Pakcik yang segak berpangkat : "Awak nak jadi apa bila dah besar nanti?"
Budak kecil hingusan : "Saya nak jadi macam mak."
Pakcik yang segak berpangkat: "Mak awak kerja apa?"
Budak kecil hingusan : "Suri rumahtangga."
Pakcik yang segak berpangkat : "Masyaallah.." sambil ketawa sinis. "Kalau ada pilihan jadi cikgu dengan suri rumahtangga, jadi cikgulah lagi bagus!"
Saya kurang pasti, *guna perkataan kurang pasti kerana saya tidak ingin membuat kesimpulan mengenai keperibadian pakcik yang segak berpangkat itu.. ya, saya kurang pasti samada pakcik yang segak berpangkat itu sedar akan peranan seorang suri rumahtangga.
Atau pakcik yang segak berpangkat itu menghadkan batas-batas pengetahuannya mengenai seorang suri rumahtangga.
Tak apa.. biar pakcik yang segak berpangkat itu dengan segaknya dan pangkatnya. Kita jangan kacau.
Janganlah kita menyempitkan pemikiran bahawa seorang suri rumahtangga itu cuma terperap di dalam rumah membuat kerja yang tak sudah-sudah. Janganlah pula kita memandang rendah pada seorang wanita yang berkorban masa dan tenaga demi kesejahteraan keluarganya. Janganlah juga kita *menyengongkan hidung bila berhadapan dengan seorang wanita yang rela melepaskan kerja bergaji untuk menjaga kebajikan keluarganya. Janganlah.. sudah-sudahlah berada di takuk pemikiran orang yang belajar tinggi-tinggi tapi lemah akal bertingkat-tingkat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan