Assalam..
ada apa pada isu nama bagi yang revert islam?
mengekalkan nama lama juga tiada mudarat.
jika ingin menggunakan nama arab juga tiada masalah.
ramai juga melayu lahir muslim tidak menggunakan nama arab.
Melati, Bujang, Suri, Udin, haslina. dan sebagainya.
namun ramai juga keliru dengan nama arab & nama melayu.
jadi di situ mungkin antara penyumbang, bila seseorang memeluk islam dia dikatakan masuk melayu? mungkin saja..
ironinya, isu nama ini hangat hanya di Malaysia.
pada zaman Rasulullah SAW, ramai kaum Quraisy revert Islam & mengekalkan nama asal.
Rasulullah SAW cuma menyuruh menukar nama sekiranya maksud nama asal itu tidak baik.
sabda Rasulullah SAW
"daripada Aisyah berkata, 'Nabi Muhammad menukar nama yang buruk kepada yang baik.'"
(Tarmidzi)
*sekadar santai:
ustazah pernah bercerita kepada saya, beliau tidak sampai hati
menyebut/memanggil nama kepada seorang pelajar itu. namanya dalam bahasa
arab dan kedengaran indah disebut. namun, maksudnya ialah; 'tiang
katil'.
Isnin, 24 Disember 2012
Gaun Stroberi
Assalam..
Agak lama merujuk dalam buku, terhasil juga gaun ini.
Tapi, corak agak tunggang terbalik, jahitan comot kusut, apa-apa pun.. clap clap clap to myself.
Yeay... : D
Boleh dapatkan buku cara menjahit baju kanak-kanak di kedai buku.
Tidaklah rumit sangat sebenarnya..
Yang perlu ada kain, gunting, benang, mesin jahit (tak ada mesin jahit boleh guna jahitan tangan), dan zip. (Buku yang saya beli rata-rata menggunakan zip).
Seperti biasa, model budak kecik ini. hahaha
Permulaan menjahit, saya lebih suka menjahit untuk anak.
Saiz lebih kecil, dan lebih yakin.
Oh, ini sebenarnya jahit awal tahun. Sekarang dah tak dapat pakai sebab Iman memanjang.
Nampak kemetot pula Iman pakai. Elok turunkan untuk adik atau sepupu sepapat nanti.

Jumaat, 16 November 2012
Cerai Susu??
Salam..
Oh.. sudah hampir pertengahan November 2012.
Bermakna Nur Iman sudah mencecah umur 2 tahun 5 bulan.
Tidak terasa masa berlalu.
Saya memutuskan untuk menceraikan susu Nur Iman.
It is time to TTC. ;D
Yalah, usia di waktu berkahwin tak berapa nak muda.
Dapat dak Nur Iman pun dah agak tua.
Ingin menambah umat selagi berdaya.
Reaksi badan tidak sama. Ada wanita boleh saja menyusukan anak bila-bila masa.
Baik waktu TTC atau semasa mengandung hingga melahirkan.
Ada juga ia boleh mengundang risiko.
Hisapan yang dilakukan oleh anak boleh menyebabkan kecutan rahim. (that's why we must breastfeed after delivering a baby. it is very helping!)
Saya mempunyai sejarah keguguran, jadi.. saya tidak ingin mengambil risiko.
Pernah dulu terbaca petua cerai susu.
Ada kata, letak benda pahit kat b atau apa-apa saja yang boleh membuatkan si anak tidak lagi ingin menyusu.
Malah ada yang letak minyak cap kapak. hehehe..
Saya tak cuba lagi letak apa-apa. Sekarang saya cuma menolak bila Nur Iman ingin menyusu terutama waktu malam dan bangun pagi.
Di waktu lain dia tak cari susu kerana leka bermain dan kekenyangan makan.
Setakat ini Nur Iman cuma mungkin menangis (tak lama), merajuk atau menerima bila saya kata 'No'.
Itu reaksi biasa Nur Iman.
Cuma kadang-kadang, saya benarkan dia menyusu bila dia rasa sangat tidak selesa, sedih.. huhu
In fact, dia sekarang tidaklah menyusu sangat. Saya perasan, dia hanya ingin dipeluk, rasa selesa dan selamat sambil-sambil mengempeng.
So, mission cerai susu tidaklah berjaya sangat di waktu ini.

Sabtu, 20 Oktober 2012
Acuan Untuk Anak
Salam..
Lain padang, lain belalang..
Lain ibu dan bapa, lain acuannya..
:D Gagal pantun dua kerat.
Saya baru mempunyai seorang anak yang masih dipinjam oleh Allah di dunia ini.
Anak perempuan yang baru berusia 2 tahun 4 bulan.
Bagi saya yang amat mentah dalam urusan mendidik anak, tentu ada yang pincang.
Namun tentu juga saya ada cara tersendiri.
Anak.. tidak mengambil kira anak lelaki atau perempuan, saya memberi peluang untuk anak.
Iaitu, tidak membataskan warna baju, bahan bacaan, alat permainan, corak tilam atau selimut.... mengikut jantina.
Tiada istilah 'ini sesuai untuk anak perempuan' atau 'ini tidak sesuai untuk anak lelaki'.
Jika dia ingin memakai baju berwarna biru.. pakailah..
Jika dia ingin membaca bahan bacaan pertukangan.. bacalah..
Jika dia ingin bermain bola, alat permainan traktor.. mainlah..
Dia ingin selimut bercorak robot?
Berselimutlah dengan selimut itu.
Saya percaya.. tidak memberi had atas pilihan yang ada mampu merangsang minda yang kreatif dan cergas. insyaAllah..
Anak saya biarlah acuan saya. Itu motif catatan kali ini.
The apple of my eyes..

Selasa, 25 September 2012
Macam Tahu Saja..
Salam..
Maklumkan hari ini bagi kakitangan kerajaan.. hari terima duit hasil lelah titis peluh bekerja.
Alkisahnya, nak bersihkan kanta cermin mata.. tup-tup.... alahai cermin mata.
Macam tahu saja.. pandai pilih hari nak patah.
Namun, tak berkesempatan, pakai dululah yang patah ini. Tapi tak boleh nak tunggu lama juga.
Tak centre, mata rasa naik juling kepala pun dah nak pening.
