Memaparkan catatan dengan label coret-coret nukilan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label coret-coret nukilan. Papar semua catatan

Rabu, 5 September 2012

Our Lil Muhammad In Heaven (18weeks)

Salam.. :)
Tajuk catatan itu.... sebenarnya tulisan yang tercatat pada sticker lilipie di sebelah kiri blog saya.
Itu kenangan saya bersama arwah anak pertama.

Saya disahkan hamil selepas pernikahan.
Orang tua kata bunting pelanduk.
Pada mulanya, saya tidak tahu bahawa saya hamil.
Ini kerana, dalam menanti cik p tiba saya didatangi tompok darah segar.
Ia cuma sikit-sikit dan berlarutan sehingga 2 minggu.

Pada minggu pertama, saya buat ujian kehamilan di rumah.
Hasilnya, negatif. Tidak hamil.
Jadi saya anggap itu adalah darah period.
Namun bila berlanjutan lebih seminggu, perasaan syak mula timbul.
Perasaan itu simpan diri sendiri saja dulu.
Tambahan pakai jean, ketat pula bahagian punggung. errrr...

Jadi, saya mengambil keputusan untuk ke klinik.
Nak cek air kencing dan darah sekali, atas sebab hormon tak stabil.
Cuma, tak sempat nak buat ujian darah,
saya disahkan hamil melalui ujian air kencing.

Selang berhari, saya mendaftar di KKIA.
Everything sailing smoothly.. 
Baby sihat, ibu sihat gumbira.

Sehinggalah beberapa hari selepas bayi dalam kandungan berusia 18 minggu.
Saya mengalami sakit-sakit belakang, bahagian pinggang seolah-olah senggugut.
Dalam 3 hari jugalah mengalaminya.

Pada hari pemeriksaan, saya maklumkan kepada jururawat bertugas.
Dia agak hairan, katanya masih awal sangat. Baru 18 minggu.
Dia nasihatkan saya untuk berehat dan tidak bekerja kuat.

Malamnya, saya mengalami 'senggugut' yang amat kuat.
Sehinggakan sukar untuk saya berdiri tegak dan berjalan.
Saya pujuk diri untuk tidur. Itupun cuma tidur-tidur ayam saja.
Keesokannya, ada pendarahan.
Saya ajak suami ke hospital.

Kami ke bahagian kecemasan selepas diarahkan oleh jururawat yang bertugas di KKIA.
Di situ, saya menunggu doktor datang dan scan.
Doktor scan, dia kata.. baby okay.. pergerakan okay.. semua okay..
Okay, saya dinasihatkan untuk berehat.
Jadi, kami kembali ke rumah.

Bermula petang itu, saya memang asyik rasa nak terkucil.
Tidak sampai sepuluh minit, ke tandas.. selang lagi beberapa minit, ke tandas.
Diselangi juga sakit-sakit senggugut.
Sehinggalah dalam jam 10 lebih kurang, saya ke tandas lagi.
Rasa macam nak kencing, tapi air kencing tak keluar.
Bila raba sikit, ada benda.. Nak terkeluar.

Kami ke hospital lagi malam itu.
Tiba sana, saya sudah mengalami 'senggugut' yang agak kuat dan makin kerap.
Rupa-rupanya itu adalah kontraksi.
Bila doktor scan, dia kata tidak dapat nak diselamatkan lagi.
Kaki bayi sudah sangat di bawah. 
Laluan sudah terbuka.

Dari jam 10 itu sehinggalah ke jam 1 pagi, saya mengalami kontraksi.
Dalam pukul 1 pagi itu, saya mengalami sesuatu yang dikatakan sakit bersalin..
Sangat sakit... Tapi, kerana tindakan refleks saya menahan bayi daripada keluar.
Bila jururawat tengok, dia suruh saya meneran.
Sekali teran, bayi pun lahir. 
Rasa sakit serta merta hilang. 

Jururawat-jururawat yang bertugas tunjukkan bayi itu kepada saya..
Masih lagi dalam kantung. Nampak jelas mukanya.
Salah seorang jururawat itu memohon izin untuk membuka kantung dan membersihkan bayi. 
Saya cuma mengangguk. 
Selepas itu, saya tidur dengan amat lena sehingga ke subuh.

Paginya, saya dikunjungi saudara mara, aunt (juga jururawat yang bertugas di situ) nasihatkan saya dan suami supaya menamakan bayi tersebut.
Saya kata, tidak tahu nak bagi nama apa. Tidak tahu jantina.
Aunt pun bagitahu, bayi saya adalah bayi lelaki.
Serta merta saya menamakan arwah Muhammad.

