Ahad, 6 November 2011

Supplemen umum dan khas untuk Ibu (menyusu, hamil, pesakit) bersama Dr. Nadrah

Salam semua dan selamat hari raya Aidiladha..
My sister in law sibuk buat baked pasta, saya sibuk mengemaskini blog. hahahaaha..

ok, ini saya kopi pasta dari RatuHati. Sekali dengan tajuk kopi pasta.
Selamat membaca...

Ini adalah kompilasi soal jawab ringkas antara Dr Nadrah, seorang Lactivist, penggiat MBFPC. Disediakan dalam bentuk yang lebih mudah dibaca. Terima kasih Dr Nadrah atas perkongsian ilmu dan Nora Herni atas suntingan yang kemas dan mudah dibaca.

Elok jika direnung-renungkan, oleh penjual supplement, ibu menyusu, ibu hamil dan juga untuk pengetahuan kita semua.

URL asal di sini: https://www.facebook.com/notes/nora-herni-abdul-rahim/penjual-supplement-bertanya-dr-nadrah-menjawab-/10150382260782486

Sedap pula tajuk ini, sekiranya dijadikan buku haha! (Insya-Allah, mudah-mudahan). Baiklah, dipendekkan cerita, saya suka mahu kongsikan ulasan Dr. Nadrah Arifin kepada persoalan 'kaitan antara supplement dengan penyusuan'.

Jawapan ini adalah respons beliau kepada 'ajakan' menggunakan supplement dengan menggunakan isu penyusuan sebagai senjata jualan.

    "Kalau kita sudah maintain cara pengeluaran susu dengan baik, tetapi susu masih merudum, maknanya ibu itu kekurangan kalsium. So, belilah set untuk menyusu ini dengan saya ya."



Wah, jelas sungguh penjual ini tidak mengkaji dan sesedap rasa menggunakan isu penyusuan sebagai senjatanya. Berikut adalah respons daripada Dr. Nadrah:


    "...saya beri fakta 'EVIDENCE BASED MEDICINE' ya... Saya faham anda mahu lakukan produk, tetapi jangan sampai anda manipulate fakta n manipulate penyusuan susu ibu."



Mungkin ada yang berasa hairan, mengapa isu ini tidak dipandang enteng oleh 'para pejuang penyusuan'. Saya fikir, perlu ada entri lain khas bagi mengupas bahagian ini pula. Entri kali ini, saya kongsikan jawapan Dr. Nadrah sahaja. ^_______^

Pertama:
Kandungan kalsium dalam breastmilk tidak berubah walaupun seorang ibu tidak mengambil sebarang calcium supplement dan tidak mengambil sumber makanan yang mengandungi banyak kalsium. Badan ini terlalu bijak dijadikan oleh Tuhan untuk menghasilkan kalsium sendiri dalam susu ibu untuk bekalan si bayi. Terdapat beberapa kajian juga telah membuktikan bahawa pengambilan supplement kalsium oleh ibu menyusu langsung tidak menaikkan level kalsium dalam susu ibu.

Kedua:
Yang message saya suruh beli vitamin Bco untuk naikkan kualiti susu ibu.... Maaf, saya berpegang kpd evidence based, bukan pengalaman based. Vitamin B adalah vitamin larut air, maka mudah juga diserap ke dalam susu ibu. Oleh itu, anda yang makan vitamin B akan mengalami perubahan warna susu ibu iaitu kekuningan dan nampak pekat, tetapi sebenarnya yang masuk ke dalam susu ibu tu adalah vitamin B, malah sisa degradasinya juga.

Ketiga:
Kajian juga membuktikan bahawa kualiti susu ibu tidak berbeza dengan ibu di negara maju, negara membangun, dan negara mundur dan miskin, maknanya antara ibu terlebih makan, makan ikut suka hati, atau memang tak cukup makan. Atas dasar ini jugalah terhasilnya Carta Pertumbuhan Kanak-Kanak WHO (WHO growth chart) yang membuktikan anak-anak yang disusui susu ibu dari pelbagai benua menghasilkan carta perkembangan yang sama, tidak ada beza. So, di manakah basis anda yang cuba mesej saya itu mengatakan sebagai susu yg terhasil daripada ibu yg mengambil supplement yang anda jual akan mempunyai tahap perkembangan yang baik disebabkan supplement yg diambil diserap ke dalam susu ibu seterusnya disalurkan kepada bayi?

