku. Nama kedua, aku tukar kepada NAJIHAH.
Nama ketiga, aku kekalkan nama ayahku. Dan nama keempat, adalah ABDULLAH.
Ibuku pernah berkata, jika ingin menukar nama, kekalkan nama pertama.
Kerana itu nama yang diambil sempena nama heroin dalam buku yang disukai oleh ibu.
Aku kekalkan pula nama ayahku, kerana ada insan yang pernah mengatakan.. jika aku islam maka ayahku nanti adalah Abdullah..
Maksud dia, ayahku sudah tidak mempunyai tempat dan hak ke atasku.
Semoga Allah membuka pintu hatinya menerima hidayahNya.
Aku tidak layak bertegang urat dengan orang-orang yang sedemikian.
Aku serahkan saja kepada Allah.
Aku berfikir, kenapa tidak.. mudahan aku berjaya di dunia dan akhirat.
Jadi, nama pertama adalah nama asalku. Nama kedua, aku tukar kepada NAJIHAH.
Nama ketiga, aku kekalkan nama ayahku. Dan nama keempat, adalah ABDULLAH.
Ibuku pernah berkata, jika ingin menukar nama, kekalkan nama pertama.
Kerana itu nama yang diambil sempena nama heroin dalam buku yang disukai oleh ibu.
Aku kekalkan pula nama ayahku, kerana ada insan yang pernah mengatakan.. jika aku islam maka ayahku nanti adalah Abdullah..
Maksud dia, ayahku sudah tidak mempunyai tempat dan hak ke atasku.
Semoga Allah membuka pintu hatinya menerima hidayahNya.
Aku tidak layak bertegang urat dengan orang-orang yang sedemikian.
Aku serahkan saja kepada Allah.
Ya Allah, Aku Mohon Agar Dikasihani... Part 6
Maha suci Allah...
Yang kaya dengan sifat penyayang terhadap hambaNya..
Sentiasalah kasihani aku ya Allah..
Janganlah berpaling dariku walau sedetik..
Kelam jiwa binasa hati jika terjadi..
Peganglah aku Allah... Jangan dilepaskan... Jangan dilepaskan..
Aku belajar solat, menghafal bacaan dalam solat juga dari usatazah yang sama.
Ustazah itu masih muda, cantik dan lemah lembut.
Umpama bintang yang bergemerlapan sesuai dengan maksud nama beliau.
Aku rindu pada dia..... Tidak pernah ketemu sehingga kini.
Cuti kemerdekaan bersambung dengan cuti lain menjadi cuti bulan Ogos pada tahun menjadi seminggu.
Dan seminggu itulah aku belajar solat dan menghafal bacaannya, di rumah ustazah.
Getar tangkai jantung.. umpama risau tersalah tingkah apabila berdepan dengan tuan rumah yang kita kunjungi.
Begitu rasa ketika kali pertama solat... bersendirian...
Sekembali ke kampus, aku masih seperti biasa di mata sesiapa.
Cuma selepas itu aku sering menghilang dari bilik asrama.
Setiap subuh, aku akan menyeberang padang untuk menuju ke blok di seberang sana.
Di situ, aku menumpang bilik rakan sekelas muslim untuk solat. Cuma mereka yang tahu. Ada lima insan semuanya.
Untuk solat zohor dan asar, aku sering ke surau kampus. Keadaanku yang masuk surau tanpa menutup rambut memang menjadi perbualan. Apalagi bila seusai solat, ku buka balik kerudungku.
Namun, aku masih boleh buat seperti biasa. Tiada apa yang salah.. Aku tidak melakukan apa-apa kesalahan pun.
Belum pun habis semester, rakan sebilik mula muak dengan misteri kehilanganku.
Mereka bertanya, "ke mana kamu asyik keluar?"
"Aku ke bilik si .............."
"Tidakkah mereka berasa terganggu kalau kamu asyik ke sana?"
Aku jawab, aku ke sana untuk belajar. Mereka diam.
Ya... aku berkata benar. Aku ke sana untuk belajar.
Suatu hari, seperti biasa aku ke pejabat ustazah untuk belajar agama.
Dia bertanyakan sesuatu.
"Teman lelaki tidak marahkah dengan pengislaman kamu?"
Agak hairan juga... aku tidak mempunyai teman lelaki yang istimewa di kampus.
Langsung tidak pernah ada.
Ustazah mengatakan terdengar ura-ura mengenai itu.
Mana tahu, aku diamuk.
Aku cuma tersenyum... Tiada apa yang perlu dirisaukan.
Waktu itu aku tidak sedar apa yang berlaku di sekeliling.
Sehinggalah semester yang akan datang.
Ramai yang curiga itu aku sedar.