Macam biasa ja kan.. Pakai sajalah..

Isnin, 24 September 2012
Si Putih Bekerja Keras
Salam...
;D macam tajuk karangan budak sekolah rendah saja.
Saja-saja kemaskini blog.
Tak ada yang istimewa pun.
Belek-belek gambar, eh... ada gambar tengah menjahit.
Waktu itu menjahit langsir rumah mak.
Lebar dan panjang.
Mak pula nak balik lusa.
Pulun jahit. Melepek ja bila langsir siap dijahit.
And I said to my cute sewing machine.. 'good job, Putih.'
Sekarang, si Putih berehat panjang. Bagi peluang untuk ia.
*alasan!! ;D
Layan gambar....

Khamis, 20 September 2012
Anak Lelaki Atau Anak Perempuan Menjadi Idaman?
Salam..
usah diandai saya menginginkan anak spesifik lelaki/perempuan.
saya tidak mengira jantina.
saya tidak mengira jantina.
semua perempuan juga saya tak kisah.
tidak semestinya lelaki. tidak semestinya perempuan.
usah dikata saya mengidam anak lelaki/perempuan.
usah juga dikata anak lelaki penting untuk jaga ibu bapa di waktu tua.
bukan itu prioriti saya untuk mempunyai anak. bukan itu niat saya untuk mempunyai anak.
anak lelaki/perempuan bila2 mereka mampu menjaga saya di waktu tidak berdaya, itu adalah satu bonus untuk saya.
usah dikata, anak perempuan bila berkahwin bukan lagi milik kita.
anak lelaki/perempuan memang bukan milik kita. mereka adalah amanah untuk kita.
usah juga dikata, anak perempuan susah hendak memberi duit kepada kita nanti.
anak lelaki/perempuan, saya tidak mengharapkan duit daripada mereka.
bilamasa mereka mampu dan ingin memberi hadiah, itu satu bonus untuk saya.
usah juga dikata, anak perempuan bila berkahwin tidak akan tinggal bersama kita.
anak lelaki/perempuan asal soleh/solehah saya tidak kisah berjauhan.
biarlah mereka menebarkan dakwah di muka bumi.
material, harta, perhatian, bukan prioriti saya untuk mempunyai anak.
saya mempunyai matlamat tersendiri.
usah samakan dengan orang lain.
lain orang lain niatnya.
Isnin, 17 September 2012
Cucur Pusuk (Cucur Ikan Bilis)
Salam..
Dulu semasa saya masih bersekolah dan tinggal bersama keluarga, antara aktiviti petang kami adalah mencari apa saja bahan untuk dimasak dan dimakan. Di petang hari lazimnya.
Paling mudah dan resepi paling cepat bagi kami beradik ialah cucur. Tidak kisah cucur apa. Cucur bawang, cucur pusuk atau kedua-duanya.
Satu kepuasan bagi kami untuk masak sesuatu yang mudah, makan beramai-ramai, dan err.. berebut-rebut.
Nikmat makan walau hanya makanan yang sebegitu.
Untuk tengah hari ini, saya hanya sediakan cucur pusuk atau cucur ikan bilis untuk keluarga. Alhamdullilah..
Resepi saya ini main campak saja. :)
Bahan:
Tepung gandum
Ikam bilis secukupnya
Setengah biji bawang besar (potong kasar)
Serbuk lada hitam
Italian herbs
Sedikit garam
Sebiji telur (saya guna telur ayam yang kami bela. telurnya kecil saja tapi kuning telurnya besar).
Cara:
Gaul semua bahan bersama air.
Agak-agak likat. Banyak air akan menyebabkan adunan cair pula.
Panaskan minyak dalam kuali.
Selalu, saya tunggu kuali keluar asap sikit. Baru saya masukkan adunan.
Goreng hingga agak kekuningan.
Sedap dicicah dengan sos cili.

Selasa, 11 September 2012
Kuih Bulan Empun Cerita
Salam...
Alkisahnya berpusing-pusing di pasaraya. 2 3 kali melintas tempat kuih bulan ya..
Ujungnya nang sik tahan. Tangga-tangga, haaa ada halal dari sidak Jakim.
Memula, meli nok kecik. Empat igek dalam sigek bungkus. Lotus mooncake.
Selang beberapa hari termengidam coffee mooncake gik. aih....
Gi la meli teq. Meli nok besar sikit. Pun empat igek dalam sigek bungkus. Nang..... kan...

Isnin, 10 September 2012
Resepi Kek Hati Parek
Salam...
Okay.. nak berkongsi resepi.
Saya cuma guna setengah adunan dan ada bahan yang diubah suai daripada resepi asal ya..
bahan A:
5 biji telur
3 gelas gula
bahan B:
226g mentega
500g kismis hitam kisar
1/2 tin susu pekat
4 1/2 cup tepung gandum
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
4 sudu kecil gula hitam (den ganti dengan browning sugar)
tips: 1/2 cup drpd tepung gandum yg digunakan gaul terlebih dahulu dgn kismis supaya kismis tak turun bila dikukus.
cara:
1. pukul bahan A hingga kembang
2. pukul mentega dan susu dlm bekas lain.
3. gaul kedua2 bahan hingga sebati.
4. masukkan tepung, soda, kismis, gula hitam. gaul rata & sebati.
5. kukus 4 jam

Sabtu, 8 September 2012
Yeay! Dah Pandai Buat!
Salam...
Bermula dengan tidak tahu hendak makan apa, tidak ada idea hendak masak apa.
Saya tanya encik bos, hendak makan apa? Jom pergi beli apa yang patut. Encik bos kata tidak tahu pula.
Encik bos kata lagi, tidak apa... kita pusing-pusing saja di pasaraya.
Pusing-pusing di pasaraya buat macam taman permainan. Lagi-lagi Iman... yang sangat suka berada di pasaraya.
Tiba-tiba encik bos belek-belek paket 'lamb shoulder'.
'Masak lamb chop, nak?'
Saya.... errrrrr.... oookkaayyyy..
Hakikatnya pandai makan saja selama ini.
Bahan-bahan selebihnya, encik bos yang pilih.
sos lada hitam, 'baked beans', dan kiub daging.