Keempat:
Sebelum kita terpengaruh dengan penjual supplement's promotion, mari kita lihat diri kita, pertama tengok perut, ada lipatan spare tyre tak walaupun halus? Kedua, buat carta makanan harian anda, kaji apa yang anda makan dan berjumpa dengan pakar pemakanan, bukan penjual supplement.... Tentu anda dapati sebenarnya anda sudah terlebih zat! Saya cabar anda berjumpa saya dan saya boleh quote nilai zat dalam makanan harian anda.

Kelima:
Sedarkah anda yang anda boleh sakit disebabkan terlebih vitamin dan garam galian? Kaji kandungan kalsium anda...,calcium carbonate? Mahukah anda mengalami batu karang di kemudian hari? Adakah anda menjalankan senaman atau exercise (bukan termasuk kerja rumah seharian ya) sebanyak minimum 3 kali seminggu selama minimum 30 minit berpeluh setiap sesi? Kalau tidak, berhati-hati dengan calcium supplement anda kerana anda terdedah kepada risiko batu karang, juga osteoporosis. Kalsium yang diambil daripada tidak kira sumber apa pun, memerlukan aktiviti kecergasan di atas untuk diserap dan disimpan kukuh dalam tulang.... Kalau tidak, tulang anda akan menjadi umpama simen yang rapuh kelak. Sedarlah segera.

Keenam:
Jgn cuba kelirukan ibu2 tentang kandungan kalsium dlm susu ibu dgn susu formula. Ya, memang betul kandungan kalsium dlm susu ibu lebih rendah dr yg terkandung dlm susu formula, TAPI telah dibuktikan bahawa penyerapan dan penerimaan kalsium dlm susu ibu oleh bayi adalah 2 hingga 3 kali lebih tinggi n mudah berbanding penyerapan kalsium dlm susu lembu, oleh itu susu ibu tetap tak dapat ditandingi. Namun kajian juga telah membuktikan bahawa penambahan pengambilan suplement kalsium oleh ibu menyusu langsung tidak akan menambah kandungan kalsium dlm susu ibu yg dihasilkan krn Tuhan maha bijaksana dlm menentukan apa level terbaik utk seorang bayi.

Ketujuh:
Tahukah anda sesetengah vitamin tidak ditapis oleh payudara seterusnya disalurkan berlebihan melalui susu ibu? Sama juga seperti mengandung, sesetengah vitamin tidak ditapis oleh uri dan disalurkan kepada bayi. Jaga-jaga dengan vitamin A dan E. Kesan negative serius boleh berlaku jika berlebihan dos (hanya recommend supplement A dan E kepada yang memang pasti tidak dapat mengambilnya dalam diet seharian). Oleh itu, kaji diet harian anda dahulu.

Kelapan:
Vitamin supplement boleh menambah pengeluaran susu? Kalau betul boleh, mengapa anda yang claim pernyataan ini masih menyarankan ibu-ibu memahami dan meneruskan konsep supply and demand untuk memastikan kelancaran pengeluaran susu ibu? Dan mengapa sebenarnya ramai ibu yang mengambil vitamin atau supplement yang dicadangkan dan mengikut aturan ambilan tertentu yang disarankan oleh penjual, telah memenuhi inbox message saya sama ada di FB mahupun di emel dengan kecewanya terhadap 'usaha' membeli supplements seperti ini? INGAT! Konsep sebenar supply and demand adalah jawapan sebenar. Kepada yang bermasalah penurunan pengeluaran susu badan, saya sarankan anda berjumpa dengan konsultan atau kaunselor laktasi yang betul untuk dibantu dan sama-sama mengkaji punca permasalahan susu merudum (bukan konsultasi melalui emel ataupun FB ataupun telefon dalam hal ini) kerana approach yang diberikan sangat terperinci mengikut masalah individu.


