Rabu, 24 Ogos 2011

Ya Allah, Aku Mohon Agar Dikasihani... Part 9

HidayahMu ya Allah.. amat aku perlukan
Tiada segan tidak silu ku meminta
Janganlah ditarik kembali hidayah ini
Yang sudah Engkau berikan kepadaku
Tidak aku ingin Allah.. tidak ingin aku terlepas dariMu
Kasihanilah diriku Allah.. kasihanilah diriku..

Usai cuti semester aku kembali ke kampus.
Blok asrama siswi ditukar ke blok baru.
Bermakna kami perlu mendaftar semula untuk mendapatkan bilik. 
Dan bermakna akan ada rakan sebilik yang baru.

Aku berdiri dengan tenang di barisan pendaftaran asrama.
Ada rakan-rakan sekuliah dan sebilik yang turut serta, tidak berapa jauh dari tempatku berdiri.
Aku memutuskan untuk tidak menegur mereka terlebih dahulu.
Dan di satu sudut mereka berkumpul dan berbicara halus.
Topik yang dapat aku agak apakah dia..

Aku mengenakan tudung untuk kali pertamanya.
Dan secara tidak langsung mempamerkan kepercayaanku kepada umum.

Sehingga satu ketika waktu itu, seorang rakan sekuliah memberanikan diri menegurku.
Dia bertanya khabar berita, apa yang aku buat waktu cuti dan sebagainya.
Aku menjawab dengan tenang dan seperti biasa. 

Selesai pendaftaran, rakan itu menemuiku.
Dia ingin aku ke biliknya. 
Aku turuti saja.

Aku masuki bilik itu, terdapat beberapa lagi rakan-rakan yang lain.
Maka berlangsunglah sesi soal jawab. 
Yang aku mampu jawab, aku jawab seadanya.
Yang tidak mampu, aku biarkan.
Kenapa? Kenapa? Dan Kenapa? 
Itulah soalannya.......
Soalan yang aku tidak terjangka akan ditanya berulang kali sepanjang perjalanan di kampus.

Namun, syukur alhamdullilah... 
Walaupun selepas itu perlahan-lahan kawan-kawan ada yang menjauh,
Tidak kurang juga yang mendekat.
Ramai kawan baru yang amat disenangi.. 

Hati walau sekali sekala terasa, tidak mengapa..
Tidak mengapa itu pun hanya tahun-tahun kebelakangan ini.
Kata orang alah bisa tegal biasa.
Syukur alhamdullilah, masih bersama segelintir dari mereka.
Aku tidak rapat dengan ibu bapa.
Sejak dari kecil, duniaku hanya bersama kawan-kawan.
Bila dijauhi, rasa terkilan yang amat sangat. 

Tapi itu kisah dulu.. 
Kini aku boleh tersenyum dengan hati yang gembira.
Dikelilingi insan-insan hebat dan penyayang..
Alhamdullilah, Allah menggantikan dengan sahabat-sahabat yang tiada tara nilainya..

Tolongilah Dia..

Saya copy paste dari FB..
Mudahan ramai yang berlapang dada untuk membantu..

This boy is  Muhammad Haziq Zaqwan bin Mohd Omar (2months).For Protonians, he is the son of Sakinah's sister (our tea lady) whom will be undergoing a surgery for his heart complications tomorrow. For your information he was born with Atrial & Ventricular Septal defects (jantung berlubang) and  transposition of great arteries (Saluran jantung songsang). He has difficulties in breathing, feeding, blue-ish among others. Due to criticality of his condition, the doctor in HUKM had requested the procedure to be done quickly and they have no choice but to go to Gleneagles Hospital. The cost for the surgery is estimated at RM45,000. The family is in need of contributions and FYI the mother used to work in Edar before. The father is only a mechanic. Little Haziq is the first baby to the couple. Please, if we could contribute a little and spread the news.

Maybank account: 162487088090
Name:Norwahidah Samsu

Thank you so much for helping. God Bless all of you....



