Selasa, 9 Ogos 2011

Ya Allah, Aku Mohon Agar Dikasihani... Part 1

Ya Allah ya tuhanku..
Sungguh aku berasa bertuah kerana dipilih olehMu
Menerima hidayahmu yang tak mampu dirungkaikan oleh yang tertutup hatinya
Ini bukan kisah untuk mencari nama 
Juga bukan kisah meriakkan jiwa
Ini cuma luahan hati untuk menjadi halwa
Bagi mereka yang ingin mengambil iktibar

Sejak mampu berfikir aku sering tertanya-tanya
benarkah agama ini yang diwarisi dari orang tuaku
akan diterimakah aku oleh tuhan di syurga nanti
dengan berpegangkan tali kepercayaan yang dipintal dan disua oleh ibu bapaku
aku tercari-cari sesuatu yang mata kasar tidak mampu terlihat
namun dihidu dengan kuat oleh mata hati

menjejak langkah ke sekolah rendah bermaksud aku perlu mensucikan dosa
aku diajar dibahas malah amat bergiat aktif dalam kegiatan keagamaan
orang tua sanggup menghantar aku ke kelas muzik untuk mempelajari memetik jari jemari organ
ternyata aku disenangi dan disayangi guru-guruku
namun semakin meningkat remaja semakin hebat dan ligat keadaan jiwaku
semakin banyak kali aku mengkhatami buku yang dikatakan suci itu semakin nyata keraguanku
sekali lagi, persoalan dari kecil bermain-main
akan masuk syurgakah aku ini
akan diterima oleh tuhan kah aku ini nanti
aku mula membaca dan membanding untuk meredakan isi hati yang berkecamuk

ibu yang mengandungkan aku selama 9 bulan
ibu yang menjaga dan memelihara ku sejak bayi
tentu saja dia terhidu perilaku
tentu saja dia mencium jika tidak banyak tapi sedikit rasa hati
secara halus keyakinan aku ketika itu diperkukuhkan
aku kembali mengikut asuhan orang tua
untuk seketika..................................
kerana hati tidak usai 
tidak tenteram malah amat bimbang
bagaimana? bagaimana?
diterimakah aku di syurga tuhan nanti?



Khamis, 4 Ogos 2011

Vote For Christina Arissa!!! :)

Pertandingan mencipta logo MRT.
Kak Christina Arissa pula tanpa segan silu memasuki pertandingan ini. Go! Go! Go!
Logo id kak Arissa ialah 26727, nama Christina.
Dan pertandingan ini juga menggunakan undian orang ramai sebagai penentu pemenang.. 
Jadi, jom kita undi untuk Kak Arissa!!
Cara-cara mengundi *muehehehehe:

1. Klik kat sini
2. Klik vote kat bawah logo.
haaa.. tu dia rupa logo kak Arissa

3. Akan keluar begini nanti :

4. Sila daftar, terima terma dan syarat.. akhir sekali klik register. 


5. Buka email, akan terima verification. Klik kat link verification dalam email tu, log in semula ke website ini cari logo kak Arissa dalam page 40 (kalau tak jumpa sila cari. muehehe), klik logo, isi butiran dan klik vote!! jangan pula klik submit logo ya.. done! yeay! 

Jom kita undi! Memang cantik logo akak ni..:)

voting period has been extended to 7 August 2011, 11:59pm.

Selasa, 2 Ogos 2011

Lagi Tips Pemakanan Untuk Hamil

Makanan yang elok dimakan jika merancang ingin hamil.
Badam 5 biji setiap hari
ihsan incik google

Buah delima

juga pinjam dari incik google

Buah zaitun

lagi gambar incik google

Buah kurma

lagi-lagi gambar incik google

sumber dari sini

Isnin, 1 Ogos 2011

Kek Belang Mini

Kek lagi!!
Juga dari resepi kak Sue Aleen

Layan gambar...


1 gambar je pun.. hehehehe..
ok, rupanya tak serupa dengan kak Sue punya. 
Kek belang mini saya permukaan atasnya ada warna berlingkar.
Lagi, kek saya berwarna merah jambu. muehehehe...

