Ahad, 3 Julai 2011

Mengalah Untuk Tenang

Kata-kata dari saya, "sememangnya aku insan hina. sempurna sungguh dengan kekurangan sehingga tiada satupun dalam diriku yang mampu dibanggakan oleh aku atau siapa-siapa."

Kata-kata dari Andre Hirata, "hidup ini kadang-kadang mengerikan."

Tidak perlu bertahan untuk bersikap positif. Tidak perlu memperjuangkan rasa "tidak mengapa, aku boleh!" Tidak perlu bila sudah letih dan penat untuk berbuat demikian. Amat tidak perlu lebih-lebih lagi itu yang dibuku di dalam diri sekian lama. 

Ada waktu, perlu dilepaskan rasa itu. Rasa yang membuatkan kita kelihatan amat emosi, rasa ditenggelami lumpur sehingga sesak nafas. Ya... rasa itu. Rasa yang mempamerkan kelemahan kita. Biarlah mengalah. Mengalah dengan kata-kata yang menyesakkan. Kata-kata yang mampu memberi bekas dan parut dalam hati. Kata-kata yang membuatkan kita rasa kita ini dilahirkan ke dunia hanya untuk mengaut segala kekurangan seluruh insan di bahu. Yang hina yang kurang... Kerana rasa itu kadang-kadang memberikan rasa tenang. Tenang dan damai. Biarlah mengalah sekali ini. Atau sekali yang akan datang. Mungkin sekali dalam dua tiga tahun lagi.

Bukankah kita insan? Rasa itu menyedarkan kita cumalah insan. Sekali sekala biarlah kita sedar kita ini cuma insan yang serba kekurangan lagi hina. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...