Selepas itu, aunt tunjukkan bayi saya yang sudah dibersihkan..
Ohh.. muka arwah masih terbayang-bayang..
Saya masih ingat lagi iras wajahnya, jari jemarinya yang mengenggam, kakinya dan juga alat kelaminnya..

Naifnya kami, tidak tahu bagaimana hendak menguruskan arwah.
Keluarga suami pula jauh. Hanya keluarga saya yang ada.
Sehinggakan suami membawa arwah, letak dalam bakul motorsikal berjumpa dengan imam masjid besar bertanyakan hal itu.
Imam itu kata, hanya tanam dalam supaya tidak digali oleh binatang.

Sehinggalah satu detik, kebetulan rakan sepupu ada disitu.
Keluarganya menyanggupi untuk menguruskan arwah bersama suami.
Jadi, suami membeli keperluan apa yang perlu.
Kain kafan, kapur barus dan lain-lain.

Kisah dari sebelah suami:
Arwah dibersihkan, dimandikan..
Dengan berbekalkan cangkul yang hampir patah cangkuknya, suami mula mengali liang lahat untuk arwah dan seterusnya dikuburkan.
Arwah dikuburkan di perkuburan Islam perkampungan berdekatan.

Kebetulan pula, selepas itu saya berpindah ke daerah lain (asal muasal suami) kerana mengikut suami.
Bila sesekali balik ke tempat saya, walaupun saya tahu jawapannya.. 
saya sering bertanya kepada suami, dimana kubur arwah..
Dimana jasad arwah ditempatkan..
Suami pula dengan sabar, bercerita dengan saya..

Itu kisah 3 tahun lebih yang lepas.. 

Jumaat, 10 Ogos 2012

Bab Rumah, Saya Tawakal

Salam...

Bila cerita hal rumah, hati saya membuak-buak dengan satu rasa.
Rasa keinginan yang amat sangat.
Keingingan yang sukar untuk dibendung atau ditepis.
Yang akhirnya hanya membuahkan bibit-bibit kecewa.

Ya, dulu saya kecewa bila mengingatkan hal rumah.
Rumah yang sampai sekarang dalam bentuk apa jenis pun belum dalam hak permilikan saya.
oh.. bukan saya dah membeli atau dalam proses membeli atau rumah dalam proses pembinaan.
Saya cuma ingin membeli sebuah rumah.

Rumah keluarga di mana terletaknya perabot-perabot yang saya ingini.
Rumah keluarga yang memberi privasi kepada saya dan keluarga.
Rumah keluarga tempat saya mendidik anak-anak mengikut acuan ibu bapanya sendiri.

Impian sememangnya begitu.
Impian yang belum tentu dapat dicapai, namun perlu diusahakan..
Saya cuma tawakal dengan masa dan keadaan, bilakah ia mengizinkan untuk memiliki sebuah rumah.

Rumah yang saya ingini tidaklah sehebat mana.
Saya menginginkan sebuah rumah yang tidak besar namun tidak juga kecil.
Tidak menginginkan rumah yang bertingkat. heee..
*Jenuh nak kemas
Inginkan rumah yang mempunyai laman.



 Antara bentuk rumah yang suka sangat tengok dan didiami.


 Yang ini pun sama.


 Yang ini pun sangat suka.. hahaha.. tengok laman rumah itu..

*semua gambar ihsan pakcik google

Namun, memandangkan keadaan, situasi dan kewangan yang tidak berapa mengizinkan.. saya tawakal saja buat sementara waktu.

Jika memang rezeki saya sekeluarga, insyaAllah.. tetap ada untuk kami.

Jika tiada juga, bak kata yang pernah saya tuturkan kepada incik bos, "nanti-nanti, kalau kita masih juga ada kekangan sehingga ke tua untuk memiliki rumah.. kita daftar diri di Rumah Seri Kenangan sajalah ya.."
Saya redha..   

Rabu, 1 Ogos 2012

Berpuasa dan... oppss termakan

Salam...


Keep calm and caryy on fasting..

Petang kelmarin, balik dari kerja agak kelam kabut nak masak untuk bersungkai.
Tidak seperti biasa, incik bos agak sibuk petang kelmarin yang menyebabkan persediaan untuk masak hampir-hampir tiada.
Tambahan pula stok dah habis dalam peti sejuk.
Jadi, sebelum balik rumah singgah sebentar di kedai.
Beli bahan mentah untuk dimasak.
Sampai-sampai je di rumah, tidak menyempat nak buka tudung.
Alhamdullilah, Nur Iman boleh pula tertidur sepanjang saya memasak. Kalau tidak, memang jenuh melayan si kecik sambil masak. 
Bila buka tong beras, ya Allah.... leka sungguh isteri seorang ini. Beras dah nak habis pun boleh tak sedar.
Cukup-cukup dua cawan beras untuk dimasak..
Dalam hati, cukup ke ini?
Dengan tawakal saya campur secawan lagi beras iban.
Selalu, kalau saya menanak nasi tidak akan campur. Kalau beras biasa, beras biasalah. Kalau beras iban, beras ibanlah..
Tapi nak menanak beras iban, pun tak cukup juga. 
Sungguh-sungguh saya tawakal..
Almaklum, saya bukannya sangat pakar dalam masak memasak. 
Beras iban ini airnya kena siiikiiitttt.. kalau tak jadi lembik sangat.
Ikut naluri saja letak air berapa untuk dua cawan beras biasa campur secawan beras iban.
tuk..... bunyi periuk nasi elektrik. Menandakan nasi dah masak. Saya buka, tengok... jadi nasi ke, jadi bubur ke, tak jadi nasi (tak masak)? 
Saya tutup balik periuk nasi.. Dua minit kemudian, buka dan tengok lagi. Lepas itu, sekejap-sekejap tengok.. Tidak puas hati sungguh.. Tertanya-tanya..
Untuk kesekian kalinya saya buka tudung periuk nasi, saya ambil sudu besar dan senduk sesuku nasi. Okay, lebih sikit dari sesuku.
Terus ngap.. dalam hati, oh girang... masak, sedap lagi.
Dah telan dah pun, eh... kan puasa???
Kumur-kumur mulut, sambung masak macam biasa. 
Keep calm and carry on fasting.



Sabtu, 16 Jun 2012

Sepagi Bersama

Salam...

Hampir 4 tahun berkhidmat, ini adalah kali pertama Hari Keluarga diadakan.
Pada sebelah pagi je pun.
Mula-mula, bagi nama Iman untuk pertandingan mewarna bagi kategori tadika.
Walaupun Iman baru nak masuk 2 tahun, tapi kategori itu tertulis 6 tahun ke bawah.
hehehehe.. jadi, masukkan sajalah.. 
Untuk memeriahkan suasana.

Jadi, hasilnya.. mengejar Iman sekeliling dewan sepanjang pertandingan berlangsung.
 Sekejap masuk kawasan pertandingan, sekejap keluar, sekejap mewarna, sekejap minum.. makan lagi.. uih.. sempat mu eh Iman..

Sementara menunggu pertandingan bermula..




 1..2..3.. mula, warna

Warnalah kononnya. 
Tak sampai beberapa minit, Iman dah restless.










Dah habis mewarna, Iman?
Dapat saguhati.. alhamdullilah.. hehehe









 

Selepas itu, ada sukaneka..
Bagi Iman juga yang menyertai.
Umi dan abanya tak larat nak ikut serta. haha

Satu acara je pun yang Iman sertai.
Lari dari garisan ke tengah padang, kutip jajan, lari balik ke garisan letak jajan situ, pastu lari balik ambil jajan.
Ramai pesertanya.. dari umur 8/9 tahun sampai la umur baya Iman nih.
Iman dapat 4 jelly je.
Tak dapat nak tangkap gambar pula waktu tu.
Si umi sibuk berlari mengiring sama.
Si bos pula sibuk jadi pompom dad.

Acara terakhir, ini last minute punya penyertaan..


Antara yang dipertandingkan.. 
Acara memasak le...


 Alhamdullilah... dapat tempat ketiga kategori dessert [puding]. 
Hahahaha.. bangga tau.. bagi saya yang dulunya tak kenal pun apa itu susu sejat. 
yihawww..






Selasa, 20 Mac 2012

Welcome To The 'meow' Museum

Salam..
Cuti kali ini, kami terjah muzium kucing. 
Muzium kucing yang terletak di Kuching.
Banyak aaa kucing-kucing aww aww, kata dak Iman.
Iman teruja okeh, sekali dengan uminya. hahaha..


Tengoklah gaya budak yang tak nak tinggalkan muzium aww meow ini.
Sempat uminya tangkap gambar. Jahat huh...

Ini di bahagian masuk muzium kucing

 masuk mulut kucing...........

