Selasa, 16 Ogos 2011

Ya Allah, Aku Mohon Agar Dikasihani... Part 8

Ya Allah....
Tempat aku mengadu....
Hidayah ini walau bukan milikku..
Aku peluk kejap jua...
Roh ini amat memerlukannya Allah...
Aku amat mementingkan diri ya Allah...
Aku meminta dan meminta dariMu tanpa henti..
Jangan dicabut nyawaku jika tanpa hidayahMu..
Aku takut......

Cuti semester aku tetap kembali ke rumah ibuku.
Perkara pertama yang aku lakukan ialah mencari arah kiblat.
Bila tiba waktu, aku solat di dalam bilik ibu dan ku kunci.
Adik-adikku masih kecil dan tidak mengerti.
Jadi mereka sering mengganggu jika pintu bilik tidak dikunci.

Jika sebelum itu, suara azan seolah-olah angin bagi ibu.
Tetapi semenjak keislamanku, ibu amat sensitif.
Jika azan berkumandang terutama di televisyen, cepat-cepat dia menyuruhku mengecilkan bunyinya.
Luka di hati ibu belum mampu diubati.. Walaupun dia tetap menerimaku seperti biasa.
Aku ikutkan saja.. turutkan saja.. Tidak pernah pula perlakuan ibu yang dituruti bertentangan dengan syariah.

Urusan ibu juga aku serahkan kepada Allah.
Aku tiada kata-kata yang perlu diungkapkan.
Mereka tetap tidak akan faham.
Dan, itu aku faham. 

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...