Bahan-bahan:
 200 gm coklat putih
*saya guna coklat perisa strawberi. aaaa..Bukan salah saya. Pasaraya dah kehabisan coklat putih.

 3 biji telur

1/2 cawan air
*saya guna susu segar

1 cawan minyak

 1/2 cawan gula halus

1/2 cawan susu pekat

 2 cawan tepung gandum*

 1/2 sudu teh serbuk penaik*

 1/2 sudu teh soda bikarbonat*
*ayak bersama

Cara-cara:
1. Panaskan pengukus dengan api yang sederhana.

2. Cairkan coklat dengan menggunakan kaedah double boiler.


cara double boiler.. ihsan dari incik Google

3. Satukan telur, susu segar, minyak dan gula. Pukul hingga kembang. Masukkan susu pekat dan coklat yang telah dicairkan. Pukul dan sebatikan.

4. Masukkan bahan-bahan yang telah diayak bersama sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati. 

5. Bahagikan adunan kepada dua. 1 adunan saya letak 3 sudu teh serbuk koko. 

6. Griskan acuan dengan marjerin atau minyak. Saya menggunakan acuan apam.. hayyoohh..
Tuangkan adunan berselang seli sehingga penuh 3/4 acuan.

7. Kukus sehingga masak. (20-30 minit) *saya mengambil masa 20 minit sahaja.

8. Tunggu sejuk sebelum dikeluarkan.
*saya keluarkan panas-panas, sebab tak sabar nak cuba. hehehe...

*Tengah men ngap kek belang mini bersama kopi susu panas..




Ahad, 31 Julai 2011

Selamat Kembali Wahai Ramadhan Yang Dimuliakan

Ahlan wasahlan ya Ramadhan al mubarak
Alhamdullilah dipanjangkan usia untuk bertemu kembali
Mudahan Ramadhan kali ini lebih baik dari yang lepas
Mudahan Ramadhan kali ini tidak sia-sia
Ya ALLAH, berikanlah aku tenaga yang mencukupi, berikanlah aku kekuatan, dan teguhkanlah iman serta mindaku, agar mampu melunaskan tanggungjawabku sebagai isteri, ibu dan pekerja sepanjang bulan Ramadhan yang dimuliakan ini
Jadikanlah Ramadhan aku kali ini penuh bermakna dan bukannya mendapat lapar dan dahaga semata-mata... amin.....

Lafaz niat puasa:
Maksudnya: sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardhu ramadhan tahun ini kerana Allah Ta'ala.

Lafaz niat berbuka puasa:
Maksudnya : Ya ALLAH bagi Engkau aku berpuasa, dan kepada Engkau aku beriman, dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya ALLAH, aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.


peringatan ihsan incik Google

Selamat menjalani ibadah puasa 2011

Jumaat, 29 Julai 2011

Muffin Pisang Kurma

thehehehe... asyik.. tak lama cuti oven tu.. 
Dapat je resepi ini dari Mummy Qaseh Manja, terus nak buat. Nampak senang, dan menjadi walau kali pertama buat muffin. 

Bahan-bahan:
1. pisang (saiz sederhana) 3 biji 
* saya guna 5 biji pisang sebab saiznya kecil

2. tepung gandum 1 1/2 cawan

3. bijirin oat 1 cawan

4. kurma 15 biji
*letak 13 biji saja

5. minyak 1/2 cawan

6. esen vanilla
*esen vanilla saya dah habis, dengan tips dari kak Sue Aleen, letak esen pisang

7. serbuk penaik 1 sudu besar

8. garam
*juga tak letak

Cara-cara :
1. Lenyek pisang hingga hancur. 

2. Masukkan tepung gandum, serbuk penaik dan bijirin oat ke dalam mangkuk aduanan. dan kacau.

3. Dalam mangkuk lain, masukkan minyak, kurma yang telah dikisar, telur, esen vanilla/pisang. Adun dengan kelajuan yang sederhana. Tak perlu diadun lama dan telur tak perlu terlalu kembang.
*bahan-bahan ini semua saya masuk dalam pengisar dan kisar. harharharhar

4. Masukkan pisang lenyek ke dalam aduanan kering dan curahkan adunan basah. Gaul sebati.

5. Panaskan ketuhar 200c dalam 10 minit.

6. Griskan acuan

7. Tuang aduanan ke dalam acuan.
*sebab tak pernah tengok adunan muffin macam mana, pada ketika ini saya agak kejakunan. muahahaha..