Selasa, 23 Ogos 2011

Our Third Year Wedding Annivesary

Is it yesterday? Or today? Or a day before yesterday? hahaha
Do not know why but i always forgetting my wedding annivesary date!
In fact, i just remembered that we were married in the middle of August only this morning!
Well, while i was in the middle of doing some house chores. *sidai-sidai kain baju kat luar rumah. muahahaha
Some people might say a loud OMG!!
But as for me and husband, forgetting special dates are normal..
Oh, so abnormal of two of us. 
Well, that makes us ONE.

Okay, enough of merapu meraban..
Though i'm not very good in words and expressing feeling, still i want to say something special to my mr. Right

Specially for my HUSBAND..
Happy third year of wedding annivessary my love.
Thank you very much for married to me. *muahaha.. meraban lagik.
A thousands kisses for being beside me while watching movies.
A lots of hugs for being dining together with me everyday.
Lots of special thoughts for being a father to my child *children in future.. thehehe
And lots and lots of love for you just being here with me.

I quote this from our FB..
Things were not so great in the past and not expecting more or less in future. 
But we learnt to live and will learning continously.
Still you the one i love. 

And of course, this shouldnt be left behind....
*Bila mok chia black forest cadburry???
An addition to that quote....
*I think i just beat you in plant vs zombies. Never lost at that roof one. muahahahaha

Layan gambar cinonet, bak kata kak ummi


*this photo was taken back three year ago. 
After days of our first marriage. That was in May.
The real marriage one was in August.
Maybe in other time, i will tell about our double date of marriage. 
hahahaha...

*Tak tahu pula kenapa teromputih catatan kali ini. kehkeh


Jumaat, 19 Ogos 2011

Bersalut Debu dan Kotor

Sejak kaki comel itu dah pandai melangkah, dia rajin ikut abanya di luar rumah setiap pagi dan petang.
Sesi memberi manoks sekalian makan.
Dia juga ikut sibuk bersama. 
Terduduk, terlentang, terguling itu biasa.
Namun dia tidak menangis. Sesaat dua dia dalam keadaan begitu, selepas itu gigih untuk berdiri semula dan mengejar anak-anak manok.
Jika dia terduduk sikit pun di dalam rumah, beria-ia menangis.
Berbeza dengan bila bermain di kawasan luar rumah.
Sekarang ini, kasut dia macam kasut orang yang bekerja di lombong.
Kotor, berdebu.. begitu juga setiap kali selepas sesi bersama manok.
Dia akan bersalut debu dan kotor.
Muka, kepala, tangan kaki dan juga bontot (seluar ler) memang kotor.
Namun, saya lebih senang anak saya dibesarkan begitu. 
Lagipun, dia sentiasa di dalam pengawasan.
Kadang-kadang jika sudah letih, dia sendiri akan ke pintu rumah dan membuka kasut sendiri. 
Semoga dipermudahkan tumbesaran Nur Iman.




Selasa, 16 Ogos 2011

Ya Allah, Aku Mohon Agar Dikasihani... Part 8

Ya Allah....
Tempat aku mengadu....
Hidayah ini walau bukan milikku..
Aku peluk kejap jua...
Roh ini amat memerlukannya Allah...
Aku amat mementingkan diri ya Allah...
Aku meminta dan meminta dariMu tanpa henti..
Jangan dicabut nyawaku jika tanpa hidayahMu..
Aku takut......

Cuti semester aku tetap kembali ke rumah ibuku.
Perkara pertama yang aku lakukan ialah mencari arah kiblat.
Bila tiba waktu, aku solat di dalam bilik ibu dan ku kunci.
Adik-adikku masih kecil dan tidak mengerti.
Jadi mereka sering mengganggu jika pintu bilik tidak dikunci.

Jika sebelum itu, suara azan seolah-olah angin bagi ibu.
Tetapi semenjak keislamanku, ibu amat sensitif.
Jika azan berkumandang terutama di televisyen, cepat-cepat dia menyuruhku mengecilkan bunyinya.
Luka di hati ibu belum mampu diubati.. Walaupun dia tetap menerimaku seperti biasa.
Aku ikutkan saja.. turutkan saja.. Tidak pernah pula perlakuan ibu yang dituruti bertentangan dengan syariah.