Sampai-sampai rumah, terus mengadap komputer. Cari resepi.... huhuhu
Jumpa satu dalam laman Myresepi.
Okay, kekurangan saderi, sos tiram , susu segar dan kentang.
Encik bos keluar lagi untuk cukupkan bahan.
Saya sedia untuk memasak. huhu..
Bismillah...
Kepingan daging kambing diperap dengan mentega, sos lada hitam dan sedikut garam.
Selepas itu, panggang dalam ketuhar. Suhu dalam 170, 20 minit. Terbalikkan, panggang lagi 20minit. (encik bos kata, kalau kurangkan sikit waktu memanggang lagi elok).
Untuk sos pula, cincang sebatang saderi dan bawang besar.
Rebus dengan 3cawan air. (bergantung dengan berapa keping daging kambing ya).
Selepas mendidih, toskan. Saya tinggalkan sikit saderi dan bawang besar dalam periuk.
Masukkan air, sos lada hitam, sos tiram, kicap, tepung gandum dan kiub daging. Letak garam sikit.
Masak sehingga pekat.
Untuk kentang putar pula..
Rebus kentang hingga lembut, tos dan lenyekkan.
Tambah susu segar, lada hitam dan garam. Gaul sebati.
Siap...

Rabu, 5 September 2012
Our Lil Muhammad In Heaven (18weeks)
Salam.. :)
Tajuk catatan itu.... sebenarnya tulisan yang tercatat pada sticker lilipie di sebelah kiri blog saya.
Itu kenangan saya bersama arwah anak pertama.
Saya disahkan hamil selepas pernikahan.
Orang tua kata bunting pelanduk.
Pada mulanya, saya tidak tahu bahawa saya hamil.
Ini kerana, dalam menanti cik p tiba saya didatangi tompok darah segar.
Ia cuma sikit-sikit dan berlarutan sehingga 2 minggu.
Pada minggu pertama, saya buat ujian kehamilan di rumah.
Hasilnya, negatif. Tidak hamil.
Jadi saya anggap itu adalah darah period.
Namun bila berlanjutan lebih seminggu, perasaan syak mula timbul.
Perasaan itu simpan diri sendiri saja dulu.
Tambahan pakai jean, ketat pula bahagian punggung. errrr...
Jadi, saya mengambil keputusan untuk ke klinik.
Nak cek air kencing dan darah sekali, atas sebab hormon tak stabil.
Cuma, tak sempat nak buat ujian darah,
saya disahkan hamil melalui ujian air kencing.
Selang berhari, saya mendaftar di KKIA.
Everything sailing smoothly..
Baby sihat, ibu sihat gumbira.
Sehinggalah beberapa hari selepas bayi dalam kandungan berusia 18 minggu.
Saya mengalami sakit-sakit belakang, bahagian pinggang seolah-olah senggugut.
Dalam 3 hari jugalah mengalaminya.
Pada hari pemeriksaan, saya maklumkan kepada jururawat bertugas.
Dia agak hairan, katanya masih awal sangat. Baru 18 minggu.
Dia nasihatkan saya untuk berehat dan tidak bekerja kuat.
Malamnya, saya mengalami 'senggugut' yang amat kuat.
Sehinggakan sukar untuk saya berdiri tegak dan berjalan.
Saya pujuk diri untuk tidur. Itupun cuma tidur-tidur ayam saja.
Keesokannya, ada pendarahan.
Saya ajak suami ke hospital.
Kami ke bahagian kecemasan selepas diarahkan oleh jururawat yang bertugas di KKIA.
Di situ, saya menunggu doktor datang dan scan.
Doktor scan, dia kata.. baby okay.. pergerakan okay.. semua okay..
Okay, saya dinasihatkan untuk berehat.
Jadi, kami kembali ke rumah.
Bermula petang itu, saya memang asyik rasa nak terkucil.
Tidak sampai sepuluh minit, ke tandas.. selang lagi beberapa minit, ke tandas.
Diselangi juga sakit-sakit senggugut.
Sehinggalah dalam jam 10 lebih kurang, saya ke tandas lagi.
Rasa macam nak kencing, tapi air kencing tak keluar.
Bila raba sikit, ada benda.. Nak terkeluar.
Kami ke hospital lagi malam itu.
Tiba sana, saya sudah mengalami 'senggugut' yang agak kuat dan makin kerap.
Rupa-rupanya itu adalah kontraksi.
Bila doktor scan, dia kata tidak dapat nak diselamatkan lagi.
Kaki bayi sudah sangat di bawah.
Laluan sudah terbuka.
Dari jam 10 itu sehinggalah ke jam 1 pagi, saya mengalami kontraksi.
Dalam pukul 1 pagi itu, saya mengalami sesuatu yang dikatakan sakit bersalin..
Sangat sakit... Tapi, kerana tindakan refleks saya menahan bayi daripada keluar.
Bila jururawat tengok, dia suruh saya meneran.
Sekali teran, bayi pun lahir.
Rasa sakit serta merta hilang.
Jururawat-jururawat yang bertugas tunjukkan bayi itu kepada saya..
Masih lagi dalam kantung. Nampak jelas mukanya.
Salah seorang jururawat itu memohon izin untuk membuka kantung dan membersihkan bayi.
Saya cuma mengangguk.
Selepas itu, saya tidur dengan amat lena sehingga ke subuh.
Paginya, saya dikunjungi saudara mara, aunt (juga jururawat yang bertugas di situ) nasihatkan saya dan suami supaya menamakan bayi tersebut.
Saya kata, tidak tahu nak bagi nama apa. Tidak tahu jantina.
Aunt pun bagitahu, bayi saya adalah bayi lelaki.
Serta merta saya menamakan arwah Muhammad.
Selepas itu, aunt tunjukkan bayi saya yang sudah dibersihkan..
Ohh.. muka arwah masih terbayang-bayang..
Saya masih ingat lagi iras wajahnya, jari jemarinya yang mengenggam, kakinya dan juga alat kelaminnya..
Naifnya kami, tidak tahu bagaimana hendak menguruskan arwah.
Keluarga suami pula jauh. Hanya keluarga saya yang ada.
Sehinggakan suami membawa arwah, letak dalam bakul motorsikal berjumpa dengan imam masjid besar bertanyakan hal itu.