Jangan lupa bayar di kaunter

Apa ada di dalam muzium kucing ini?
Tentu saja ada kucing. hahaha.. Kecil, besar, comel, sangat comel, tapi tak larat nak ambil gambar satu satu ya.. 
Elok datang sendiri ke sini. hee..

 maskot kucing


kucing-kucing comel yang bersaiz gergasi



 sebelah kiri adalah kucing dalam kotak kaca. sebelah kanan pula ukiran kucing di dinding muzium.



eh... garfield pun ada.. hahaha.. kucing hijau, kucing hitam




 ini pula pameran kucing di zaman firaun, mesir purba. tengok macam mana mereka hias kucing mereka dan bila mati, diawet dijadikan mumia kucing pula.

banyak lagi ya.. perkaitan kucing dengan peradaban bangsa manusia di sini. 
ada juga bagi kaum cina, melayu, iban dan sebagainya.




 kucing ini pula disemadikan di sini

 haaa... ini pun masuk muzium kucing.
koleksi gambar-gambar kumpulan Alleycats..
dan juga koleksi gambar-gambar pementasan teater kucing yang popular dulu tu.
boleh google kat youtube, ada yang upload pementasan teater tu. CATS



 koleksi lukisan aksi-aksi kucing comel. 
ada satu kucing comel menyelit kat situ juga, siap pakai beg moo moo. haha


 pelbagai koleksi patung kucing dari saiz kecil hinggalah ke besar.



 koleksi buku-buku tentang kucing. tapi bilik ini berkunci jadi, tak dapat nak masuk.


kedai cenderamata kucing di dalam muzium kucing



 patung kucing badi namanya.
dipercayai boleh membawa nasib buruk kepada seseorang.
isk..isk.. kucing comel kenapa dijadikan begitu..




haaaa... ini namanya pencurian aksi kucing. ahaks..




okay, masa untuk menikmati aksi kucing comel ini pula. hahaha



Isnin, 12 Mac 2012

The One And Only - Pasar Tamu Satok

AMARAN: Catatan dipenuhi dengan gambar

Salam geng..
Sabtu minggu lepas, jalan-jalan ke Kuching.
Bukan berjalan pun, guna kereta. 3 Jam perjalanan tau dari sini. muehehe..
Seperti biasa, kami singgah di Satok selepas membeli barangan komputer. 
Satok ni ada pasar minggu setiap hari Sabtu sehingga tengah hari Ahad.
Macam-macam ada......

Mula-mula sekali, apa yang gerai yang kami jenguk adalah gerai yang menjual binatang ternakan dan belaan.
Anak ayam, anak kucing, anak itik, anak woof woof *kata dak Iman.
Ada sepasang angsa juga. Setengah ribu tu harganya.. teringinnya nak beli.

Selepas tu, kami ke gerai ikan terubuk masin.
Heaven naaaa.. bagi peminat terubuk masin ni..
Saya tak makan terubuk masin. Alkisahnya segala yang masin memang tak masuk tekak kecuali telur masin. kehkehkeh..

Walaupun begitu, saya telah memborong terubuk masin dengan jayanya. 
Selalunya orang goreng atau kukus je terubuk masin ini.

 tengok, memang pakar sungguh pakcik ni membungkus terubuk masin.

 Budak yang tengah "save" kepakaran pakcik itu.

Ini sebahagian kecil terubuk-terubuk masin yang dijual.

 Anak panah kuning tu pula menunjukkan telur terubuk masin.
huuuuu...... termengidam pula.
Tapi belum ada rezeki untuk membelinya.
Cecah ratus RM tu.........

Kemudiannya, kami cuci mata di sekeliling pasar tamu Satok ini.

 Gerai bunga

 Gerai sayur-sayuran dan buah-buahan

 Berlambak ni.. baju t dan beg bergambar kucing yang bernama Kuching. thehehehe

 Gerai bakul rotan

 Gerai kraftangan dan kain batik

 Gerai kek lapis

Sepatutnya kami balik petang itu juga.
Dan dah rancang, sebelum balik petang nak singgah sini lagi.
Tapi, nak jumpa dengan sepupu yang habis kerja petang pula.
Jumpa-jumpa, makan-makan, cuci mata di Spring pula. hahaha.. 
Akhirnya, menginap di Place 2 Stay.

Awal pagi, selepas sarapan di kawasan Satok, kami serbu ke satu gerai ini pula..
wahh... puas hati.. akhirnya... 
jeng..jeng..jeng..
TRIO!!
Anak itik telur..
wah... dah berangan nak buat telur masin sendiri. harharhar


Ahad, 1 Januari 2012

Minggu Terakhir 2011 :)

oh..oh... catatan pertama di hari pertama tahun 2012.. wink..wink..
tapi kisahnya berkisar pada tahun lepas aka tahun 2011. muahahahaha
minggu terakhir tahun 2011, mommy aba sista and her hubby came to sri aman.
12 jam perjalanan okey... jadi, rasa teruja itu lebih..

jadi, sepanjang dia orang di sri aman, bawa dia orang jalan-jalan.
tak pergi mana pun, kat sini juga.. 

kita orang pergi tengok benak
kebetulan king tide tinggi pula sepanjang minggu. *2 malam kena cuci rumah tau.. air masuk rumah gara-gara benak besar.


