Ahad, 24 Julai 2011

5 Langkah Pertama....

Minggu lepas Nur Iman menunjukkan minat untuk melangkah. 
Jadi, abanya sering mengiring dia berjalan-jalan di dalam rumah. Bila dipinta untuk berjalan sendiri, dia ralat. Lebih suka merangkak pula. Bila diiring, laju je kaki cumil tu melangkah. 
Sehinggalah, satu petang tu... kami ke pasaraya untuk membeli barangan. Nur Iman pula diiring berjalan oleh abanya. Abanya cuba lepaskan tangan dari pegangan Nur Iman.. 
And guess.... she walked on her own. Five first steady steps. Sambil-sambil dia nak capai barang di rak dalam pasaraya. Oh... itu pemangkinnya ya... hahahaaha...
Sekarang, dia rajin berlatih. Bangun sendiri, berjalan. Terduduk, bangun sendiri dan jalan lagi. Bila saya atau suami ada kelapangan, kami akan beri semangat untuk dia teruskan dan teruskan.. 
Alhamdullilah.... 
Cuma ralat, gambar dan video Nur Iman tak dapat dimuat naik. Dalam telefon bimbit ada, cuma bila nak muat naik, tak keluar pula..  huhu....

4 ulasan:

  1. wahh..da berjalan...
    nanti lari plak tau nur iman..

    biar penat mamanya nak kejar.hehe

    BalasPadam
  2. Wah dah nak berjalan yer.. Hehe.. Lelebih lagi ada yang menrik minat dia nak capai.. Makin laju lepas ni insyaAllah.. :)

    BalasPadam
  3. insyaAllah... lady, tak sabar tunggu baby lady pula. :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...