Imam itu kata, hanya tanam dalam supaya tidak digali oleh binatang.
Sehinggalah satu detik, kebetulan rakan sepupu ada disitu.
Keluarganya menyanggupi untuk menguruskan arwah bersama suami.
Jadi, suami membeli keperluan apa yang perlu.
Kain kafan, kapur barus dan lain-lain.
Kisah dari sebelah suami:
Arwah dibersihkan, dimandikan..
Dengan berbekalkan cangkul yang hampir patah cangkuknya, suami mula mengali liang lahat untuk arwah dan seterusnya dikuburkan.
Arwah dikuburkan di perkuburan Islam perkampungan berdekatan.
Kebetulan pula, selepas itu saya berpindah ke daerah lain (asal muasal suami) kerana mengikut suami.
Bila sesekali balik ke tempat saya, walaupun saya tahu jawapannya..
saya sering bertanya kepada suami, dimana kubur arwah..
Dimana jasad arwah ditempatkan..
Suami pula dengan sabar, bercerita dengan saya..
Itu kisah 3 tahun lebih yang lepas..
Manok Dan Iman
Salam...
Bersenang lenang pula pada pagi ini.
Sambil-sambil meniarap atas sofa. Terketik-ketik jari. :D
Catatan yang lepas ada menyentuh mengenai anak meniru perlakuan ibu bapa kan...
Sejak pandai berjalan, Nur Iman suka sekali menjelajah kawasan sekeliling.
Kalau keluar rumah, dia akan membontoti abanya.
Samada pagi sekali, atau petang sekali.
Ke mana? Tentu saja 'ngabas bala manok'. :D
Sekarang Iman dah pakar meniru perlakuan abanya.
Darilah mengaul makanan manok sehinggalah memberi manok makan.
Bolehlah lepas ini umi dan aba bercuti berdua. Dah ada calon tengokkan dan bagi manok makan, kan....

Ahad, 2 September 2012
Di Kala Anak Berusia 2 Tahun
Salam...
Alhamdullilah, aktiviti seharian berjalan seperti biasa.
Walaupun hampir setengah hari bekalan elektrik terputus, dan sekarang bekalan air pula warna milo cair.
Nur Iman pula seperti biasa.
Dalam usia 2 tahun lebih, dia dah pandai buat permintaan.
Nak layan youtube, dia kata "kuinkel kuinkel" (twinkle twinkle).
Nak makan, dia kata "mam mam".
Nak ikat rambut, dia ambil getah rambut bagi kat saya.
Namun paling ketara ialah, dia suka meniru perkataan dan perbuatan ibu dan bapa (yang tepat, paling rapat dengan dia).
Mak pak asyik lekat depan pc, dia pun sama. hahahaha..
Lebih tepat, dia mula meniru perlakuan sejak berumur setahun lebih.
Never underestimate your child.
Banyak perlakuan ibu bapa, anak-anak mampu buat tanpa dia sedari ianya sesuatu yang elok atau kurang elok.
Bab inilah yang paling saya risaukan.
Ibu bapa adalah model paling dekat dengan anak-anak.
Baik kita, baiklah dia.. Begitu juga sebaliknya.
Yang mampu buat hati saya rasa syahdu ialah bila Nur Iman meniru gerakan solat bila saya bersolat.
Mudahan Nur Iman menjadi anak yang solehah ya..
Yang mendoakan ibu bapanya di masa akan datang.
Tudung saya, cukup-cukup saja dijadikan telekung Nur Iman.
Doa anak yang soleh dan solehah:
"Ya Allah, ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil."
Ahad, 26 Ogos 2012
Satu Biskut Satu Kek
Salam Syawal..
Semoga Syawal kali ini memberi kebahagiaan dan kegembiraan sebagaimana layaknya umat Islam meraikan kemenangan.
Ada yang akan mula bekerja esok kan? Termasuk saya.
Cuti Syawal kali ini, saya berasakan agak penat.
2 hari sebelum 1 Syawal, saya menjahit langsir yang dibeli oleh mak. Bermula dari pagi sampailah malam. Sambung pula ke pagi esoknya. huuuu...
Nasib baik awal-awal dah buat biskut. Kali ini, saya cuma buat popia kering inti udang kering, german cookies (dalam kuantiti yang terhad saja), brownies lapis cheese (loyang kecil), dan kek hati parek (setengah adunan).
Sengaja buat sikit dan kecil. Sebab memang dah agak mak akan beli kek dan biskut, banyak pula tu.
Untuk german cookies dan kek hati parek, pertama kali nak buat. Alhamdullilah jadi.. sedappp.. isk.. ujub pula dalam hati.
Kek hati parek adalah kek Sarawak. Selalu, orang umumnya cuma kenal kek lapis saja dari Sarawak. Kek lapis sisik ikan, kek lapis tikar getah, kek lapis masam manis, macam-macam lagi nama dan coraknya.
Dengan bakat membuat kek yang agak tumpul, seeloknya buat yang mudah saja. :D Buat dalam setengah adunan pula tu.
Layan gambar saja dulu ya.. Lain kali saya kongsikan resepinya.
Kek hati parek dan german cookies.

Jumaat, 10 Ogos 2012
Bab Rumah, Saya Tawakal
Salam...
Bila cerita hal rumah, hati saya membuak-buak dengan satu rasa.
Rasa keinginan yang amat sangat.
Keingingan yang sukar untuk dibendung atau ditepis.
Yang akhirnya hanya membuahkan bibit-bibit kecewa.
Ya, dulu saya kecewa bila mengingatkan hal rumah.
Rumah yang sampai sekarang dalam bentuk apa jenis pun belum dalam hak permilikan saya.
oh.. bukan saya dah membeli atau dalam proses membeli atau rumah dalam proses pembinaan.
Saya cuma ingin membeli sebuah rumah.
Rumah keluarga di mana terletaknya perabot-perabot yang saya ingini.
Rumah keluarga yang memberi privasi kepada saya dan keluarga.
Rumah keluarga tempat saya mendidik anak-anak mengikut acuan ibu bapanya sendiri.
Impian sememangnya begitu.
Impian yang belum tentu dapat dicapai, namun perlu diusahakan..
Saya cuma tawakal dengan masa dan keadaan, bilakah ia mengizinkan untuk memiliki sebuah rumah.
