Sabtu, 3 Disember 2011
ku ingin
sesekali ku ingin tidur. tidur yang panjang tanpa diganggu. cuma bila masanya tiba detik baru ku celik mata. detik di mana hambar bertukar sayang. tawar menjadi rindu. jauh diganti dekat. seperti mana yang kasar berubah lembut. ingin sekali ku menutup mata. membina tembok tebal dan kebal menjadi benteng antara aku dan dunia luar. logika bersuara, mana mungkin ia akan menurut kehendak hati kecil yang hina ini. dan aku menjawab, jadi biarkanlah aku tidur dari 7 pm ke 10 am. hampeh, kata logika. tiada kaitan dengan gambar. sekian.
Jumaat, 11 November 2011
Cinta
Fitrah insan untuk mencintai dan ingin dicintai
No.. bukan ingin mengulas/mengupas mengenai cinta yang diberi.
Cuma..
Jom terima dan nikmati saja cinta2 yang diberi kepada kita.
Terlebih atau terkurang, ucap saja alhamdullilah..
Nama saja cinta dari insan2, kan... :)
Still, a panda knows how to kungfu. harharharhar.. tetiba..
Ahad, 6 November 2011
Supplemen umum dan khas untuk Ibu (menyusu, hamil, pesakit) bersama Dr. Nadrah
Salam semua dan selamat hari raya Aidiladha..
My sister in law sibuk buat baked pasta, saya sibuk mengemaskini blog. hahahaaha..
ok, ini saya kopi pasta dari RatuHati. Sekali dengan tajuk kopi pasta.
Selamat membaca...
Ini adalah kompilasi soal jawab ringkas antara Dr Nadrah, seorang Lactivist, penggiat MBFPC. Disediakan dalam bentuk yang lebih mudah dibaca. Terima kasih Dr Nadrah atas perkongsian ilmu dan Nora Herni atas suntingan yang kemas dan mudah dibaca. Elok jika direnung-renungkan, oleh penjual supplement, ibu menyusu, ibu hamil dan juga untuk pengetahuan kita semua. URL asal di sini: https://www.facebook.com/notes/nora-herni-abdul-rahim/penjual-supplement-bertanya-dr-nadrah-menjawab-/10150382260782486 Sedap pula tajuk ini, sekiranya dijadikan buku haha! (Insya-Allah, mudah-mudahan). Baiklah, dipendekkan cerita, saya suka mahu kongsikan ulasan Dr. Nadrah Arifin kepada persoalan 'kaitan antara supplement dengan penyusuan'. Jawapan ini adalah respons beliau kepada 'ajakan' menggunakan supplement dengan menggunakan isu penyusuan sebagai senjata jualan. "Kalau kita sudah maintain cara pengeluaran susu dengan baik, tetapi susu masih merudum, maknanya ibu itu kekurangan kalsium. So, belilah set untuk menyusu ini dengan saya ya." Wah, jelas sungguh penjual ini tidak mengkaji dan sesedap rasa menggunakan isu penyusuan sebagai senjatanya. Berikut adalah respons daripada Dr. Nadrah: "...saya beri fakta 'EVIDENCE BASED MEDICINE' ya... Saya faham anda mahu lakukan produk, tetapi jangan sampai anda manipulate fakta n manipulate penyusuan susu ibu." Mungkin ada yang berasa hairan, mengapa isu ini tidak dipandang enteng oleh 'para pejuang penyusuan'. Saya fikir, perlu ada entri lain khas bagi mengupas bahagian ini pula. Entri kali ini, saya kongsikan jawapan Dr. Nadrah sahaja. ^_______^ Pertama: Kandungan kalsium dalam breastmilk tidak berubah walaupun seorang ibu tidak mengambil sebarang calcium supplement dan tidak mengambil sumber makanan yang mengandungi banyak kalsium. Badan ini terlalu bijak dijadikan oleh Tuhan untuk menghasilkan kalsium sendiri dalam susu ibu untuk bekalan si bayi. Terdapat beberapa kajian juga telah membuktikan bahawa pengambilan supplement kalsium oleh ibu menyusu langsung tidak menaikkan level kalsium dalam susu ibu. Kedua: Yang message saya suruh beli vitamin Bco untuk naikkan kualiti susu ibu.... Maaf, saya berpegang kpd evidence based, bukan pengalaman based. Vitamin B adalah vitamin larut air, maka mudah juga diserap ke dalam susu ibu. Oleh itu, anda yang makan vitamin B akan mengalami perubahan warna susu ibu iaitu kekuningan dan nampak pekat, tetapi sebenarnya yang masuk ke dalam susu ibu tu adalah vitamin B, malah sisa degradasinya juga. Ketiga: Kajian juga membuktikan bahawa kualiti susu ibu tidak berbeza dengan ibu di negara maju, negara membangun, dan negara mundur dan miskin, maknanya antara ibu terlebih makan, makan ikut suka hati, atau memang tak cukup makan. Atas dasar ini jugalah terhasilnya Carta Pertumbuhan Kanak-Kanak WHO (WHO growth chart) yang membuktikan anak-anak yang disusui susu ibu dari pelbagai benua menghasilkan carta perkembangan yang sama, tidak ada beza. So, di manakah basis anda yang cuba mesej saya itu mengatakan sebagai susu yg terhasil daripada ibu yg mengambil supplement yang anda jual akan mempunyai tahap perkembangan yang baik disebabkan supplement yg diambil diserap ke dalam susu ibu seterusnya disalurkan kepada bayi? Keempat: Sebelum kita terpengaruh dengan penjual supplement's promotion, mari kita lihat diri kita, pertama tengok perut, ada lipatan spare tyre tak walaupun halus? Kedua, buat carta makanan harian anda, kaji apa yang anda makan dan berjumpa dengan pakar pemakanan, bukan penjual supplement.... Tentu anda dapati sebenarnya anda sudah terlebih zat! Saya cabar anda berjumpa saya dan saya boleh quote nilai zat dalam makanan harian anda. Kelima: Sedarkah anda yang anda boleh sakit disebabkan terlebih vitamin dan garam galian? Kaji kandungan kalsium anda...,calcium carbonate? Mahukah anda mengalami batu