Urusan ibu juga aku serahkan kepada Allah.
Aku tiada kata-kata yang perlu diungkapkan.
Mereka tetap tidak akan faham.
Dan, itu aku faham. 

Sabtu, 13 Ogos 2011

Ya Allah, Aku Mohon Agar Dikasihani... Part 7

KasihMu Allah.. tiada siapa yang mampu menandingi.
Sungguh aku merayu, biar seperti pengemis..
Agar sentiasa di dalam pelukanMu.
Jika aku alpa ya Allah, tegurlah aku.
Jangan saja aku ditinggalkan..
Sungguh-sungguh aku merayu padaMu

Selepas rasminya aku memeluk Islam, aku menguruskan pula pertukaran nama dan agama di dalam kad pengenalan.
Tiada masalah sebenarnya untuk menggunakan nama asal.
Cuma aku ingin namaku itu menjadi doa kepadaku.
Biarlah orang memanggil-manggil namaku dengan secara tidak langsung turut mendoakan.
Antara tiga orang ustazah tersebut, ada yang mencadangkan nama Sofea.. bermaksud bersih, suci..
Aku tidak ingin.. aku katakan kepada mereka.. 
Aku menginginkan nama yang bermaksud kebijaksanaan. 
Agar aku bijak mengimbangi hidup ini. 

Pabila ustazah mengatakan bagaimana pula dengan maksud orang yang berjaya?
Tidak inginkah aku?
Aku berfikir, kenapa tidak.. mudahan aku berjaya di dunia dan akhirat.
Jadi, nama pertama adalah nama asalku. Nama kedua, aku tukar kepada NAJIHAH.
Nama ketiga, aku kekalkan nama ayahku. Dan nama keempat, adalah ABDULLAH.

Ibuku pernah berkata, jika ingin menukar nama, kekalkan nama pertama.
Kerana itu nama yang diambil sempena nama heroin dalam buku yang disukai oleh ibu.
Aku kekalkan pula nama ayahku, kerana ada insan yang pernah mengatakan.. jika aku islam maka ayahku nanti adalah Abdullah..
Maksud dia, ayahku sudah tidak mempunyai tempat dan hak ke atasku.
Semoga Allah membuka pintu hatinya menerima hidayahNya.
Aku tidak layak bertegang urat dengan orang-orang yang sedemikian.
Aku serahkan saja kepada Allah. 

Ya Allah, Aku Mohon Agar Dikasihani... Part 6

Maha suci Allah...
Yang kaya dengan sifat penyayang terhadap hambaNya..
Sentiasalah kasihani aku ya Allah..
Janganlah berpaling dariku walau sedetik..
Kelam jiwa binasa hati jika terjadi..
Peganglah aku Allah... Jangan dilepaskan... Jangan dilepaskan..

Aku belajar solat, menghafal bacaan dalam solat juga dari usatazah yang sama.
Ustazah itu masih muda, cantik dan lemah lembut.
Umpama bintang yang bergemerlapan sesuai dengan maksud nama beliau.
Aku rindu pada dia..... Tidak pernah ketemu sehingga kini. 

Cuti kemerdekaan bersambung dengan cuti lain menjadi cuti bulan Ogos pada tahun menjadi seminggu.
Dan seminggu itulah aku belajar solat dan menghafal bacaannya, di rumah ustazah.
Getar tangkai jantung.. umpama risau tersalah tingkah apabila berdepan dengan tuan rumah yang kita kunjungi.
Begitu rasa ketika kali pertama solat... bersendirian...

Sekembali ke kampus, aku masih seperti biasa di mata sesiapa.
Cuma selepas itu aku sering menghilang dari bilik asrama. 
Setiap subuh, aku akan menyeberang padang untuk menuju ke blok di seberang sana.
Di situ, aku menumpang bilik rakan sekelas muslim untuk solat. Cuma mereka yang tahu. Ada lima insan semuanya. 
Untuk solat zohor dan asar, aku sering ke surau kampus. Keadaanku yang masuk surau tanpa menutup rambut memang menjadi perbualan. Apalagi bila seusai solat, ku buka balik kerudungku. 
Namun, aku masih boleh buat seperti biasa. Tiada apa yang salah.. Aku tidak melakukan apa-apa kesalahan pun.

