Sabtu, 13 Ogos 2011

Ya Allah, Aku Mohon Agar Dikasihani... Part 6

Maha suci Allah...
Yang kaya dengan sifat penyayang terhadap hambaNya..
Sentiasalah kasihani aku ya Allah..
Janganlah berpaling dariku walau sedetik..
Kelam jiwa binasa hati jika terjadi..
Peganglah aku Allah... Jangan dilepaskan... Jangan dilepaskan..

Aku belajar solat, menghafal bacaan dalam solat juga dari usatazah yang sama.
Ustazah itu masih muda, cantik dan lemah lembut.
Umpama bintang yang bergemerlapan sesuai dengan maksud nama beliau.
Aku rindu pada dia..... Tidak pernah ketemu sehingga kini. 

Cuti kemerdekaan bersambung dengan cuti lain menjadi cuti bulan Ogos pada tahun menjadi seminggu.
Dan seminggu itulah aku belajar solat dan menghafal bacaannya, di rumah ustazah.
Getar tangkai jantung.. umpama risau tersalah tingkah apabila berdepan dengan tuan rumah yang kita kunjungi.
Begitu rasa ketika kali pertama solat... bersendirian...

Sekembali ke kampus, aku masih seperti biasa di mata sesiapa.
Cuma selepas itu aku sering menghilang dari bilik asrama. 
Setiap subuh, aku akan menyeberang padang untuk menuju ke blok di seberang sana.
Di situ, aku menumpang bilik rakan sekelas muslim untuk solat. Cuma mereka yang tahu. Ada lima insan semuanya. 
Untuk solat zohor dan asar, aku sering ke surau kampus. Keadaanku yang masuk surau tanpa menutup rambut memang menjadi perbualan. Apalagi bila seusai solat, ku buka balik kerudungku. 
Namun, aku masih boleh buat seperti biasa. Tiada apa yang salah.. Aku tidak melakukan apa-apa kesalahan pun.

Belum pun habis semester, rakan sebilik mula muak dengan misteri kehilanganku.
Mereka bertanya, "ke mana kamu asyik keluar?"
"Aku ke bilik si .............."
"Tidakkah mereka berasa terganggu kalau kamu asyik ke sana?"
Aku jawab, aku ke sana untuk belajar. Mereka diam.
Ya... aku berkata benar. Aku ke sana untuk belajar.

Suatu hari, seperti biasa aku ke pejabat ustazah untuk belajar agama.
Dia bertanyakan sesuatu.
"Teman lelaki tidak marahkah dengan pengislaman kamu?"
Agak hairan juga... aku tidak mempunyai teman lelaki yang istimewa di kampus.
Langsung tidak pernah ada.
Ustazah mengatakan terdengar ura-ura mengenai itu.
Mana tahu, aku diamuk.
Aku cuma tersenyum... Tiada apa yang perlu dirisaukan.

Waktu itu aku tidak sedar apa yang berlaku di sekeliling.
Sehinggalah semester yang akan datang.
Ramai yang curiga itu aku sedar.
Dan aku masih berbuat seperti tiada apa-apa yang patut dicurigai.
Langsung tiada perasaan takut.
Aku cuma bersandar pada Allah.. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...