karang di kemudian hari? Adakah anda menjalankan senaman atau exercise (bukan termasuk kerja rumah seharian ya) sebanyak minimum 3 kali seminggu selama minimum 30 minit berpeluh setiap sesi? Kalau tidak, berhati-hati dengan calcium supplement anda kerana anda terdedah kepada risiko batu karang, juga osteoporosis. Kalsium yang diambil daripada tidak kira sumber apa pun, memerlukan aktiviti kecergasan di atas untuk diserap dan disimpan kukuh dalam tulang.... Kalau tidak, tulang anda akan menjadi umpama simen yang rapuh kelak. Sedarlah segera. Keenam: Jgn cuba kelirukan ibu2 tentang kandungan kalsium dlm susu ibu dgn susu formula. Ya, memang betul kandungan kalsium dlm susu ibu lebih rendah dr yg terkandung dlm susu formula, TAPI telah dibuktikan bahawa penyerapan dan penerimaan kalsium dlm susu ibu oleh bayi adalah 2 hingga 3 kali lebih tinggi n mudah berbanding penyerapan kalsium dlm susu lembu, oleh itu susu ibu tetap tak dapat ditandingi. Namun kajian juga telah membuktikan bahawa penambahan pengambilan suplement kalsium oleh ibu menyusu langsung tidak akan menambah kandungan kalsium dlm susu ibu yg dihasilkan krn Tuhan maha bijaksana dlm menentukan apa level terbaik utk seorang bayi. Ketujuh: Tahukah anda sesetengah vitamin tidak ditapis oleh payudara seterusnya disalurkan berlebihan melalui susu ibu? Sama juga seperti mengandung, sesetengah vitamin tidak ditapis oleh uri dan disalurkan kepada bayi. Jaga-jaga dengan vitamin A dan E. Kesan negative serius boleh berlaku jika berlebihan dos (hanya recommend supplement A dan E kepada yang memang pasti tidak dapat mengambilnya dalam diet seharian). Oleh itu, kaji diet harian anda dahulu. Kelapan: Vitamin supplement boleh menambah pengeluaran susu? Kalau betul boleh, mengapa anda yang claim pernyataan ini masih menyarankan ibu-ibu memahami dan meneruskan konsep supply and demand untuk memastikan kelancaran pengeluaran susu ibu? Dan mengapa sebenarnya ramai ibu yang mengambil vitamin atau supplement yang dicadangkan dan mengikut aturan ambilan tertentu yang disarankan oleh penjual, telah memenuhi inbox message saya sama ada di FB mahupun di emel dengan kecewanya terhadap 'usaha' membeli supplements seperti ini? INGAT! Konsep sebenar supply and demand adalah jawapan sebenar. Kepada yang bermasalah penurunan pengeluaran susu badan, saya sarankan anda berjumpa dengan konsultan atau kaunselor laktasi yang betul untuk dibantu dan sama-sama mengkaji punca permasalahan susu merudum (bukan konsultasi melalui emel ataupun FB ataupun telefon dalam hal ini) kerana approach yang diberikan sangat terperinci mengikut masalah individu. Kesembilan: Adakah bermakna pengambilan pelbagai supplement itu salah? TIDAK SAMA SEKALI. Kita bebas mengambil apa-apa supplement, namun jika anda seorang terpelajar, anda boleh membuat kajian betul dahulu tentang menu diet harian anda sebelum decide untuk menambah vitamin dalam senarai keperluan harian anda. Pernahkah anda dengar tentang detoksifikasi? Ia terdiri daripada diet khas pelbagai vitamin dan mineral yang diambil dalam beberapa hari sahaja. Anda boleh mencuba, tapi menu diet terbaik dihasilkan daripada sumber semula jadi dan itulah yang telah dibuktikan. Anda boleh mengambil vitamin dan supplement untuk kesihatan anda, tetapi untuk mengaitkan dengan keperluan khas ibu menyusu ataupun menggalak pengeluaran air susu adalah sangat TIDAK BERETIKA sekiranya anda adalah seorang yg memperjuangkan penyusuan susu ibu. Kesepuluh: Pukul berapa anda keluar rumah untuk bekerja dan pulang ke rumah kemudiannya? Bila matahari belum terbit dan bila matahari sudah terbenam? Pernah anda bersenam atau beriadah di taman pada waktu pagi di setiap hujung minggu atau hanya duduk buat kerja-kerja rumah di kala cuti? Kalau begitu, lupakan untuk mendapatkan vitamin D, sebab yang terbaik adalah daripada sumber matahari. Takut matahari sebab UV lantas anda mengambil vitamin E? Tahukah anda matahari pagi adalah baik, bukan yang terik atas kepala. Sekadar pengambilan vitamin E tidak menghentikan or melambatkan proses penuaan jika anda tidak memakai sunblock yang sesuai. Kenapa saya sentuh vitamin D? Sebab ia penting membantu penyerapan kalsium daripada usus. Oleh itu, jangan takut matahari pagi. Kan senang dengan rutin harian dan diet yang neutral. Kesebelas: Supplements boleh mengelak diabetes? Ramai pesakit dah buat, tetapi tetap dapat diabetes. Kenapa? Sebab senaman dan pemakanan mengikut sukatan piramid tidak diamalkan. Anda tahukah piramid makanan? Semua boleh tunjuk piramid itu, tetapi apabila saya tengok post-post makanan di FB masing-masing, fuhhh..., semua jadi piramid terbalik. Cara terbaik memahami piramid makanan, jumpa pakar pemakanan berdekatan anda, bincang ikut kesesuaian aktiviti harian anda walaupun anda tidak sakit. That day bila waktu SGM yang saya bincangkan, rata-rata participants pelik dan terkejut bila saya beritahu sukatan makanan yang sepatutnya mengikut hidangan setiap jenis makanan. Kata Dr. Nadrah lagi: "Kepada pendokong atau penyokong susu ibu yang nampak ini sebagai peluang bisnes, saya minta maaf kerana