Belum pun habis semester, rakan sebilik mula muak dengan misteri kehilanganku.
Mereka bertanya, "ke mana kamu asyik keluar?"
"Aku ke bilik si .............."
"Tidakkah mereka berasa terganggu kalau kamu asyik ke sana?"
Aku jawab, aku ke sana untuk belajar. Mereka diam.
Ya... aku berkata benar. Aku ke sana untuk belajar.

Suatu hari, seperti biasa aku ke pejabat ustazah untuk belajar agama.
Dia bertanyakan sesuatu.
"Teman lelaki tidak marahkah dengan pengislaman kamu?"
Agak hairan juga... aku tidak mempunyai teman lelaki yang istimewa di kampus.
Langsung tidak pernah ada.
Ustazah mengatakan terdengar ura-ura mengenai itu.
Mana tahu, aku diamuk.
Aku cuma tersenyum... Tiada apa yang perlu dirisaukan.

Waktu itu aku tidak sedar apa yang berlaku di sekeliling.
Sehinggalah semester yang akan datang.
Ramai yang curiga itu aku sedar.
Dan aku masih berbuat seperti tiada apa-apa yang patut dicurigai.
Langsung tiada perasaan takut.
Aku cuma bersandar pada Allah.. 



Tahniah! Pemenang Tempat Kedua Peraduan Dunia Susu Ibu!

Ingat lagi tak catatan Peraduan Dunia Susu Ibu?
Sewaktu saya kena tag oleh Dunia Susu Ibu, saya tengah melihat barangan bayi untuk dihadiahkan kepada 6 orang guru yang telah selamat melahirkan bayi.
Saya mengambil masa untuk klik. Bila saya klik, oh...... terkejut lipan bara.. Saya terpilih sebagai pemenang tempat kedua untuk kategori caesarean. wah... sungguh tak sangka.


Terima kasih banyak-banyak kepada penganjur. Alhamdullilah ramai peserta berkongsi pengalaman masing-masing. Boleh dijadikan rujukan di masa hadapan. 

Terpilih sebagai pemenang tempat kedua bermaksud saya mendapat hadiah berupa produk penyusuan ibu bernilai rm102.70.
Sehari selepas pengumuman pemenang, hadiah selamat sampai ke tangan. Antara hadiahnya ialah Stylo Exec Bag Brown, Breastmilk Storage Bottle, Safety plus Duragel Ice Pack.

Sebenarnya tidak terfikir untuk menang. Malah masuk peraduan juga sekadar berkongsi pengalaman yang tidak seberapa. Alhamdullilah... rezeki.. 


Rabu, 10 Ogos 2011

Ya Allah, Aku Mohon Agar Dikasihani... Part 5

Maha suci Allah
Sungguh, aku ingin dikasihi
Sungguh aku mohon agar dikasihani
Tetapkanlah hidayahMu dalam hati dan jiwa ini ya Allah

Sungguh...
Itulah yang dikatakan kita merancang Allah yang menentukan
Cuma seminggu itu sahaja aku menghadiri kelas agama bersama ustazah
Dalam seminggu itu aku juga menelefon keluarga
Dan... sungguh
Aku sendiri hairan kenapa harus jujur sangat pada waktu itu

Aku khabarkan kepada keluarga bahawa aku mengikuti kelas untuk mempelajari Islam
Ibuku menangis tidak ingin bercakap denganku
Ayahku berkata, tidakkah aku mengasihani ibuku
Dan... sungguh-sungguh aku tidak faham drama itu
Kenapa bereaksi sampai begitu sekali?

