Isnin, 27 Jun 2011

Jus Susu Kurma.. atau... Jus Kurma Susu

Menu asyik kurma saja kan.. Sebab kalau tak buat macam ini, kadang-kadang sampai rosak kurma dalam peti sejuk tak dimakan. Mula-mula puding roti karamel perisa kurma, lepas tu jadi jus susu kurma.. ke nak letak nama jus kurma susu?? hehe..

Seperti biasa.... 
jeng..jeng..jeng..

dasar suka menunjuk.. hahaha.. tak kira walaupun hodoh

Resepi? Mudah sangat.

Bahan-bahan:
5 biji kurma yang telah dibuang biji
Sekotak susu segar *saya guna susu perisa kopi

Cara-cara:
1. Rebus kurma sehingga empuk
2. Masukkan kurma dan air rebusan ke dalam pengisar. Sekali dengan susu. Kisarkan.
3. Boleh tambah ais jika nak
4. Sudah boleh dihidang
5. yeay!

Puding Roti Karamel Perisa Kurma

Resepi asal adalah Puding Roti Karamel dari enakrasa.com Resepi colek dari kak fiza
Bila buka peti ais, ada lagi kurma. Sebab saya dan Nur Iman saja yang makan. Kurma pula banyak. Jadi, buat puding roti karamel tambah kurma.


ya ampun.... gambar tak lawa.. tapi nak juga tepek kat sini!

Bahan-bahan:
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
3 biji telur
Sedikit esen vanila
Roti bantal 3 keping
Setengah cawan susu pekat
1 cawan air suam
10 biji kurma yang sudah dibuang biji

Cara-cara:
1. Hanguskan gula dalam loyang, tambah air dalam 2 sudu besar. Gelek-gelekkan loyang. *tengah imagine loyang tergelek-gelek nih Kemudan ketepikan.
2. Sebelum itu, rebus kurma dengan secawan setengah air sehingga empuk.
3. Carik-carikkan roti bantal masuk dalam pengisar, masukkan secawan air suam dan juga susu pekat sekali.
4. Apabila kurma dah agak-agak empuk, sejukkan sekejap. Selepas itu tuang ke dalam pengisar bersama adunan nombor 3. Tuang sekali dengan air rebusan. Kisarkan.
5. Pukul telur dan tapis.
6. Tuangkan adunan roti dan kurma ke dalam bekas. Tuang telur yang telah ditapis, dan tambah esen vanila. Kacau perlahan. Tuang ke dalam loyang gula hangus tadi.
7. Kukus sehingga masak.
8. Tadaaa!! Siap, terbalikkan. Saya makan panas-panas. Baki baru letak dalam peti sejuk. kihkihkih

Berganjuh Di Hujung Minggu

Yup, berjalan-jalan di hujung minggu. incik bos mengajak ke Kuching, dengan tujuan utama membeli peralatan komputer. Dan biasalah, sambil menyelam sambil minum air. Shoooppinnggg.. Bertolak dalam lebih dari jam 8 pagi. Dah lewat dah tu.. Balik, sampai rumah dalam jam 9 malam lebih.


Seperti biasa, 3 jam perjalanan pergi dan 3 jam perjalanan balik, inilah kerja Nur Iman dalam kereta

Sampai Kuching, dalam jam 11 pagi, terus ke rumah sepupu dulu. Sebab memang rancang nak jalan-jalan dengan dia. Lama tak jumpa eh.. 


Nur Iman dengan mama apui

Ada satu tempat makan kesukaan kalau pergi ke Kuching. Restoren Singapore Chicken Rice. Suka sangat makan di situ. Pertama, semestinya sedap. Lagipun berbaloi, murah dan paling penting juga cepat. 


Lain kali kena pesan satu nasi ayam untuk Nur Iman. Lebih dari separuh nasi saya, dak Iman yang makan. 

Saya ambil kesempatan untuk membeli 2 helai pashima (lama dah mengidam, naik mengigil. harhar), blok mainan untuk Nur Iman (hadiah ulang tahun kelahiran pertama), alat ganti komputer untuk incik bos (untuk baiki komputer pelanggan). 


1 warna kelabu hitam, 1 lagi warna merah jambu warna warni


dak Iman punya. Siap ada kad "happy birthday" lagi.