anda SALAH. Kalau anda sanggup memancing naïve mommies membeli untuk 'pastikan susu terus cukup dan berkualiti', maaf, saya pula sudah tidak sanggup terima mesej dan emel daripada ibu-ibu yang gagal juga membanyakkan susu apabila mengambil produk vitamin anda, kerana bila diselami masalah dasar ibu-ibu yang gagal ini, rupanya penyelesaiannya agak mudah apabila permasalahan sebenar dikenal pasti. Luluh hati saya apabila mereka sudah keluarkan banyak duit sebelum berjumpa sendiri konsultan atupun kaunselor laktasi yg betul. Mungkin produk anda untuk kesihatan diri, tetapi BUKAN untuk memperbanyakkan susu ibu ataupun menjamin kualiti dan kekenyangan bayi. Cukuplah malam ini. Ini bukan 'my 2 cents'. Ini fakta. Kalau ada rakan-rakan FB saya yang terasa, anda sepatutnya tidak terasa jika anda tidak buat apa yang saya maksudkan. Saya bukan berniat menutup pintu rezeki anda kerana saya percaya Allah yang beri rezeki kepada anda. Tetapi kalau muhasabah balik diri, mungkin Allah menguji kita dengan ujian duit apabila kita mempromosikan produk kita dengan cara yang tidak beretika, mengambil kesempatan ke atas ibu-ibu yang mengalami keruduman pengeluaran susu ataupun yang ragu-ragu tentang kualiti susu. Penjual pam susu juga tidak terkecuali dalam hal ini, tidak beretika namanya jika menyarankan jenama tertentu untuk promosi meningkatkan susu ibu. Baliklah kepada fakta yang benar." Kemudian, timbul persoalan daripada seorang rakan FB beliau. "Maaf off topik.Kawan kepada isteri saya mengatakan bahawa ibu yang masih meneruskan penyusuan kepada anak sedia ada semasa mengandung akan mengakibatkan kekurangan kalsium bukan sahaja kepada ibu yang mengandung, malah juga kepada anak yang sedang dikandung dan juga si kakak. Katanya ketiga-tiganya akan kekurangan kalsium. Kedua, ibu yang meyusukan anak akan kekurangan kalsium, so kena pisahkan susu apabila anak sudah 2 tahun. Saya pernah membaca kajian seorang profesor di Jepun, mengatakan ibu yang meyusukan anak kurang mendapat osteoporosis. Mohon penjelasan.Thank you." Jawab Dr. Nadrah: "Pertama, kena faham apa itu osteoporosis. Bila ia berlaku sebagai symptoms kepada pesakit. Ramai yang anggap kalau berlaku proses pengeluaran kalsium daripada tulang, orang itu sudah dapat osteoporosis. Untuk wanita, osteoporosis biasanya berlaku setelah menopause iaitu apabila kekurangan hormon estrogen yang ketara berlaku. Hormon estrogen inilah yang menguat dan melindung daripada osteoporosis. So, apa jadi apabila wanita umur 21 ke atas mengandung? Memang berlaku pengeluaran kalsium daripada tulang untuk memenuhi keperluan yang tinggi. Begitu juga sewaktu menyusu anak, berlaku pengeluaran kalsium daripada tulang untuk dihasilkan dalam susu ibu secara konsisten. Namun, pengeluaran kalsium dari tulang ibu hanya lebih kurang 4 peratus hingga 5 peratus sahaja, malah badan ibu juga aktif menyerap kalsium daripada diet seharian yg dimakan. Untuk si bayi sama ada yang dikandung atau menyusu, tidak ada istilah akan kekurangan sebab sepert yang saya katakan awal-awal discussion ini, badan manusia terlalu bijak dijadikan Allah yang Maha Pencipta, boleh compensate terhadap keperluan dan akan maintain level kalsium yang sepatutnya dibekalkan kepada bayi-bayinya. Jelas pandangan kawan isteri asri (yang saya tidak pasti statusnya sama ada dia seorang nutritionist ataupun sesiapa saja) hanya sekadar pandangan semata, bukan dari sudut bukti yang nyata. Berbalik kepada persoalan awal, adakah ibu memerlukan supplement kalsium? Terpulang kepada diet harian ibu itu yang dia kaji sendiri. Minum susu? Makan coklat? Makan daging, ikan, ayam? Makan kekacang? Makan sayuran hijau? Makan yogurt? Makan buah-buahan? Makan cheese? Kan banyak tu sumber-sumber kalsium semula jadi walaupun seseorang itu tidak boleh telan susu." Jawab beliau lagi: "Mesti tertanya-tanya bagaimana pula boleh kuat tulang dan elak osteoporosis kalau waktu mengandung dan menyusu kalsium keluar daripada tulang? Bayangkan satu tiang konkrit dan simen sebagai kalsium. Kita isi saja acuan konkrit itu dengan simen tanpa campuran pasir sedikit demi sedikit sampai satu hari habis. Ia akan membentuk satu konkrit yang padat dengan simen semata, tetapi bila kena ketuk sikit, ia boleh retak dan tumbang. Ini mewakili wanita yang tidak pernah mengandung ataupun tidak menyusukan bayi. Ambil pula contoh lagi satu..., sama juga tulang konkrit yang kita isi simen, pada waktu tertentu, kita campur pasir dan cucuk-cucuk kasi rata, ini mewakili waktu kehilangan kalsium dalam tempoh mengandung dann menyusu (proses remodelling tulang oleh kemasukan dan pengeluaran kalsium daripada tulang). Hasilnya adalah satu tulang yang kuat (konkrit bercampur pasir dlm nisbah tertentu) untuk bekalan seorang wanita apabila menopause nanti. Nampakkan bukti kekuasaan Allah." Nota kecil: Saya tidak sunting olahan ayat Dr. NAdrah, tetapi sekadar sunting ejaan sahaja. ^_______^ |
Rabu, 2 November 2011
Isnin, 31 Oktober 2011
Nescafe Panas dan Roti Pizza Paling Mudah
Dalam risau melihat perut makin naik, bertambah-tambah pula menambah lemak di malam hari kan...