8. Bakar dengan suhu 200c selama 20minit.
*Entah kenapa saya bakar tambah lagi 5minit dengan api atas dan bawah.

9. Apabila masak, segera keluarkan daripada ketuhar. 

tadaaaaa....




1 Minit Penyusuan Bayi Serentak

Maklumat dapat dari Mummy Qaseh Manja

Marilah sertai ibu-ibu seluruh Malaysia dalam "1 Minit Penyusuan Bayi Serentak".
Anda boleh berada di mana-mana!
Hanya menyusukan bayi anda pada:

Tarikh : Ogos 6 2011
Masa : 3.00pm - 3.01pm
Tempat : Mana-mana!

1. Email pgmmps@gmail.com sekarang nama ibu dan bayi dan alamat email anda untuk pra-pendaftaran.
2. Menyusukan bayi anda pada Ogos 6 2011 jam 3 petang selama 1 minit.
3. Menjelang 3.30 petang, menghantar MMPS email pgmmps@gmail.com atau sms kepada SATU (SATU nombor sahaja) nombor berikut: : 0174259378 / 0124156446 / 0165533782. 
 Email / SMS kami nama ibu dan bayi, alamat e-mel anda. (Sebagai contoh:Connie Mooi dan YangYang, pgmmps@gmail.com). Kami akan menghantar e-sijil kepada anda.

Terima Kasih.
Connie Mooi


MMPS (Mother to Mother Peer Supporter)



Ahad, 24 Julai 2011

5 Langkah Pertama....

Minggu lepas Nur Iman menunjukkan minat untuk melangkah. 
Jadi, abanya sering mengiring dia berjalan-jalan di dalam rumah. Bila dipinta untuk berjalan sendiri, dia ralat. Lebih suka merangkak pula. Bila diiring, laju je kaki cumil tu melangkah. 
Sehinggalah, satu petang tu... kami ke pasaraya untuk membeli barangan. Nur Iman pula diiring berjalan oleh abanya. Abanya cuba lepaskan tangan dari pegangan Nur Iman.. 
And guess.... she walked on her own. Five first steady steps. Sambil-sambil dia nak capai barang di rak dalam pasaraya. Oh... itu pemangkinnya ya... hahahaaha...
Sekarang, dia rajin berlatih. Bangun sendiri, berjalan. Terduduk, bangun sendiri dan jalan lagi. Bila saya atau suami ada kelapangan, kami akan beri semangat untuk dia teruskan dan teruskan.. 
Alhamdullilah.... 
Cuma ralat, gambar dan video Nur Iman tak dapat dimuat naik. Dalam telefon bimbit ada, cuma bila nak muat naik, tak keluar pula..  huhu....

Sabtu, 23 Julai 2011

Peraduan Dunia Susu Ibu 2011


Assalamualaikum..
Pertama sekali tahniah dan syabas saya ucapkan kepada diri sendiri kerana akhirnya mempunyai keyakinan diri untuk masuk Peraduan Dunia Susu Ibu 2011. *muehehehe

1. Kategori: 
Saya memilih kategori ke dua iaitu bersalin secara Caesarean. 

2. Tarikh Lahir Anak:
11 Rejab 1431 A.H / 23 Jun 2011

Nur Iman binti Hasmidzul Jojo

MUKADIMAH 
Saya mengandungkan anak pertama beberapa bulan selepas bernikah. Namun bukan rezeki, seawal usia kandungan 18 minggu, saya sudah mengalami sakit nak bersalin. Selepas tiga hari mengalami sakit pinggang dan sengugut, saya melahirkan anak pertama secara normal. Bayi lelaki, dan sebaik sahaja dilahirkan bayi saya meninggal dunia.  
Alhamdullilah, atas hikmah ujian yang melanda telah membawa saya ke dunia yang tidak pernah saya terokai. Tidak lama selepas itu saya terjebak di forum RatuHati.♥♥ Bertemu dan bergaul dengan ramai wanita hebat yang tidak lokek dan segan berkongsi ilmu bermanfaat. Di situ saya mula memahami mengenai perancangan kehamilan, penjagaan semasa hamil dan tentu saja diikuti dengan penyusuan susu ibu. 
10 bulan selepas melahirkan anak pertama, saya disahkan kembali hamil. Kali ini, saya amat bertuah kerana berkongsi berita gembira dengan ramai sahabat terutamanya dari alam maya. 