Semestinya incik bos yang punya

Ya.. lupa pula. Benda pertama sekali yang saya cari...


ehem.. saya ada cermin mata baru. Malam sebelum pergi berjalan-jalan, cermin mata yang lama patah tertanggal kanta pula. Jadi, sepanjang perjalanan saya dalam keadaan rabun. muahaha..

Sebelum balik, kami singgah di Seratau.. Sebab incik bos juga shoopppiiinngg manok 2 ekor. Seekor jantan seekor induk hitam. wahh.. lebih-lebih pula ya.. haha.. 

Terima kasih yang penuh dengan kasih sayang untuk incik bos kerana sudi membawa saya dan Nur Iman berjalan-jalan, makan-makan.. dan membeli belah. he... Ya.. tau, penat tu pandu kereta pulang balik. Memandu lagi di sekitar bandar Kuching yang sesak. Terima kasih banyak-banyak, tau.. muaah.. 

Khamis, 23 Jun 2011

You Are 12 Months Old Today!

Ya Allah, berikanlah kebaikan dunia akhirat kepada Nur Iman



Jadikanlah dia anak yang solehah


Jadikanlah dia anak yang berbakti kepada agama, orang tuanya dan masyarakat


Ya Allah, lindungilah Nur Iman di dunia dan juga di akhirat


Berkatilah Nur Iman dengan sifat-sifat mahmudah


Semoga anakku membesar menjadi insan yang sihat dan yang berguna



Insan yang memberi semangat dan ketenangan


Kepada ibu bapanya, suaminya dan keluarganya



Ya Allah, jodohkanlah anakku dengan hambaMu yang soleh



Agar dia mampu meniti jalan yang Engkau redhai


Amin..

THANKS TO YOU ALLAH FOR THE BEAUTIFUL AND PRECIOUS GIFT





Ahad, 19 Jun 2011

Untuk Ayahanda Anakku

Ayahanda anakku
Insan yang dijodohkan oleh ALLAH untukku
Yang jauh dari kesempurnaan yang diimpikan
Pastinya kamu..
Juga tidak memiliki isteri yang sehebat diinginkan
Kita memang insan yang kerdil
Yang telah disatukan

Ayahanda anakku
Mungkin ada waktu kamu berasa
Ada ketika kamu terasa
Aku tidak cukup ampuh disisi mu
Kerana zahirnya aku begitu
Namun hatiku tidak sedemikian
Kedengaran klise, bukan..
Sekali lagi ku ulangi
Hatiku tidak begitu
Setiap saat dan ketika sebahagian diriku bersamamu

Ayahanda anakku
Tiada apa yang ku harap darimu
Tiada apa yang ku pinta darimu
Setiap apa yang kamu hulurkan, Alhamdullilah
Hanya bila aku alpa ianya dipersoalkan
Murahkanlah kata dan rasa maaf kamu untukku

Ayahanda anakku
Kegembiraan itu atas usaha
Jadi bahagia adalah hasilnya
Bukan tiada duka sering juga bening berair mata
Antara kita begitulah kisahnya
Namun antara ruang bahagia dan duka
Cinta dan kasih hanya untukmu



eh, tetiba pula dak Iman ni

Saya Suka Berenang!

Berenang yang betul-betul berenang. haha.. Letih berenang yang betul-betul baru berenang santai. Walaupun saya suka berenang, yang sebenarnya saya takut air.
Tapi kalau dah terjun dalam air, dah tak ingat daratan pula. Sekarang, saya lebih selesa berenang di kolam renang dari berenang di sungai.
Kalau berenang di sungai, takut-takut juga. Kalau sungai jernih, nampak dasar tak apa. Kalau tak nampak dasar yang buat rasa was-was. Kefobiaan sungguh!
Walaupun begitu, berenang menjadi kegemaran saya dan anak. Terapi awet muda. haha.. Bagi Nur Iman pula, sesi memanjangkan kaki. Terkotek-kotek je kaki dalam air tu. Comel!



muka kegembiraan berendam Nur Iman walaupun neck floatnya terbalik. muahahaha

Sabtu, 18 Jun 2011

Apam Mentega Gula Hangus

Kegebuan yang amat mengujakan! harharhar

Resepi apam ini pula belajar dari kak Fiza
Selalu saya buat dapat dalam 8/9 biji. Tapi tak puas-puas nak makan. Memang dasarrr...

