Hari ketujuh Syawal, ramai sibuk papar gambar-gambar menyambut lebaran.
Seronok tengok, gambar keluarga, gambar anak, gambar ibu ayah, gambar girlfriend/boyfriend. thehehe..
Suasana Syawal tahun ini tidak jauh berbeza. Sama sahaja seperti tahun-tahun yang lepas.
Sebelum kahwin, saya menyambut Syawal ala kadar yang amat simple.
Tiada berbaju baru, hanya memakai baju yang paling cantik dalam koleksi.
Pagi 1 Syawal, akan solat sunat 1 Syawal.
Selepas itu, balik rumah dan buat perkara biasa seperti hari-hari biasa.
Hari-hari seterusnya barulah menziarahi rakan-rakan.
Bila berkahwin ada perbezaannya.
Sibuk menyiapkan persiapan. Untuk makan-makan, perhiasan rumah, kekemasan dan kebersihan rumah.
Rumah mak.. :) sebab tak ada rumah sendiri lagi, jadi Syawal disambut di rumah mak.
Di pagi 1 Syawal ada bersalam salaman. *selalu ingat bersalam dengan mak dan bapa je. Dengan suami selalu lupa... boleh gitu.. atoi..
Kecoh? Ya memang kecoh. haha..
Perihal gambar... emm... sebelum menjadi isteri, saya tidak pernah ada gambar menyambut lebaran Syawal.
Selepas kahwin, gambar ada tapi tak meriah seperti orang lain.
Pertama, saya tak ada kamera atau telefon bimbit berkamera. Kalau adapun, sangatlah kesian.
Tak apa.. kita layan je.. haha
gambar Syawal 2009 *2008 tak ada gambar.
Gambar Syawal terbaik tahun 2010 *Tak sempat ikut bergambar keluarga
Gambar Syawal 2011
Yang pasti, tiada pernah ada gambar khas Syawal saya bersama suami dan anak.
Selamat menyambut lebaran Syawal.. Mudahan amalan di bulan Ramadhan berbaloi untuk diraikan.
Selamat hari raya najihah sekeluarga..
BalasPadamwah..gulai kawah..sedapnya..
hehe.besar gak ye keluarga najihah.mesti happening..
selamat menyambut lebaran jua ash.. he.. ni wish kali berapa tah..
BalasPadamkeluarga belah somi ni...
ada yang tertinggal gak tu.
samalah kite..kalau hari lain nak jugak si dia bergambar tapi kalau raya, jgn haraplah huhuhuuuu
BalasPadamteringin nak amik gambar ramai² dengan family belah suami..mesti best!
wina,
BalasPadamsuami nak juga bergambar, tapi selalu memang tak berkesempatan. hahaha..
aidilfitri yang lepas plan nak ambik gambar studio, sudahnya sampai sekarang pun tak nyempat2.