Keterangan Mengikut Kategori
Apabila kandungan masuk 33 minggu, saya mengalami tekanan darah tinggi. Pemeriksaan rutin dari minggu ke minggu mendapati tekanan darah tinggi saya tidak turun malah semakin melonjak tinggi. Pada minggu ke 36, saya dimasukkan ke wad untuk dipantau sehingga bersalin. 
Pada mulanya saya dijangka bersalin secara normal pada minggu ke 38. Dan sepatutnya, itu adalah kerana kandungan gula yang tinggi dalam badan. Namun, sudah ditetapkan Allah.. saya bersalin secara caesarean pada minggu ke 38 kerana denyut jantung bayi yang semakin lemah akibat darah tinggi. 

Apa Yang Berlaku Semasa Penyusuan 
1. Saya berada di bilik pembedahan selama 2 jam. Setengah jam pertama, bayi saya selamat dikeluarkan. Subhanallah.. bunyi tangisan itu amat merdu menjadi halwa telinga saya. Setelah bayi dibersihkan, cik jururawat memberi ruang kepada saya untuk menatap seketika bayi comel itu. Kemudiannya, bayi saya dibawa ke wad, manakala saya kekal di bilik pembedahan selama satu jam setengah. Saya terlepas menyusukan anak pada 1 jam terawal selepas bersalin. 
2. Selesai semuanya barulah saya dipindahkan ke wad. Walau badan lemah akibat bius, saya rasa sangat bersedia untuk menyusukan anak. Baru saja cik jururawat menghulurkan bayi untuk disusukan, khidmat beliau diperlukan di bilik bersalin. Jadi, pada ketika itu saya yang hanya ditemani suami cuba menyusukan anak tanpa bimbingan dari sesiapa. 
3. Pertama kali saya cuba menyusukan Nur Iman, lekapannya tidak betul. Mulut mungil itu cuma terbuka kecil sangat untuk melekap dengan betul. Keadaan ini berlanjutan sehingga 2 minggu selepas kelahirannya. 
4. Akibat lekapan yang tidak betul, puting payudara saya melecet dan berdarah beberapa hari kemudiannya. 
5. Saya adalah termasuk dalam golongan ibu menyusukan di mana air susunya tidaklah semeriah mana bila dipam.  Saya mula mengepam pada minggu pertama kelahiran Nur Iman. Ini adalah kerana lekapan yang tidak betul mengakibatkan air susu saya tidak keluar. Kali pertama saya pam, tidak sampai pun 1oz untuk kedua belah payudara. 
Gambar hasil pertama yang diambil oleh suami

6. Oleh kerana sudah menjadi resam masyarakat sekeliling, saya disogok agar memberi bayi saya susu formula dan juga air kosong agar tidak menangis selalu. Lebih-lebih lagi, agar tidak menyusahkan saya bila mula bekerja nanti. 

Cara Menghadapi Dan Menyelesaikan Masalah
1. Saya redha, bukan rezeki Nur Iman untuk mendapatkan susu saya pada 1 jam terawal selepas bersalin. Alhamdullilah, beratus-ratus jam selepas itu, cuma air susu saya saja yang masuk ke dalam perut Nur Iman
2. Walau tanpa bimbingan sesiapa, dengan ilmu yang sedikit hasil pembacaan sepanjang kehamilan dari banyak sumber.. Alhamdullilah saya ada sedikit sebanyak yang mampu dipraktikkan pada sesi penyusuan pertama susu ibu. 
3. Lekapan yang tidak betul menyebabkan air susu saya tidak keluar. Pada ketika itu, saya mula mengepam untuk menyimpan stok Nur Iman. Pam ini adalah barangan pertama yang saya beli dalam senarai barang bayi semasa hamil selepas menabung selama 3 bulan. :)
4. Sambil mengubati puting payudara yang luka, saya berusaha membetulkan lekapan mulut Nur Iman. Alhamdullilah, selepas itu bayi saya dapat menyusu dengan baik dan beratnya mula bertambah. 
5. Sepanjang menyusukan anak dan mengepam, saya mengambil pelbagai makanan yang dikatakan mampu merangsang penghasilan susu badan. Antaranya, pucuk paku uban (ulam tradisi semasa berpantang),
gambar ihsan pakcik google