Adakah aku sudah mengaibkan mereka?
Ya...
Adakah aku sudah menjatuhkan maruah mereka?
Ya...
Adakah aku sudah menghampakan mereka? Memalukan mereka?
Jawapannya tetap ya....
Sungguh taboo perbuatanku itu bagi mereka

Keesokkannya, ibuku dan beberapa orang saudara sanggup menempah tiket dan menemuiku
Aku bersikap seperti biasa, begitu juga mereka
Aku dibawa bermalam di rumah saudara
Dan ibuku mencuci mindaku
Sesungguhnya, senjata seorang ibu itu adalah air mata
Dan air mata itu meluruhkan hati dan meruntun jiwaku
Sehari semalam aku bersama mereka, dan sesudah itu mereka kembali

Aku kembali ke kampus
Dan pada hari yang sama, aku mengikuti kembali kelas agama Islam
Selepas didatangi ibuku, dan mengikuti kelas agama itu kemudiannya,
Hati ini........
Yang teruntun dengan air mata ibu
Tiba-tiba menjadi amat rindu
Rindu sungguh-sungguh
Aku ingin menyembahMu ya Allah......

Maka, sehari selepas kepulangan ibu dan saudara maraku..
Aku menelefon kepada keluargaku sekali lagi
Kali ini aku mengkhabarkan aku akan ke pejabat agama Islam untuk memeluk agama Islam secara rasmi
Ibuku berkata, "aku ingatkan engkau tidak jadi...tidak jadi untuk menjadi muslim. tidak jadi begitu setelah berjumpa denganku."
Aku tiada kata-kata untuk disebut lagi kerana ianya sia-sia

Pada hari yang dijanjikan, aku balik ke asrama terlebih dahulu.
Mandi dan membersihkan diri.
Sesudah itu aku menjumpai ustazah dan bersama beliau serta dua orang lagi ustazah pergi ke pejabat agama Islam
Setiba di sana, aku duduk di depan seseorang berhadangkan meja.
Di atas meja terdapat 2 kalimah syahadah. 1 dalam bahasa arab, dan 1 lagi dalam bahasa rumi.
Aku diajar agar menunjukkan jari telunjuk tangan kanan.
Dan aku diajar mengucap 2 kalimah syahadah.

Aku mengucapkan 2 kalimah syahadah dengan membaca tulisan rumi.
Aku membaca 2 kalimah syahadah yang selama ini aku baca dalam hati dan disimpan untuk diluahkan pada hari itu.
2 kalimah syahadah yang amat aku takut luahkan dalam keadaan tidak bersedia.

Seorang daripada ustazah itu menangis sebak.
Aku pula begitu saja. 
Tenang.... dan damai.....
Mungkin aku sudah cukup bersedia dari apa yang aku tahu.
Mungkin aku memang sudah bersedia tanpa aku sedari.
Dan ketika itu umurku, belum lagi mencapai 19 tahun.
Hanya 18 tahun...
Maha suci Allah... Dia tidak melupai janjiku kepadaNya
Seusai saja usia dari genggaman orang tua, janji itu aku penuhi mengikut perancangan Allah yang tersendiri. 

Dan semester itu aku habisi dengan menyambung curi-curi ke kelas agama.
Ditambah dengan curi-curi solat ke bilik rakan yang muslim.
Sekali lagi, perasaan tidak bersedia itu hadir.
Tidak bersedia untuk mengumumkan diri sendiri muslim kepada rakan sekampus, rakan sekuliah dan juga rakan sebilik.


Manok Panggang

Kalau tak silap dari hujung minggu sebelum bulan Ramadhan dah tercari bontot manok panggang.
Belum lagi rezeki, tidak ketemu yang menyelerakan..*aaa.. yang bersih.
Bila berturut hari mengungkit, incik bos cadang beli manok seekor bahagi dua, perap dan panggang sendiri guna ketuhar.
Resepinya mudah saja. Guna versi incik bos. Dia kata jimat masa, saya pun tak penat sangat masak sesudah balik dari kerja.

Bahan-bahan:
Setengah manok
Pes kari *ampun... lupa jenama apa
Gula apong
Kentang
Bawang besar

Cara-cara:
Rebus manok sehingga lembut.
Gaul dan perap dengan pes kari selama setengah hari.
Panaskan ketuhar 200c dengan api atas bawah.
Lapikkan dulang dengan kertas aluminium, bakar manok dalam 20 minit. 
Keluarkan sekejap, ambil sesudu gula apong campur dengan sedikit air, simbah ke atas manok.
Letak sekali kentang dan juga bawang besar.
Bakar sehingga masak.
Tunggu azan maghrib, dan buka puasa dengan manok panggang. 
Bontot manok saya cop awal-awal.. muehehehehe

