Ahad, 31 Julai 2011

Selamat Kembali Wahai Ramadhan Yang Dimuliakan

Ahlan wasahlan ya Ramadhan al mubarak
Alhamdullilah dipanjangkan usia untuk bertemu kembali
Mudahan Ramadhan kali ini lebih baik dari yang lepas
Mudahan Ramadhan kali ini tidak sia-sia
Ya ALLAH, berikanlah aku tenaga yang mencukupi, berikanlah aku kekuatan, dan teguhkanlah iman serta mindaku, agar mampu melunaskan tanggungjawabku sebagai isteri, ibu dan pekerja sepanjang bulan Ramadhan yang dimuliakan ini
Jadikanlah Ramadhan aku kali ini penuh bermakna dan bukannya mendapat lapar dan dahaga semata-mata... amin.....

Lafaz niat puasa:
Maksudnya: sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardhu ramadhan tahun ini kerana Allah Ta'ala.

Lafaz niat berbuka puasa:
Maksudnya : Ya ALLAH bagi Engkau aku berpuasa, dan kepada Engkau aku beriman, dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya ALLAH, aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.


peringatan ihsan incik Google

Selamat menjalani ibadah puasa 2011

2 ulasan:

  1. selamat menjalani ibadah puasa..semoga segala amalan kita diterima olehNya..

    BalasPadam
  2. samalah kita ya... selamat berpuasa dan mudahan amalan diterima oleh Allah..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...