Rumah yang saya ingini tidaklah sehebat mana.
Saya menginginkan sebuah rumah yang tidak besar namun tidak juga kecil.
Tidak menginginkan rumah yang bertingkat. heee..
*Jenuh nak kemas
Inginkan rumah yang mempunyai laman.
Antara bentuk rumah yang suka sangat tengok dan didiami.
Yang ini pun sama.
Yang ini pun sangat suka.. hahaha.. tengok laman rumah itu..
*semua gambar ihsan pakcik google
Namun, memandangkan keadaan, situasi dan kewangan yang tidak berapa mengizinkan.. saya tawakal saja buat sementara waktu.
Jika memang rezeki saya sekeluarga, insyaAllah.. tetap ada untuk kami.
Jika tiada juga, bak kata yang pernah saya tuturkan kepada incik bos, "nanti-nanti, kalau kita masih juga ada kekangan sehingga ke tua untuk memiliki rumah.. kita daftar diri di Rumah Seri Kenangan sajalah ya.."
Saya redha..
Khamis, 9 Ogos 2012
Ramadhan Kita Ramadhan Mereka
credit to page fb I ♥ Muhammad
Here is Syria... A father gives a last kiss to his killed son....
I don't want you to "Like" this post
I want you to "Share" this post!!! SHARE!! Let the world know what's happening in Syria
Ya Allah..
Maha Suci Allah..
Berikanlah mereka ketabahan serta kesabaran dalam menghadapi ujian dariMu.
Tingkatkanlah darjat mereka di sisiMu.
Berikanlah kemenangan untuk mereka.
Ya Allah..
Yang mengizinkan segalanya terjadi dan yang mengetahui hikmahnya..
Berikanlah kami kekuatan jiwa kekentalan iman sebagaimana yang mereka ada..
Semoga dengan ini, kasih sayang Mu pada kami bertambah dan tidak putus.
amin...
Sabtu, 4 Ogos 2012
Hidayah Itu Perlu Dicari; Hijrah Itu Perlu Digesa
Salam..
Hidayah dan hijrah.
Dua perkataan yang sering kita dengar, sebut, bahkan mengalaminya sendiri.
Hidayah adalah petunjuk dari Allah.
Jika orang yang kufur mencari hidayah, insyaAllah dia berubah menjadi orang yang beriman.
Suatu masa dulu, saya menyesal kerana menunggu dan menunggu. Saya katakan pada diri sendiri, tak apa.. tunggu waktu yang sesuai.
Seusai diploma pun boleh. Bila dah masuk bekerja pun boleh.
Sehinggalah pada satu hari, hati saya dijentik oleh Allah.
Apa yang perlu saya tunggu?
Andai kata saya ditakdirkan meninggal sebentar lagi bagaimana? Matilah saya dalam kekufuran..
Astaghfirullahalazim..
Mengingati kemungkinan itu terjadi membuatkan saya meremang bulu roma sehingga sekarang.
Resah dan gelisah.. saya menunggu hari Isnin tiba untuk bertemu dengan ustazah.
Sebaik saja menjelmanya hari ditunggu, dengan hati yang berdebar-debar saya menemui ustazah selepas kelas Tamadun Islam.
"Ustazah, ada masa tak nanti? Saya ingin berbicara secara peribadi."
Serta merta wajah ustazah itu berubah. Bagaikan dapat menangkap apa yang tersirat di hati. Menyebabkan saya semakin gelisah.
Ustazah terus menyarankan saya masuk ke bilik beliau.
Kedengaran suara saya yang tenang. Tidak selari dengan gelora dalam jiwa ketika itu.
"Ustazah, saya ingin memeluk Islam. Tetapi bukan sekarang. Saya ingin mendalaminya terlebih dahulu."
Maha Suci Allah yang memudahkan perjalanan saya.
Walau pada mulanya saya cuma ingin belajar menjadi seorang muslimah terlebih dahulu tanpa memeluk agama Islam, tetaplah perancangan Allah jualah yang terbaik tanpa bandingan.
Tidak lama.. hanya beberapa kali saya ke kelas agama secara peribadi bersama ustazah tersebut, hati saya dijentik sekali lagi oleh Allah.
Saya memeluk agama Islam juga akhirnya.
Saya tidak menunggu lagi.. menunggu untuk menghabiskan diploma, menunggu untuk bekerja terlebih dahulu, menunggu ustazah mencari dan bertanya kepada saya.
Segala Puji Hanya Bagi Allah semata-mata.
Hijrah...
Pengertian hijrah itu luas.
Hijrah pertama adalah melibatkan fizikal.
Hijrah kedua adalah mengenai hati.
Hijrah fizikal pula adalah perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain, jika diancam oleh orang-orang kafir.
Hijrah hati adalah beralihnya cinta, tawakal, takut terhadap selain Allah kepada cinta, tawakal dan takut kepada Allah.
Hijrah bagi muslim pada masa kini mudah untuk kita lihat.
Umumnya yang sering dikaitkan ialah khimar dan wanita.
Daripada tidak menutup aurat kepada menutup aurat.
Daripada berbuat maksiat kepada meninggalkan maksiat.
Banyak lagi yang boleh kita lihat bagi yang ingin memerhati.
Antara hijrah saya mudah saja.
Daripada tidak menutup rambut kepada bertudung.
Daripada bertudung tanpa melabuhkan kainnya di dada, kepada melabuhkan tudungnya.
Daripada tidak berstoking kepada berstoking.
Tidak mudah bagi saya.. bertudung labuh, bersarung lengan, dan juga berstoking.
Ia mengambil masa hampir 11 tahun untuk berketrampilan begini.
Ia mengambil masa begitu lama bagi saya untuk berhijrah.
Dan yang paling sukar, jika tiada kekuatan hati dan juga sokongan.
Kekuatan hati itu dulu kurang kerana persekitaran dan pergaulan. Juga kerana latar belakang keluarga yang bukan muslim.
Waktu itu saya masih memikirkan "apa kata orang?".
Ya Allah... ampunilah saya atas kejahilan itu..
Sokongan?
Bukan sokongan berbentuk "you can do it. I'll be behind you."
Bukan itu... tapi yang penting, ialah sama-sama menjaga aurat.