Gambar? eh, ada.........


boleh dikatakan sengaja membesarkan saiz gambar.. kahkahkahkah

Ya Allah, Aku Mohon Agar Dikasihani... Part 4

Sesungguhnya Engkau maha pengasih ya Allah
Aku hambaMu yang cukup lengkap dengan kekurangan
Janganlah putuskan hubunganMu dengan ku ya Allah
Tidak aku mampu menanggungnya jika itu terjadi
Maka, kasihanilah aku ya Allah
Aku ingin bersamaMu namun aku gentar
Kasihanilah aku ya Allah
Jangan putusi hidayahMu kepada ku

Sehingga satu ketika, aku keseorangan di hujung minggu
Terdetik di hati, sehingga bila aku begini?
Menunggu dan menunggu waktu yang sesuai?
Kenapa harus menunggu?
Kenapa tidak aku yang memburu?

Hampir sejam air mata mengalir pada saat itu
Sedih dan terkilan kerana kekhilafan diri
Yang sudah banyak merugikan diri sendiri
Yang sudah banyak menyiksa jiwa dan hati sendiri
Dan itu adalah hari Sabtu
Sungguh aku berasa tidak sabar menunggu Isnin

Ini semua berlaku semasa aku berada di semester ke tiga pada tahun 2001 di bulan Ogos
Maka Isnin itu aku mendatangi seorang ustazah yang mengajar subjek Tamadun Islam
Aku katakan terus terang tanpa simpang bahawa aku ingin mempelajari agama Islam dengan lebih mendalam
Di akhir perjumpaan, ustazah itu bertanya
Kenapa tidak memeluk agama Islam saja sekarang?
Aku menjawab
Aku ingin belajar dan mendalaminya terlebih dahulu

Perkara pertama yang saya lakukan ialah, menelefon sahabat akrab sewaktu di sekolah.
Aku mengkhabarkan bahawa aku akan menghadiri kelas agama di universiti secara personal dengan seorang ustazah.
Sahabat bertanya, bila ingin memeluk agama Islam secara rasmi?
Jawabku, tunggu sehingga aku belajar dengan lebih baik dan tunggu sehingga aku beroleh kerja.
Perancanganku ketika itu aku rasakan sudah cukup ampuh.
Iaitu, 
Sepanjang pengajian, aku akan memahami agama Islam.
Habis saja pengajian aku akan beroleh kerja.
Dan aku berpeluang membalas jasa ibu bapa dengan berupa wang ringgit.
Jadi, ketika itu maka aku akan memeluk agama Islam.
Setelah hati orang tua ku, aku sejukkan dengan pembalasan budi dan jasa.
Namun perancangan Allah jauh lebih bijak dan hebat..........

Ya Allah, Aku Mohon Agar Dikasihani... Part 3

Ya Allah maha pengasih
Tiada bandingan dengan apa-apa sekali pun
Kuatkanlah iman ku ya Allah
Berikanlah hidayahMu terus terusan kepadaku

Nekad dan tekad hati ini pada ketika itu
Suatu hari nanti, aku akan menyembahMu sebagai seorang muslim
Itu janjiku kepadaMu Allah
"Namun bukan sekarang," kataku ketika itu 
Hati masih lagi kacau dan terumbang ambing
Tidak pasti kepada siapa mahu dirujuk
Tambahan umur tidak mengizinkan
Aku masih di bawah jagaan orang tuaku
Dan hati ini berlengah lagi pada waktu itu

Terdetik beberapa ratus kali sepanjang waktu
Aku rindu menjadi seorang muslim
Aku curi-curi memakai pakaian sebagai seorang muslimah
Aku mula mual memakan makanan tidak halal
Jadi tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti
Adalah satu jalan bagi memanjangkan langkah
Mendekatkan aku kepada janjiku kepadaMu

Aku mula pandai berdalih untuk pergi ke upacara atau kegiatan agama
Terasa sungguh perbuatan itu drastik
Apalagi bila berada di institusi pengajian tinggi
Tiada siapa yang memantau agar aku menghadiri ke upacara keagamaan
Aku bebas... separuh bebas
Sekali lagi aku dikelilingi oleh insan-insan yang dikatakan kuat agamanya
Agama yang diturunkan oleh orang tuaku