Makan malam tadi bos yang masak.
Masak kari ayam, masuk sekali terung dengan bendi.
Nur Iman seleranya makan masakan abanya.
Dalam sejam lebih kemudian bos keluar minum dengan kawan.
Saya tanya Nur Iman, "kita dua nak buat apa eh?"
"buat pizzalah!"
Of couse bukan Nur Iman yang jawab. hahahaha
Oh, tidak.. saya tak pandai buat pizza.
Apalagi membuat doh dan menguli.
Sedangkan istilah "menumbuk" doh itu saya agak sukar untuk membayangkannya.
Tetapi dalam usha resepi pizza, terjumpa satu resepi paling mudah.
Resepi asal dari sini ya...
Ini pula versi saya
Bahan-bahan:
1. 2 keping roti bantal
2. suku tomato potong kecil
3. suku lada benggala potong kecil
4. suku lobak merah hiris kecil
4. sedikit sos lada hitam
5. sedikit puri tomato
6. sekeping keju *potong kecil
7. sekeping daging burger *cincangkan
8. sedikit serbuk oregano
8. sedikit serbuk oregano
Cara-cara:
1. sapukan sos lada hitam di atas roti.
2. sapukan juga puri tomato di atas roti.
3. taburkan secara rata inti
4. taburkan juga serbuk oregano
4. taburkan juga serbuk oregano
5. bakar dalam 15 minit, 190 darjah.
Ting! Ketuhar berbunyi.
Keluarkan pizza comel tadi, bancuh nescafe, kemaskini blog sambil mengunyah.. yeehaaa!!
Perut boolat kena fikir kemudian.
*tak ada gambar ya.. telefon bimbit berkamera sudah matiikkk..
Selasa, 11 Oktober 2011
Terjemahan Surah Al Fatihah
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
1. Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
2. Segala pujian tertentu bagi ALLAH, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
3. Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
4. Yang menguasai hari pemerintahan hari pembalasan (hari akhirat)
5. Engkau sahajalah ya ALLAH, yang kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Sabtu, 1 Oktober 2011
Manja Atau Mengada-ngada??
Atau saja buat havoc. hahahaha...
Perangai Nur Iman yang semakin hari semakin cerdik.
Muncung mulut mongel menyanyi.
Geleng-geleng kepala ikut lagu.
Tepuk tangan bila bermain.
Sekarang, Nur Iman manja sangat.
Terutamanya bila tidur malam.
Kalau diletak dalam buai, mesti buaikan.
Jika tak, terjaga dan menangis.
Bila seringkali terjadi, isk.... ini tak boleh diamalkan.
Jadi, saya biarkan saja dia menangis dulu.
Cuma dengarkan saja bunyi tangisan.
Kalau bunyi dah macam kena gigit, kena pujuk juga.
Selepas dalam 5 minit, dia diam.
Jenguk, rupa-rupanya tidur.
isk..isk..isk...
Saja tak mahu berenggang ya malam hari.
gambar yang tiada kaitan dengan catatan.
hahahahaha
Menu Kita!!
Ya, saya akui dengan sejujurnya.
Kemahiran memasak yang ada pada saya tidak pernah di upgrade sejak sekian lama. *sangat lama..
Jadi, jika memasak selain daripada ayam goreng, ikan goreng.. saya akan buka internet dan cari resepi.
Selepas itu lazimnya saya akan study resepi tersebut. hahaha..
Sound very serious, but yes.. i am serious.
Tapi, bermula bulan lepas saya mula menyenaraikan menu-menu mingguan.
Saya menyalin resepi, dan juga mencatatkan kesimpulan pada menu tersebut.
Jom tengok menu saya.. haha :)
1. ikan goreng sambal
*gelaklah... saya baru tahu macam mana orang masak ikan stail ini.
2. baked pasta
3. mihun sup
4. sayur campur
5. Sup ayam
*Yang ini khusus mencari resepi stail baru
6. sotong masak kicap
7. thai green curry
menu tak terjangka pula.
*menu ini adalah menu yang dibuat tanpa ada dalam senarai. tetiba je ada. haha
1. burger
2. mihun bandung
Keputusannya... jeng..jeng..jeng...
1. Sup ayam - ok, tapi tak teruja.
2. baked pasta - gagal
3. mihun sup - gagal
4. sayur campur - first class
5. ikan goreng sambal - ok, juga tak teruja
6. sotong masak kicap - berjaya dan sangat teruja
7. burger - wallah
8. mihun bandung - sedap
ini berdasarkan penilaian dari juri utama
ini berdasarkan penilaian dari juri utama
yang lain-lain tu tak buat lagi.
Its been a great effort for me since im not really good i mean really not good in cooking. huhu..
kalau bos puji, kembang setaman dah...
kalau yang gagal tu, boleh bikin rosak mood jugalah. hahaha
walaupun ralat juga kerana kekurangan dari skill memasak ni, saya tetap ingin mencuba dan buat.
niat utama saya, nak jaga perut bos. theehehe..
walau masakan saya selalunya amat mencabar selera bos.
dan lagi, saya tidak ingin makan di kedai makanan dengan kerap.
sekarang walaupun amat jarang, tetap juga sesekali dilabel selalu makan di kedai. huhu..
agak kuciwa jugalah kan.. hehe
Khamis, 29 September 2011
Memeluk Islam Kerana Berkahwin
Seringkali mereka yang baru mengenali akan bertanya.
Soalan standard bila mendengar saya berkata-kata dalam bahasa ibunda.
"Eh, bukan melayu eh?"
Dan setiap kalinya saya akan menjawab, "bukan..."
"Tapi Islam eh?"
Saya jawab lagi, "ya.."
"Berkahwin?"
Saya layan saja, "ya.."
"Kahwin dengan Melayu eh?"
Masih berdaya untuk melayan, "ya.."
Selepas itu, samada mimik muka mencerminkan "oh... patutlah masuk Islam.."
