Ya, ini adalah sejenis penyakit yang makan dalam tanpa disedari ramai orang dalam masyarakat menghidapnya. Kalau sedar pun, rasa-rasa tidak ingin mereka nak berubat. Mempersoalkan jodoh dan rezeki itu menjadi rencah asam hidup dalam masyarakat.
Ini petikan komen saya di dalam forum RatuHati mengenai anak perempuan.
"bagi sesetengah orang, antara anak lelaki dan anak perempuan itu maha besar perbezaannya. kerana itulah timbul soalan, cemuhan, pandangan yang boleh menyakitkan hati untuk mereka yang hanya mempunyai anak perempuan.
tidakkah mereka sedar, itu bukan urusan mereka? malah tidak sedarkah mereka, mereka telah mempersoalkan urusan ALLAH? jika pasangan itu redha dengan anugerah rezeki yang diberi ALLAH, kenapa pula ada yang mencebik dan mencemuh. buat najihah tertanya2, andai mereka berada di situasi dan keadaan yang sama, bersyukurkah mereka kepada ALLAH kerana mempunyai rata2nya anak perempuan?
pada kehamilan pertama najihah, suami amat berharap dapat anak lelaki. najihah jawab, itu terpulang kepada rezeki. suami mengiyakan, tapi tidak sepenuh hati. hanya atas sebab dia adalah anak sulung, bapanya juga anak sulung. dan ya, anak yang dikandung adalah lelaki. namun, bukan rezeki kami.
kehamilan kedua, suami redha. anak lelaki atau anak perempuan tetap sama. bagi yang sudah merasai kehilangan, kami amat bersyukur dengan kelahiran anak perempuan, Nur Iman.
anak lelaki atau anak perempuan tetap sama. tetap dididik, dibimbing, diberi kasih sayang tanpa berbelah bagi.
bagi najihah, tak mampu kita nak melayan mereka yang selalu mempersoalkan kenapa si dia itu atau si dia ini hanya ada anak perempuan? kelompok ini, seolah2 kehidupan ini tiada urusan lain. asyik mempersoal je kerojenye."
Namun, tiada apa yang lebih menyenangkan hati ibu bapa yang memiliki anak-anak perempuan selain daripada hadis sahih ini..
Sahih Muslim memetik Muhammad (s.a.w.) berkata:
"Sesiapa yang membesarkan dua orang anak perempuan sehingga mereka dewasa, dia dan aku pada hari akhirat akan adalah seperti ini; dan beliau merapatkan jari-jarinya."
Jadi, peliharalah, didiklah anak-anak perempuan kita dengan sempurna. InsyaAllah, mereka adalah saham kita di dunia dan akhirat.
insyaAllah... anak perempuanku kebanggaanku
saya setuju kata2 jihah...
BalasPadamhe... setuju je..
BalasPadamnajihah,
BalasPadamsedih saya baca,sbb tgh bersedih pun. =)
btul tu..kebetulan,sekeliling saya,kawan2 ngandung anak kedua,semua nye akan dapat sepasang.
jauh di sudut hati,mmg terdetik rasa cemburu.
apatah lagi,keinginan saya nak anak ramai,semakin memudar kerana masih lagi fobia kan..saya tau dan alami,mengandung ni tak semestinya akan ada anak.semuanya atas urusan allah.
saya pun da dua anak perempuan wlpun sorangnye da tiada.kami skang,tak kisah da lelaki atau perempuan.kalu semua perempuan pun tak pe asalkan anak2 itu allah izinkan panjang umurnya bersama2 kami.skang,kalu anak tak ramai pun takpe.asalkan allah izinkan tambah sekalipun allah izinkan satu je lagi sebagai peneman aleeya.(waallahualam)..
mmg ada setengah orang,bangga bila da dapat sepasang,ada juga yang hepi sgt bercerita tentang impian nak anak ramai 4-5 orang..kdg2 bila bercakap dgn orang2 gni,saya jadi sedih sbb kami sebaya kan.tapi saya muhasabah diri..semua tu kuasa allah kan..
ada sebabnya,allah beri kita semua perempuan atau semua lelaki.ada sebabnya allah beri kita sikit atau banyak anak.
smalam baru bitau hubby,seandainya takdir hidup kita hanya anak dua hidup di dunia,munkin allah hendak beri kita rezki dlm bentuk lain kan.(memujuk hati...)..
asalnya sbb tersayu hati tetiba,bila kawan2 rapat ngandung anak semua dapat sepasang..hepi suara announce akan lengkap sepasang.
(bisikan syaitan sungguh! buat saya tetiba sedih....)
btw,thanks for the entry..
BalasPadam=)
ash..
BalasPadamrezeki kita bahagian kita tiada siapa yang berhak menentukan kecuali Allah..
kalau sudah rezeki kita, mana2 tangan sekalipun tidak dapat menghalangnya.
kalau sudah bukan rezeki kita, sehingga ke nafas terakhir juga tidak memungkinkan ia menjadi milik kita.
Allah lebih mengetahui ya.. jangan sedih ya ash.. akan ada rezekimu jua nanti. insyaAllah..