Ya Allah, Aku Mohon Agar Dikasihani... Part 2

Ya Allah ya tuhanku
Maha pengasih dan maha penyayang Engkau kepada hambaMu
HidayahMu kepadaku ya Allah...
Mohon agar tidak ditarik kembali..
Jika itu juga yang Engkau putuskan ya Allah..
Janganlah jasad dan rohku ada sisa.. habisilah semuanya
Tidak aku sanggup kehilangan hidayahMu Allah
Tidak aku sanggup...sungguh tidak aku sanggup
Untuk berada di neraka..

Kecamuk jiwa di zaman remaja..
Amat berat aku rasakan ketika itu
Sungguh aku cuba alihkan
Hati ini aku cuba putar belitkan
Bermain dengan gurau senda teman-teman
Malah bermain sejentik api cinta buta
Namun tetap tidak usai kekacauan ini

Aku kembali membaca dan membanding
Aku seludup buku-buku ajaran Islam ke rumah dan baca
Aku ponteng kelas pendidikan moral untuk berada di dalam kelas pendidikan agama Islam
Masih lagi terasa getar hati dan merinding bulu roma kerana mengikuti kelas subjek itu
Kerana aku bukan dibesarkan begitu... melawan arah arus
Bukan itu asuhan keluargaku

Semakin giat aku dengan aktiviti agama
Semakin kerap aku menyeludup buku ajaran Islam ke dalam rumah
Sehinggakan satu ketika, aku membaca terang-terangan di depan keluarga
Masih teringat ibuku bertanya, "dari mana engkau mendapatkan buku ini?"
Aku menjawab dengan jujur seperti yang diterap dalam keluarga
"dari perpustakaan"
ibuku cuma diam... atau kelu lidahnya
Tidak pernah aku bertanya kepadanya mengenai saat itu 

Ketika usia ku lebih kecil di mana sudah terasa keraguanku
ibuku menceritakan sesuatu, yang membawa aku kembali ke jalan mereka
masih dalam ingatan ibuku berkisah, "mana-mana agama itu sama. kamu berbuat baik, syurgalah tempatmu. berbuat jahat jadi ke nerakalah kamu. jadi, tidak kisah antara dua agama ini. jika kamu penganut yang baik, maka baiklah ganjarannya."

Namun aku sudah belajar untuk bertindak.
Ibu, aku sudah tidak terhalang olehmu.

Selasa, 9 Ogos 2011

Ya Allah, Aku Mohon Agar Dikasihani... Part 1

Ya Allah ya tuhanku..
Sungguh aku berasa bertuah kerana dipilih olehMu
Menerima hidayahmu yang tak mampu dirungkaikan oleh yang tertutup hatinya
Ini bukan kisah untuk mencari nama 
Juga bukan kisah meriakkan jiwa
Ini cuma luahan hati untuk menjadi halwa
Bagi mereka yang ingin mengambil iktibar

Sejak mampu berfikir aku sering tertanya-tanya
benarkah agama ini yang diwarisi dari orang tuaku
akan diterimakah aku oleh tuhan di syurga nanti
dengan berpegangkan tali kepercayaan yang dipintal dan disua oleh ibu bapaku
aku tercari-cari sesuatu yang mata kasar tidak mampu terlihat
namun dihidu dengan kuat oleh mata hati

menjejak langkah ke sekolah rendah bermaksud aku perlu mensucikan dosa
aku diajar dibahas malah amat bergiat aktif dalam kegiatan keagamaan
orang tua sanggup menghantar aku ke kelas muzik untuk mempelajari memetik jari jemari organ
ternyata aku disenangi dan disayangi guru-guruku
namun semakin meningkat remaja semakin hebat dan ligat keadaan jiwaku
semakin banyak kali aku mengkhatami buku yang dikatakan suci itu semakin nyata keraguanku
sekali lagi, persoalan dari kecil bermain-main
akan masuk syurgakah aku ini
akan diterima oleh tuhan kah aku ini nanti
aku mula membaca dan membanding untuk meredakan isi hati yang berkecamuk