Sehingga kini saya perlu memperkukuhkan benteng aurat bila menyentuh bab sokongan.
Tidak semua orang di sekeliling saya mampu menyokong dalam menjaga aurat.
Antara orang-orang kampung, saudara mara bahkan yang kurang mengetahui batas-batas aurat antara saya dan lelaki ajnabi.
Bila saya tidak menutup aurat kerana berada di dalam rumah, lelaki ajnabi (saudara mara sebelah suami) di luar rumah pula menerjah masuk rumah secara tiba-tiba,
Astaghfirullahalazim... ampunilah dosa-dosa kami ya Allah..
Ya, itulah bentuk sokongan yang perlu ada..
Iman itu boleh turun boleh naik.
Sehinggakan ada yang mengambil ia sebagai alasan untuk melakukan kemungkaran, tidak membayar zakat, tidak solat, tidak berpuasa dan sebagainya..
Tidak terkecuali dengan saya...
Ampunilah kami ya Allah...
Dengan mencari hidayah, dengan melakukan hijrah.. insyaAllah iman kita naik dan naik. Mudahan tidak menurun pula.
Caranya mudah saja.. Segala Puji Bagi Allah yang sentiasa memberi petunjuk...
Perbanyakkanlah ibadat dan bertasbih kepada Allah.
Semoga bermanfaat..
nota kecil: apa yang saya tulis hanyalah untuk berkongsi pengalaman dan ilmu. Jika ada yang khilaf, jangan segan menegurnya. semoga Allah sentiasa mendatangkan kebaikan dunia akhirat kepada kita atas segala yang dilakukan. insyaAllah
Khamis, 2 Ogos 2012
Mujahadah Itu Pahit
Salam..
Sudah masuk minggu kedua Ramadhan..
Alamak, sedih pula.. dua minggu lagi masuk bulan Syawal.
Masih bernafaskah kita di bulan Ramadhan yang akan datang??
Dari tahun ke tahun, terasa nikmat di bulan Ramadhan.
Ibadahnya saja berganda-ganda.
Rugi tak kumpul pahala di bulan Ramadhan.
Bagi saya, berpuasa tidak menjadi masalah.
Cuma terkebil-kebil sekejaplah mata bila bangun untuk masak sahur.
Ramai juga yang bertanya kepada saya, puasa tak? Boleh ke?
Sehingga kini, ada saja yang buat sport check. Puasa tak hari ini?
Alhamdullilah, ada juga yang ambil berat kan...
Alah bisa tegal biasa. Sudah menjadi kelalian bagi saya menerima pelbagai soalan, menghadapi pelbagai reaksi dan juga ragam.
Seribu satu rasa.. Bahagia, kecewa, sedih, bahkan mendatangkan amarah.
Terdapat percanggahan yang tidak dapat nak dielakkan di antara saya dan juga sebahagian masyarakat.
Antara yang mempelajari ilmu agama Islam dan juga yang mewarisi agama semenjak lahir.
Dan ianya nampak sangat selepas saya berkahwin. Ini kerana selepas berkahwin, secara keseluruhan kehidupan saya tumpah sepenuhnya bersama masyarakat Melayu Islam.
Pelbagai rencah pelbagai rasa bagi saya yang berlainan keturunan, bangsa dan latar belakang keluarga.
Dan yang harus saya terima ialah, lontaran perkataan mualaf tetap kekal sehingga akhir hayat bila hidup dalam masyarakat ini.
Sungguh, saya terpaksa bergelut sedikit untuk menerima ragam dan reaksi masing-masing.
Bagi saya, ilmu agama yang ada amatlah sedikit. Saya masih belajar, dan percaya proses pembelajaran itu akan berlaku selagi saya menyedut udara di muka bumi ini.
Namun, dek kerana iman yang kurang.. kadang-kadang saya rasa sangat kecewa dan sedih bila ilmu yang saya kongsikan tidak diambil endah.
Ironinya, sikap saya pula suka berkongsi ilmu. Suka bertanya, suka menegur.
Ia menyebabkan percanggahan demi percanggahan boleh berlaku.
Sensitifnya saya bila ada yang mempersoalkan ilmu agama di dada.
Bahkan ada yang tidak ragu-ragu malah dengan keras melontarkan kata-kata yang kurang enak untuk saya dengari.
"Saya yang lahir Islam lagi kurang ilmu agama, apatah lagi kamu yang mualaf!"
MasyaAllah... berhari-hari saya menangis.
Bagaikan belati menyusuk ke hati dan merobek-robek tanpa belas kasihan.
Ada juga yang meragui iman yang saya miliki.
Itu juga sudah menjadi agak lali bagi saya.
Apa yang menyedihkan, mereka yakin apa yang saya buat adalah salah dan boleh menyebabkan sesat sehingga boleh menyebabkan murtad menganut agama asal.
Apa yang sudah saya lakukan?
Salah satunya, saya cuma menziarahi dan bermalam di rumah ibu dan bapa kandung di musim cuti perayaan.
MasyaAllah... selepas ini, saya perlu bertindak dengan sangat berhati-hati.
Ada banyak hati yang perlu saya jaga.
Allah telah memberikan itu sebagai jalan untuk saya bermujahadah.
Jika dulu, bila terkenang teringat kata-kata yang menyesakkan, saya akan sedih, kecewa dan marah.
Saya tidak melihat ia selain daripada kekasaran nada dan kata, sikap yang angkuh dan sombong.
Di kala itu pula syaitan mengambil kesempatan mencucuk, menyimbah minyak ke api yang membara di dada.
Astagfirullahalazim.......
Betapa saya seorang insan yang hina di waktu itu.
Lihat, ianya mujahadah untuk diri saya sendiri. Bukan untuk orang lain..
Dimana hendak mendapat kemanisan iman tanpa pahitnya mujahadah.
Sesaknya dada kerana percanggahan, pertelingkahan satu demi satu.. saya bermuhasabah diri..
MasyaAllah.. Maha Suci Allah yang menciptakan bumi dan langit..
Kenapa? Kenapa saya tidak terlihat dengan lebih awal?
Setiap ragam, setiap karenah, setiap sikap yang saya hadapi adalah langsung dari Allah!!
Allah menegur saya!