Kesembilan:
Adakah bermakna pengambilan pelbagai supplement itu salah? TIDAK SAMA SEKALI. Kita bebas mengambil apa-apa supplement, namun jika anda seorang terpelajar, anda boleh membuat kajian betul dahulu tentang menu diet harian anda sebelum decide untuk menambah vitamin dalam senarai keperluan harian anda. Pernahkah anda dengar tentang detoksifikasi? Ia terdiri daripada diet khas pelbagai vitamin dan mineral yang diambil dalam beberapa hari sahaja. Anda boleh mencuba, tapi menu diet terbaik dihasilkan daripada sumber semula jadi dan itulah yang telah dibuktikan. Anda boleh mengambil vitamin dan supplement untuk kesihatan anda, tetapi untuk mengaitkan dengan keperluan khas ibu menyusu ataupun menggalak pengeluaran air susu adalah sangat TIDAK BERETIKA sekiranya anda adalah seorang yg memperjuangkan penyusuan susu ibu.

Kesepuluh:
Pukul berapa anda keluar rumah untuk bekerja dan pulang ke rumah kemudiannya? Bila matahari belum terbit dan bila matahari sudah terbenam? Pernah anda bersenam atau beriadah di taman pada waktu pagi di setiap hujung minggu atau hanya duduk buat kerja-kerja rumah di kala cuti? Kalau begitu, lupakan untuk mendapatkan vitamin D, sebab yang terbaik adalah daripada sumber matahari. Takut matahari sebab UV lantas anda mengambil vitamin E? Tahukah anda matahari pagi adalah baik, bukan yang terik atas kepala. Sekadar pengambilan vitamin E tidak menghentikan or melambatkan proses penuaan jika anda tidak memakai sunblock yang sesuai. Kenapa saya sentuh vitamin D? Sebab ia penting membantu penyerapan kalsium daripada usus. Oleh itu, jangan takut matahari pagi. Kan senang dengan rutin harian dan diet yang neutral.

Kesebelas:
Supplements boleh mengelak diabetes? Ramai pesakit dah buat, tetapi tetap dapat diabetes. Kenapa? Sebab senaman dan pemakanan mengikut sukatan piramid tidak diamalkan. Anda tahukah piramid makanan? Semua boleh tunjuk piramid itu, tetapi apabila saya tengok post-post makanan di FB masing-masing, fuhhh..., semua jadi piramid terbalik. Cara terbaik memahami piramid makanan, jumpa pakar pemakanan berdekatan anda, bincang ikut kesesuaian aktiviti harian anda walaupun anda tidak sakit. That day bila waktu SGM yang saya bincangkan, rata-rata participants pelik dan terkejut bila saya beritahu sukatan makanan yang sepatutnya mengikut hidangan setiap jenis makanan.

Kata Dr. Nadrah lagi:

    "Kepada pendokong atau penyokong susu ibu yang nampak ini sebagai peluang bisnes, saya minta maaf kerana anda SALAH. Kalau anda sanggup memancing naïve mommies membeli untuk 'pastikan susu terus cukup dan berkualiti', maaf, saya pula sudah tidak sanggup terima mesej dan emel daripada ibu-ibu yang gagal juga membanyakkan susu apabila mengambil produk vitamin anda, kerana bila diselami masalah dasar ibu-ibu yang gagal ini, rupanya penyelesaiannya agak mudah apabila permasalahan sebenar dikenal pasti. Luluh hati saya apabila mereka sudah keluarkan banyak duit sebelum berjumpa sendiri konsultan atupun kaunselor laktasi yg betul. Mungkin produk anda untuk kesihatan diri, tetapi BUKAN untuk memperbanyakkan susu ibu ataupun menjamin kualiti dan kekenyangan bayi.

    Cukuplah malam ini. Ini bukan 'my 2 cents'. Ini fakta. Kalau ada rakan-rakan FB saya yang terasa, anda sepatutnya tidak terasa jika anda tidak buat apa yang saya maksudkan. Saya bukan berniat menutup pintu rezeki anda kerana saya percaya Allah yang beri rezeki kepada anda. Tetapi kalau muhasabah balik diri, mungkin Allah menguji kita dengan ujian duit apabila kita mempromosikan produk kita dengan cara yang tidak beretika, mengambil kesempatan ke atas ibu-ibu yang mengalami keruduman pengeluaran susu ataupun yang ragu-ragu tentang kualiti susu. Penjual pam susu juga tidak terkecuali dalam hal ini, tidak beretika namanya jika menyarankan jenama tertentu untuk promosi meningkatkan susu ibu. Baliklah kepada fakta yang benar."