Dan aku masih berbuat seperti tiada apa-apa yang patut dicurigai.
Langsung tiada perasaan takut.
Aku cuma bersandar pada Allah..
Suatu hari, seperti biasa aku ke pejabat ustazah untuk belajar agama.
Dia bertanyakan sesuatu.
"Teman lelaki tidak marahkah dengan pengislaman kamu?"
Agak hairan juga... aku tidak mempunyai teman lelaki yang istimewa di kampus.
Langsung tidak pernah ada.
Ustazah mengatakan terdengar ura-ura mengenai itu.
Mana tahu, aku diamuk.
Aku cuma tersenyum... Tiada apa yang perlu dirisaukan.
Waktu itu aku tidak sedar apa yang berlaku di sekeliling.
Sehinggalah semester yang akan datang.
Ramai yang curiga itu aku sedar.
Dan aku masih berbuat seperti tiada apa-apa yang patut dicurigai.
Langsung tiada perasaan takut.
Aku cuma bersandar pada Allah..
Rabu, 10 Ogos 2011
Ya Allah, Aku Mohon Agar Dikasihani... Part 5
Maha suci Allah
Sungguh, aku ingin dikasihi
Sungguh aku mohon agar dikasihani
Tetapkanlah hidayahMu dalam hati dan jiwa ini ya Allah
Sungguh...
Itulah yang dikatakan kita merancang Allah yang menentukan
Cuma seminggu itu sahaja aku menghadiri kelas agama bersama ustazah
Dalam seminggu itu aku juga menelefon keluarga
Dan... sungguh
Aku sendiri hairan kenapa harus jujur sangat pada waktu itu
Aku khabarkan kepada keluarga bahawa aku mengikuti kelas untuk mempelajari Islam
Ibuku menangis tidak ingin bercakap denganku
Ayahku berkata, tidakkah aku mengasihani ibuku
Dan... sungguh-sungguh aku tidak faham drama itu
Kenapa bereaksi sampai begitu sekali?
Adakah aku sudah mengaibkan mereka?
Ya...
Adakah aku sudah menjatuhkan maruah mereka?
Ya...
Adakah aku sudah menghampakan mereka? Memalukan mereka?
Jawapannya tetap ya....
Sungguh taboo perbuatanku itu bagi mereka
Keesokkannya, ibuku dan beberapa orang saudara sanggup menempah tiket dan menemuiku
Aku bersikap seperti biasa, begitu juga mereka
Aku dibawa bermalam di rumah saudara
Dan ibuku mencuci mindaku
Sesungguhnya, senjata seorang ibu itu adalah air mata
Dan air mata itu meluruhkan hati dan meruntun jiwaku
Sehari semalam aku bersama mereka, dan sesudah itu mereka kembali
Aku kembali ke kampus
Dan pada hari yang sama, aku mengikuti kembali kelas agama Islam
Selepas didatangi ibuku, dan mengikuti kelas agama itu kemudiannya,
Hati ini........
Yang teruntun dengan air mata ibu
Tiba-tiba menjadi amat rindu
Rindu sungguh-sungguh
Aku ingin menyembahMu ya Allah......
Maka, sehari selepas kepulangan ibu dan saudara maraku..
Aku menelefon kepada keluargaku sekali lagi
Kali ini aku mengkhabarkan aku akan ke pejabat agama Islam untuk memeluk agama Islam secara rasmi
Ibuku berkata, "aku ingatkan engkau tidak jadi...tidak jadi untuk menjadi muslim. tidak jadi begitu setelah berjumpa denganku."
Aku tiada kata-kata untuk disebut lagi kerana ianya sia-sia
Pada hari yang dijanjikan, aku balik ke asrama terlebih dahulu.
Mandi dan membersihkan diri.
Sesudah itu aku menjumpai ustazah dan bersama beliau serta dua orang lagi ustazah pergi ke pejabat agama Islam
Setiba di sana, aku duduk di depan seseorang berhadangkan meja.
Di atas meja terdapat 2 kalimah syahadah. 1 dalam bahasa arab, dan 1 lagi dalam bahasa rumi.
Aku diajar agar menunjukkan jari telunjuk tangan kanan.
Dan aku diajar mengucap 2 kalimah syahadah.
Aku mengucapkan 2 kalimah syahadah dengan membaca tulisan rumi.
Aku membaca 2 kalimah syahadah yang selama ini aku baca dalam hati dan disimpan untuk diluahkan pada hari itu.
2 kalimah syahadah yang amat aku takut luahkan dalam keadaan tidak bersedia.
Seorang daripada ustazah itu menangis sebak.
Aku pula begitu saja.
Tenang.... dan damai.....
Mungkin aku sudah cukup bersedia dari apa yang aku tahu.
