Seringkali mereka yang baru mengenali akan bertanya.
Soalan standard bila mendengar saya berkata-kata dalam bahasa ibunda.
"Eh, bukan melayu eh?"
Dan setiap kalinya saya akan menjawab, "bukan..."
"Tapi Islam eh?"
Saya jawab lagi, "ya.."
"Berkahwin?"
Saya layan saja, "ya.."
"Kahwin dengan Melayu eh?"
Masih berdaya untuk melayan, "ya.."
Selepas itu, samada mimik muka mencerminkan "oh... patutlah masuk Islam.."
Atau akan berkata,
"Masuk Islam kerana kahwin eh.."
Dan saya jangkakan ini akan berlanjutan sepanjang hayat.
Bagi yang mengenali diri, mereka tahu saya mengenali suami setelah 6 tahun
kembali ke fitrah agama manusia iaitu Islam.
Dan saya mengahwini suami pada tahun ke 7 saya bergelar muslimah kembali setelah 18 tahun lebih
melupai janji dengan Allah semasa di dalam rahim ibu.
Tetapi, tidaklah pula saya memandang rendah kepada sesiapa yang
kembali ke agama Islam kerana berkahwin.
Malah tidak perlu kita beranggapan serong terhadap mereka.
Asal muasal agama manusia ialah Islam, dan mereka itu kembali ke jalan Allah.
Seharusnya kita bersyukur dan sebaiknya kita melihat itu sebagai satu jalan untuk berdakwah.
Baik lelaki mahupun wanita yang mempunyai pasangan sebelumnya bukan Islam, gunakanlah peluang yang ada untuk menambah pahala berganda.
Tarbiahkanlah mereka, insyaAllah... Islam mereka ikhlas di samping memantapkan ilmu agama diri sendiri.
Jika berasa serba kekurangan, jangan jadikan itu alasan untuk mengelak dari membimbing pasangan.
Malah usahakan lagi agar sama-sama berbahagia dunia akhirat.
Di sini saya petik komen dari forum RatuHati
"seseorang yang revert Islam (kerana asal mausal manusia adalah beragama Islam) kerana berkahwin juga perlu dilihat sebagai salah satu jalan hidayah yang diberikan oleh Allah.
Bila seseorang itu melakukan hijrah ke jalan Allah walau pada mulanya mungkin niat tidak lebih untuk berkahwin tetap itu juga kerana hidayah Allah. Pelaburan akhirat itu kemudiannya bergantung kepada pasangannya samada suami/isteri, keluarga dan masyarakat.
Mentarbiahkan pasangan yang revert Islam itu tiada yang mudah namun jika kena cara tidak pula sukar, Kalau pasangan tidak ingin menerima maka maklum saja keadaan rumahtangga mereka. Ganti sajalah tiang seri rumah jika begitu."

thanks for sharing jihah...^_^
BalasPadamselalu jugak kena statement mcm tue...
BalasPadamwina pulak lepas setahun memeluk agama Islam, baru berkahwin...dah janji dengan diri ni nak cuba mendalami Islam dulu baru fikir pasal kahwin...alhamdulilah, si dia pun banyak membimbing :-)
kak ayu
BalasPadamsama-sama... :)
wina,
alhamdullilah...
statement gitu memang datang dan pergi dalam hidup bagi mereka yang revert Islam.
tapi, jadikan ia sebagai sesuatu yang positif kan..
insyaAllah, ramai saudara2 lain tidak berasa rendah diri atau tersisih.
like entry ini dan like juga komen wina...
BalasPadamlike kak sya... thehehehe
BalasPadamtunang saya juga baru memeluk islam. die berdarah sepanyol yang langsung tak pernah terfikir utk berkahwin dgn gadis melayu seperti saya. tetapi kami bertemu di Universiti Malaya dan berkenalan hampir sudah 6 tahun. insyaAllah akan berkahwin disember ini. saya berdoa agar Allah bukakan pintu hatinya supaya mendalami islam secara ikhlas dan bukan kerana saya. masalahnya die selalu memberitahu bahawa die convert kerana saya . agak sedih bila terkenangkan realiti ini.. tak tahu nak buat apa, saya cuma mampu berdoa setiap hari.. saya tidak mahu die menjadi fasik selamanya..
BalasPadamsalam doktor hati..
BalasPadaminsyaAllah, niat itu nanti berubah menjadi kerana Allah.. lillahi taala..
banyak2 berdoa ya.. doa itu senjata kita orang mukmin.
Slm..sya nk tya urusan2 bg muallaf nk bkahwin..
BalasPadamSlm..sya nk tya urusan2 bg muallaf nk bkahwin..
BalasPadam