sepatutnya ambil gambar benak, tapi tukang ambil gambar lebih suka ambil gambar orang. muahahahaha
tapi boleh tengok ombak-ombak tu tak? besar tu sebenarnya.. 


ma family.. dari kiri, sista, mommy, aba, bro in law.. of course yang kecik tu dak Nur Iman.
gambar kat waterfront depan batang lupar tempat fenomena benak berlaku.

esok-esoknya, bawa family ke empangan LA pula. *lubuk antu.. (scary name though.. no ghosts okeh)


belakang tu tasik buatan empangan LA.



ni kat pasar LA

lepas tu 2 hari berturut, pergi berjimba-jimba di sungai Raya.
air cetek tapi deras. dak Iman tentu saja menggunakan pelampung lehernya. 
tapi dia terapung-apung je dihanyut arus, tak berenang sebab air sungai agak deras kan..
oppss tak dak gambaq. muahahaha

dan jom layan ni juga.. perfect berbanding yang dulu punya. hahaha

licin udah dimakan oleh kami-kami yang dinasour belaka ni.

selamat tahun baru semua.. 
semoga ia mendatangkan kebaikan untuk semua..
*Iman dah ngek-ngek dahhh...


Jumaat, 11 November 2011

Cinta

Fitrah insan untuk mencintai dan ingin dicintai
No.. bukan ingin mengulas/mengupas mengenai cinta yang diberi.

Cuma.. 
Jom terima dan nikmati saja cinta2 yang diberi kepada kita.
Terlebih atau terkurang, ucap saja alhamdullilah.. 
Nama saja cinta dari insan2, kan... :)

Still, a panda knows how to kungfu. harharharhar.. tetiba..





Ahad, 6 November 2011

Supplemen umum dan khas untuk Ibu (menyusu, hamil, pesakit) bersama Dr. Nadrah

Salam semua dan selamat hari raya Aidiladha..
My sister in law sibuk buat baked pasta, saya sibuk mengemaskini blog. hahahaaha..

ok, ini saya kopi pasta dari RatuHati. Sekali dengan tajuk kopi pasta.
Selamat membaca...

Ini adalah kompilasi soal jawab ringkas antara Dr Nadrah, seorang Lactivist, penggiat MBFPC. Disediakan dalam bentuk yang lebih mudah dibaca. Terima kasih Dr Nadrah atas perkongsian ilmu dan Nora Herni atas suntingan yang kemas dan mudah dibaca.

Elok jika direnung-renungkan, oleh penjual supplement, ibu menyusu, ibu hamil dan juga untuk pengetahuan kita semua.

URL asal di sini: https://www.facebook.com/notes/nora-herni-abdul-rahim/penjual-supplement-bertanya-dr-nadrah-menjawab-/10150382260782486

Sedap pula tajuk ini, sekiranya dijadikan buku haha! (Insya-Allah, mudah-mudahan). Baiklah, dipendekkan cerita, saya suka mahu kongsikan ulasan Dr. Nadrah Arifin kepada persoalan 'kaitan antara supplement dengan penyusuan'.

Jawapan ini adalah respons beliau kepada 'ajakan' menggunakan supplement dengan menggunakan isu penyusuan sebagai senjata jualan.

    "Kalau kita sudah maintain cara pengeluaran susu dengan baik, tetapi susu masih merudum, maknanya ibu itu kekurangan kalsium. So, belilah set untuk menyusu ini dengan saya ya."



Wah, jelas sungguh penjual ini tidak mengkaji dan sesedap rasa menggunakan isu penyusuan sebagai senjatanya. Berikut adalah respons daripada Dr. Nadrah:


    "...saya beri fakta 'EVIDENCE BASED MEDICINE' ya... Saya faham anda mahu lakukan produk, tetapi jangan sampai anda manipulate fakta n manipulate penyusuan susu ibu."



Mungkin ada yang berasa hairan, mengapa isu ini tidak dipandang enteng oleh 'para pejuang penyusuan'. Saya fikir, perlu ada entri lain khas bagi mengupas bahagian ini pula. Entri kali ini, saya kongsikan jawapan Dr. Nadrah sahaja. ^_______^

Pertama:
Kandungan kalsium dalam breastmilk tidak berubah walaupun seorang ibu tidak mengambil sebarang calcium supplement dan tidak mengambil sumber makanan yang mengandungi banyak kalsium. Badan ini terlalu bijak dijadikan oleh Tuhan untuk menghasilkan kalsium sendiri dalam susu ibu untuk bekalan si bayi. Terdapat beberapa kajian juga telah membuktikan bahawa pengambilan supplement kalsium oleh ibu menyusu langsung tidak menaikkan level kalsium dalam susu ibu.