air longan kering, kurma, susu, dan kebanyakannya adalah dari makanan. Pendek kata, semua saya makan. thehehe.. Tak lupa juga dengan supplemen set trial Shaklee. Selain itu, pada bulan pertama, kedua dan ketiga saya sering mengepam dengan cara "power pumping" dan pam selang 3jam untuk melonjakkan hasil susu. Bila mula bekerja, saya mengepam pada waktu rehat sahaja selama 15 minit, bertemankan kad imbas gergasi. he.. 
ya, sempat berposing

6. Alhamdullilah.. saya adalah orang yang nekad dan tekad. hehehe.. *rasa macam asyik puji diri sendiri je. Apa saja kata-kata yang negatif hanya dibiarkan berlalu begitu saja. Apabila didesak agar memberi susu formula atau air kosong kepada Nur Iman, saya hanya mengatakan Nur Iman hanya minum air susu badan. Bila dikatakan Nur Iman berbadan kecil kerana tidak cukup susu, juga saya biarkan. Tidak menjadi masalah bagi saya.

Sokongan
Amat yakin dan tegar saya dengan susu ibu adalah kerana adanya sokongan dari pelbagai pihak. Pertama sekali, tentu saja suami saya. Sejak Nur Iman berada dalam kandungan, saya dan suami sering berbincang mengenai susu ibu. Saya pernah mengatakan kepada suami, dia adalah benteng bagi saya. Dan suami saya juga pernah menyatakan lebih kurang begini.. "Tidak akan anak saya menyusu selain susu ibunya kecuali jikalau ibunya tiada lagi di dunia."       Terima kasih cinta.....♥♥


Selain itu, saya juga mendapat sokongan daripada mommy  saya, mak, sepupu cantek saya.. hehe..
Saya juga mendapat sokongan tidak berbelah bagi dari wanita-wanita kental dan hebat dari RatuHati, terutamanya Kak Harisa, Kak Arissa, Kak Asniza, Kak Sue Aleen.
Dan ramai lagi sebenarnya.
Syukur Alhamdullilah... saya dikelilingi oleh ramai insan yang berkasih sayang. Mudahan mereka semua sentiasa dalam rahmat Allah, dan semoga Nur Iman membesar menjadi anak yang solehah, mendengar kata dan berbakti kepada orang tua, agama dan keluarganya. 


Terima kasih.. Itu saja kisah dari saya. :)







Khamis, 21 Julai 2011

Baca Dan Baca Lagi..

Jom baca di tehsecawan.. insyaAllah banyak ilmu manfaat yang boleh kita buat sebagai muhasabah diri.. boleh juga kongsi-kongsi dengan kawan-kawan. Siapa-siapa yang ada fb, boleh like tehsecawan. Leka yang tidak merugikan kalau membaca dari blog dan fb itu.

Ahad, 17 Julai 2011

Pemakanan Untuk Isteri, Dalam Perancangan Ingin Hamil. InsyaAllah..

Okey, kali ini ada tips pemakanan isteri pula, selepas tips pemakanan untuk suami. Juga hasil dari pembacaan artikel-artikel yang digoogle. Kebanyakan tips samada untuk suami atau isteri, saya dan suami pernah cuba sendiri sebelum berjaya hamil anak pertama, Nur Iman... itu selepas 10 bulan keguguran kehamilan pertama.

Untuk isteri, pemakanannya lebih kurang sama dengan suami. Antaranya:

1. Folik asid
Terdapat dalam sayuran berdaun hijau, bijirin, beras perang, ayam, keju, buah kurma, sayuran berdaun hijau, susu, daging kambing, hati, daging lembu, ikan salmon, tuna. Boleh juga dapatkan di farmasi dalam bentuk pil. Dos yang disyorkan adalah 400mg. Bukan miligram ya.. tapi mikrogram. he...