Atau akan berkata,
"Masuk Islam kerana kahwin eh.."
Dan saya jangkakan ini akan berlanjutan sepanjang hayat.
Bagi yang mengenali diri, mereka tahu saya mengenali suami setelah 6 tahun
kembali ke fitrah agama manusia iaitu Islam.
Dan saya mengahwini suami pada tahun ke 7 saya bergelar muslimah kembali setelah 18 tahun lebih
melupai janji dengan Allah semasa di dalam rahim ibu.
Tetapi, tidaklah pula saya memandang rendah kepada sesiapa yang
kembali ke agama Islam kerana berkahwin.
Malah tidak perlu kita beranggapan serong terhadap mereka.
Asal muasal agama manusia ialah Islam, dan mereka itu kembali ke jalan Allah.
Seharusnya kita bersyukur dan sebaiknya kita melihat itu sebagai satu jalan untuk berdakwah.
Baik lelaki mahupun wanita yang mempunyai pasangan sebelumnya bukan Islam, gunakanlah peluang yang ada untuk menambah pahala berganda.
Tarbiahkanlah mereka, insyaAllah... Islam mereka ikhlas di samping memantapkan ilmu agama diri sendiri.
Jika berasa serba kekurangan, jangan jadikan itu alasan untuk mengelak dari membimbing pasangan.
Malah usahakan lagi agar sama-sama berbahagia dunia akhirat.
Di sini saya petik komen dari forum RatuHati
"seseorang yang revert Islam (kerana asal mausal manusia adalah beragama Islam) kerana berkahwin juga perlu dilihat sebagai salah satu jalan hidayah yang diberikan oleh Allah.
Bila seseorang itu melakukan hijrah ke jalan Allah walau pada mulanya mungkin niat tidak lebih untuk berkahwin tetap itu juga kerana hidayah Allah. Pelaburan akhirat itu kemudiannya bergantung kepada pasangannya samada suami/isteri, keluarga dan masyarakat.
Mentarbiahkan pasangan yang revert Islam itu tiada yang mudah namun jika kena cara tidak pula sukar, Kalau pasangan tidak ingin menerima maka maklum saja keadaan rumahtangga mereka. Ganti sajalah tiang seri rumah jika begitu."
"seseorang yang revert Islam (kerana asal mausal manusia adalah beragama Islam) kerana berkahwin juga perlu dilihat sebagai salah satu jalan hidayah yang diberikan oleh Allah.
Bila seseorang itu melakukan hijrah ke jalan Allah walau pada mulanya mungkin niat tidak lebih untuk berkahwin tetap itu juga kerana hidayah Allah. Pelaburan akhirat itu kemudiannya bergantung kepada pasangannya samada suami/isteri, keluarga dan masyarakat.
Mentarbiahkan pasangan yang revert Islam itu tiada yang mudah namun jika kena cara tidak pula sukar, Kalau pasangan tidak ingin menerima maka maklum saja keadaan rumahtangga mereka. Ganti sajalah tiang seri rumah jika begitu."
Khamis, 22 September 2011
I Miss You
To see you when I wake up
Is a gift I didnt think could be real
To know that you feel the same as I do
Is a three fold utopian dream
You do something to me
So would I be out of line
If I said
I MISS YOU
I see your picture
I smell your skin
On the empty pillow next to mine
You have only been gone ten days
But already Im wasting away
I know I'll see you again
Whether far or soon
But I need you to know that I care
And
I MISS YOU
INCUBUS
credit to google
seems far yet just here with me
You do something to me
So would I be out of line
If I said
I MISS YOU
I see your picture
I smell your skin
On the empty pillow next to mine
You have only been gone ten days
But already Im wasting away
I know I'll see you again
Whether far or soon
But I need you to know that I care
And
I MISS YOU
INCUBUS
credit to google
seems far yet just here with me
Jumaat, 16 September 2011
Dalam Menjaga Hati Diri Sendiri
Tanpa disedari
Bila kita berasa kekurangan
Dalam melihat kelebihan orang lain
Kita terasa sungguh-sungguh
Dan bermulalah episod
Rentetan mengasihani diri sendiri
Berasakan orang lain amat beruntung
Berbanding diri sendiri
Mulalah hati rasa cemburu
Sensitif, tidak ingin diusik langsung
Malah sehingga menyamakan semua orang di sekeliling
Mana yang mengambil berat tentang kita
Kita anggap seolah-olah memperli menyindir
Bila masa orang lain ingin menghulur tangan
Kita tepis buang jauh-jauh
Hanya kerana merasakan mereka itu tidak faham apa yang kita lalui
Mereka itu cuma mengundang rasa rendah diri pada kita
Mereka itu sengaja mengguris perasaan kita
Ini semua dilakukan untuk menjaga hati diri sendiri
Tidak perlulah kamu semua hendak sibuk-sibuk
Kata hati ini
Rasa hati ini siapa yang tahu
Kata hati ini lagi
Tapi lupakah kita
Dalam kita menjaga hati kita sendiri begini
Hati orang lain juga terguris
Hati mereka yang ikhlas ingin mendamping kita
Hati mereka yang ikhlas ingin melihat kita gembira bahagia
Berpada-padalah dalam menjaga hati diri sendiri
image credit to google
Isnin, 5 September 2011
Syawal.. 4 Tahun Sebagai Isteri dan 2 Tahun Sebagai Ibu
Hari ketujuh Syawal, ramai sibuk papar gambar-gambar menyambut lebaran.
Seronok tengok, gambar keluarga, gambar anak, gambar ibu ayah, gambar girlfriend/boyfriend. thehehe..
Suasana Syawal tahun ini tidak jauh berbeza. Sama sahaja seperti tahun-tahun yang lepas.
Sebelum kahwin, saya menyambut Syawal ala kadar yang amat simple.
Tiada berbaju baru, hanya memakai baju yang paling cantik dalam koleksi.
Pagi 1 Syawal, akan solat sunat 1 Syawal.
Selepas itu, balik rumah dan buat perkara biasa seperti hari-hari biasa.
