Sabtu, 23 Julai 2011

Peraduan Dunia Susu Ibu 2011


Assalamualaikum..
Pertama sekali tahniah dan syabas saya ucapkan kepada diri sendiri kerana akhirnya mempunyai keyakinan diri untuk masuk Peraduan Dunia Susu Ibu 2011. *muehehehe

1. Kategori: 
Saya memilih kategori ke dua iaitu bersalin secara Caesarean. 

2. Tarikh Lahir Anak:
11 Rejab 1431 A.H / 23 Jun 2011

Nur Iman binti Hasmidzul Jojo

MUKADIMAH 
Saya mengandungkan anak pertama beberapa bulan selepas bernikah. Namun bukan rezeki, seawal usia kandungan 18 minggu, saya sudah mengalami sakit nak bersalin. Selepas tiga hari mengalami sakit pinggang dan sengugut, saya melahirkan anak pertama secara normal. Bayi lelaki, dan sebaik sahaja dilahirkan bayi saya meninggal dunia.  
Alhamdullilah, atas hikmah ujian yang melanda telah membawa saya ke dunia yang tidak pernah saya terokai. Tidak lama selepas itu saya terjebak di forum RatuHati.♥♥ Bertemu dan bergaul dengan ramai wanita hebat yang tidak lokek dan segan berkongsi ilmu bermanfaat. Di situ saya mula memahami mengenai perancangan kehamilan, penjagaan semasa hamil dan tentu saja diikuti dengan penyusuan susu ibu. 
10 bulan selepas melahirkan anak pertama, saya disahkan kembali hamil. Kali ini, saya amat bertuah kerana berkongsi berita gembira dengan ramai sahabat terutamanya dari alam maya. 

Keterangan Mengikut Kategori
Apabila kandungan masuk 33 minggu, saya mengalami tekanan darah tinggi. Pemeriksaan rutin dari minggu ke minggu mendapati tekanan darah tinggi saya tidak turun malah semakin melonjak tinggi. Pada minggu ke 36, saya dimasukkan ke wad untuk dipantau sehingga bersalin. 
Pada mulanya saya dijangka bersalin secara normal pada minggu ke 38. Dan sepatutnya, itu adalah kerana kandungan gula yang tinggi dalam badan. Namun, sudah ditetapkan Allah.. saya bersalin secara caesarean pada minggu ke 38 kerana denyut jantung bayi yang semakin lemah akibat darah tinggi. 

Apa Yang Berlaku Semasa Penyusuan 
1. Saya berada di bilik pembedahan selama 2 jam. Setengah jam pertama, bayi saya selamat dikeluarkan. Subhanallah.. bunyi tangisan itu amat merdu menjadi halwa telinga saya. Setelah bayi dibersihkan, cik jururawat memberi ruang kepada saya untuk menatap seketika bayi comel itu. Kemudiannya, bayi saya dibawa ke wad, manakala saya kekal di bilik pembedahan selama satu jam setengah. Saya terlepas menyusukan anak pada 1 jam terawal selepas bersalin. 
2. Selesai semuanya barulah saya dipindahkan ke wad. Walau badan lemah akibat bius, saya rasa sangat bersedia untuk menyusukan anak. Baru saja cik jururawat menghulurkan bayi untuk disusukan, khidmat beliau diperlukan di bilik bersalin. Jadi, pada ketika itu saya yang hanya ditemani suami cuba menyusukan anak tanpa bimbingan dari sesiapa. 
3. Pertama kali saya cuba menyusukan Nur Iman, lekapannya tidak betul. Mulut mungil itu cuma terbuka kecil sangat untuk melekap dengan betul. Keadaan ini berlanjutan sehingga 2 minggu selepas kelahirannya. 
4. Akibat lekapan yang tidak betul, puting payudara saya melecet dan berdarah beberapa hari kemudiannya. 
5. Saya adalah termasuk dalam golongan ibu menyusukan di mana air susunya tidaklah semeriah mana bila dipam.  Saya mula mengepam pada minggu pertama kelahiran Nur Iman. Ini adalah kerana lekapan yang tidak betul mengakibatkan air susu saya tidak keluar. Kali pertama saya pam, tidak sampai pun 1oz untuk kedua belah payudara. 
Gambar hasil pertama yang diambil oleh suami

6. Oleh kerana sudah menjadi resam masyarakat sekeliling, saya disogok agar memberi bayi saya susu formula dan juga air kosong agar tidak menangis selalu. Lebih-lebih lagi, agar tidak menyusahkan saya bila mula bekerja nanti. 