2. Zat besi dan protien.
Bayam kaya dengan zat besi.  Manakala untuk protien bolehlah mengambil makanan tenusu, telur dan soya.

3. Elakkan makanan atau minuman yang mengandungi kaffien.

Juga antara makanan yang mampu menggalakkan kesuburan wanita ialah, tauge, dal kanji, kacang botol, herba organik, cendawan, daun dukung anak.

Walaubagaimanapun, itu cuma usaha dan ikhtiar. Keserasian dengan badan juga penting. InsyaAllah, jika sudah rezeki, mana-mana tangan sekalipun tidak memungkinkan untuk menghalangnya.

sumber: infoibuRatuHatibiodex2umotherhood

Sabtu, 16 Julai 2011

Pemakanan Untuk Suami, Dalam Perancangan Ingin Hamil. InsyaAllah..

Ini petua-petua yang saya kumpul dari pembacaan ya.. Kebanyakan sumber adalah dari pembacaan artikel-artikel dalam internet. Yang sebaiknya, rujuk kepada doktor untuk nasihat pakar.
Okay, terlebih dahulu saya senaraikan pemakanan untuk suami. Oh ya, kehamilan ini adalah kerjasama antara dua pihak. Jadi, jangan tertumpu kepada salah seorang sahaja tetapi juga kepada suami dan isteri.

Pemakanan sihat untuk suami:
1. Makanan yang mengandungi zink. Contoh, strawberi, makanan laut, daging merah, tiram, kacang panggang.. Selain itu, terdapat juga vitamin-vitamin yang mengandungi zink. Antaranya ialah, amino asid, vitamin A, vitamin B6, vitamin B12, folate, vitamin C, vitamin E...
Fungsi zink adalah untuk penghasilan sperma yang sihat. 

2. Betik
Mengandungi vitamin C, ianya meningkatkan kualiti sperma.

3. Asid folik, Kalsium dan Vitamin D
Dapat meningkatkan penghasilan sperma. Sumber asid folik ialah, bijirin, gandum, beras perang, ayam, keju, buah kurma, sayuran berdaun hijau, susu, daging kambing, hati, daging lembu, ikan salmon, tuna...

4.  Kopi (ambil dengan tidak berlebihan ya..)
Ianya dipercayai meningkatkan keaktifan sperma. 

sumber: RatuHati, inhealthbeauty,

Jumaat, 15 Julai 2011

Memahami Kitaran Haid

Bagi wanita yang sudah berkahwin, amat penting untuk memahami kitaran haid. Samada untuk merancang mendapatkan zuriat ataupun merancang menjarakkan kelahiran.
Baiklah, kitaran haid normal bagi wanita adalah antara 28-30 hari. Walaupun demikian, ada juga kitarannya ialah 25-35 hari. Begitu juga dengan tempoh haid, berbeza-beza bagi setiap wanita. Ada yang selama 3 hari, 4 hari atau hingga seminggu.
Bagi saya, untuk mengira atau menganggarkan hari-hari subur, saya rujuk di pregnology.

Contoh:



 Dan ini hasilnya... bersama hari serta tarikh sekali bermula dari hari pertama haid sehingga hari pertama haid yang seterusnya..



Selamat mencuba ya.. seronok juga ini. Bermain tarikh. Mengujakan!

Ubat Hati


Ubat hati
Ada lima perkaranya
Yang pertama baca quran dan maknanya
Yang kedua solat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang soleh
Yang keempat berbanyaklah berpuasa
Yang kelima zikir malam berpanjanglah
Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga gusti Allah mencukupi


1. saya masih belum pandai mengaji. cuma baca tafsir saja.
2. tak pernah mendirikan solat malam.
3. hanya boleh mengeluh. sekurangnya berjumpa dengan yang baik-baik di alam maya.
4. hanya berpuasa di bulan ramadhan.
5. juga tidak pernah..
ya ALLAH......