Hari-hari seterusnya barulah menziarahi rakan-rakan.
Bila berkahwin ada perbezaannya.
Sibuk menyiapkan persiapan. Untuk makan-makan, perhiasan rumah, kekemasan dan kebersihan rumah.
Rumah mak.. :) sebab tak ada rumah sendiri lagi, jadi Syawal disambut di rumah mak.
Di pagi 1 Syawal ada bersalam salaman. *selalu ingat bersalam dengan mak dan bapa je. Dengan suami selalu lupa... boleh gitu.. atoi..
Kecoh? Ya memang kecoh. haha..
Perihal gambar... emm... sebelum menjadi isteri, saya tidak pernah ada gambar menyambut lebaran Syawal.
Selepas kahwin, gambar ada tapi tak meriah seperti orang lain.
Pertama, saya tak ada kamera atau telefon bimbit berkamera. Kalau adapun, sangatlah kesian.
Tak apa.. kita layan je.. haha
gambar Syawal 2009 *2008 tak ada gambar.
Gambar Syawal terbaik tahun 2010 *Tak sempat ikut bergambar keluarga
Gambar Syawal 2011
Yang pasti, tiada pernah ada gambar khas Syawal saya bersama suami dan anak.
Selamat menyambut lebaran Syawal.. Mudahan amalan di bulan Ramadhan berbaloi untuk diraikan.
Rabu, 24 Ogos 2011
Ya Allah, Aku Mohon Agar Dikasihani... Part 9
HidayahMu ya Allah.. amat aku perlukan
Tiada segan tidak silu ku meminta
Janganlah ditarik kembali hidayah ini
Yang sudah Engkau berikan kepadaku
Tidak aku ingin Allah.. tidak ingin aku terlepas dariMu
Kasihanilah diriku Allah.. kasihanilah diriku..
Usai cuti semester aku kembali ke kampus.
Blok asrama siswi ditukar ke blok baru.
Bermakna kami perlu mendaftar semula untuk mendapatkan bilik.
Dan bermakna akan ada rakan sebilik yang baru.
Aku berdiri dengan tenang di barisan pendaftaran asrama.
Ada rakan-rakan sekuliah dan sebilik yang turut serta, tidak berapa jauh dari tempatku berdiri.
Aku memutuskan untuk tidak menegur mereka terlebih dahulu.
Dan di satu sudut mereka berkumpul dan berbicara halus.
Topik yang dapat aku agak apakah dia..
Aku mengenakan tudung untuk kali pertamanya.
Dan secara tidak langsung mempamerkan kepercayaanku kepada umum.
Sehingga satu ketika waktu itu, seorang rakan sekuliah memberanikan diri menegurku.
Dia bertanya khabar berita, apa yang aku buat waktu cuti dan sebagainya.
Aku menjawab dengan tenang dan seperti biasa.
Selesai pendaftaran, rakan itu menemuiku.
Dia ingin aku ke biliknya.
Aku turuti saja.
Aku masuki bilik itu, terdapat beberapa lagi rakan-rakan yang lain.
Maka berlangsunglah sesi soal jawab.
Yang aku mampu jawab, aku jawab seadanya.
Yang tidak mampu, aku biarkan.
Kenapa? Kenapa? Dan Kenapa?
Itulah soalannya.......
Soalan yang aku tidak terjangka akan ditanya berulang kali sepanjang perjalanan di kampus.
Namun, syukur alhamdullilah...
Walaupun selepas itu perlahan-lahan kawan-kawan ada yang menjauh,
Tidak kurang juga yang mendekat.
Ramai kawan baru yang amat disenangi..
Hati walau sekali sekala terasa, tidak mengapa..
Tidak mengapa itu pun hanya tahun-tahun kebelakangan ini.
Kata orang alah bisa tegal biasa.
Syukur alhamdullilah, masih bersama segelintir dari mereka.
Aku tidak rapat dengan ibu bapa.
Sejak dari kecil, duniaku hanya bersama kawan-kawan.
Bila dijauhi, rasa terkilan yang amat sangat.
Tapi itu kisah dulu..
Kini aku boleh tersenyum dengan hati yang gembira.
Dikelilingi insan-insan hebat dan penyayang..
Alhamdullilah, Allah menggantikan dengan sahabat-sahabat yang tiada tara nilainya..
Tolongilah Dia..
Saya copy paste dari FB..
Mudahan ramai yang berlapang dada untuk membantu..
This boy is Muhammad Haziq Zaqwan bin Mohd Omar (2months).For Protonians, he is the son of Sakinah's sister (our tea lady) whom will be undergoing a surgery for his heart complications tomorrow. For your information he was born with Atrial & Ventricular Septal defects (jantung berlubang) and transposition of great arteries (Saluran jantung songsang). He has difficulties in breathing, feeding, blue-ish among others. Due to criticality of his condition, the doctor in HUKM had requested the procedure to be done quickly and they have no choice but to go to Gleneagles Hospital. The cost for the surgery is estimated at RM45,000. The family is in need of contributions and FYI the mother used to work in Edar before. The father is only a mechanic. Little Haziq is the first baby to the couple. Please, if we could contribute a little and spread the news.
Maybank account: 162487088090
Name:Norwahidah Samsu
Thank you so much for helping. God Bless all of you....
Selasa, 23 Ogos 2011
Our Third Year Wedding Annivesary
Is it yesterday? Or today? Or a day before yesterday? hahaha
Do not know why but i always forgetting my wedding annivesary date!
In fact, i just remembered that we were married in the middle of August only this morning!
Well, while i was in the middle of doing some house chores. *sidai-sidai kain baju kat luar rumah. muahahaha
Some people might say a loud OMG!!
But as for me and husband, forgetting special dates are normal..
Oh, so abnormal of two of us.
Well, that makes us ONE.
Okay, enough of merapu meraban..
Though i'm not very good in words and expressing feeling, still i want to say something special to my mr. Right
Specially for my HUSBAND..
Happy third year of wedding annivessary my love.
Thank you very much for married to me. *muahaha.. meraban lagik.