Kemudian, timbul persoalan daripada seorang rakan FB beliau.


    "Maaf off topik.Kawan kepada isteri saya mengatakan bahawa ibu yang masih meneruskan penyusuan kepada anak sedia ada semasa mengandung akan mengakibatkan kekurangan kalsium bukan sahaja kepada ibu yang mengandung, malah juga kepada anak yang sedang dikandung dan juga si kakak. Katanya ketiga-tiganya akan kekurangan kalsium. Kedua, ibu yang meyusukan anak akan kekurangan kalsium, so kena pisahkan susu apabila anak sudah 2 tahun. Saya pernah membaca kajian seorang profesor di Jepun, mengatakan ibu yang meyusukan anak kurang mendapat osteoporosis. Mohon penjelasan.Thank you."

Jawab Dr. Nadrah:

    "Pertama, kena faham apa itu osteoporosis. Bila ia berlaku sebagai symptoms kepada pesakit. Ramai yang anggap kalau berlaku proses pengeluaran kalsium daripada tulang, orang itu sudah dapat osteoporosis. Untuk wanita, osteoporosis biasanya berlaku setelah menopause iaitu apabila kekurangan hormon estrogen yang ketara berlaku. Hormon estrogen inilah yang menguat dan melindung daripada osteoporosis. So, apa jadi apabila wanita umur 21 ke atas mengandung? Memang berlaku pengeluaran kalsium daripada tulang untuk memenuhi keperluan yang tinggi. Begitu juga sewaktu menyusu anak, berlaku pengeluaran kalsium daripada tulang untuk dihasilkan dalam susu ibu secara konsisten. Namun, pengeluaran kalsium dari tulang ibu hanya lebih kurang 4 peratus hingga 5 peratus sahaja, malah badan ibu juga aktif menyerap kalsium daripada diet seharian yg dimakan.

    Untuk si bayi sama ada yang dikandung atau menyusu, tidak ada istilah akan kekurangan sebab sepert yang saya katakan awal-awal discussion ini, badan manusia terlalu bijak dijadikan Allah yang Maha Pencipta, boleh compensate terhadap keperluan dan akan maintain level kalsium yang sepatutnya dibekalkan kepada bayi-bayinya. Jelas pandangan kawan isteri asri (yang saya tidak pasti statusnya sama ada dia seorang nutritionist ataupun sesiapa saja) hanya sekadar pandangan semata, bukan dari sudut bukti yang nyata. Berbalik kepada persoalan awal, adakah ibu memerlukan supplement kalsium? Terpulang kepada diet harian ibu itu yang dia kaji sendiri. Minum susu? Makan coklat? Makan daging, ikan, ayam? Makan kekacang? Makan sayuran hijau? Makan yogurt? Makan buah-buahan? Makan cheese? Kan banyak tu sumber-sumber kalsium semula jadi walaupun seseorang itu tidak boleh telan susu."



Jawab beliau lagi:


    "Mesti tertanya-tanya bagaimana pula boleh kuat tulang dan elak osteoporosis kalau waktu mengandung dan menyusu kalsium keluar daripada tulang? Bayangkan satu tiang konkrit dan simen sebagai kalsium. Kita isi saja acuan konkrit itu dengan simen tanpa campuran pasir sedikit demi sedikit sampai satu hari habis. Ia akan membentuk satu konkrit yang padat dengan simen semata, tetapi bila kena ketuk sikit, ia boleh retak dan tumbang. Ini mewakili wanita yang tidak pernah mengandung ataupun tidak menyusukan bayi. Ambil pula contoh lagi satu..., sama juga tulang konkrit yang kita isi simen, pada waktu tertentu, kita campur pasir dan cucuk-cucuk kasi rata, ini mewakili waktu kehilangan kalsium dalam tempoh mengandung dann menyusu (proses remodelling tulang oleh kemasukan dan pengeluaran kalsium daripada tulang). Hasilnya adalah satu tulang yang kuat (konkrit bercampur pasir dlm nisbah tertentu) untuk bekalan seorang wanita apabila menopause nanti. Nampakkan bukti kekuasaan Allah."

Nota kecil: Saya tidak sunting olahan ayat Dr. NAdrah, tetapi sekadar sunting ejaan sahaja. ^_______^

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...