Cara Menghadapi Dan Menyelesaikan Masalah
1. Saya redha, bukan rezeki Nur Iman untuk mendapatkan susu saya pada 1 jam terawal selepas bersalin. Alhamdullilah, beratus-ratus jam selepas itu, cuma air susu saya saja yang masuk ke dalam perut Nur Iman
2. Walau tanpa bimbingan sesiapa, dengan ilmu yang sedikit hasil pembacaan sepanjang kehamilan dari banyak sumber.. Alhamdullilah saya ada sedikit sebanyak yang mampu dipraktikkan pada sesi penyusuan pertama susu ibu. 
3. Lekapan yang tidak betul menyebabkan air susu saya tidak keluar. Pada ketika itu, saya mula mengepam untuk menyimpan stok Nur Iman. Pam ini adalah barangan pertama yang saya beli dalam senarai barang bayi semasa hamil selepas menabung selama 3 bulan. :)
4. Sambil mengubati puting payudara yang luka, saya berusaha membetulkan lekapan mulut Nur Iman. Alhamdullilah, selepas itu bayi saya dapat menyusu dengan baik dan beratnya mula bertambah. 
5. Sepanjang menyusukan anak dan mengepam, saya mengambil pelbagai makanan yang dikatakan mampu merangsang penghasilan susu badan. Antaranya, pucuk paku uban (ulam tradisi semasa berpantang),
gambar ihsan pakcik google

air longan kering, kurma, susu, dan kebanyakannya adalah dari makanan. Pendek kata, semua saya makan. thehehe.. Tak lupa juga dengan supplemen set trial Shaklee. Selain itu, pada bulan pertama, kedua dan ketiga saya sering mengepam dengan cara "power pumping" dan pam selang 3jam untuk melonjakkan hasil susu. Bila mula bekerja, saya mengepam pada waktu rehat sahaja selama 15 minit, bertemankan kad imbas gergasi. he.. 
ya, sempat berposing

6. Alhamdullilah.. saya adalah orang yang nekad dan tekad. hehehe.. *rasa macam asyik puji diri sendiri je. Apa saja kata-kata yang negatif hanya dibiarkan berlalu begitu saja. Apabila didesak agar memberi susu formula atau air kosong kepada Nur Iman, saya hanya mengatakan Nur Iman hanya minum air susu badan. Bila dikatakan Nur Iman berbadan kecil kerana tidak cukup susu, juga saya biarkan. Tidak menjadi masalah bagi saya.

Sokongan
Amat yakin dan tegar saya dengan susu ibu adalah kerana adanya sokongan dari pelbagai pihak. Pertama sekali, tentu saja suami saya. Sejak Nur Iman berada dalam kandungan, saya dan suami sering berbincang mengenai susu ibu. Saya pernah mengatakan kepada suami, dia adalah benteng bagi saya. Dan suami saya juga pernah menyatakan lebih kurang begini.. "Tidak akan anak saya menyusu selain susu ibunya kecuali jikalau ibunya tiada lagi di dunia."       Terima kasih cinta.....♥♥


Selain itu, saya juga mendapat sokongan daripada mommy  saya, mak, sepupu cantek saya.. hehe..
Saya juga mendapat sokongan tidak berbelah bagi dari wanita-wanita kental dan hebat dari RatuHati, terutamanya Kak Harisa, Kak Arissa, Kak Asniza, Kak Sue Aleen.
Dan ramai lagi sebenarnya.
Syukur Alhamdullilah... saya dikelilingi oleh ramai insan yang berkasih sayang. Mudahan mereka semua sentiasa dalam rahmat Allah, dan semoga Nur Iman membesar menjadi anak yang solehah, mendengar kata dan berbakti kepada orang tua, agama dan keluarganya. 


Terima kasih.. Itu saja kisah dari saya. :)







6 ulasan:

  1. satu lagi entry buat air mataku bergenang...
    oh, sungguh emosi daku nih...

    BalasPadam
  2. kak sya,
    he.. apa yang buat bergenang air mata tu?? jangan emosi aaa.. daku rasa biasa je nih. thehehehe

    BalasPadam
  3. tq kak fiza..
    jom la join sama.
    boleh kongsi pengalaman.. boleh jadi rujukan bagi orang macam najihah ni juga kan..

    BalasPadam
  4. alahai....alahaiiii apelah yg dah kusumbangkan neh....semoga iman jadi anak solehah dan sentiasa membanggakan ibu bapa ye dear:)
    emmm...suke baca..seronok pengalaman ni walaupon kengkadang rasa cam terasa2 sakitnye

    BalasPadam
  5. kak harisa...
    banyak yang akak sumbangkan eh.. pengalaman berharga akak tu.. tak lokek nak berkongsi2 eh..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...