Rabu, 13 Julai 2011

Pusaran Cinta Sayang Dan Rindu

Sayang sama kamu, incik bos, juga kamu Nur Iman.
Walaupun waktu berlalu sekiannya, hingga kematu tumit kakiku..sepanjang itu tidak kedengaran "sayang kamu.." "cinta kamu.." darimu.. tahu rasa itu ada, incik bos...
Walaupun hanya dah..dah..dah..aaa..aaa..aaa..ekk..ekk..ekk darimu Nur Iman, umi juga tahu.. kamu juga sayang sama umi.
Sayang dari saya untuk kamu berdua tidak akan berkurangan, insyaAllah..

ihsan pakcik google

Selasa, 12 Julai 2011

Misi Menghabiskan Kurma

Kerana bosan dan juga kerana obses. Jadi, dua malam berturut saya membuat kek. Kek malam semalam, kek coklat. Hasilnya hangit. harharhar.. Cari-cari resepi, terjumpa satu resepi yang sesuai. Bukan kek coklat, saya dah muak. Bukan juga kek keju. Sebab kalau saya nak buat kek keju, ia akan menjadi kek keju jepun. Kerana dua kali percubaan kek keju itu masih lagi jauh dari piawaian. Jadi, saya mencuba KEK KURMA. Dan ia membantu saya menghabiskan kurma di dalam peti sejuk.

Agak seronok membuat kek ini. Adunan tidak sampai 15 minit dah siap untuk dibakar. Main kisar je. muahahaha.. ok, ini resepinya..

Bahan-bahan

  • 1 cawan kurma - buang biji
  • 1 cawan gula pasir
  • 4 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan minyak masak
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara

  1.   kisar telur dan gula sehingga kembang, kemudian masukkan esen vanila dan seterusnya masukkan kurma.
  2. didalam bekas yg lain, ayakkan tepung bersama soda bikarbonat dan baking powder
  3. masukkan bahan yang di blender ke dalam bekas tepung yg di ayak tadi.
  4. masukkan minyak...dan kacau hingga sebati.
  5. bakar pada suhu 150 darjah 50 minit.
* saya rebus dulu kurma sampai empuk.
*saya kisar telur, gula sekali dengan kurma yang direbus.
* saya tengah makan sepotong ni.. memang sedap. Cuma saya tak tahu rasa yang sebenar kalau mengikut resepi asal kerana saya terlupa masukkan minyak ke dalam adunan. hayyoooiii... hahahaha..





psttt.. otai-otai, tolong jawab. Apa ya fungsi minyak di dalam adunan kek? menggebukan? melembutkan? JAWAB.....

Walang Hati Melihatmu

Demi saja melihatmu 
Hatiku walang anakku
Demi saja melihatmu
Bening di pelupuk mata
Lemah jiwa ibu tak mampu dikata
Dalam walang, hati ini menangis hiba 
Demi saja melihatmu 
Moga ALLAH melindungimu
memeliharamu
Ibu tidak mampu mengikat diri
Agar sentiasa ada bersamamu
Walang hati ini.. baru ini ku rasa..
Walang bukan main
Demi saja melihatmu 









Ahad, 10 Julai 2011

Anak-anak Perempuan

Bila dah dewasa, orang sibuk tanya bila nak kahwin. Bila dah kahwin, orang sibuk tanya bila nak ada anak. Bila dah anak, sibuk lagi tanya bila nak tambah. Ada anak lagi.. perempuan lagi. Si penyibuk tetap ada cuma skrip bertukar. "Eh, perempuan lagi?" Apalagi, kalau anak ke tiga dan seterusnya juga perempuan. "Tak ada nasiblah engkau ini. Asyik dapat anak perempuan saja."

Ya, ini adalah sejenis penyakit yang makan dalam tanpa disedari ramai orang dalam masyarakat menghidapnya. Kalau sedar pun, rasa-rasa tidak ingin mereka nak berubat. Mempersoalkan jodoh dan rezeki itu menjadi rencah asam hidup dalam masyarakat. 

Ini petikan komen saya di dalam forum RatuHati mengenai anak perempuan.