Mungkin aku memang sudah bersedia tanpa aku sedari.
Dan ketika itu umurku, belum lagi mencapai 19 tahun.
Hanya 18 tahun...
Maha suci Allah... Dia tidak melupai janjiku kepadaNya
Seusai saja usia dari genggaman orang tua, janji itu aku penuhi mengikut perancangan Allah yang tersendiri.
Dan semester itu aku habisi dengan menyambung curi-curi ke kelas agama.
Ditambah dengan curi-curi solat ke bilik rakan yang muslim.
Sekali lagi, perasaan tidak bersedia itu hadir.
Tidak bersedia untuk mengumumkan diri sendiri muslim kepada rakan sekampus, rakan sekuliah dan juga rakan sebilik.
Ya Allah, Aku Mohon Agar Dikasihani... Part 4
Sesungguhnya Engkau maha pengasih ya Allah
Aku hambaMu yang cukup lengkap dengan kekurangan
Janganlah putuskan hubunganMu dengan ku ya Allah
Tidak aku mampu menanggungnya jika itu terjadi
Maka, kasihanilah aku ya Allah
Aku ingin bersamaMu namun aku gentar
Kasihanilah aku ya Allah
Jangan putusi hidayahMu kepada ku
Sehingga satu ketika, aku keseorangan di hujung minggu
Terdetik di hati, sehingga bila aku begini?
Menunggu dan menunggu waktu yang sesuai?
Kenapa harus menunggu?
Kenapa tidak aku yang memburu?
Hampir sejam air mata mengalir pada saat itu
Sedih dan terkilan kerana kekhilafan diri
Yang sudah banyak merugikan diri sendiri
Yang sudah banyak menyiksa jiwa dan hati sendiri
Dan itu adalah hari Sabtu
Sungguh aku berasa tidak sabar menunggu Isnin
Ini semua berlaku semasa aku berada di semester ke tiga pada tahun 2001 di bulan Ogos
Maka Isnin itu aku mendatangi seorang ustazah yang mengajar subjek Tamadun Islam
Aku katakan terus terang tanpa simpang bahawa aku ingin mempelajari agama Islam dengan lebih mendalam
Di akhir perjumpaan, ustazah itu bertanya
Kenapa tidak memeluk agama Islam saja sekarang?
Aku menjawab
Aku ingin belajar dan mendalaminya terlebih dahulu
Perkara pertama yang saya lakukan ialah, menelefon sahabat akrab sewaktu di sekolah.
Aku mengkhabarkan bahawa aku akan menghadiri kelas agama di universiti secara personal dengan seorang ustazah.
Sahabat bertanya, bila ingin memeluk agama Islam secara rasmi?
Jawabku, tunggu sehingga aku belajar dengan lebih baik dan tunggu sehingga aku beroleh kerja.
Perancanganku ketika itu aku rasakan sudah cukup ampuh.
Iaitu,
Sepanjang pengajian, aku akan memahami agama Islam.
Habis saja pengajian aku akan beroleh kerja.
Dan aku berpeluang membalas jasa ibu bapa dengan berupa wang ringgit.
Jadi, ketika itu maka aku akan memeluk agama Islam.
Setelah hati orang tua ku, aku sejukkan dengan pembalasan budi dan jasa.
Namun perancangan Allah jauh lebih bijak dan hebat..........
Ya Allah, Aku Mohon Agar Dikasihani... Part 3
Ya Allah maha pengasih
Tiada bandingan dengan apa-apa sekali pun
Kuatkanlah iman ku ya Allah
Berikanlah hidayahMu terus terusan kepadaku
Nekad dan tekad hati ini pada ketika itu
Suatu hari nanti, aku akan menyembahMu sebagai seorang muslim
Itu janjiku kepadaMu Allah
"Namun bukan sekarang," kataku ketika itu
Hati masih lagi kacau dan terumbang ambing
Tidak pasti kepada siapa mahu dirujuk
Tambahan umur tidak mengizinkan
Aku masih di bawah jagaan orang tuaku
Dan hati ini berlengah lagi pada waktu itu
Terdetik beberapa ratus kali sepanjang waktu
Aku rindu menjadi seorang muslim
Aku curi-curi memakai pakaian sebagai seorang muslimah
Aku mula mual memakan makanan tidak halal
Jadi tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti
Adalah satu jalan bagi memanjangkan langkah
Mendekatkan aku kepada janjiku kepadaMu
Aku mula pandai berdalih untuk pergi ke upacara atau kegiatan agama
Terasa sungguh perbuatan itu drastik
Apalagi bila berada di institusi pengajian tinggi
Tiada siapa yang memantau agar aku menghadiri ke upacara keagamaan
Aku bebas... separuh bebas
Sekali lagi aku dikelilingi oleh insan-insan yang dikatakan kuat agamanya
Agama yang diturunkan oleh orang tuaku
Ya Allah, Aku Mohon Agar Dikasihani... Part 2
Ya Allah ya tuhanku
Maha pengasih dan maha penyayang Engkau kepada hambaMu
HidayahMu kepadaku ya Allah...