Allah mengingatkan saya!
Allah ingin saya sedar dari lalai dan leka!
Kini, setiap kali terngiang-ngiang kata-kata itu, saya memohon keampunan dari Allah.
Saya mendekatkan diri dengan Allah.
Betapa.. ia berpunca dari saya sendiri.
Maha Suci Allah....
Maha Suci Allah...
Allah mendatangkan orang-orang yang pelbagai karenah kepada saya.
Allah juga mendatangkan sahabat-sahabat dunia akhirat kepada saya.
Sahabat-sahabat yang amat baik akhlaknya, yang amat mencintai ilmu, yang tunduk dengan pengetahuan..
Segala puji kepada Allah yang mendatangkan meraka kepada saya.
Betapa Allah itu adil dengan saya.
Lalu, mana nikmat Allah yang ingin saya dustai??
Rabu, 1 Ogos 2012
Berpuasa dan... oppss termakan
Salam...
Keep calm and caryy on fasting..
Petang kelmarin, balik dari kerja agak kelam kabut nak masak untuk bersungkai.
Tidak seperti biasa, incik bos agak sibuk petang kelmarin yang menyebabkan persediaan untuk masak hampir-hampir tiada.
Tambahan pula stok dah habis dalam peti sejuk.
Jadi, sebelum balik rumah singgah sebentar di kedai.
Beli bahan mentah untuk dimasak.
Sampai-sampai je di rumah, tidak menyempat nak buka tudung.
Alhamdullilah, Nur Iman boleh pula tertidur sepanjang saya memasak. Kalau tidak, memang jenuh melayan si kecik sambil masak.
Bila buka tong beras, ya Allah.... leka sungguh isteri seorang ini. Beras dah nak habis pun boleh tak sedar.
Cukup-cukup dua cawan beras untuk dimasak..
Dalam hati, cukup ke ini?
Dengan tawakal saya campur secawan lagi beras iban.
Selalu, kalau saya menanak nasi tidak akan campur. Kalau beras biasa, beras biasalah. Kalau beras iban, beras ibanlah..
Tapi nak menanak beras iban, pun tak cukup juga.
Sungguh-sungguh saya tawakal..
Almaklum, saya bukannya sangat pakar dalam masak memasak.
Beras iban ini airnya kena siiikiiitttt.. kalau tak jadi lembik sangat.
Ikut naluri saja letak air berapa untuk dua cawan beras biasa campur secawan beras iban.
tuk..... bunyi periuk nasi elektrik. Menandakan nasi dah masak. Saya buka, tengok... jadi nasi ke, jadi bubur ke, tak jadi nasi (tak masak)?
Saya tutup balik periuk nasi.. Dua minit kemudian, buka dan tengok lagi. Lepas itu, sekejap-sekejap tengok.. Tidak puas hati sungguh.. Tertanya-tanya..
Untuk kesekian kalinya saya buka tudung periuk nasi, saya ambil sudu besar dan senduk sesuku nasi. Okay, lebih sikit dari sesuku.
Terus ngap.. dalam hati, oh girang... masak, sedap lagi.
Dah telan dah pun, eh... kan puasa???
Kumur-kumur mulut, sambung masak macam biasa.
Keep calm and carry on fasting.
Selasa, 31 Julai 2012
Pengertian Muslimah Terhadap Hijab, Jilbab dan Khimar
Salam..
Sekarang, banyak butik-butik tudung di Malaysia kan..
Bagaikan cendawan yang tumbuh di pohon sawit selepas hujan. :)
Alhamdullilah... ramai diberi hidayah dan petunjuk untuk menutup rambut dari dilihat oleh yang bukan mahram.
Perkataan hijab dan jilbab sering menjadi buah mulut bagi wanita muslimah.
Namun, segelintir masih kurang jelas dengan maksud kedua-duanya termasuklah perkataan khimar.
Bertudung (alhamdullilah..) sahaja tidak bermaksud seseorang muslimah itu berhijab.
Tudung atau juga dikenali sebagai khimar adalah sesuatu yang muslimah gunakan untuk menutup bahagian kepala terutamanya rambut.
Ia selalunya merangkumi leher, dan lagi elok menutupi bahagian dada, lengan dan belakang.
Manakala jilbab adalah pakaian. Pakaian yang menutupi seluruh tubuh. Ia juga seeloknya longgar dan tidak menampakkan bentuk tubuh badan seorang wanita.
Hijab pula adalah bila seorang muslimah menutup tubuh dan perhiasannya kecuali yang biasa dari dilihat atau ditonton oleh yang bukan mahram.
Di sini ia bermaksud, bila wanita muslimah itu berhijab.. secara ringkas kita boleh lihat wanita muslimah tersebut memakai khimar yang menjulur ke dada dan belakang, menggunakan pakaian yang berlengan panjang bahkan mengenakan sarung lengan untuk memastikan bahagian lengan tidak ternampak dan juga berstoking.
Semoga sama-sama beroleh manfaat.. :)
Isnin, 30 Julai 2012
Semua Pun Cerita Pasal Makanan
Salam...
Seminggu lebih dah berpuasa kan..
Jenguk fb, banyaaakk gambar makanan..
Gambar makanan waktu sahur, sungkey/sungkai (berbuka),
dan di antara waktu. hahaha..
Semua pun teruja nak bagitahu menu apa kan..
Semangat!!! Suka...
Saya pula sekarang ini tengah buntu nak masak apa..
Tanya incik bos, nak makan apa sungkey nanti ah?
Dia tanya balik, nak masak apa nanti?
oh.......
Tapi, menu paling mudah pun sedap jugakan..
Sahur pagi tadi, saya cuma goreng ikan bilis dan sosej lembu je. Makan dengan nasi. *boleh terlupa beli telur pula semalam.
Kalau tak, tambah telur mata kerbau.
pergh...
Ini tengah tercari-cari menu untuk petang nanti pula.
Yang sebenarnya, kebuntuan menu ini bukan saja berlaku di bulan Ramadhan.. bagi saya..
Bukan bulan Ramadhan pun hari-hari fikir nak masak apa.
Nak masak apa ya??
p/s yang sebenarnya juga, saya tak sabar nak mengulas buku "Bukan Sekadar Resepi" oleh Puan Roza Roslan.