ibu yang mengandungkan aku selama 9 bulan
ibu yang menjaga dan memelihara ku sejak bayi
tentu saja dia terhidu perilaku
tentu saja dia mencium jika tidak banyak tapi sedikit rasa hati
secara halus keyakinan aku ketika itu diperkukuhkan
aku kembali mengikut asuhan orang tua
untuk seketika..................................
kerana hati tidak usai 
tidak tenteram malah amat bimbang
bagaimana? bagaimana?
diterimakah aku di syurga tuhan nanti?



Khamis, 4 Ogos 2011

Vote For Christina Arissa!!! :)

Pertandingan mencipta logo MRT.
Kak Christina Arissa pula tanpa segan silu memasuki pertandingan ini. Go! Go! Go!
Logo id kak Arissa ialah 26727, nama Christina.
Dan pertandingan ini juga menggunakan undian orang ramai sebagai penentu pemenang.. 
Jadi, jom kita undi untuk Kak Arissa!!
Cara-cara mengundi *muehehehehe:

1. Klik kat sini
2. Klik vote kat bawah logo.
haaa.. tu dia rupa logo kak Arissa

3. Akan keluar begini nanti :

4. Sila daftar, terima terma dan syarat.. akhir sekali klik register. 


5. Buka email, akan terima verification. Klik kat link verification dalam email tu, log in semula ke website ini cari logo kak Arissa dalam page 40 (kalau tak jumpa sila cari. muehehe), klik logo, isi butiran dan klik vote!! jangan pula klik submit logo ya.. done! yeay! 

Jom kita undi! Memang cantik logo akak ni..:)

voting period has been extended to 7 August 2011, 11:59pm.

Selasa, 2 Ogos 2011

Lagi Tips Pemakanan Untuk Hamil

Makanan yang elok dimakan jika merancang ingin hamil.
Badam 5 biji setiap hari
ihsan incik google

Buah delima

juga pinjam dari incik google

Buah zaitun

lagi gambar incik google

Buah kurma

lagi-lagi gambar incik google

sumber dari sini

Isnin, 1 Ogos 2011

Kek Belang Mini

Kek lagi!!
Juga dari resepi kak Sue Aleen

Layan gambar...


1 gambar je pun.. hehehehe..
ok, rupanya tak serupa dengan kak Sue punya. 
Kek belang mini saya permukaan atasnya ada warna berlingkar.
Lagi, kek saya berwarna merah jambu. muehehehe...

Bahan-bahan:
 200 gm coklat putih
*saya guna coklat perisa strawberi. aaaa..Bukan salah saya. Pasaraya dah kehabisan coklat putih.

 3 biji telur

1/2 cawan air
*saya guna susu segar

1 cawan minyak

 1/2 cawan gula halus

1/2 cawan susu pekat

 2 cawan tepung gandum*

 1/2 sudu teh serbuk penaik*

 1/2 sudu teh soda bikarbonat*
*ayak bersama

Cara-cara:
1. Panaskan pengukus dengan api yang sederhana.

2. Cairkan coklat dengan menggunakan kaedah double boiler.


cara double boiler.. ihsan dari incik Google

3. Satukan telur, susu segar, minyak dan gula. Pukul hingga kembang. Masukkan susu pekat dan coklat yang telah dicairkan. Pukul dan sebatikan.

4. Masukkan bahan-bahan yang telah diayak bersama sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati. 

5. Bahagikan adunan kepada dua. 1 adunan saya letak 3 sudu teh serbuk koko. 

6. Griskan acuan dengan marjerin atau minyak. Saya menggunakan acuan apam.. hayyoohh..
Tuangkan adunan berselang seli sehingga penuh 3/4 acuan.

7. Kukus sehingga masak. (20-30 minit) *saya mengambil masa 20 minit sahaja.

8. Tunggu sejuk sebelum dikeluarkan.
*saya keluarkan panas-panas, sebab tak sabar nak cuba. hehehe...

*Tengah men ngap kek belang mini bersama kopi susu panas..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...