A thousands kisses for being beside me while watching movies.
A lots of hugs for being dining together with me everyday.
Lots of special thoughts for being a father to my child *children in future.. thehehe
And lots and lots of love for you just being here with me.
I quote this from our FB..
Things were not so great in the past and not expecting more or less in future.
But we learnt to live and will learning continously.
Still you the one i love.
And of course, this shouldnt be left behind....
*Bila mok chia black forest cadburry???
An addition to that quote....
*I think i just beat you in plant vs zombies. Never lost at that roof one. muahahahaha
Layan gambar cinonet, bak kata kak ummi
*this photo was taken back three year ago.
After days of our first marriage. That was in May.
The real marriage one was in August.
Maybe in other time, i will tell about our double date of marriage.
hahahaha...
*Tak tahu pula kenapa teromputih catatan kali ini. kehkeh
Sabtu, 20 Ogos 2011
Jumaat, 19 Ogos 2011
Bersalut Debu dan Kotor
Sejak kaki comel itu dah pandai melangkah, dia rajin ikut abanya di luar rumah setiap pagi dan petang.
Sesi memberi manoks sekalian makan.
Dia juga ikut sibuk bersama.
Terduduk, terlentang, terguling itu biasa.
Namun dia tidak menangis. Sesaat dua dia dalam keadaan begitu, selepas itu gigih untuk berdiri semula dan mengejar anak-anak manok.
Jika dia terduduk sikit pun di dalam rumah, beria-ia menangis.
Berbeza dengan bila bermain di kawasan luar rumah.
Sekarang ini, kasut dia macam kasut orang yang bekerja di lombong.
Kotor, berdebu.. begitu juga setiap kali selepas sesi bersama manok.
Dia akan bersalut debu dan kotor.
Muka, kepala, tangan kaki dan juga bontot (seluar ler) memang kotor.
Namun, saya lebih senang anak saya dibesarkan begitu.
Lagipun, dia sentiasa di dalam pengawasan.
Kadang-kadang jika sudah letih, dia sendiri akan ke pintu rumah dan membuka kasut sendiri.
Semoga dipermudahkan tumbesaran Nur Iman.
Selasa, 16 Ogos 2011
Ya Allah, Aku Mohon Agar Dikasihani... Part 8
Ya Allah....
Tempat aku mengadu....
Hidayah ini walau bukan milikku..
Aku peluk kejap jua...
Roh ini amat memerlukannya Allah...
Aku amat mementingkan diri ya Allah...
Aku meminta dan meminta dariMu tanpa henti..
Jangan dicabut nyawaku jika tanpa hidayahMu..
Aku takut......
Cuti semester aku tetap kembali ke rumah ibuku.
Perkara pertama yang aku lakukan ialah mencari arah kiblat.
Bila tiba waktu, aku solat di dalam bilik ibu dan ku kunci.
Adik-adikku masih kecil dan tidak mengerti.
Jadi mereka sering mengganggu jika pintu bilik tidak dikunci.
Jika sebelum itu, suara azan seolah-olah angin bagi ibu.
Tetapi semenjak keislamanku, ibu amat sensitif.
Jika azan berkumandang terutama di televisyen, cepat-cepat dia menyuruhku mengecilkan bunyinya.
Luka di hati ibu belum mampu diubati.. Walaupun dia tetap menerimaku seperti biasa.
Aku ikutkan saja.. turutkan saja.. Tidak pernah pula perlakuan ibu yang dituruti bertentangan dengan syariah.
Urusan ibu juga aku serahkan kepada Allah.
Aku tiada kata-kata yang perlu diungkapkan.
Mereka tetap tidak akan faham.
Dan, itu aku faham.
Perkara pertama yang aku lakukan ialah mencari arah kiblat.
Bila tiba waktu, aku solat di dalam bilik ibu dan ku kunci.
Adik-adikku masih kecil dan tidak mengerti.
Jadi mereka sering mengganggu jika pintu bilik tidak dikunci.
Jika sebelum itu, suara azan seolah-olah angin bagi ibu.
Tetapi semenjak keislamanku, ibu amat sensitif.
Jika azan berkumandang terutama di televisyen, cepat-cepat dia menyuruhku mengecilkan bunyinya.
Luka di hati ibu belum mampu diubati.. Walaupun dia tetap menerimaku seperti biasa.
Aku ikutkan saja.. turutkan saja.. Tidak pernah pula perlakuan ibu yang dituruti bertentangan dengan syariah.
Urusan ibu juga aku serahkan kepada Allah.
Aku tiada kata-kata yang perlu diungkapkan.
Mereka tetap tidak akan faham.
Dan, itu aku faham.
Sabtu, 13 Ogos 2011
Ya Allah, Aku Mohon Agar Dikasihani... Part 7
KasihMu Allah.. tiada siapa yang mampu menandingi.
Sungguh aku merayu, biar seperti pengemis..
Agar sentiasa di dalam pelukanMu.
Jika aku alpa ya Allah, tegurlah aku.
Jangan saja aku ditinggalkan..
Sungguh-sungguh aku merayu padaMu
Selepas rasminya aku memeluk Islam, aku menguruskan pula pertukaran nama dan agama di dalam kad pengenalan.
Sungguh aku merayu, biar seperti pengemis..
Agar sentiasa di dalam pelukanMu.
Jika aku alpa ya Allah, tegurlah aku.
Jangan saja aku ditinggalkan..
Sungguh-sungguh aku merayu padaMu
Selepas rasminya aku memeluk Islam, aku menguruskan pula pertukaran nama dan agama di dalam kad pengenalan.
Tiada masalah sebenarnya untuk menggunakan nama asal.
Cuma aku ingin namaku itu menjadi doa kepadaku.
Biarlah orang memanggil-manggil namaku dengan secara tidak langsung turut mendoakan.
Antara tiga orang ustazah tersebut, ada yang mencadangkan nama Sofea.. bermaksud bersih, suci..
Aku tidak ingin.. aku katakan kepada mereka..
Aku menginginkan nama yang bermaksud kebijaksanaan.
