Selasa, 12 Julai 2011

Misi Menghabiskan Kurma

Kerana bosan dan juga kerana obses. Jadi, dua malam berturut saya membuat kek. Kek malam semalam, kek coklat. Hasilnya hangit. harharhar.. Cari-cari resepi, terjumpa satu resepi yang sesuai. Bukan kek coklat, saya dah muak. Bukan juga kek keju. Sebab kalau saya nak buat kek keju, ia akan menjadi kek keju jepun. Kerana dua kali percubaan kek keju itu masih lagi jauh dari piawaian. Jadi, saya mencuba KEK KURMA. Dan ia membantu saya menghabiskan kurma di dalam peti sejuk.

Agak seronok membuat kek ini. Adunan tidak sampai 15 minit dah siap untuk dibakar. Main kisar je. muahahaha.. ok, ini resepinya..

Bahan-bahan

  • 1 cawan kurma - buang biji
  • 1 cawan gula pasir
  • 4 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan minyak masak
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara

  1.   kisar telur dan gula sehingga kembang, kemudian masukkan esen vanila dan seterusnya masukkan kurma.
  2. didalam bekas yg lain, ayakkan tepung bersama soda bikarbonat dan baking powder
  3. masukkan bahan yang di blender ke dalam bekas tepung yg di ayak tadi.
  4. masukkan minyak...dan kacau hingga sebati.
  5. bakar pada suhu 150 darjah 50 minit.
* saya rebus dulu kurma sampai empuk.
*saya kisar telur, gula sekali dengan kurma yang direbus.
* saya tengah makan sepotong ni.. memang sedap. Cuma saya tak tahu rasa yang sebenar kalau mengikut resepi asal kerana saya terlupa masukkan minyak ke dalam adunan. hayyoooiii... hahahaha..





psttt.. otai-otai, tolong jawab. Apa ya fungsi minyak di dalam adunan kek? menggebukan? melembutkan? JAWAB.....

3 ulasan:

  1. otai jawab, kasi kek lembap. haaaa...

    BalasPadam
  2. kek kurma, akak pun tak pernah try. sedap ye jihah. minyak tu utk melembapkan kek....
    tapi, akak jarang guna minyak masak, selalu gantikan dgn minyak jagung. seriua la kalau guna minyak masak biasa tu... hehehe

    BalasPadam
  3. he.. kak, selalu memang guna minyak masak je.
    ikut tekak, sedap ni kak. tapi itulah, boleh pula lupa masukkan minyak.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...