Rabu, 10 Ogos 2011

Ya Allah, Aku Mohon Agar Dikasihani... Part 4

Sesungguhnya Engkau maha pengasih ya Allah
Aku hambaMu yang cukup lengkap dengan kekurangan
Janganlah putuskan hubunganMu dengan ku ya Allah
Tidak aku mampu menanggungnya jika itu terjadi
Maka, kasihanilah aku ya Allah
Aku ingin bersamaMu namun aku gentar
Kasihanilah aku ya Allah
Jangan putusi hidayahMu kepada ku

Sehingga satu ketika, aku keseorangan di hujung minggu
Terdetik di hati, sehingga bila aku begini?
Menunggu dan menunggu waktu yang sesuai?
Kenapa harus menunggu?
Kenapa tidak aku yang memburu?

Hampir sejam air mata mengalir pada saat itu
Sedih dan terkilan kerana kekhilafan diri
Yang sudah banyak merugikan diri sendiri
Yang sudah banyak menyiksa jiwa dan hati sendiri
Dan itu adalah hari Sabtu
Sungguh aku berasa tidak sabar menunggu Isnin

Ini semua berlaku semasa aku berada di semester ke tiga pada tahun 2001 di bulan Ogos
Maka Isnin itu aku mendatangi seorang ustazah yang mengajar subjek Tamadun Islam
Aku katakan terus terang tanpa simpang bahawa aku ingin mempelajari agama Islam dengan lebih mendalam
Di akhir perjumpaan, ustazah itu bertanya
Kenapa tidak memeluk agama Islam saja sekarang?
Aku menjawab
Aku ingin belajar dan mendalaminya terlebih dahulu

Perkara pertama yang saya lakukan ialah, menelefon sahabat akrab sewaktu di sekolah.
Aku mengkhabarkan bahawa aku akan menghadiri kelas agama di universiti secara personal dengan seorang ustazah.
Sahabat bertanya, bila ingin memeluk agama Islam secara rasmi?
Jawabku, tunggu sehingga aku belajar dengan lebih baik dan tunggu sehingga aku beroleh kerja.
Perancanganku ketika itu aku rasakan sudah cukup ampuh.
Iaitu, 
Sepanjang pengajian, aku akan memahami agama Islam.
Habis saja pengajian aku akan beroleh kerja.
Dan aku berpeluang membalas jasa ibu bapa dengan berupa wang ringgit.
Jadi, ketika itu maka aku akan memeluk agama Islam.
Setelah hati orang tua ku, aku sejukkan dengan pembalasan budi dan jasa.
Namun perancangan Allah jauh lebih bijak dan hebat..........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...