Membaca pengantarnya saja buat saya teruja!! :)
Ahad, 29 Julai 2012
Tudung atau Kerudung atau Khimar?
Salam..
Sebut tudung ramai tahu apa itu.
Kerudung juga boleh tahan ramai yang tahu apanya itu.
Khimar sesetengah yang tahu.
Jangan risau, semuanya memberi maksud yang sama.
Iaitu sesuatu atau material yang digunakan untuk menutup kepala.
Khasnya untuk menutup aurat wanita di bahagian kepala, dan yang seeloknya turut melindungi dan menyembunyikan bahagian dada wanita.
Sekarang ini banyak stail dan fesyen khimar kan..
Yang warna warni, satu warna, warna bertone, panjang, pendek, tebal nipis.
Cantik je..
Dulu saya menggunakan tudung bawal.
Mula bertudung pada awal tahun 2000-an.. kehekeh.. ada ke perkataan sebegitu?
Waktu itu, saya baru masuk universiti tempatan.
Fesyen tudung bersilang dan pin ke bahu yang paling mendapat tempat di hati para muslimah.
Dan tak lain tak bukan ianya tudung bawal.
Pada waktu itu, tudung bawal yang sering saya pakai jenis nipis dan bidang yang kecil je.
Kalau tak disilangkan, tutuplah dada.
Kalau disilangkan nampaklah bahagian dada.
Dan pada masa itu memang nak melawa je.. Menyilangkan tudung bawal itu dah rasa lawa sangat dah. hahahaha..
Bertahun-tahun pakai tudung bawal, saya beralih ke selendang/shawl.
Tapi kali ini segan pula saya nak guna material yang nipis dan pendek.
Jadi, selalu beli jenis pashima. Panjang dan lebar.
Lilit sana lilit sini.. Sekali lagi rasa lawa. ahaks..
Penat berlilit, ditambah pula agak makan masa bagi saya.. beralih pula ke tudung berawning.
Kebetulan waktu itu tudung ada awning tengah naik nama.
Yang ini senang, masuk sarung saja ke kepala.
Tapi masalah bagi saya pula, majoriti semua kedai yang jual tudung di sini jual tudung jenis pendek pula.
Dan nipis. huhuhuhuhu..
Saya lama dah rasa segan guna tudung macam ini.
Apalagi kalau pakai baju kurung, tersipu tersegan termalu dengan bahagian dada yang tak ditutup dengan tudung.
Namun, sekarang semua di hujung jari kan.. apalagi.. shopping lah online.. hahaha..
Siap boleh tempah saiz, warna lagi..
Selalu saya gunakan saiz xxl untuk jenis pusing, dan xl untuk jenis labuh biasa.
Tutup depan belakang sekali.
Apalagi, jumpa pula khimar syria labuh.. wah.. sakan..
Alhamdullilah... memang bersyukur sangat jumpa dengan peniaga yang tidak mengenepikan golongan seperti saya.. yang ingin lawa tapi tutup depan belakang. ahakss.. lawa lagi..
Sabtu, 23 Jun 2012
Perjalanan Masih Jauh Buatmu
23 Jun 2012
alhamdullilah..
masih lagi dipinjam Allah sehingga ke hari ini..
masyaAllah..
anak umi, semoga terus membesar dengan sihat.
umi doakan semoga Nur Iman dikasihi Allah, diberi kebijaksanaan, seimbang dengan iman yang teguh.
semoga Nur Iman menjadi insan yang diredhai Allah di dunia dan akhirat.
semoga umi jua diberi kesabaran dan kebijaksanaan dalam mendidikmu.
anak umi sayang..
sentiasalah menjadi anak yang beriman
biarlah keperibadianmu menyerlah seperti mana namamu..
semoga anak umi dilindungi Allah dari mata dan perbuatan yang dengki dan jahat,
semoga anak umi menjadi inspirasi yang solehah buat adik-adiknya,
semoga anak umi bertemu jodoh dengan hamba Allah yang soleh..
semoga anak umi membesar seperti putik bunga yang bermula dari bijinya yang kecil.
membesar mekar mewangi memberi ketenangan kepada yang memandang.
yang sentiasa berzikir pada penciptanya.
hanya luruh bila tiba masanya dan diizinkan Allah.
Sabtu, 16 Jun 2012
Sepagi Bersama
Salam...
Hampir 4 tahun berkhidmat, ini adalah kali pertama Hari Keluarga diadakan.
Pada sebelah pagi je pun.
Mula-mula, bagi nama Iman untuk pertandingan mewarna bagi kategori tadika.
Walaupun Iman baru nak masuk 2 tahun, tapi kategori itu tertulis 6 tahun ke bawah.
hehehehe.. jadi, masukkan sajalah..
Untuk memeriahkan suasana.
Jadi, hasilnya.. mengejar Iman sekeliling dewan sepanjang pertandingan berlangsung.
Sekejap masuk kawasan pertandingan, sekejap keluar, sekejap mewarna, sekejap minum.. makan lagi.. uih.. sempat mu eh Iman..
Sementara menunggu pertandingan bermula..
1..2..3.. mula, warna
Warnalah kononnya.
Tak sampai beberapa minit, Iman dah restless.
Dah habis mewarna, Iman?
Dapat saguhati.. alhamdullilah.. hehehe
Selepas itu, ada sukaneka..
Bagi Iman juga yang menyertai.
Umi dan abanya tak larat nak ikut serta. haha
Satu acara je pun yang Iman sertai.
Lari dari garisan ke tengah padang, kutip jajan, lari balik ke garisan letak jajan situ, pastu lari balik ambil jajan.
Ramai pesertanya.. dari umur 8/9 tahun sampai la umur baya Iman nih.
Iman dapat 4 jelly je.
Tak dapat nak tangkap gambar pula waktu tu.
Si umi sibuk berlari mengiring sama.
Si bos pula sibuk jadi pompom dad.
Acara terakhir, ini last minute punya penyertaan..
Antara yang dipertandingkan..
Acara memasak le...
Alhamdullilah... dapat tempat ketiga kategori dessert [puding].
Hahahaha.. bangga tau.. bagi saya yang dulunya tak kenal pun apa itu susu sejat.
yihawww..
Langgan:
Catatan (Atom)