Kedua:
Yang message saya suruh beli vitamin Bco untuk naikkan kualiti susu ibu.... Maaf, saya berpegang kpd evidence based, bukan pengalaman based. Vitamin B adalah vitamin larut air, maka mudah juga diserap ke dalam susu ibu. Oleh itu, anda yang makan vitamin B akan mengalami perubahan warna susu ibu iaitu kekuningan dan nampak pekat, tetapi sebenarnya yang masuk ke dalam susu ibu tu adalah vitamin B, malah sisa degradasinya juga.

Ketiga:
Kajian juga membuktikan bahawa kualiti susu ibu tidak berbeza dengan ibu di negara maju, negara membangun, dan negara mundur dan miskin, maknanya antara ibu terlebih makan, makan ikut suka hati, atau memang tak cukup makan. Atas dasar ini jugalah terhasilnya Carta Pertumbuhan Kanak-Kanak WHO (WHO growth chart) yang membuktikan anak-anak yang disusui susu ibu dari pelbagai benua menghasilkan carta perkembangan yang sama, tidak ada beza. So, di manakah basis anda yang cuba mesej saya itu mengatakan sebagai susu yg terhasil daripada ibu yg mengambil supplement yang anda jual akan mempunyai tahap perkembangan yang baik disebabkan supplement yg diambil diserap ke dalam susu ibu seterusnya disalurkan kepada bayi?

Keempat:
Sebelum kita terpengaruh dengan penjual supplement's promotion, mari kita lihat diri kita, pertama tengok perut, ada lipatan spare tyre tak walaupun halus? Kedua, buat carta makanan harian anda, kaji apa yang anda makan dan berjumpa dengan pakar pemakanan, bukan penjual supplement.... Tentu anda dapati sebenarnya anda sudah terlebih zat! Saya cabar anda berjumpa saya dan saya boleh quote nilai zat dalam makanan harian anda.

Kelima:
Sedarkah anda yang anda boleh sakit disebabkan terlebih vitamin dan garam galian? Kaji kandungan kalsium anda...,calcium carbonate? Mahukah anda mengalami batu karang di kemudian hari? Adakah anda menjalankan senaman atau exercise (bukan termasuk kerja rumah seharian ya) sebanyak minimum 3 kali seminggu selama minimum 30 minit berpeluh setiap sesi? Kalau tidak, berhati-hati dengan calcium supplement anda kerana anda terdedah kepada risiko batu karang, juga osteoporosis. Kalsium yang diambil daripada tidak kira sumber apa pun, memerlukan aktiviti kecergasan di atas untuk diserap dan disimpan kukuh dalam tulang.... Kalau tidak, tulang anda akan menjadi umpama simen yang rapuh kelak. Sedarlah segera.

Keenam:
Jgn cuba kelirukan ibu2 tentang kandungan kalsium dlm susu ibu dgn susu formula. Ya, memang betul kandungan kalsium dlm susu ibu lebih rendah dr yg terkandung dlm susu formula, TAPI telah dibuktikan bahawa penyerapan dan penerimaan kalsium dlm susu ibu oleh bayi adalah 2 hingga 3 kali lebih tinggi n mudah berbanding penyerapan kalsium dlm susu lembu, oleh itu susu ibu tetap tak dapat ditandingi. Namun kajian juga telah membuktikan bahawa penambahan pengambilan suplement kalsium oleh ibu menyusu langsung tidak akan menambah kandungan kalsium dlm susu ibu yg dihasilkan krn Tuhan maha bijaksana dlm menentukan apa level terbaik utk seorang bayi.

Ketujuh:
Tahukah anda sesetengah vitamin tidak ditapis oleh payudara seterusnya disalurkan berlebihan melalui susu ibu? Sama juga seperti mengandung, sesetengah vitamin tidak ditapis oleh uri dan disalurkan kepada bayi. Jaga-jaga dengan vitamin A dan E. Kesan negative serius boleh berlaku jika berlebihan dos (hanya recommend supplement A dan E kepada yang memang pasti tidak dapat mengambilnya dalam diet seharian). Oleh itu, kaji diet harian anda dahulu.

Kelapan:
Vitamin supplement boleh menambah pengeluaran susu? Kalau betul boleh, mengapa anda yang claim pernyataan ini masih menyarankan ibu-ibu memahami dan meneruskan konsep supply and demand untuk memastikan kelancaran pengeluaran susu ibu? Dan mengapa sebenarnya ramai ibu yang mengambil vitamin atau supplement yang dicadangkan dan mengikut aturan ambilan tertentu yang disarankan oleh penjual, telah memenuhi inbox message saya sama ada di FB mahupun di emel dengan kecewanya terhadap 'usaha' membeli supplements seperti ini? INGAT! Konsep sebenar supply and demand adalah jawapan sebenar. Kepada yang bermasalah penurunan pengeluaran susu badan, saya sarankan anda berjumpa dengan konsultan atau kaunselor laktasi yang betul untuk dibantu dan sama-sama mengkaji punca permasalahan susu merudum (bukan konsultasi melalui emel ataupun FB ataupun telefon dalam hal ini) kerana approach yang diberikan sangat terperinci mengikut masalah individu.


