Ya Allah ya tuhanku..
Sungguh aku berasa bertuah kerana dipilih olehMu
Menerima hidayahmu yang tak mampu dirungkaikan oleh yang tertutup hatinya
Ini bukan kisah untuk mencari nama
Juga bukan kisah meriakkan jiwa
Ini cuma luahan hati untuk menjadi halwa
Bagi mereka yang ingin mengambil iktibar
Sejak mampu berfikir aku sering tertanya-tanya
benarkah agama ini yang diwarisi dari orang tuaku
akan diterimakah aku oleh tuhan di syurga nanti
dengan berpegangkan tali kepercayaan yang dipintal dan disua oleh ibu bapaku
aku tercari-cari sesuatu yang mata kasar tidak mampu terlihat
namun dihidu dengan kuat oleh mata hati
menjejak langkah ke sekolah rendah bermaksud aku perlu mensucikan dosa
aku diajar dibahas malah amat bergiat aktif dalam kegiatan keagamaan
orang tua sanggup menghantar aku ke kelas muzik untuk mempelajari memetik jari jemari organ
ternyata aku disenangi dan disayangi guru-guruku
namun semakin meningkat remaja semakin hebat dan ligat keadaan jiwaku
semakin banyak kali aku mengkhatami buku yang dikatakan suci itu semakin nyata keraguanku
sekali lagi, persoalan dari kecil bermain-main
akan masuk syurgakah aku ini
akan diterima oleh tuhan kah aku ini nanti
aku mula membaca dan membanding untuk meredakan isi hati yang berkecamuk
ibu yang mengandungkan aku selama 9 bulan
ibu yang menjaga dan memelihara ku sejak bayi
tentu saja dia terhidu perilaku
tentu saja dia mencium jika tidak banyak tapi sedikit rasa hati
secara halus keyakinan aku ketika itu diperkukuhkan
aku kembali mengikut asuhan orang tua
untuk seketika..................................
kerana hati tidak usai
tidak tenteram malah amat bimbang
bagaimana? bagaimana?
diterimakah aku di syurga tuhan nanti?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan