Ahad, 10 Julai 2011

Sumpahan Kek Keju Jepun

Layan gambar dulu okeh...........








Ada yang tak sempurna kan? Ya.. kek keju jepun percubaan kedua ini telah menjadi bingka. Lebih dari separuh ia membentuk sebagai makanan yang bernama bingka. Ini bermakna menrigue saya tidak sebati dengan adunan. Emmm, begitulah rasanya. hehehe...

Kali pertama saya mencuba kek ini, sukatan salah dan hasilnya hangit. Langsung tidak dapat dimakan. Kali kedua, ia menjadi bingka. Mungkinkah saya sudah terkena sumpahan kek keju jepun? Kerana ia menjadi satu obsesi kepada saya. Jika kantin di depan rumah itu tidak tutup pada hari ini, memang pantas saja kaki ini melangkah ke sana untuk membeli telur. Cuma itu bahan yang tidak ada dalam simpanan saya buat masa sekarang.

Alkisahnya telur pula. Kerana saya cuma menggunakan "whisk" (lupa pula dalam bahasa melayu apa), maka memukul putih telur sering membuatkan urat lengan kanan saya berdenyut-denyut. Tanda-tanda pembesaran otot yang tidak seimbang.  Pada malam tadi, saya mengorbankan empat biji telur dan korbankan lagi empat biji. Ini adalah kerana putih telur pada pukulan pertama tidak menjadi. Lebih dari setengah jam memukul pun masih cair. Buang, buat yang baru. Cuma mengambil masa 15 minit pula. hmmmm....

Bersabarlah duhai hati.. selepas ini kita cuba lagi okeh... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...