Okey, kali ini ada tips pemakanan isteri pula, selepas tips pemakanan untuk suami. Juga hasil dari pembacaan artikel-artikel yang digoogle. Kebanyakan tips samada untuk suami atau isteri, saya dan suami pernah cuba sendiri sebelum berjaya hamil anak pertama, Nur Iman... itu selepas 10 bulan keguguran kehamilan pertama.
Untuk isteri, pemakanannya lebih kurang sama dengan suami. Antaranya:
1. Folik asid
Terdapat dalam sayuran berdaun hijau, bijirin, beras perang, ayam, keju, buah kurma, sayuran berdaun hijau, susu, daging kambing, hati, daging lembu, ikan salmon, tuna. Boleh juga dapatkan di farmasi dalam bentuk pil. Dos yang disyorkan adalah 400mg. Bukan miligram ya.. tapi mikrogram. he...
2. Zat besi dan protien.
Bayam kaya dengan zat besi. Manakala untuk protien bolehlah mengambil makanan tenusu, telur dan soya.
3. Elakkan makanan atau minuman yang mengandungi kaffien.
Juga antara makanan yang mampu menggalakkan kesuburan wanita ialah, tauge, dal kanji, kacang botol, herba organik, cendawan, daun dukung anak.
Walaubagaimanapun, itu cuma usaha dan ikhtiar. Keserasian dengan badan juga penting. InsyaAllah, jika sudah rezeki, mana-mana tangan sekalipun tidak memungkinkan untuk menghalangnya.
sumber: infoibu, RatuHati, biodex2u, motherhood
thanks sharing2 info.
BalasPadamtu la kan..kekadang ni ni bantai je nak makan pe..hehe.esp tang kopi yang sedap itu.hehe
hee.. kopi tu kena sabaq banyak2.. ash, tahniah eh.. semoga selamat sehingga akhirnya.. :)
BalasPadam