Kesembilan:
Adakah bermakna pengambilan pelbagai supplement itu salah? TIDAK SAMA SEKALI. Kita bebas mengambil apa-apa supplement, namun jika anda seorang terpelajar, anda boleh membuat kajian betul dahulu tentang menu diet harian anda sebelum decide untuk menambah vitamin dalam senarai keperluan harian anda. Pernahkah anda dengar tentang detoksifikasi? Ia terdiri daripada diet khas pelbagai vitamin dan mineral yang diambil dalam beberapa hari sahaja. Anda boleh mencuba, tapi menu diet terbaik dihasilkan daripada sumber semula jadi dan itulah yang telah dibuktikan. Anda boleh mengambil vitamin dan supplement untuk kesihatan anda, tetapi untuk mengaitkan dengan keperluan khas ibu menyusu ataupun menggalak pengeluaran air susu adalah sangat TIDAK BERETIKA sekiranya anda adalah seorang yg memperjuangkan penyusuan susu ibu.

Kesepuluh:
Pukul berapa anda keluar rumah untuk bekerja dan pulang ke rumah kemudiannya? Bila matahari belum terbit dan bila matahari sudah terbenam? Pernah anda bersenam atau beriadah di taman pada waktu pagi di setiap hujung minggu atau hanya duduk buat kerja-kerja rumah di kala cuti? Kalau begitu, lupakan untuk mendapatkan vitamin D, sebab yang terbaik adalah daripada sumber matahari. Takut matahari sebab UV lantas anda mengambil vitamin E? Tahukah anda matahari pagi adalah baik, bukan yang terik atas kepala. Sekadar pengambilan vitamin E tidak menghentikan or melambatkan proses penuaan jika anda tidak memakai sunblock yang sesuai. Kenapa saya sentuh vitamin D? Sebab ia penting membantu penyerapan kalsium daripada usus. Oleh itu, jangan takut matahari pagi. Kan senang dengan rutin harian dan diet yang neutral.

Kesebelas:
Supplements boleh mengelak diabetes? Ramai pesakit dah buat, tetapi tetap dapat diabetes. Kenapa? Sebab senaman dan pemakanan mengikut sukatan piramid tidak diamalkan. Anda tahukah piramid makanan? Semua boleh tunjuk piramid itu, tetapi apabila saya tengok post-post makanan di FB masing-masing, fuhhh..., semua jadi piramid terbalik. Cara terbaik memahami piramid makanan, jumpa pakar pemakanan berdekatan anda, bincang ikut kesesuaian aktiviti harian anda walaupun anda tidak sakit. That day bila waktu SGM yang saya bincangkan, rata-rata participants pelik dan terkejut bila saya beritahu sukatan makanan yang sepatutnya mengikut hidangan setiap jenis makanan.

Kata Dr. Nadrah lagi:

    "Kepada pendokong atau penyokong susu ibu yang nampak ini sebagai peluang bisnes, saya minta maaf kerana anda SALAH. Kalau anda sanggup memancing naïve mommies membeli untuk 'pastikan susu terus cukup dan berkualiti', maaf, saya pula sudah tidak sanggup terima mesej dan emel daripada ibu-ibu yang gagal juga membanyakkan susu apabila mengambil produk vitamin anda, kerana bila diselami masalah dasar ibu-ibu yang gagal ini, rupanya penyelesaiannya agak mudah apabila permasalahan sebenar dikenal pasti. Luluh hati saya apabila mereka sudah keluarkan banyak duit sebelum berjumpa sendiri konsultan atupun kaunselor laktasi yg betul. Mungkin produk anda untuk kesihatan diri, tetapi BUKAN untuk memperbanyakkan susu ibu ataupun menjamin kualiti dan kekenyangan bayi.