Bahan-bahan :
Untuk gula hangus:
(A) 1 cawan gula pasir
      1/2 cawan air
      125 gm mentega
(B) 1/2 cawan gula pasir
      2 biji telur
      *1 1/2 cawan tepung gandum
      *1/2 sdt soda bikarbonat
         (*diayak bersama)
        200 ml susu cair
        1/2 sdt esen vanilla

Cara-cara:
- Cara membuat gula hangus, masukkan gula dalam periuk, masak dengan api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang. Padamkan api, dan masukkan air. Nyalakan api semula dan kacau sehingga semuanya larut. Masukkan mentega, kacau rata dan ketepikan.

- Pukul gula, telur dan esen vanilla sehingga kembang dan masukkan gula hangus yang masih panas tadi.

- Kemudian, masukkan susu sambil diselang-selikan dengan tepung. Gaul sehingga sebati.

- Panaskan pengukus dan acuan kuih.

- Kukus kuih selama 10-15 minit. Sejukkan seketika, dan keluarkan....

Juga buat dalam setengah adunan.
Untuk buat gula hangus, saya serasi dengan cara yang disarankan oleh incik bos sebab saya bukan penyabar orangnya. Gunakan kuali leper, buka api dapur agak besar dan angkat kuali yang mengandungi gula tadi. Gelek-geleklah kuali atas api tu hingga gula bertukar jadi gula hangus.


Apam Beras Nyum Nyum




 Resepi ini saya belajar/dapat dari kakak yang tegar memasak. aiseh.. kak Sue Aleen


Bahan2:-
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 packet yis mauripan
2 cawan nasi
3 cawan air

Cara-cara:

1.masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air.

2.gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu.

3.blender nasi dengan air sampai betul2 hancur.

4.campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan.

5.biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu...

6.selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15minit.

7.PERINGATAN: sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan.



nota: saya tambah esen vanilla 1 sudu teh, dan selalunya saya akan buat dalam setengah adunan sahaja. Dapat baaannyyaaaakkkk.. Oleh sebab suami tak berapa nak makan, saya memang banyak untung kalau buat apam ni. kekekekek...

Jumaat, 17 Jun 2011

Ego Seorang Wanita

Ego bukan milik mutlak lelaki. Wanita juga mempunyai ego. Malah definisi ego itu sendiri luas. Ego lelaki itu tersendiri. Ego wanita pula unik. Sering ego wanita diibaratkan sebagai kerak nasi. Lama-lama jadi lembut. Betulkah itu? Betulkah wanita mudah tunduk? Betulkah wanita mudah mengalah? Tiada jawapan ya atau tidak. Setiap keperibadian kita adalah berbeza. 
Namun mudah untuk berbicara mengenai ego wanita. Wanita yang mempertahankan hak, memperjuangkan harga diri, tidak terkecuali wanita yang syahid.. semua ini berlaku juga kerana ego. 
Tetapi kerana ego juga sering melencongkan wanita. Bila mempertahankan yang tidak benar, memperjuangkan yang salah. 
Ego wanita, pada pengalaman peribadi juga sampai satu tahap akan berubah-ubah. Menjadi anak sulung membuatkan ego tinggi kerana menjadi 'bos" kepada adik-adik. Bila berkahwin, level ego mendadak berubah. Kadang tinggi kadang rendah. Tinggi bila ingin bertahan, rendah bila berlapang dada. 
Bila mula belajar berlapang dada, kuranglah adegan bertekak, walau dengan sesiapa pun. Bila belajar berlapang dada, mudahlah perkataan maaf diungkapkan, juga walau dengan sesiapa pun. 
Sakit hati? Pedih hati? Terkilan? Bila belajar menerima keperibadian orang lain, tidak akan terasa. 
Tapi berpada-pada juga. Boleh merendahkan ego dengan sebab, jangan menghilangkan ego biar diri dipijak. 

Rabu, 1 Jun 2011

Bayi Awak Kecil Sebab Susu Badan Awak Sikit

"Bayi awak kecil."
"Susu badan awak sikit."
Kata-kata dari seseorang. Saya cuma kenal dia sebagai seorang pekerja di klinik perancang keluarga tempatan. Bagaimana saya tahu dia bekerja di klinik perancang keluarga? Sebab saya membeli pil perancang di situ sejak Nur Iman berusia 6 bulan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...