Selasa, 5 Julai 2011

Akhirnya..... Ku Punya errr.. Brownies Lapis Cheese??

Selepas kehancuran kek keju jepun, dengan penuh rendah hati saya membuat sandwich keju telur. Satu untuk saya dan Nur Iman. Satu lagi untuk incik bos. Makan dengan penuh rasa gembiranya. haha..


keju di tengah-tengah

Selepas itu, saya ingin mencuba membuat brownies pula. Brownies lapis cheese. Bukan main lagi. Tapi, kerana tepung brownies tak juga dijumpai, saya guna resepi cik adik  ini.

Bahan-bahan:
Lapisan brownies
200gm marjerin (3/4 cawan + 1 sudu besar penuh)
200gm dark chocolate/choc masakan (3/4 cawan choc yang disagat atau dihiris halus)
170gm tepung gandum (1 1/2 cawan rata)-ayak
30gm serbuk koko (1/4 cawan rata)-ayak
170gm gula halus (1/2 cawan + 3 sudu besar rata)
4 biji telur

*saya guna gula kasar saja. kes agak kelemauan mengisar gula di malam hari. hehe.. sukatan saya kurangkan.

Lapisan cheese
250gm cream cheese
60gm gula castor
25 ml air
1 biji telur gred A

*Tak ada telur gred A. Jadi guna 2 biji telur. Memandai saja..

Cara-cara:
1. Panaskan kukusan. Buat lapisan brownies terlebih dahulu.
2.  Cairkan marjerin dan coklat masakan. Ketepikan.
3. Pukul gula dan telur sehingga kembang.
4. Masukkan tepung dan serbuk koko sedikit demi sedikit sehingga habis. Kacau sebati. *waktu ini, saya mengacau, memasukkan tepung dan kacau lagi sambil mendukung Nur Iman. Tetiba nak bermanja.
5. Masukkan pula marjerin dan coklat masakan cair tadi.
6. Griskan loyang dengan marjerin dan alas dengan kertas minyak.
7. Masukkan setengah ke dalam loyang, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
8. Sementara, mari buat lapisan cheese pula. Pukul semua bahan kecuali telur.
9. Masukkan telur, pukul sekejap bagi rata.
10. Tuang adunan cheese ke atas brownies yang dah masak tadi.
11. Kukus selama 20 minit. Selepas itu tuang baki brownies dan kukus lagi selama 20 minit.
* untuk lapisan terakhir, saya kukus hampir 1 jam. Jenuh aih.. Tak percaya, tengok sini.

Untuk topping, saya cuma guna 175gm coklat diary milk dan sesudu marjerin.

Hasilnya..................


Dan saya agak ragu-ragu menjudulkan catatan brownies ini adalah brownies lapis cheese. Ini sebabnya...


Ia telah menjadi kek coklat lapis keju kukus kak sue! Cuma saya punya corak tak berapa nak mengancam.

Apa-apapun, sepotong telah selamat dalam perut pada pukul 1.55 pagi.  Alhamdullilah..










.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...