    Cukuplah malam ini. Ini bukan 'my 2 cents'. Ini fakta. Kalau ada rakan-rakan FB saya yang terasa, anda sepatutnya tidak terasa jika anda tidak buat apa yang saya maksudkan. Saya bukan berniat menutup pintu rezeki anda kerana saya percaya Allah yang beri rezeki kepada anda. Tetapi kalau muhasabah balik diri, mungkin Allah menguji kita dengan ujian duit apabila kita mempromosikan produk kita dengan cara yang tidak beretika, mengambil kesempatan ke atas ibu-ibu yang mengalami keruduman pengeluaran susu ataupun yang ragu-ragu tentang kualiti susu. Penjual pam susu juga tidak terkecuali dalam hal ini, tidak beretika namanya jika menyarankan jenama tertentu untuk promosi meningkatkan susu ibu. Baliklah kepada fakta yang benar."


Kemudian, timbul persoalan daripada seorang rakan FB beliau.


    "Maaf off topik.Kawan kepada isteri saya mengatakan bahawa ibu yang masih meneruskan penyusuan kepada anak sedia ada semasa mengandung akan mengakibatkan kekurangan kalsium bukan sahaja kepada ibu yang mengandung, malah juga kepada anak yang sedang dikandung dan juga si kakak. Katanya ketiga-tiganya akan kekurangan kalsium. Kedua, ibu yang meyusukan anak akan kekurangan kalsium, so kena pisahkan susu apabila anak sudah 2 tahun. Saya pernah membaca kajian seorang profesor di Jepun, mengatakan ibu yang meyusukan anak kurang mendapat osteoporosis. Mohon penjelasan.Thank you."

Jawab Dr. Nadrah:

    "Pertama, kena faham apa itu osteoporosis. Bila ia berlaku sebagai symptoms kepada pesakit. Ramai yang anggap kalau berlaku proses pengeluaran kalsium daripada tulang, orang itu sudah dapat osteoporosis. Untuk wanita, osteoporosis biasanya berlaku setelah menopause iaitu apabila kekurangan hormon estrogen yang ketara berlaku. Hormon estrogen inilah yang menguat dan melindung daripada osteoporosis. So, apa jadi apabila wanita umur 21 ke atas mengandung? Memang berlaku pengeluaran kalsium daripada tulang untuk memenuhi keperluan yang tinggi. Begitu juga sewaktu menyusu anak, berlaku pengeluaran kalsium daripada tulang untuk dihasilkan dalam susu ibu secara konsisten. Namun, pengeluaran kalsium dari tulang ibu hanya lebih kurang 4 peratus hingga 5 peratus sahaja, malah badan ibu juga aktif menyerap kalsium daripada diet seharian yg dimakan.

    Untuk si bayi sama ada yang dikandung atau menyusu, tidak ada istilah akan kekurangan sebab sepert yang saya katakan awal-awal discussion ini, badan manusia terlalu bijak dijadikan Allah yang Maha Pencipta, boleh compensate terhadap keperluan dan akan maintain level kalsium yang sepatutnya dibekalkan kepada bayi-bayinya. Jelas pandangan kawan isteri asri (yang saya tidak pasti statusnya sama ada dia seorang nutritionist ataupun sesiapa saja) hanya sekadar pandangan semata, bukan dari sudut bukti yang nyata. Berbalik kepada persoalan awal, adakah ibu memerlukan supplement kalsium? Terpulang kepada diet harian ibu itu yang dia kaji sendiri. Minum susu? Makan coklat? Makan daging, ikan, ayam? Makan kekacang? Makan sayuran hijau? Makan yogurt? Makan buah-buahan? Makan cheese? Kan banyak tu sumber-sumber kalsium semula jadi walaupun seseorang itu tidak boleh telan susu."



Jawab beliau lagi:


    "Mesti tertanya-tanya bagaimana pula boleh kuat tulang dan elak osteoporosis kalau waktu mengandung dan menyusu kalsium keluar daripada tulang? Bayangkan satu tiang konkrit dan simen sebagai kalsium. Kita isi saja acuan konkrit itu dengan simen tanpa campuran pasir sedikit demi sedikit sampai satu hari habis. Ia akan membentuk satu konkrit yang padat dengan simen semata, tetapi bila kena ketuk sikit, ia boleh retak dan tumbang. Ini mewakili wanita yang tidak pernah mengandung ataupun tidak menyusukan bayi. Ambil pula contoh lagi satu..., sama juga tulang konkrit yang kita isi simen, pada waktu tertentu, kita campur pasir dan cucuk-cucuk kasi rata, ini mewakili waktu kehilangan kalsium dalam tempoh mengandung dann menyusu (proses remodelling tulang oleh kemasukan dan pengeluaran kalsium daripada tulang). Hasilnya adalah satu tulang yang kuat (konkrit bercampur pasir dlm nisbah tertentu) untuk bekalan seorang wanita apabila menopause nanti. Nampakkan bukti kekuasaan Allah."

Nota kecil: Saya tidak sunting olahan ayat Dr. NAdrah, tetapi sekadar sunting ejaan sahaja. ^_______^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...