Agar aku bijak mengimbangi hidup ini.
Pabila ustazah mengatakan bagaimana pula dengan maksud orang yang berjaya?
Tidak inginkah aku?
Aku berfikir, kenapa tidak.. mudahan aku berjaya di dunia dan akhirat.
Jadi, nama pertama adalah nama asalku. Nama kedua, aku tukar kepada NAJIHAH.
Nama ketiga, aku kekalkan nama ayahku. Dan nama keempat, adalah ABDULLAH.
Ibuku pernah berkata, jika ingin menukar nama, kekalkan nama pertama.
Kerana itu nama yang diambil sempena nama heroin dalam buku yang disukai oleh ibu.
Aku kekalkan pula nama ayahku, kerana ada insan yang pernah mengatakan.. jika aku islam maka ayahku nanti adalah Abdullah..
Maksud dia, ayahku sudah tidak mempunyai tempat dan hak ke atasku.
Semoga Allah membuka pintu hatinya menerima hidayahNya.
Aku tidak layak bertegang urat dengan orang-orang yang sedemikian.
Aku serahkan saja kepada Allah.
Aku berfikir, kenapa tidak.. mudahan aku berjaya di dunia dan akhirat.
Jadi, nama pertama adalah nama asalku. Nama kedua, aku tukar kepada NAJIHAH.
Nama ketiga, aku kekalkan nama ayahku. Dan nama keempat, adalah ABDULLAH.
Ibuku pernah berkata, jika ingin menukar nama, kekalkan nama pertama.
Kerana itu nama yang diambil sempena nama heroin dalam buku yang disukai oleh ibu.
Aku kekalkan pula nama ayahku, kerana ada insan yang pernah mengatakan.. jika aku islam maka ayahku nanti adalah Abdullah..
Maksud dia, ayahku sudah tidak mempunyai tempat dan hak ke atasku.
Semoga Allah membuka pintu hatinya menerima hidayahNya.
Aku tidak layak bertegang urat dengan orang-orang yang sedemikian.
Aku serahkan saja kepada Allah.
Ya Allah, Aku Mohon Agar Dikasihani... Part 6
Maha suci Allah...
Yang kaya dengan sifat penyayang terhadap hambaNya..
Sentiasalah kasihani aku ya Allah..
Janganlah berpaling dariku walau sedetik..
Kelam jiwa binasa hati jika terjadi..
Peganglah aku Allah... Jangan dilepaskan... Jangan dilepaskan..
Aku belajar solat, menghafal bacaan dalam solat juga dari usatazah yang sama.
Ustazah itu masih muda, cantik dan lemah lembut.
Umpama bintang yang bergemerlapan sesuai dengan maksud nama beliau.
Aku rindu pada dia..... Tidak pernah ketemu sehingga kini.
Cuti kemerdekaan bersambung dengan cuti lain menjadi cuti bulan Ogos pada tahun menjadi seminggu.
Dan seminggu itulah aku belajar solat dan menghafal bacaannya, di rumah ustazah.
Getar tangkai jantung.. umpama risau tersalah tingkah apabila berdepan dengan tuan rumah yang kita kunjungi.
Begitu rasa ketika kali pertama solat... bersendirian...
Sekembali ke kampus, aku masih seperti biasa di mata sesiapa.
Cuma selepas itu aku sering menghilang dari bilik asrama.
Setiap subuh, aku akan menyeberang padang untuk menuju ke blok di seberang sana.
Di situ, aku menumpang bilik rakan sekelas muslim untuk solat. Cuma mereka yang tahu. Ada lima insan semuanya.
Untuk solat zohor dan asar, aku sering ke surau kampus. Keadaanku yang masuk surau tanpa menutup rambut memang menjadi perbualan. Apalagi bila seusai solat, ku buka balik kerudungku.
Namun, aku masih boleh buat seperti biasa. Tiada apa yang salah.. Aku tidak melakukan apa-apa kesalahan pun.
Belum pun habis semester, rakan sebilik mula muak dengan misteri kehilanganku.
Mereka bertanya, "ke mana kamu asyik keluar?"
"Aku ke bilik si .............."
"Tidakkah mereka berasa terganggu kalau kamu asyik ke sana?"
Aku jawab, aku ke sana untuk belajar. Mereka diam.
Ya... aku berkata benar. Aku ke sana untuk belajar.
Suatu hari, seperti biasa aku ke pejabat ustazah untuk belajar agama.
Dia bertanyakan sesuatu.
"Teman lelaki tidak marahkah dengan pengislaman kamu?"
Agak hairan juga... aku tidak mempunyai teman lelaki yang istimewa di kampus.
Langsung tidak pernah ada.
Ustazah mengatakan terdengar ura-ura mengenai itu.
Mana tahu, aku diamuk.
Aku cuma tersenyum... Tiada apa yang perlu dirisaukan.
Waktu itu aku tidak sedar apa yang berlaku di sekeliling.
Sehinggalah semester yang akan datang.
Ramai yang curiga itu aku sedar.
Dan aku masih berbuat seperti tiada apa-apa yang patut dicurigai.
Langsung tiada perasaan takut.
Aku cuma bersandar pada Allah..
Suatu hari, seperti biasa aku ke pejabat ustazah untuk belajar agama.
Dia bertanyakan sesuatu.
"Teman lelaki tidak marahkah dengan pengislaman kamu?"
Agak hairan juga... aku tidak mempunyai teman lelaki yang istimewa di kampus.
Langsung tidak pernah ada.
Ustazah mengatakan terdengar ura-ura mengenai itu.
Mana tahu, aku diamuk.
Aku cuma tersenyum... Tiada apa yang perlu dirisaukan.
Waktu itu aku tidak sedar apa yang berlaku di sekeliling.
Sehinggalah semester yang akan datang.
Ramai yang curiga itu aku sedar.
Dan aku masih berbuat seperti tiada apa-apa yang patut dicurigai.
Langsung tiada perasaan takut.
Aku cuma bersandar pada Allah..
Langgan:
Catatan (Atom)