"bagi sesetengah orang, antara anak lelaki dan anak perempuan itu maha besar perbezaannya. kerana itulah timbul soalan, cemuhan, pandangan yang boleh menyakitkan hati untuk mereka yang hanya mempunyai anak perempuan.
tidakkah mereka sedar, itu bukan urusan mereka? malah tidak sedarkah mereka, mereka telah mempersoalkan urusan ALLAH? jika pasangan itu redha dengan anugerah rezeki yang diberi ALLAH, kenapa pula ada yang mencebik dan mencemuh. buat najihah tertanya2, andai mereka berada di situasi dan keadaan yang sama, bersyukurkah mereka kepada ALLAH kerana mempunyai rata2nya anak perempuan?

pada kehamilan pertama najihah, suami amat berharap dapat anak lelaki. najihah jawab, itu terpulang kepada rezeki. suami mengiyakan, tapi tidak sepenuh hati. hanya atas sebab dia adalah anak sulung, bapanya juga anak sulung. dan ya, anak yang dikandung adalah lelaki. namun, bukan rezeki kami.
kehamilan kedua, suami redha. anak lelaki atau anak perempuan tetap sama. bagi yang sudah merasai kehilangan, kami amat bersyukur dengan kelahiran anak perempuan, Nur Iman.

anak lelaki atau anak perempuan tetap sama. tetap dididik, dibimbing, diberi kasih sayang tanpa berbelah bagi.
bagi najihah, tak mampu kita nak melayan mereka yang selalu mempersoalkan kenapa si dia itu atau si dia ini hanya ada anak perempuan? kelompok ini, seolah2 kehidupan ini tiada urusan lain. asyik mempersoal je kerojenye."


Namun, tiada apa yang lebih menyenangkan hati ibu bapa yang memiliki anak-anak perempuan selain daripada hadis sahih ini..

Sahih Muslim memetik Muhammad (s.a.w.) berkata:
"Sesiapa yang membesarkan dua orang anak perempuan sehingga mereka dewasa, dia dan aku pada hari akhirat akan adalah seperti ini; dan beliau merapatkan jari-jarinya."


Jadi, peliharalah, didiklah anak-anak perempuan kita dengan sempurna. InsyaAllah, mereka adalah saham kita di dunia dan akhirat.



insyaAllah... anak perempuanku kebanggaanku

Sumpahan Kek Keju Jepun

Layan gambar dulu okeh...........








Ada yang tak sempurna kan? Ya.. kek keju jepun percubaan kedua ini telah menjadi bingka. Lebih dari separuh ia membentuk sebagai makanan yang bernama bingka. Ini bermakna menrigue saya tidak sebati dengan adunan. Emmm, begitulah rasanya. hehehe...

Kali pertama saya mencuba kek ini, sukatan salah dan hasilnya hangit. Langsung tidak dapat dimakan. Kali kedua, ia menjadi bingka. Mungkinkah saya sudah terkena sumpahan kek keju jepun? Kerana ia menjadi satu obsesi kepada saya. Jika kantin di depan rumah itu tidak tutup pada hari ini, memang pantas saja kaki ini melangkah ke sana untuk membeli telur. Cuma itu bahan yang tidak ada dalam simpanan saya buat masa sekarang.

Alkisahnya telur pula. Kerana saya cuma menggunakan "whisk" (lupa pula dalam bahasa melayu apa), maka memukul putih telur sering membuatkan urat lengan kanan saya berdenyut-denyut. Tanda-tanda pembesaran otot yang tidak seimbang.  Pada malam tadi, saya mengorbankan empat biji telur dan korbankan lagi empat biji. Ini adalah kerana putih telur pada pukulan pertama tidak menjadi. Lebih dari setengah jam memukul pun masih cair. Buang, buat yang baru. Cuma mengambil masa 15 minit pula. hmmmm....

Bersabarlah duhai hati.. selepas ini kita cuba lagi okeh... 

Sabtu, 9 Julai 2011

Ajaib Kehangatan Pelukan Seorang Ibu.. Subhanallah..

Ini kisah tahun lepas, tapi baru terbaca dan ingin sekali berkongsi. Kejadian ini berlaku di Australia. Seorang ibu, Kate Ogg terpaksa melahirkan anak kembar (seorang lelaki dan seorang perempuan) dalam kandungan yang baru berusia 27  minggu. Bayi perempuan pasangan tersebut selamat manakala selepas berusaha 20 minit, bayi lelaki itu disahkan meninggal dunia oleh pihak doktor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...