Bayi tersebut yang dinamakan Jamie kemudiannya diserahkan kepada ibunya. Kate Ogg membogelkan bayinya dan meletakkan bayi tersebut di dadanya. Setelah hampir 2 jam Kate Ogg memeluk dan berbual-bual dengan bayinya, tiba-tiba bayi tersebut bergerak. Kate Ogg dalam keadaan yang terperanjat namun begitu dia memberikan bayinya susu menggunakan jari. Bayi tersebut mula bernafas. Dan kemudiannya bayi yang diberi nama Jamie itu membuka matanya.
Pihak doktor mengatakan ianya hanya pergerakan refleks pada pergerakan pertama Jamie. Jamie dikatakan bernafas dengan tidak teratur pada mulanya. Namun kecekalan Kate membuatkan dia memberikan susu kepada Jamie dengan menggunakan jari. Selepas minum susu tersebut, Jamie bernafas secara normal. Pihak doktor seolah-olah amat tidak percaya dengan apa yang telah berlaku.
Jamie kemudiannya berpeluang membesar dengan sihat bersama kembarnya, Emily.
Apa yang dilakukan oleh Kate Ogg adalah dikenali sebagai "kangaroo care." Penggunaan cara ini amat meluas terutama di negara-negara miskin di mana tiada kemudahan inkubator untuk bayi lahir pramatang.
Manakala, David Ogg amat berbangga dengan tindakan Kate pada waktu itu.
'Luckily I've got a very strong, very smart wife. She instinctively did what she did. If she hadn't done that, Jamie probably wouldn't be here.' Saat pasangan tersebut meratapi kematian bayi lelaki mereka
Saat Jamie dikatakan mempunyai peluang yang cerah untuk hidup
Bahagia bersama Jamie
Sumber: Daily Mail
Tiada ulasan:
Catat Ulasan