Mohon agar tidak ditarik kembali..
Jika itu juga yang Engkau putuskan ya Allah..
Janganlah jasad dan rohku ada sisa.. habisilah semuanya
Tidak aku sanggup kehilangan hidayahMu Allah
Tidak aku sanggup...sungguh tidak aku sanggup
Untuk berada di neraka..
Kecamuk jiwa di zaman remaja..
Amat berat aku rasakan ketika itu
Sungguh aku cuba alihkan
Hati ini aku cuba putar belitkan
Bermain dengan gurau senda teman-teman
Malah bermain sejentik api cinta buta
Namun tetap tidak usai kekacauan ini
Aku kembali membaca dan membanding
Aku seludup buku-buku ajaran Islam ke rumah dan baca
Aku ponteng kelas pendidikan moral untuk berada di dalam kelas pendidikan agama Islam
Masih lagi terasa getar hati dan merinding bulu roma kerana mengikuti kelas subjek itu
Kerana aku bukan dibesarkan begitu... melawan arah arus
Bukan itu asuhan keluargaku
Semakin giat aku dengan aktiviti agama
Semakin kerap aku menyeludup buku ajaran Islam ke dalam rumah
Sehinggakan satu ketika, aku membaca terang-terangan di depan keluarga
Masih teringat ibuku bertanya, "dari mana engkau mendapatkan buku ini?"
Aku menjawab dengan jujur seperti yang diterap dalam keluarga
"dari perpustakaan"
ibuku cuma diam... atau kelu lidahnya
Tidak pernah aku bertanya kepadanya mengenai saat itu
Ketika usia ku lebih kecil di mana sudah terasa keraguanku
ibuku menceritakan sesuatu, yang membawa aku kembali ke jalan mereka
masih dalam ingatan ibuku berkisah, "mana-mana agama itu sama. kamu berbuat baik, syurgalah tempatmu. berbuat jahat jadi ke nerakalah kamu. jadi, tidak kisah antara dua agama ini. jika kamu penganut yang baik, maka baiklah ganjarannya."
Namun aku sudah belajar untuk bertindak.
Ibu, aku sudah tidak terhalang olehmu.
Selasa, 9 Ogos 2011
Ya Allah, Aku Mohon Agar Dikasihani... Part 1
Ya Allah ya tuhanku..
Sungguh aku berasa bertuah kerana dipilih olehMu
Menerima hidayahmu yang tak mampu dirungkaikan oleh yang tertutup hatinya
Ini bukan kisah untuk mencari nama
Juga bukan kisah meriakkan jiwa
Ini cuma luahan hati untuk menjadi halwa
Bagi mereka yang ingin mengambil iktibar
Sejak mampu berfikir aku sering tertanya-tanya
benarkah agama ini yang diwarisi dari orang tuaku
akan diterimakah aku oleh tuhan di syurga nanti
dengan berpegangkan tali kepercayaan yang dipintal dan disua oleh ibu bapaku
aku tercari-cari sesuatu yang mata kasar tidak mampu terlihat
namun dihidu dengan kuat oleh mata hati
menjejak langkah ke sekolah rendah bermaksud aku perlu mensucikan dosa
aku diajar dibahas malah amat bergiat aktif dalam kegiatan keagamaan
orang tua sanggup menghantar aku ke kelas muzik untuk mempelajari memetik jari jemari organ
ternyata aku disenangi dan disayangi guru-guruku
namun semakin meningkat remaja semakin hebat dan ligat keadaan jiwaku
semakin banyak kali aku mengkhatami buku yang dikatakan suci itu semakin nyata keraguanku
sekali lagi, persoalan dari kecil bermain-main
akan masuk syurgakah aku ini
akan diterima oleh tuhan kah aku ini nanti
aku mula membaca dan membanding untuk meredakan isi hati yang berkecamuk
ibu yang mengandungkan aku selama 9 bulan
ibu yang menjaga dan memelihara ku sejak bayi
tentu saja dia terhidu perilaku
tentu saja dia mencium jika tidak banyak tapi sedikit rasa hati
secara halus keyakinan aku ketika itu diperkukuhkan
aku kembali mengikut asuhan orang tua
untuk seketika..................................
kerana hati tidak usai
tidak tenteram malah amat bimbang
bagaimana? bagaimana?
diterimakah aku di syurga tuhan nanti?
Langgan:
Catatan (Atom)

